Sisipan PASZBB

Saturday, December 19, 2009

Bukit Beruntung/Bukit Sentosa (1) - Jalanraya yang mengecewakan!

Salam,
Daripada pemerhatian, jelas keadaan jalanraya di kawasan ini amat buruk!
Usahkan di jalan-jalan taman, jalan utama juga agak teruk keadaannya.

Seperti contoh jalan utama di hadapan Masjid As-salam Bukit Sentosa, oleh kerana jalan ini adalah jalan utama bagi penduduk di Bukit Sentosa 2 untuk ke Bandar Bukit Sentosa, Bukit Beruntung mahupun ke Rawang, sangat merbahaya apabila jalan utama ini berlubang disana-sini.

Mohon pihak yang berkenaan terutama wakil masyarakat berusaha mengadukan masalah ini kepada pihak yang berwajib!

mod PASZBB

p/s: Gambar akan disertakan didalam post yang akan datang. Kamera hilang!

1 comment:

  1. Assalamua'laikum,
    segala komen ttg masalah infrastruktur awam hendaklah disampaikan kepada MDHS agar tindakan dpt dibuat.

    Buka sekadar tulis di blog.

    Wassalam

    KP DPPHS

    ReplyDelete