Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, September 20, 2010

PAS Bukit Beruntung di Harakah!





Sunday, September 19, 2010

Sumbangan Aidilfitri di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa

Bukit Sentosa, 18 September 2010 - Bertempat di pejabat No.70 Jln Semarak,Pusat Khidmat Masyarakat Jalan Semarak yang juga rumah Pengerusinya Tn. Hj Zulkifli Dawam telah berlangsung Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan sumbangan kepada 85 orang anak-anak Yatim.

Majlis bermula pada jam 3.00 petang dan dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Muhd Salleh. Kira-kira 200 orang hadirin telah dijamu dengan pelbagai jenis juadah termasuk kuih-muih raya yang beraneka.

Didalam ucapannya, Ustazah Nuridah sempat mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjur iaiatu PKM Jalan Semarak dengan pelbagai aktiviti membantu masyarakat sekitar terutama golongan yang kurang bernasib baik seperti ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan juga golongan fakir miskin yang juga ingin turut sama bergembira menyambut hari kemenangan Aidilfitiri ini.

Diakhir majlis, beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Dewan Muslimat PAS pusat kepada anak-anak yatim berupa sedikit 'ang pau' bagi menceriakan anak-anak tersebut. Turut hadir dimajlis berkenaan adalah pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat setempat daripada Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor yang diwakili Ketuanya Sdr. Mohd Nizam Mat Rahim dan pimpinan PKR Cabang Hulu Selangor Sdr Shaiful Anuar Sulaiman serta dua orang Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor iaitu Sdr Sazali Nor Saham dan Puan Kameliyah Bien. - budakbalun


Antara hadirin yang hadir sedang menjamu selera


Pengerusi PKM Jalan Semarak, Tn Haji Zulkifli Dawam membuat ucapan aluan.


Ustazah Nuridah yang baru tiba..


Wakil Pengerusi Komuniti Hulu Selangor menyampaikan ucapan


Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor menyampaikan ucapan


Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Kaum India..1malaysia!


Barisan kepimpinan PR Hulu Selangor


Puan Kameliyah Bien menyampaikan ucapan


Ketua Penerangan PKR, Sdr Shaiful menyampaikan ucapan..


Ustazah Nuridah merasmikan majlis



Sumbangan kepada anak-anak yatim

sumber - budakbalun

Wednesday, September 1, 2010

Majlis Sumbangan Ramadhan PAS Zon Bukit Beruntung


Tahun ni 'Orang Besi' PASZBB ni tak dapat 100% membanting tulang..
'tak berapa sihat' katanya..


Pengarah Program pun turut sama turun padang membantu! Tahniah!


Hmm.. antara 'teddy bear' yang disumbangkan.. mungkinkah dari mr. bean?


Unit Amal.. tetapi setia membantu kerja-kerja amal!


Walaupun tekak mulai kering.. kerja tetap diteruskan!


Sesi pembungkusan 'set' untuk disampaikan kepada penerima yang layak


Sdr SU PASZBB tekun mengisi bungkusan.. Syabas syeikh!


2 'orang besi' berbeza zaman.. Otaimer & newcomer..


Banner... maintain...


2.00 petang - kehadiran muslimat membantu menyusun pakaian yang amat banyak!


Yang bertugas di kaunter pendaftaran pun tak kurang sibuknya...


Bungkusan yang berisi beras dan beberapa keperluan lain siap untuk diserahkan...


Dikaunter pun Unit Amal bertugas? hebat!


Ketua Unit Amal Hulu Selangor.. wah! Jangan bawak balik pulak! Imfa' orang tuh! hehehe


Saudara baru kita pun tidak diabaikan..


Pengarah PASZBB memulakan tazkirahnya..


Antara hadirin yang hadir..


Pakaian yang telah siap dilipat dan sedia untuk dipilih!


Pengerusi Majlis merangkap Pengarah Program memulakan sesi sumbangan


Ketua Pemuda PAS Hulu Selangor menyampaikan sumbangan
duit raya kepada anak-anak yatim


Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor menyampaikan sumbangan...


Wakil Muslimat PAS Hulu Selangor menyampaikan sumbangan...


Ustaz Wan Shamsuddin menyampaikan sumbangan...


Sesi memilih pakaian!


Pilih bang! Jangan terambil tak kena saiz..


Golongan ibu sibuk mencari saiz yang sesuai untuk anak-anak.. Hebat!




Si kecil pun tak lepaskan peluang memilih pakaian..
InsyaAllah semua berkualiti.. yang penting Halal..
Related Posts with Thumbnails