Sisipan PASZBB

Wednesday, April 8, 2009

Alhamdulillah.. Akhirnya Masjid kembali kepada yang hak!

Alhamdulillah.. syukur kita kehadrat Ilahi atas kejayaan percubaan untuk mengembalikan hak mengurus dan mentadbir masjid As-Salam kepada yang hak. Calon-calon yang dicadangkan oleh ahli-ahli kariah surau-surau di bawah Masjid As-Salam telah berjaya diilih untuk diajukan kepada pihak berkenaan untuk dipilih sebagai AJK sesi akan datang.

Kepada yang bakal terpilih nanti, ini adalah tanggungjawab yang amat besar! jika sebelum ini kita telah dapat melihat betapa gagalnya mereka mentadbir rumah Allah ini dengan telus dan akauntabiliti, maka WAJIB bagi kita untuk membuktikan bahawa segala apa yang berlaku sebelum ini hanyalah akan menjadi sejarah buruk!
Mereka pastinya akan sentiasa mencari-cari kesalahan untuk dijadikan isu. Maka berhati-hatilah.
Mohon juga kepada mereka yang akan berjaya nanti agar janganlah mengabaikan kerja-kerja jemaah apabila sibuk dengan tugas-tugas Masjid ya?

Sekitar Mesyuarat...













No comments:

Post a Comment