Sisipan PASZBB

Tuesday, September 8, 2009

Malu-malu.. Tapi mahu... hik!

Malu-malu.. Tapi mahu
Kini baru ku tahu..
Diam-diam jatuh cinta..
Bersama akhirnya..........

Itulah antara lirik lagu Ramlah Ram yang masih teman ingat..
Sama la kot dengan kisah dibawah?
Isk! segan la skit weh!
Nak jadi calon tapi teman rasa calon ni lagi bermasalah daripada Rohaizat Permatang Pasir tuh! Siap satu Malaya tahu!

sunsnake

Bagan Pinang: Isa mahu pandangan semua

Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad berkata beliau perlu mendapatkan pandangan semua pihak berhubung cadangan memilihnya sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Saya tidak dapat menjawab. Kena bincang dulu, tengok keadaan dan pandangan sayap-sayap, akar umbi dan mungkin ada calon-calon lain.

"Kemudian rumus untuk dapatkan keputusan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno bahagian Teluk Kemang, Mohd Faizal Ramli berkata rata-rata pemimpin Umno di bahagian tersebut umumnya ingin Isa bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Mohd Faizal berkata Isa, yang mengetuai bahagian tersebut masih dihormati dan "rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau."

berita lanjut disini

No comments:

Post a Comment