Terbaru di Aku Budak Balun!
-
Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...13 years ago
Wednesday, February 4, 2009
Hebatkah Najib?-Pendapat forumer TKO
Sekarang juga kita boleh faham kemasukan yb nasa ke dalam PKR lebih merupakan umpan semata. Adakah beliau sebenarnya berjaya? Belum lagi....
Sekarang kedudukan wakil bee end dengan PR adalah sama banyak iaitu masing2 mempunyai 28 kerusi. Sesebuah kerajaan itu hanya akan terbentuk jika mendapat sokongan daripada ahli bebas. Ini juga menarik.
Belum pernah berlaku di negara ini, kerajaan terbentuk kerana adanya sokongan daripada wakil rakyat tanpa parti . Kerajaan sebegini tidak kuat. Mahukah baginda Sultan Perak merelakan kerajaan baginda terdiri daripada satu binaan struktur yang tidak kukuh ? Sebegitu mudahkah membentuk kerajaan dengan mengandalkan undi wakil rakyat tanpa parti ini? Apakah jaminan kesetiaan mereka untuk kerajaan yang akan dibentuk?
2 orang ADUN PKR ini tidak boleh diterima sama sekali undi sokongan mereka kerana jelas mereka tidak mempunyai nilai dari segi maruah, harga diri, moral, kredibiliti dan integriti. Mereka mempunyai kes rasuah yang akan dibicarakan dalam tempoh enam hari lagi. Macam2 kemungkinan boleh berlaku misalnya jika terbukti mereka bersalah, itu juga boleh melucutkan kedudukan ADUN yang mereka pegang sekarang!
Cara mereka menghilangkan diri, cara mereka memberi alasan kononnya sdg berehat kerana sakit perut, kemudian kebohongan ini bersambung dengan kehadiran mereka di pekan Pahang, kemudian bersembunyi sambil menafikan meletakkan jawatan, bersembunyi membuat kenyataan meletakkan jawatan, bersembunyi mengisytiharkan menjadi ahli bebas dan akhirnya buat pertama kalinya memperlihatkan diri bersama timbalan PM di putrajaya, sebenarnya hanya membuktikan bahawa najib memang dalang di belakang semua kejadian tersebut.
Sungguh tidak kawan sangka bahawa permainan poliitik najib ini sudah menjadi begitu parah dan amat berbahaya! Ini juga membuktikan bahawa umno memang jelas bermain politik kotor!
Apa yang berlaku juga merupakan satu dugaan besar kepada baginda Sultan Perak untuk memutuskan sama ada memperkenankan satu kerajaan baru dibentuk atau pun satu pilihan raya diadakan sekali lagi untuk memilih kerajaan baru. Kawan mengharapkan baginda memilih yang kedua. Ini lebih beretika dan lebih bermaruah jika dibandingkan yang pertama.
Sudah cukuplah baginda dipermalukan dan dipermainkan oleh beberapa orang yang menggagalkan kerajaan baginda sedia ada.
Sebagai seorang yang pernah menjawat ketua hakim negara, baginda tentunya lebih arif untuk membuat satu keputusan yang melegakan hati semua rakyat. Bukan sahaja rakyat di Perak dan seluruh negara berdebar2 menantikan titah baginda bahkan juga pengamal undang2 di seluruh dunia sedang memerhatikan dengan penuh minat.
Adakah Malaysia rela diketawakan oleh mereka gara2 najib ini? Seseorang perlu menegur kebongkakan dan ketololan najib ini dan seseorang itu adalah rakyat negeri Perak sendiri!! melalui pilihan raya!!
"Pakatan Rakyat masih berkuasa" - Nizar
Oleh Mohd Khalil Abdullah & Azamin Amin
Demikian ungkapan pertama Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi bagi menjelaskan isu yang sedang melanda negeri itu ketika ini.
"Kerajaan masih sah dan keputusan masih di tangan tuanku.
"Tuanku bertitah Allah bersama orang-orang yang sabar,keputusan tuanku masih belum buat,"jelasnya kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Menurutnya lagi, ketika ini urusan kerajaan akan berjalan seperti biasa.
"Segala aktiviti kerajaan negeri seperti biasa. Saya akan hadiri aktiviti majlis jubli Perak Tuanku,"katanya lagi.
Tambahnya, beliau sebelum ini telah menghadap ke bawah tuanku untuk menjelaskan situasi politik semasa dan terkini kerajaan negeri.
"Kini terpulang kepada tuanku untuk membubarkan dewan. Pembubaran jika berlaku adalah perlu untuk memastikan satu pilihan raya seluruh negeri Perak dapat diadakan agar rakyat dapat memilih pemimpin yang benar-benar bersih,"jelasnya lagi.
Katanya, ketika ini keputusan adalah di tangan tuanku sultan dan baginda sedang memperhalusi isu yang berlaku dari sudut undang-undang.
"Rakyat diminta bertenang,tiada apa-apa huru-hara yang berlaku.Semua seperti biasa.
"Apa-apa pun tunggu keputusan Sultan dan keputusan tuanku adalah merupakan keputusan yang adil,"tambahnya.
Ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak,Nizar berkata,"Najib seolah-olah cuba merampas kerajaan secara tidak beretika."
Beliau juga berkata, isu Dato Nasharudin masuk Umno tidak timbul. Ini disebabkan, dakwaan Najib bahawa Nasharuddin menyokong BN boleh dipertikaikan kerana wujudnya unsur paksaan.
"Kaum keluarga sendiri buat laporan bahawa dia telah hilang. Dia dibawa dua orang yang dakwa Raja Muda ingin berjumpa tetapi pertemuan itu tidak berlaku.
"Saya cuba hubungi begitu juga dengan kaum keluarganya dan semua tidak berjaya,"jelasnya. - mks. _
Solat Hajat dan Doa berterusan untuk Pakatan Rakyat Perak!
BN bentuk k'jaan baru Perak!
| BN bentuk k'jaan baru Perak |
| Feb 4, 09 3:51pm |
| 5:06pm BN. BN mempunyai cukup jumlah Adun untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini. Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - juga kelihatan di pejabat timbalan presiden Umno itu. |
Berita Terkini!
| Due to developments in Perak, we are experiencing high traffic to Malaysiakini.com The latest developments are below. We are increasing our server capacity within the next hour. Please try www1.malaysiakini.com | ||||
| | ||||
|
Monday, February 2, 2009
Aktiviti Usrah PAS Zon Bukit Beruntung
Assalammualaikum,
Kepada Semua Ahli terutama PAS Zon Bukit Beruntung(ZBB),
Aktiviti Usrah dwi-mingguan akan diadakan seperti biasa.
Aktiviti : Usrah Dwi-Mingguan-Dimulai dengan Solat Hajat
Tarikh : 5/2/2009
Hari : Khamis
Masa : 9.15 malam
Tempat : Markaz PAS Cawangan Bukit Sentosa 2
Semua diminta menghadirkan diri kecuali uzur syar'ie.
Terima Kasih,
Amri Bin Abdullah Sani
Setiusaha,
PAS Zon Bukit Beruntung.
Dua Adun PKR Perak letak jawatan
http://idhamlim.blogspot.com/
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.Katanya, beliau menerima surat peletakan jawatan mereka melalui faks pada kira-kira jam 5.45 petang di kediamannya.
Jamaluddin dan Osman juga merupakan ahli exco kerajaan negeri Perak.
"Mereka telah meletak jawatan sebagai Adun, berkuatkuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dengan itu, Sivakumar mengisytiharkan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering telah kosong dan dua pilihanraya kecil akan diadakan tidak lama lagi.
Menurutnya, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) esok/
Pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.
Kedua-dua Adun PKR itu telah hilang sejak lima hari lalu, dan mencetuskan spekulasi bahawa mereka telah melompat menyertai Barisan Nasional.
Ulasan Pengurus Blog
Allahuakbar! JIka hari tu teman ke KT untuk bantu jemaah disana, kini mungkin betul2 di kampung teman sendiri kalau jadi..
Jom kome! ke ghomah teman pulak!!
Sunday, February 1, 2009
Panggilan Jihad?? PRK Dun Behrang dan Dun Changkat Jering??
Assalammualaikum,
berita terbaru melalui TV3 suku tadi,
ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu telah disahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak telah meletak jawatan....
Hmm... Bersediakah kita untuk misi jihad seterusnya??
Berita dari Tg Malim yang terbaru, ada kemungkinan kerusi DUN Behrang akan diberikan kepada calon PAS untuk bertanding... mari kita sama-sama doakan..
Allahuakbar!