Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    1 year ago

Thursday, October 18, 2012

Masjid Assalam dan DAP!


Dulu,masa UMNO memerintah..
masjid ini sepi...
kuliah ilmu tu ada bukan takde tapi sangat-sangat tak menarik.. Khutbah Jumaat sekadar khutbah...

Alhamdulillah..
Seiring dengan perubahan tampuk pemerintahan di SUK Shah Alam,
AJK masjid ini selepas itu diwakili oleh mereka yang benar-benar berjiwa masjid!
Tidak ada kepentingan politik apatah lagi berebut jawatan!
Masjid ini secara tiba-tiba meriah dan sesak dengan aktiviti.
Kuliah maghrib nya boleh dikatakan hari-hari!
Seminggu sekali selalu ada Ulama' yang muktabar datang mencurah ilmu kepada sang pendahaga ilmu!

Khutbah Jumaatnya diawali dengan Tazkirah Jumaat yang sangat mengesankan!
Disampaikan oleh Khatib-khatib jemputan mahupun tempatan..
Sesekali ada Khatib yang terdiri daripada ulama'-ulama' hebat manakan mampu jemaah untuk tunduk mengantuk!

Sebahagian besar ulama'-ulama' yang dulunya diharamkan mengajar di Negeri Selangor oleh Kerajaan UMNO kini saban minggu berkuliah,berceramah mahupun bertalaqi dengan pencinta-pencinta ilmu!
Anak-anak muda kini semakin rajin mendatangi masjid ini..
Ramai wajah-wajah baru yang kulihat saban minggu...
Mendamba ilmu menghapuskan titik noda dosa dalam jiwa..
Moga Masjid ini terus Imarah dan Istiqamah dengan majlis-majlis ilmu sebegini..

Jika inilah kesan bersahabat dengan DAP di Selangor, masakan tidak untuk ke Putrajaya? Apa salahnya?

No comments:

Related Posts with Thumbnails