Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    12 years ago

Monday, June 29, 2009

Kalau bukan munafik!! Tutup mulut!


Tutup mulut jika enggan terima pelawaan: Mahfuz

SHAH ALAM - Pemimpin UMNO disaran menutup mulut dan tidak memberi pandangan tentang Pas jika parti itu enggan menerima pelawaan untuk berdebat sebagaimana yang dicadangkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelmarin.

Mengulas isu tersebut, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus menerima pelawaan Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan hati terbuka dan ikhlas jika mahu mencari penyelesaian terhadap pertembungan dua parti tersebut.

“Debat merupakan langkah yang baik untuk menyelesaikan masalah berbangkit. Dalam soal ini, Datuk Seri Najib tidak harus memberi alasan untuk menolak pelawaan Tun Guru Nik Aziz, tetapi jika mereka enggan, saya sarankan agar UMNO tidak lagi bercakap mengenai Pas,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

sunsnake

Tuduh PAS macam-macam, bila diajak berdebat tak nak!! bukan setakat tak nak.. siap kata macam-macam lagi!! debat tak nak?? tapi monolog nakk!! cakap sorang-sorang depan wartawan nak!! cakap sorang-sorang depan mikropon radio nakk!!
Debat?? tak nakk!!! ni apa punya munafik punya umat nih!!

Inila perangai sebenar UMNO.. takut dengan kebenaran.. hatta belum terbukti lagipun kebenaran tapi dah takut awal-awal dahh!! Munafik?? hmmmm.. lu pikir la sendiri!!!

Tuk Guru VS PM Malaysia ke-6! Jadi ke idak ni?

Salam..
teman 2-3 hari ni tak berpeluang nak surf internet.. Anak yang sulong demam tonsil pulak..
cuma teman bergantung harap pada sms Harakahdaily je laa..

Jadi ke tak jadi debat Tuk Guru vs Najib nih? Tuk Guru buat julung-julung kalinya mempelawa secara rasmi Perdana Menteri Malaysia untuk berdebat!!

Yang kelakar tu, yang menjawab bagi pihak PM bukan isteri si Rosmah! tapi pecacai-pecacai murahan yang memang takde kredibiliti!!

Rais yatim?? yang menonjolkan kepala ajak Zaid Ibrahim berdebat tetapi kelam-kabut menyorok bawak ketiak si Rosmah bila Zaid kata OK!
Mahathir?? yang suruh lawyer Anwar siapkan soalan yang akan ditanya di Mahkamah sebelum memanggil dia untuk soal?
Muhyiddin@mat sembab?? undi UMNO masuk syurga?? kah!Kah!Kah!

err.. jadi ke tak jadi ni???


sunsnake

Ezam Md Nor masuk PAS!!! Gempar!




Di sebalik isu kerajaan perpaduan, Ezam berkata," beliau sedia untuk menyertai PAS jika berjaya membuktikan bahawa ia merupakan parti utama dan dominan dalam Pakatan Rakyat sebagaimana Umno dalam Barisan Nasional. ""Saya cabar PAS... buktikan ia parti utama, tunjang dan tonggak dalam Pakatan Rakyat... jika ya, esok saya boleh masuk PAS. Saya tahu mereka tidak boleh (buktikan)," katanya lagi.
PETIKAN di atas adalah kata-kata Ezam raja sesumpah apabila diwawancara selepas beliau menyampaikan ceramahnya di PJ baru-baru ini.

Teman gelak besor bila baca berita ni! Sampaikan heran anak dan isteri teman.. apekehenye yeob?? tanya isteri teman kehairanan? maunye idak! Ezam offer diri nak masuk PAS!! keh!Keh!keh! Bila dia keluor PKR.. teman ok lagi.. bila dia umum masuk UMNO! teman dah start nak menyerongin(gelak).. tetiba dia nak masuk PAS!! itu teman betul-betul tak tahan!! menitis air mata gelak!!

Sudah-sudahlah raja sesumpah oii!! kamu ni macam geng DOREMI gi jual Obat Kuat buat kali yang kedua! kamu menyanyi la sedap mana lagu pun.. kamu tunjuk la bukti kuat mana pun.. orang dah tak percaya dahh!! deme dah ready nak menibai kepala kamu je.. baik le kamu cabut dengan bawa gitar,harmonika dan kayu lekat tin susu kamu tuh!!!!

sunsnake

Saturday, June 27, 2009

Israel vs DBKL???

Di Palestine...


Palestin merupakan tanah milik kaum Muslimin yang telah dibebaskan sejak dahulu oleh Umar al-Faruq. Setelah Barat sekian lamanya menyerang Khilafah hingga akhirnya runtuh, pihak penjajah menjanjikan tanah bagi Israel. Pada tahun 1947, melalui bantuan PBB tanah Palestin dirampas Israel. Perampasan itu terus dilakukan hingga ke hari ini. Pengusiran, perampasan tanah, hingga pembunuhan dilakukan oleh penjajah Israel itu. Berikut gambaran peta wilayah negeri Islam Palestin, tanah milik kaum Muslimin yang diberkati itu terus dirampas penjajah Israel. Di manakah para pembebas Al-Faruq itu kini?

Di Malaysia...

SENTUL 26 Jun - Penduduk Kampung Padang Balang memberi tempoh selama tujuh hari kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Fuad Ismail untuk menarik balik kenyataannya yang menafikan hak penduduk Kampung Padang Balang sebagai pemilik tanah asal di kawasan itu.

Pengerusi Masjid Saidina Ali, Zainal Abidin Maas berkata, sekiranya beliau gagal berbuat demikian, penduduk kampung telah sebulat suara akan menghantar memorandum bantahan terhadap beliau.

Katanya, dakwaan tersebut dibuat tanpa asas kerana penduduk kampung berkenaan mempunyai bukti yang menyatakan bahawa mereka adalah pemilik sah tanah itu.

"Setiap penduduk di Kampung Padang Balang ini memiliki geran tanah yang sah yang dikeluarkan sejak 1916 dengan status tanah adalah hak milik seumur hidup," katanya kepada pemberita ketika mengadakan sidang akhbar di Masjid Saidina Ali di Kampung Padang Balang, Sentul di sini hari ini.



Raja Nong Chik menerima memorandum bantahan terhadap draf pelan Kuala Lumpur daripada Zainal Abidin Maas selepas merasmikan sambutan Jubli Perak Masjid Saidina Ali di Sentul, semalam. - Bernama



Sunsnake

Pikio2 sendiri la yob! Teman dah bagitau dulu.. Yahudi bukan kat Israel aje! dah bersepoh merata la nie... termasuk di Malaysia! siap boleh jadi gerombolan yang berkuasa pulak tuh!

Fathi Yakan vs Michael Jackson...

Salam..
kita dikejutkan dengan kematian Michael Jackson.. Dalam usia 50 tahun..
sebelum ini kita lebih dikejutkan oleh berita kematian Syeikh Fathi Yakan, pengasas Jamaah Islam Ikhwanul Muslimin di Lubnan.

Pagi tadi teman terdengor di Radio panggilan dari pendengar.. Ada pendengar Melayu Islam yang beria-ria kesedihan dengan kematian Michael Jackson!! SIap cerita betapa terujanya dia dengan Allahyarham Michael Jackson(dia dah Islam kan?).

Didalam blog-blog sahabat-sahabat pun boleh kata 70% bloggers memilih untuk menjadikan cerita meninggal Michael Jackson sebagai tajuk!

Imbas balik masa Syeikh Fathi Yakan meninggal, tiada sebarang cerita pun dimana-mana kecuali lebih kurang 40% blog yang menyiarkannya.. hatta blog pro-PAS pun ada yang langsung tak siar kesedihan dalam dunia dakwah Islam di dunia!

Teman berdoa pada Allah SWT agar berikan hidayah kepada kita semua!

sunsnake

Friday, June 26, 2009

Perlunya Me'rekrut' Ahli baru....

Assalammualaikum,


Ana berpandangan dalam usaha PAS untuk memartabatkan perjuangan menegakkan Islam, kewujudan pengaliran kemasukan ahli baru kedalam PAS amat penting. Ahli-ahli baru yang berumur di dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun adalah lebih baik dan berkelebihan didalam menggerakkan jentera parti.

Di sesetengah kawasan, ahli-ahli yang aktif agak kurang. Kadangkala, jumlah pengurangan melebihi jumlah penambahan! Ini menyebabkan tekanan tugasan yang agak kritikal kepada golongan ahli-ahli aktif yang tinggal. Sememangnya semangat untuk memperjuangkan Islam dan kepatuhan (wala’) kepada pemimpin itu menjadi sandaran utama dalam setiap gerak kerja namun faktor tekanan tugasan dan ekonomi sebenarnya adalah antara yang menyebabkan golongan ahli-ahli aktif ini semakin berkurangan!


Pada ana, isu ini amat wajar diselami dan diperbincangkan serta disusuli dengan tindakan yang segera dan tepat.

Jangan sampai sehingga isu ini menjadi kritikal baru hendak diusahakan. Seriusnya isu ini bolehlah dterjemahkan dalam situasi berikut..

Contohnya dalam sesuatu kawasan yang mempunyai 1500 orang ahli. Jumlah ahli yang aktif mungkin hanya dalam 300 orang…

Jumlah aktif sebagai pendokong mungkin dalam 100 orang sahaja? Itu kalau dalam kawasan. Bagaimana jika kita kecilkan lagi skop? Contohnya di peringkat zon atau cawangan? Ini akan menyebabkan sebilangan kecil ahli-ahli aktif yang bertindak secara perlahan.. meninggalkan gerak kerja parti.

Itu belum dikira ahli-ahli aktif yang terpaksa mengundurkan diri atas masalah kewangan, kesihatan dan sebagainya.


Seperti contoh untuk Unit Amal, kita perlu me’rekrut’ ahli-ahli baru yang berada di usia tadi untuk menjadi ahli Unit Amal. Ini amat penting dalam meastikan kelancaran setiap aktiviti disamping menjamin kesinambungan wadah perjuangan Islam ini. Bagaimana mungkin kita hendak meyakini kesinambungan tersebut jika ahli-ahli Unit Amal di sesuatu kawasan majoritinya berumur 40 tahun ke atas?? Tambahan lagi apabila yang terpaksa bertugas sebagai Unit Amal itu adalah terdiri daripada pimpinan utama Pemuda dan Kawasan! Ini adalah sesuatu yang perlu diubah!


Sememangnya diakui, kita bergerak diatas Islam, perjuangan Islam, jemaah Islam.. namun jangan sangka kita tidak diganggu oleh syaitan iblis dan manusia bertopengkan syaitan! Dalam era ekonomi yang semakin meruncing ini, jangan dipandang ringan permasalahan kewangan dalam kehidupan.

Alhamdulillah.. dari dahulu hingga kini, jemaah PAS diajar dan dipasak dengan ilmu dan pengetahuan Islam yang menekankan pentingnya keikhlasan dalam perjuangan. Ini sedikit sebanyak menidakkan kekurangan kewangan sebagai halangan didalam perjuangan. Inilah kesan tarbiyah yang diperintiskan oleh ulama’-ulama’ terdahulu didalam perjuangan ini. Dengan izin Allah SWT, ianya berlangsung dengan baik sehingga sekarang!


Akhirnya, sekadar ingin berkongsi pandangan dalam memartabatkan Islam di Malaysia.. dalam usaha menentang kezaliman dan kemunafikan Melayu Islam yang kini semakin jauh menyimpang dari jalan yang benar. Jika ada yang tersalah harap diampun.. Kepada Allah SWT kita kembalikan segala-galanya kerana kita sendiri PASTI akan dikembalikan kepada-Nya. Wallahua’lam


“Suburlah Hidupnya Dan Pasti Berbuah”


sunsnake


Wednesday, June 24, 2009

Berhati Terhadap Golongan Munafik!

Oleh: allahummahdina

"Kesan daripada idea kerajaan perpaduan ini saya merasakan betapa banyaknya lompang-lompang dan sifat-sifat yang jahat dalam diri para pejuang Islam. (terutamanya di alam maya ini). Semoga mereka diampuni Allah taala.

Sifat-sifat ini mesti dibuang sejauh-jauhnya. Ia mesti pula diganti secepatnya dengan golongan yang dicintai Allah taala, mereka pula mencintai Allah, mereka bersifat merendah diri terhadap orang-orang yang beriman, bersikap tegas terhadap golongan yang engkar, tidak takut celaan orang yang mencela dan berwala’kan kepada Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman.

Suka saya membawa kisah kepada saudara pembaca akan kisah Hadith el Ifki. Kisah ini mengesahkan Saidatuna Aishah ra pernah dituduh melakukan kerja jahat (berzina). Pasti tuduhan ini lebih besar daripada tuduhan yang dilemparkan ke atas kawan kita ini. Sehinggakan Rasulullah saw tak tahu bagaimana mahu bertindak. Sampaikan para sahabat hampir berperang kerana isu ini (macam kita hampir berperang) kalaulah bukan Rasulullah saw yang mendamaikan mereka.

Rasulullah pula tidak lagi mempertahankan Aishah ra. (macam kawan kita ini tiada siapa yang mahu pertahankannya.. sungguh sebak hati ini bila mengenangkannya betapa semangat persaudaraan terutamanya di kalangan pimpinan PAS sangat lemah) Katanya saw, “kalau kamu suci kamu akan disucikan oleh Allah, kalau kamu bertaubat Allah akan menerima taubat kamu”. Aishah menangis sampai tiada lagi air matanya. Kata Aishah ra, “kalaulah aku mengaku berzina kamu semua pasti mempercayainya, kalau aku tidak mengaku -dan Allah Maha Mengetahui bahawa aku bersih daripada zina- pasti kamu tidak akan mempercayainya.

(kawan kita sampai menyembunyikan diri). Ia betul-betul seperti ia berlaku pada kawan kita ini. Walaupun berkali-kali menafikannya tiada orang mahu percayakannya. Kalau beliau mengakuinya berlari-larilah mereka mempercayainya pula. Menepati apa yang disabdakan Rasulullah saw di akhir zaman ini “orang-orang yang benar dikatakan bohong dan orang-orang yang bohong dikatakan benar”. Sehinggakan orang yang sepatutnya membelanya tidak lagi membelanya kerana api fitnah sudah yang ditiupkan oleh para munafik sudah berkembang dan membiak dalam diri.

Kerja meniupkan api fitnah ini pastinya dilakukan oleh para munafik yang diketuai oleh abdullah bin Ubai bin Salul. Mereka amat suka cerita fitnah ini tersebar dalam saf orang Islam. Ini sifat utama mereka. Sahabat pun mempercayainya juga??. Lebih sedih lagi Suaminya yang tercinta juga seakan-akan mempercayai berita jahat ini. Samalah juga kerja-kerja para munafik di zaman kini. Kerjanya hanyalah menyebarkan api fitnah untuk melemahkan saf muslimin. Mereka amat menyukai kerja ini. Mereka pasti mempunyai agenda-agenda tersembunyi. Bahkan mereka sebenarnya juga amat suka menyebarkan berita palsu bagi memperondak-perandakan saf muslimin.

Di zaman sekarang ini ia dimarakkan lagi oleh web-web dan blogger-blogger munafik. Mereka mendakwa merekalah orang-orang PAS tapi kerja mereka Tuhan sahajalah yang tahu betapa jahatnya kerja dan hati mereka. Hati-hati mereka penuh dengan hasad dengki dan sakit hati terhadap para pejuang Islam. Malangnya mereka yang bergelar pemimpin? turut menari menyemarakkan lagi api fitnah ini.

Oleh itu kita mesti sentiasa tidak mempercayai cerita-cerita mereka sehinggalah kita mendapati bukti-bukti yang sahih atau saksi-saksi yang adil.

Kepada kawan saya itu pada pandangan saya (wallaua’lam) dugaan ini adalah untuk menguatkan jiwa dan diri saudara secukupnya. Sehingga saudara mampu mengepalai obor Islam. Bersangka baiklah dengan Allah taala.

Dua perkara yang sangat tidak dihayati oleh para pendokong PAS daripada api fitnah ini ialah satunya mempercayai berita-berita orang yang fasik tanpa menyiasatnya terlebih dahulu. Keduanya sangat tidak thiqah dan wala’ sedangkan ianya adalah rukun dalam jamaah Islam.

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang suka meyebarkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

Wassalam.

amintahar.wordpress

Seorang lagi bekas perasuah UMNO takut kepada Anwar Ibrahim!


Oleh: WFAUZDIN NS

MANTAN MB Negeri Sembilan yang comel tapi kurang tinggi dan pernah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno atas kesalahan rasuah politik wang, Tan Sri Isa Samad mengeluarkan kenyataan membidas Pas kerana kononnya Pas terlalu takut dengan DS Anwar. Kenyataan beliau itu disiarkan di dalam Sinar Harian hari ini. Isa Samad veteren Umno yang telah pupus pengaruh itu menyebut bahawa Mesyuarat PR yangmembincangkan isu Kerajaan Perpaduan baru-baru ini diPengerusikan oleh DS Anwar, justeru itu katanya Pas takut untuk membantah apa jua keputusan DS Anwar.

Ternyata mantan perasuah Umno tersebut masih bermimpi dan menyangkakan bahawa setiap mesyuarat di dalam PR sama seperti mesyuarat `Burung Belatuk' di dalam Umno/Bn. Jika di dalam Umno/Bn, Presiden Umno atau Pengerusi Bn baru terbatuk sahaja, maka semua pemimpin yang hadir bingkas mengangkat tangan tanda bersetuju. Ini semua adalah pengalaman buat Isa Samad sewaktu beliau di dalam kabinet dahulu sebab itulah beliau menjangkakan semua parti sama dengan perangai Umno/Bn. Hakikatnya, betapa sakit hati dan jiwanya Umno apabila muslihat untuk memerangkap Pas dan PR atas isu Kerajaan Perpaduan ini mudah dapat dibaca oleh pimpinan PR. Lagi pun, kenyataan orang yang tidak bermoral yang pernah disabitkan dengan rasuah seperti Isa Samad ini boleh dipercayai?

Saya tertarik dengan ceramah Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini di Manek Urai yang menganggap Umno sekarang seperti orang sedang `kebulur' (lapar). Apabila orang sedang lapar teramat sangat, mereka akan minta makanan untuk dimakan hatta nasi sejuk, makanan basi dan berulat sekalipun. PR telah mengambil keputusan untuk tidak melayan orang-orang sedemikian kerana sejarah telah membuktikan bahawa apabila mereka sudah kenyang dan mendapat tenaga semula, sipemberi makan ini akan ditentangnya. Mursyidul Am Pas juga menarik perhatian kita dengan perumpamaan Umno ini seperti `kereta buruk' yang sudah rosak di tengah jalan. Mereka amat gembira jika kita beramai-ramai menolak kereta buruk tersebut, tetapi apabila kereta itu mulai hidup, mereka akan pecut lari dan kita yang menolaknya ditinggalkan dan mendapat bau asapnya sahaja. Itulah Umno yang Isa Samad lebih maklum lagi akan tabiat parti Melayu tersebut.

Dakwaan Isa Samad bahawa Pas takut berdepan dengan DS Anwar adalah dakwaan orang yang pendek akal kebetulan pendek fizikalnya. Pas sebuah parti yang besar dan berpengaruh bahkan lebih berpengalaman dari PKR yang dipimpin oleh DS Anwar. Sepanjang Pas bersama PR, tidak pernah sekali pun DS Anwar menyentuh atau mengarahkan Pas untuk menarik dasar-dasar Islam yang dibawa oleh Pas malah turut disokong oleh DS Anwar. Jika benar Pas takut kepada DS Anwar, sudah tentu Pas telah menarik balik beberapa dasar Islamnya yang kadangkala dipertikaikan oleh DAP sekutu PR sendiri. Sehingga kini, dasar Pas tetap sama cuma pendekatan sudah tentunya berbeza. Pendekatan yang bijak dari Pas kini dapat dilihat kesannya di mana Pas mulai mendapat pengaruh luar biasa dari rakyat khususnya dari orang-orang bukan Islam. Inilah yang paling ditakuti oleh Umno, sebab itulah Umno sentiasa mencari jalan untuk memecah belahkan PR.

Isa Samad juga menuduh Pas sentiasa mencari jalan mencari kesalahan Umno. Sayugia diingatkan kepada Isa Samad, pada ketika ini tidak perlu lagi Pas atau sesiapa pun untuk mencari kesalahan Umno kerana kesalahan Umno terlalu banyak dalam berbagai aspek dan ianya dilihat secara terbuka oleh rakyat tanpa perlu dicari lagi. Dalam aspek ekonomi, sosial, ugama, pendidikan, perundangan, rasuah dan bermacam-macam lagi kini terserlah di mata masyarakat dan Umno tidak mampu untuk berlindung lagi atas kelemahan mereka.

Isa Samad harus sedar, zaman sudah berubah bukan lagi di zaman Almarhum Tun Ghafar Baba yang pada ketika itu Isa Samad agak releven untuk berpolitik sedemikian. Rakyat di Negeri Sembilan sendiri pun sudah mula tidak memperdulikan Isa Samad dan mereka kini mula melihat PR sebagai `kerajaan menunggu' di Negeri Sembilan. Lebih wajar dan bijak jika Isa Samad kembali ke Negeri Sembilan dan perbetulkan tingkah laku MB Negeri Sembilan sekarang yang kelihatan semakin celaru. Tetapi adakah MB Negeri Sembilan akan mendengar nasihat dan tunjuk ajar dari seorang bekas perasuah ini? Itu persoalannya. /wfauzdin.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails