Untuk pengetahuan semua, ada beratus lagi flat yang seperti ini di dalam kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.
Terbaru di Aku Budak Balun!
-
Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...12 years ago
Thursday, March 25, 2010
Mungkinkah Flat Kami ini akan berbumbung semula?
Untuk pengetahuan semua, ada beratus lagi flat yang seperti ini di dalam kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.
AL-Fatihah - MP Hulu Selangor Meninggal Dunia!
Ahli PArlimen PKR Hulu Selangor Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad,71 tahun meninggal dunia di rumahnya Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang jam 9.30 malam tadi.
Khabar-khabar yang sekian lama menghambat rakyat Hulu Selangor khasnya dan Malaysia amnya kini terjawab. Apa-apa pun Takziah dari teman kepada keluarga Allahyarham. Walaupun beliau hanya sekejap menjadi MP kami, namun jasanya sepanjang bertugas sebagai Kakitangan Kerajaan dan Timbalan Menteri Besar Selangor amat dihargai.
Kini kembali kepada persoalan kerusi Parlimen Hulu Selangor yang kembali kosong. Disaat ini, UMNO kelihatan terlebih dahulu secara biadapnya melancarkan Jentera Pilihanrayanya beberapa minggu lalu. Menurut maklumat dalaman UMNO yang teman terima, jika berlaku PRK Hulu Selangor ini, UMNO tersangat yakin yang mereka akan menang lebih-lebih lagi jika calonnya adalah dari UMNO. Namun mampukah MIC memberikan kerusi yang dipertandingkan olehnya sekian lama?
Di pihak Pakatan Rakyat pula, walaupun telah menjangka, namun tidaklah sampai ke tahap melancarkan jentera Pilihanraya disaat YBnya masih bernafas!
Ada kemungkinan Pakatan Rakyat akan diwakili oleh calon daripada PKR walaupun isu lompat parti yang agak men'cedera'kan PKR akhir-akhir ini agak mendesak!
PAS yang juga pernah bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor tidak pernah mendesak namun teman sangat yakin bahawa PAS sangat bersedia seandainya diminta menggantikan PKR untuk meletakkan calon.
Parlimen Hulu Selangor yang mengandungi 3 dun iaitu Dun Hulu Bernam, Dun Kuala Kubu dan Dun Batang Kali hamir pasti akan diadakan Pilihanraya kecil dan pastinya terpaksa bersedia menerima kunjungan ratusan ribu petugas politik,polis dan pelancong politik yang bakal memenuhi daerah yang sama besar dengan Negeri Perlis ini!
sunsnake 25032010
sumber - Aku Budak Balun
Monday, March 22, 2010
Kemalangan di Bukit Sentosa
Kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Proton Saga telah bertindak membelok ke simpang Jalan Kasturi secara tiba-tiba menyebabkan sebuah lagi kenderaan Proton Iswara gagal mengelak dan melanggarnya dari arah tepi. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan.
Menurut pemandu Proton Iswara tersebut, beliau telah cuba beberapa kali menyalakan lampu namun malangnya pemandu Proton Saga tersebut gagal memahami isyarat tersebut.
Sememangnya persimpangan Jalan Kasturi itu telah dikenali oleh penduduk setempat sebagai kawasan kemalangan malahan telah ada kemalangan yang melibatkan kematian di situ.
Diharap pihak berwajib seperti Majlis Daerah Hulu Selangor dapat mengadakan sistem Lampu Isyarat di persimpangan tersebut memandangkan itu adalah jalan utama penduduk dari Bukit Sentosa 2 ke Bukit Sentosa dan Lebuhraya PLUS.
PASZBB
Thursday, March 18, 2010
Program Terdekat Sekitar Bukit Beruntung / Bukit Sentosa
Tarikh : 19-March-2010 (Jumaat)
Lokasi : Masjid As-Salam, Bukit Sentosa
DEMO BANTAH HINA KARIKATUR NABI SAW DI KEDUTAAN SWEEDEN
Tarikh : 19-March-2010 (Jumaat)
Masa : Selepas solat Jumaat
Lokasi : Bangunan Tabung Haji
GOTONG ROYONG PERDANA BERSAMA KELAB PERODUA MALAYSIA
Tarikh : 21-March-2010 (Ahad)
Masa : 8am – 11am
Lokasi : Surau Abu Othman Ali Bashah, Apartment Teratai, Tmn Bunga Raya
Sunday, February 28, 2010
Majlis Silaturahim Muslimat PAS bersama Ibu Tunggal/Fakir miskin
Tempat
Pusat Khidmat Masyarakat PAS No 70 Jalan Semarak 3C
Bukit Beruntung Rawang.
Tarikh : 21/2/2010 Ahad 9.30 Pagi hingga 2.30 ptg
Perasmian : Ustazah Nuridah Binti Saleh
Ketua Muslimat PAS Pusat
Kehadiran 200 Orang termasuk Ibu tungga/fakir miskin berbagai bangsa.
Ketua Muslimat Cawangan Bukit Sentosa Bkt Beruntung
- Ustazah Zauyah Binti Ahmad
- Urusetia –Unit Amal Hulu Cawangan
- Muslimat Bukit Beruntung/Sentosa
Pengisian Program
1 Ceramah Maulidurasul Saw
Ustaz Haji Misbahul Munir Bin Masduki – SU MB Perak (Hj Nizar)
2 Perubatan Islam – Ustaz Abdul Wahab Bin Dawam – Teluk Intan
Hj Kamruddin – Darussyifa’
Sebanyak 78 Orang dirawat dengan berbagai penyakit.
3 Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat Oleh Ustazah Nuridah Binti Saleh.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
4 Pengagihan Sumbangan beras seramai 110 Keluaga ibu tunggal/fakir miskin.
Hasil daripada sumbangan NGO.
5 Jamuan makan
Hj Mohd Zulkifli bin Dawam
Tuesday, February 23, 2010
Jamuan Rakyat & Sambutan Tahun Baru Cina di Hulu Bernam
Hulu Bernam,Hulu Selangor - Aktiviti Kembara Amal Semarak Hijau untuk Dun Hulu Bernam diakhiri dengan majlis Jamuan Rakyat dan Sambutan Tahun Baru Cina yang bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Bernam.
Majlis yang meriah ini dirasmikan oleh Pengarah PKM Hulu Bernam sendiri iaitu Tn Hj Abdul Sukor Ali disamping ucapan oleh Ketua Kampung Hasan, Ulu Bernam.
Sedikit rakaman di majlis tersebut.
Monday, February 22, 2010
Futsal, Servis Motor Percuma dan Pertunjukan ARC di Hulu Bernam!
Aktiviti- Servis Motor Percuma dan Pertunjukan Penunggangan Motosikal oleh ARC