Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, March 2, 2009

Mesyuarat PAS di sana-sini di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa!


Hari Ahad@semalam adalah antara hari yang agak sibuk bagi sebahagian besar ahli PAS Zon Bukit Beruntung. 3 Buah Cawangan yang bernaung dibawah PAS ZON Bukit Beruntung telah bermesyuarat Agung Tahunan pagi semalam.

Dimulakan dengan PAS Cawangan Taman Bunga Raya Anggerik jam 8.30pagi bertempat di Markaz PAS Zon Bukit Beruntung(PASZBB) yang dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Hulu Selangor, Tuan Haji Abd Wahid Basri. Diikuti oleh PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 yang dirasmikan oleh Ustaz Nasharuddin Setiausaha Kerja PAS Kawasan Hulu Selangor dan diberikan ucaptama oleh Ustaz Fazlulraimi Ahli Majlis Ampang Jaya, merangkap Ketua Pemuda PAS Ampang Jaya yang bertempat di Markaz PAS Cawangan Bukit Sentosa 2. Kemudian pada jam 11.00pagi Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Taman Bunga Raya Teratai(TBR Teratai) pula dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Hulu Selangor yang bertempat di K-1-37, Apartment Teratai, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

Semua mesyuarat tersebut telah menjalankan aktiviti pemilihan AJK baru bagi cawangan masing-masing. Alhamdulillah semua mesyuarat tersebut telah dihadiri lebih daripada 1/3 ahli dan layak untuk melangsungkan mesyuarat agung.

Selepas ini akan diadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk cawangan-cawangan lain seperti Cawangan Bukit Beruntung/Bukit Sentosa(BB/BS), Cawangan Jalan Kasturi dan Cawangan Apartment Cempaka.

Buat ahli-ahli yang telah dipilih sebagai AJK didalam cawangan masing-masing, adalah diharapkan agar amanah yang telah diberikan dijalankan dengan bersungguh-sungguh dan berdedikasi. Didalam menempuh perjuangan untuk mendaulatkan Islam sebagai perundangan negara, pastinya cabaran yang telah dan bakal dialami bukanlah kecil. Musuh-musuh Islam senantiasa berusaha mencari jalan untuk melemah dan menghapuskan kita dan ini merupakan ketentuan Allah untuk menguji hamba-hambanya yang beriman.

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.(Al-Baqarah,Ayat 190)

Sekian, Terima Kasih.

S/U PAS ZBB

No comments:

Related Posts with Thumbnails