"Tamrin" atau maksudnya latihan atau pembiasaan sangat penting dalam gerakan Islam selain Usrah yang dianggap nadi sesebuah gerakan Islam. Seiring dengan semangat itu, PAS Zon Bukit Beruntung telah mengadakan satu aktiviti Tamrin pada 4 Julai 2010 baru-baru ini.
Aktiviti yang telah dirancang dengan agak segera itu disertai oleh 18 orang ahli PASZBB dengan diketuai oleh Pengarah PASZBB sendiri.
Jemaah berkumpul di Masjid As-Salam Bukit Sentosa sebelum bergerak ke lokasi iaiatu Warisan Bernam Heritage, Hulu Bernam. Mengikut jangkaan lebih 20 orang ahli akan menyertai aktiviti ini, malangnya atas pelbagai sebab, beberapa orang ahli PASZBB tidak dapat bersama.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pembentangan 2 kertas kerja yang disampaikan oleh 2 Ustaz jemputan disamping Tazkirah & amanat daripada Tuan Pengarah Zon sendiri.
Aktiviti berkumpulan didalam air sangat menarik dan mengeratkan lagi ukhwah Islamiah yang sedia terjalin disamping aktiviti 'makan durian' yang pastinya meriah! Sedikit Tazkirah ringkas oleh Naqib PASZBB sebelum bertolak pulang.
Alhamdulillah, semoga aktiviti sebegini akan diteruskan terutama setelah berpenat lelah selama lebih 1 bulan sebelum ini didalam kempen PRK Hulu Selangor. InsyaAllah, semoga penyertaan ahli-ahli akan lebih ramai bagi aktiviti-aktiviti PASZBB selepas ini.
PASZBB 06072010Setting bendera macam nak ke Penamaan Calon pulak!
Doa dibacakan oleh Tuan Pengarah PASZBB sebelum bertolak ke lokasi
Sempat bergambar dulu syeikh!!!
Bersarapan sesampainya di lokasi, Warisan Bernam, Hulu Bernam
Khusyuk mendengar Pembentangan Kertas Kerja Pertama
YBhg Al Fadhil Ustaz sedang berucap..
Dari kejauhan ku terlihat 'bulan'!!!
Tuan Pengarah PASZBB menyampaikan Tazkirah buat anak-anak buah..
Semangat! Siap lilit kepala lagi Pak Syeikh belakang tu!
Sempat mengusik ayam serama pulak Bro Unit Amal nih!
Wah! Air Terjun! Aduhh!!
Kalau nampak dek anak-anak.. malu besor ni wehh!! hehehe
Wah! Naqib bukan sahaja berbakat di Markaz, malah berbakat selaku Trainer!
Jangan terlepas wehh!! Berdentum jatuh karang!!
Ni yang tak tahan nih! Makan Deghoyan!!
Antara yang hadir 'memeriahkan' suasana'!!!
TAzkirah sebelum bertolak pulang...
Bertemu lagi di Tamrin akan datang!! Dengan lebih ramai ahli jemaah lain!!!
No comments:
Post a Comment