Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    12 years ago

Tuesday, July 6, 2010

Tamrin PAS Zon Bukit Beruntung 4 Julai 2010 [Rakaman Peristiwa]


"Tamrin" atau maksudnya latihan atau pembiasaan sangat penting dalam gerakan Islam selain Usrah yang dianggap nadi sesebuah gerakan Islam. Seiring dengan semangat itu, PAS Zon Bukit Beruntung telah mengadakan satu aktiviti Tamrin pada 4 Julai 2010 baru-baru ini.

Aktiviti yang telah dirancang dengan agak segera itu disertai oleh 18 orang ahli PASZBB dengan diketuai oleh Pengarah PASZBB sendiri.

Jemaah berkumpul di Masjid As-Salam Bukit Sentosa sebelum bergerak ke lokasi iaiatu Warisan Bernam Heritage, Hulu Bernam. Mengikut jangkaan lebih 20 orang ahli akan menyertai aktiviti ini, malangnya atas pelbagai sebab, beberapa orang ahli PASZBB tidak dapat bersama.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pembentangan 2 kertas kerja yang disampaikan oleh 2 Ustaz jemputan disamping Tazkirah & amanat daripada Tuan Pengarah Zon sendiri.

Aktiviti berkumpulan didalam air sangat menarik dan mengeratkan lagi ukhwah Islamiah yang sedia terjalin disamping aktiviti 'makan durian' yang pastinya meriah! Sedikit Tazkirah ringkas oleh Naqib PASZBB sebelum bertolak pulang.

Alhamdulillah, semoga aktiviti sebegini akan diteruskan terutama setelah berpenat lelah selama lebih 1 bulan sebelum ini didalam kempen PRK Hulu Selangor. InsyaAllah, semoga penyertaan ahli-ahli akan lebih ramai bagi aktiviti-aktiviti PASZBB selepas ini.
PASZBB 06072010

Setting bendera macam nak ke Penamaan Calon pulak!


Doa dibacakan oleh Tuan Pengarah PASZBB sebelum bertolak ke lokasi


Sempat bergambar dulu syeikh!!!


Bersarapan sesampainya di lokasi, Warisan Bernam, Hulu Bernam


Khusyuk mendengar Pembentangan Kertas Kerja Pertama



YBhg Al Fadhil Ustaz sedang berucap..


Dari kejauhan ku terlihat 'bulan'!!!


Tuan Pengarah PASZBB menyampaikan Tazkirah buat anak-anak buah..


Semangat! Siap lilit kepala lagi Pak Syeikh belakang tu!


Sempat mengusik ayam serama pulak Bro Unit Amal nih!


Wah! Air Terjun! Aduhh!!


Kalau nampak dek anak-anak.. malu besor ni wehh!! hehehe




Wah! Naqib bukan sahaja berbakat di Markaz, malah berbakat selaku Trainer!





Jangan terlepas wehh!! Berdentum jatuh karang!!





Ni yang tak tahan nih! Makan Deghoyan!!


Antara yang hadir 'memeriahkan' suasana'!!!


TAzkirah sebelum bertolak pulang...



Bertemu lagi di Tamrin akan datang!! Dengan lebih ramai ahli jemaah lain!!!

Friday, May 28, 2010

Hancur Judi Hancur UMNO! Bergema di Bukit Beruntung!

Demo Bantah Judi di Bukit Sentosa! [Bergambar]


Demo dimulakan dengan ucapan 'aluan' oleh Ketua Organizer!


Semangat makin membara melihat kemunafikan Kerajaan Malaysia meluluskan judi!


Sepanduk rekaan sendiri dibawa sekali!


Hayati kata-kata di kertas itu! Tepuk dada tanya iman! Jangan tanya UMNO!


Kami juga benci judi tapi apakandaya! Kata-kata najib lebih tinggi dari Al-Quran!- Orang UMNO


Jemaah yang keluar masjid pun turut sama memberikan sokongan..
Ada yang terus joint! Ada yang melihat dari jauh!
Ada yang mengambil gambar.. Ada yang turut sama bertakbir!
teman terperasan beberapa orang UMNO berlalu sambil menjebik muka!
Hmmm.. Seruan telah pun sampai ke telinga mereka..
kelak tika disoal oleh Munkar Nakir jangan kata tak tahu pula!


Mungkinkah sebab kerana Kerajaan Malaysia dah takde duit?
Habis bayar kat APCO?


1Malaysia tolak judi!!!


Bersemangat pengibar Panji itu!!!! Hancur UMNO!


Allahuakbar! Parti Judi ini WAJIB ditolak sejauh-jauhnya!


Tersenyum pejuang ini sambil memegang banner.. Kenapa agaknya?


Hancur! Hancur! hancur Judi! Hancur hancur! hancur UMNO!


Wah! Bro berkopiah hijau pun turut bersemangat! Sat lagi Bukit Aman cari la tu! Wakakaka!



Allahuakbar! InsyaAllah inilah parti yang akan menjulang nama Islam di Malaysia!
Nak harap UMNO.. ghuyyuuppp!!!


Ucapan diteruskan!! Line Clear! SB tak tau rupanya kami nak buat demo!! wakakaka!


Dan terus berlangsung.... tanpa gangguan.. terima Kasih Abang Polis Bukit Sentosa!!!
Kami janji, kami takkan mengadu kat najib atau Musa Hassan!


yang turut hadir memerhatikan..
InsyaAllah kelak mereka akan berada di barisan hadapan pulak!




Ucapan akhir daripada Timbalan Pengarah PAS Zon Bukit Beruntung!





Doa oleh Ketua Urusan Ulama' PAS Zon Bukit Beruntung




Jumpa Kami di Kuala Lumpur 3 Julai Ini!! InsyaAllah!!


Bertongkat juga turut hadir!! Inilah sunnah orang berjuang!! Syabas cikgu!!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Hidup! Hidup! Hidup Islam!
Hancur! Hancur! Hancur Judi!
Tumbang! Tumbang! Tumbang UMNO!
Sokong! Sokong! Sokong Islam!

sumber - Aku Budak Balun

Thursday, May 27, 2010

DEMO ANTI-JUDI Di Bukit Sentosa. Bukit Beruntung!

ADUAN RAKYAT BUKIT BERUNTUNG


ADUAN RAKYAT
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT (PAS/PR)
NO 70 JALAN SEMARAK 3C SEK BB7
BDR BARU BUKIT BERUNTUNG
48300 RAWANG SELANGOR.
Fax 03-60211419/019-2735641
1. Nama Pengadu : Pn Zamzila Binti Ahmad
Alamat : No 49 Jln Jenjarum 6 Bkt Sentosa 2 Bukit Beruntung Hulu Selangor .
Tel : 017-3532669

Kata-kata Aduan/Rayuan Saya seorang ibu tunggal yang mempunyai 6 orang anak 4 masih sekolah 2 anak saya masih dibawah umur.
Saya seorang ibu tunggal yang diceraikan oleh oleh bekas suami saya juga seorang tentera sehingga nafkah anak-anak saya tidak diberikan oleh bekas suami saya.
Sehingga sekarang saya terpaksa bekerja sendiri dengan berniaga kecil-kecilan sebagai penjual kuih di tepi jalan dengan pendapatan RM 450.00 sebulan dengan tanggungan anak seramai 6 orang,rumah masih disewa.
Sekarang rumah saya didiami tidak dapat dibayar sewaan sehingga tuan rumah mengugut saya agar dikosongkan rumah ini dengan segera.
Anak sulung saya yang bernama Nurzakirah binti Norapandi (14) tkt 2 terpaksa berhenti sekolah kerana membantu saya menjual kuih mueh .
Anak yang yang bongsu bernama Nurfarisha Balkis (2) sehingga sekarang tidak dapat dibuat Surat Beranak sehingga menyulitkan urusan Hospital kerana bekas suami saya tidak mahu mengurus surat tersebut.

Atas bebanan yang ditanggung ini saya merayu pada mana-mana pihak agar menghulukan sumbangan seberapa ikhlas dengan menziarahi rumah saya /telefon dan sumbangan kedalam Akaun saya dan sekali gus diucapkan ribuan terima kasih.

Senarai nama anak- anak dalam tanggungan saya.
1. Nurzakirah Binti Norapandi 14 tahun
2. Muhammad Nizamuddin 12 tahun
3. Nurhidayah 10 tahun
4. Nuramalina 9 tahun
5. Muhammad Taufiq Haiqal 8 tahun
6. Nurfarisa Balkis 2 tahun

No Akaun Bank BSN (Giro) Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor
02100-29-88375315-5

Yang benar Zamzila Binti Ahmad (Pengadu)

Melalui Pusat Khidmat Masyarakat (PR)
No 70 Jalan Semarak 3C Sek BB7 Bukit Beruntung
Pn Khilwati Bin Ahmad Mashud –SU Kerja 019-2459301
Hj Mohd Zulkifli Bin Dawam – Pengurus PKM
Related Posts with Thumbnails