Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Friday, September 11, 2009

Belacan mengaku keju!!!

Allahuakbar!
Kalau dah belacan, belacan la juga! Apa persamaan Belacan dan keju? Warnanya? jauhhh!!! Rasanya?? lagi jauhhh!!! Bentuknya? mungkin boleh di adjust!

Manakan mungkin belacan dianggap keju? keju dibuat daripada susu yang segar dan putih! Susu pulak kalau kena yang kualiti tinggi lagi la wangi dan menyelerakan! Kena pulak keju dari susu awal lembu! hehehe

Belacan? takkan dibuat daripada susu? takkan berbau manis dan harum? belacan mana yang berbau wangi? dibuat daripada udang yang hancur! yang busuk dan tengit! terpaksa di bakar ditumbuk dengan cili baru la best!! itupun dicicah dengan air asam dan dipadankan dengan makanan lain seperti ikan bakar,kerang bakar, petai dan sebagainya!

Jadi apa persamaannya jika belacan itu bersungguh mahu mengaku sebagai keju?
sunsnake



Umno Adalah Parti Islam, Kata Najib

SIK, 10 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini Khamis ini.

sumber - bernama

No comments:

Related Posts with Thumbnails