Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Sunday, January 9, 2011

"Jalinan Kasih" PAS Zon Bukit Beruntung, Meriah!


Bukit Beruntung 8 Januari - "Eratkan Ukhwah, Gerakkan Usaha," itulah kesimpulan yang dapat dibuat daripada Majlis 'Jalinan Kasih' PAS Zon Bukit Beruntung yang diadakan di Dewan Apartment Anggerik, Taman Bunga Raya disini malam ini. Majlis yang dijangka akan mengumpul lebih kurang 100 ahli bagaimanapun diluar jangkaan apabila lebih 250 ahli dan keluarga masing-masing hadir di majlis berkenaan.

Majlis yang julung-julung kali diadakan adalah bertujuan untuk mengikatkan kembali ukhwah sesama ahli PAS Zon Bukit Beruntung yang terdiri daripada 8 cawangan iaitu Cawangan Bukit Beruntung/ Bukit Sentosa, Jalan Cempaka, Jalan Kasturi, Jalan Kesumba, Bukit Sentosa 2, TBR Teratai, Apartment Anggerik dan Apartment Kenangan. Didalam majlis yang sama juga, muslimat zon mengambil kesempatan untuk menambah ahli daripada kalangan isteri-isteri ahli PAS yang sebelum ini agak jarang kehadapan.

Sesi pemuda turun memasak ke? Adehhh!!


Mana muslimat neh? Ada bran lawan masak dengan Unit Amal Pemuda??


Basuh beras syeikhh!!


Chef sedang start nak masak nasi minyak tuuuu!!


Basuh periuk pulakkk!! adehhh!!


Ketibaan ahli-ahli... Unit Amal pun ada punyaaa!!


Ahli-ahli PAS Zon Bukit Beruntung mendaftarkan diri..
"Lama tak nampak Syeikh?? Ingat dah tukar khemah!! Wakakaka!!!"



2 orang kuat Unit Amal Bukit Beruntung..
Masing-masing ada silat tuu.. Silat 'Langkah Seribu' nama dia!!!


Suasana didalam... Sesak... Alhamdulillah..



Meja utama.. Banner utama..
Syeikh MC sedang mencatat sesuatu daripada Pengarah Program


Mai imfa' syeikh... Masuk tabung ni baru duit kita...
Yang dalam poket belum tentu kita punya..
Balik karang isi minyak skit, dah jadi milik tokey petrol station duit tuhhhh!!


Suasana didalam dewan dari belakang..


Pengerusi Majlis merangkap Ketua PAS Cawangan TBR Teratai memulakan majlis..


Semua ahli berdiri menyanyikan lagu Rasmi PAS
"Berkorbanlah wahai yang beriman, dengan harta dan segenap kepunyaan"..


Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor turut hadir dan menyampaikan sedikit ucapan dan pesanan daripada kepimpinan Pemuda PAS Selangor mahupun Pusat.


Ketua Muslimat Zon menyampaikan ucapan
"Izinkanlah isteri Tuan-tuan menyertai aktiviti muslimat,
takkan tuan-tuan nak simpan mereka dalam almari lauk?"
mungkin itulah ucapannya kot? hehehe


Air tembikai susu tuhh.. terbaekk!!


Antara muslimat yang berjaya menerobos ke dalam dewan! Barakallah!



Suasana di luar dewan dalam masa yang sama...


Wah! Lepak luar lagi sejuk sambil dengar ucapan ye?



Wakil Muslimin merangkap Bendahari PAS Kawasan menyampaikan sedikit 'presentation' berkaitan Gerak kerja Pilihanraya.. Sangat baik!


Amanat oleh Tuan Pengarah PAS Zon Bukit Beruntung.. Barakallah Ustaz!



Wajah-wajah bakal pewaris perjuangan Islam ini.. InsyaAllah!


2 Ketua Cawangan sedang berbincang sambil makan kari kambing! Perghh!!


Sesi terakhir pada malam itu, makan-makan.. Alhamdulillah..
2 ekor kambing Aqiqah oleh seorang ahli 'otaimer' PAS Zon Bukit Beruntung..
Terima Kasih YB Hang Kebas!


Suasana di meja makanan muslimat...


Ahli-ahli berpusu-pusu keluar dari dewan menuju ke ruang makan


Wehh!! Sempat bergambor lagi nehh!!

Saturday, January 8, 2011

Program Berkhatan PKM Jalan Semarak

Lapuran program berkhatan beramai-ramai anak-anak Orang Miskin/anak yatim dan Orang Asli
Tarikh : 19/12/2010 ahad di Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) Jalan semarak BB7 Bukit Beruntung
Perasmian : Ust Nurul Khalil bin Rosli - Ketua Dewan Ulamak PAS Hulu Selangor
Penyertaan : 24 Orang dikalanga peserta anak Orang Miskin/anak yatim dan Orang Asli.
Mudim dikalangan ATM Malaysia 2 Doktor dan 2 pembantu -kehadiran 120 orang ternasuk ibubapa.
Semua pembiyaan di tanggung seluruhnya oleh PUKMAS SERVICES dan sumbangan Orang ramai.
Aturcara
8.00 Pagi - Kehadiran Peserta bersama ibubapa
8.30 Pagi - Perarakan peserta khatan 24 orang dengan paluan kompang
9.00 Pagi - Ucapan Perasmian oleh Ust Nurul Khalil bin Rosli - KDUPHS
9.30 Pagi - Jamuan makan
10.00 Pagi - Acara mandi manda kolam
10.20 Pagi - Khatan bermula
2.00 Petang- Bersurai






Related Posts with Thumbnails