Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, September 29, 2009

Berita buruk buat Muhammad Hasan MB N9!!!

Semua orang tahu masalah ketidakse'bulu'an MB N9 dan Isa Samad ini.. sama-sama kita tunggu kesudahannya!
Dalam masa yang sama jangan hilang fokus kearah kejayaan PAS dan PR di Bagan Pinang!!!

sunsnake

Calonkan Isa: Umno terpaksa realistik, elak boikot
Harakahdaily
Tue | Sep 29, 09 | 5:03:08 pm MYT
ANALISIS

Selepas debat mengenai calon yang paling sesuai berlanjutan sehingga beberapa minggu, kepimpinan Umno terpaksa akur dengan kehendak akar umbi dan keperluan untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan.

Pengumuman dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden Umno sebentar tadi menunjukkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang amat penting bagi Umno selepas tewas kesemua tujuh pilihan raya kecil di Semenanjung selepas Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu.

Usaha untuk membersihkan parti dan meletakkan calon yang bersih untuk memenangi semula sokongan rakyat terpaksa ditangguhkan dahulu.

Pencalonan Isa itu juga menunjukkan ketidakupayaan kepimpinan Umno melawan ketua-ketua Umno yang berpengaruh seperti bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, yang membina kumpulan yang kuat sepanjang memerintah negeri kubu kuat Barisan Nasional itu.

Tindakan tidak mencalonkan Isa bakal mengundang boikot daripada ahli-ahli Umno akar umbi di negeri ini yang menyokong kuat Isa untuk kembali sebagai menteri besar akibat tidak senang dengan kepimpinan menteri besar hari ini, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Menjelang pengumuman calon, petanda buruk sekiranya Isa tidak dicalonkan mula kelihatan apabila muncul sepanduk-sepanduk memberi amaran boikot sekiranya Isa tidak dipilih sebagai calon Bagan Pinang.

Bekas pemimpin Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bersuara berkali-kali secara terbuka menentang pencalonan Tan Sri Isa Abdul Samad, tokoh yang terpalit dengan rasuah politik dan digantung oleh parti.

Mahathir walau bagaimanapun dalam satu kenyataannya mengaku Isa mampu menang di Bagan Pinang, menunjukkan sokongan meluas untuk ketua Umno Teluk Kemang itu.

Berdasarkan tinjauan, Isa terus popular di Negeri Sembilan dalam kalangan Umno, menjadikan pencalonannya sebagai pertaruhan terbaik bagi Umno dan Barisan nasional untuk mencapai kemenangan di Bagan Pinang, walaupun terpaksa mengorbankan agenda membersihkan parti.

Isu ini, yang melalui debat yang agak panjang dan terbuka telah mendedahkan pergeseran dalaman Umno sejak beberapa minggu sebelum kempen bermula, memberi kelebihan untuk kempen pembangkang yang dijangka akan memberi fokus pada kelemahan calon parti lawan seperti dilakukan di Permatang Pasir pada Ramadhan lalu.

Pencalonan Isa bakal memberi bahan kempen kepada pembangkang, tetapi pada masa sama menjadi penyatu Umno tempatan, sesuatu yang tidak diperolehi Umno dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini seperti Kuala Terengganu dan Permatang Pasir yang menyaksikan calon Umno mendatangkan liabiliti.

Pemilihan Isa sebagai calon ini menunjukkan Umno masih sukar untuk melakukan tindakan yang betul memilih calon yang bersih sekiranya tindakan itu bertembung dengan kepentingan kuasa.

Isa yang memberi harapan kepada kempen umno di Bagan Pinang ini juga menenggelamkan lagi usaha Umno untuk memilih calon yang lebih bersih

Mana lebih baik, cara Selangor atau Kedah?

Oleh : Zulkifli Sulong

ANALISIS

Sejak dari awal lagi, dua negeri Pakatan Rakyat iaitu Selangor dan Kedah mempunyai pendekatan berbeza. Selangor dilihat mengamalkan dasar terbuka manakala Kedah pula mengamalkan dasar tertutup.

Tidak pasti, apakah ia benar-benar dasar kedua-dua kerajaan negeri itu tetapi itulah yang dilihat dari luar.

Kesemua Exco kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bebas memberikan pandangan masing-masing.

Masing-masing bebas membuat kenyataan akhbar, memanggil sidang akhbar apatah lagi bercakap kepada wakil-wakil media.

Isinya pula boleh menerangkan dasar dan perancangan kerajaan negeri bagi pihak portfolio masing-masing ataupun bercakap atas nama parti masing-masing.

Datuk Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor, bebas bercakap tentang portfolio agama, insfrastruktor dan Melayunya bagi pihak kerajaan negeri. Ronnie Liu pula bebas bercakap tentang kerajaan tempatannya dan apa-apa perancangan mengenainya. Apatah lagi MB, Tan Sri Khalid.

ImageKerana kebebasan itulah kadang-kadang jelas kelihatan percanggahan kenyataan antara mereka dalam media walaupun bercakap dari kerajaan yang sama.

Ia juga sering digunakan oleh media BN untuk memukul Pakatan Rakyat sehingga lahirlah kenyataan kononnya parti dalam Pakatan di Selangor tidur satu bantal tetapi mimpi berbeza.

Akibat dari keterbukaan ini pula jelas amat positif dalam mematangkan Selangor dan para pemimpinnya. Mereka tidak terlalu sensitif dengan kritikan bahkan sangat terbuka.

Khalid Ibrahim, walaupun seorang yang dipanggil Yang Amat Berhormat Menteri Besar, boleh dimaki dan dikutuk secara berdepan apabila beliau berdialog dengan penduduk Seksyen 23 mengenai isu kuil Hindu. Hasilnya, isu kuil ini berjaya diselesaikan dengan baik dan cepat walaupun cuba diselesai berpuluh-puluh tahun oleh Umno dan BN yang memerintah Selangor sebelum ini.

Walaupun nampak masalahnya tetapi bagi yang mahukan keterbukaan, cara Selangor ada baiknya.

Berbeza dengan kerajaan Pakatan di Kedah. Ia dilihat sangat tertutup. Cool sahaja tanpa kelihatan sebarang masalah. Kalau adapun, ia bukan karenah para exconya tetapi dari mereka yang berada di luar kerajaan.

Tidak ramai yang mengetahui apa sebenarnya perkembangan yang berlaku di Kedah. Kalau adapun, kenyataan yang keluar adalah dari Menteri Besarnya sahaja, Datuk Seri Azizan Razak.

ImageYang terbaru, Azizan berjanji akan menyelesaikan masalah kutipan sampah di negeri itu November ini kerana janji September lepas tidak berjaya dipenuhi oleh kontraktor terbabit.

Walaupun kecoh beberapa Adun akan meninggalkan Pakatan di Selangor, namun yang berlaku adalah Adun yang juga Exco kerajaan negeri Kedah dahulu yang keluar parti dan kemudiannya dipecat dari Exco. Sebelum ia berlaku, orang luar tidak tahu pergolakan dalam kerajaan negeri itu.

Jelas bagi orang luar, Kedah cool tanpa masalah. Jelas juga kepada orang luar, Selangor panas, hari-hari bertembung dalam media. Namun, pendekatan manakah yang lebih tepat, ia belum tentu lagi. Tunggulah masanya kerana masa yang lebih tepat memberikan kata putusnya

sumber - harakahdaily.

Ingat! Berjuang untuk Islam, itu yang utama!

Bagan Pinang: Berjuang untuk Islam - Mursyidul Am
Mohd Nor Yahya
Tue | Sep 29, 09 | 5:49:00 am MYT

GUA MUSANG, 29 Sept: Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pesanan kepada semua petugas parti PAS yang akan dan sedang bertungkus lumus di Dun Bagan Pinang agar berjuang untuk menegakkan agama Islam bukan untuk parti PAS semata-mata.

Beliau berharap walaupun Bagan Pinang sebelum ini adalah milik umno-BN,tetapi ia tidak mustahil akan beralih kepada PAS berdasarkan senario politik semasa yang berlaku sekarang ini.

"Kini kita tengok sudah banyak PRK yang berlaku dan Alhamdullillah berpihak kepada Pakatan Rakyat dan sebelum ini di Parlimen Kuala Terengganu walaupun milik umno tetapi PAS berjaya mengambil alih dan ini adalah berkat kerjasama Pakatan Rakyat,"katanya lagi.

berita penuh

ISA calon BN di Bagan Pinang

Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, katanya, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.

Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi Umno "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno".

Peritnya jadi Exco di negeri Pakatan Rakyat!

Kalaulah teman diberi pilihan memilih untuk menjadi exco Kerajaan mana-mana negeri di Malaysia ini, sudah pasti teman tidak akan memilih negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat!
manakan tidak? lihatlah bagaimana perit dan jerihnya exco-exco yang bertugas sekarang ini negeri-negeri tersebut!!!

Satu demi satu isu-isu yang menuntut profesionalisme dan kesabaran yang amat tinggi timbul. Di Kedah dengan isu Pusat Babinya, isu haiwan yang sama di Selangor dan sedikit di Perak. Timbul pulak isu Camry di Selangor dan Perak, mujur Kedah 'tak berduit' sepertimana kata MB ustaz Azizan, kalau tidak mahu jugak Kedah turut terkena isu Camry ini.

Belum sempat isu Camry mencapai klimaks, isu air percuma pulak muncul di Selangor. Agak pelik apabila ada juga pihak yang tak puas hati mengapa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi air percuma!! Bimbang air dibazirkan kata mereka! pulak? Isu janji-janji Pilihanraya di Selangor jugak ditimbulkan secara jelas oleh bekas MB Khir Toyo dan juak-juaknya. Sehinggakan ada yang mengambil tindakan membuat laporan polis terhadap MB Selangor!

Di Perak, kerana isu kelulusan tanah kepada penduduk kampung-kampung baru dan kampung-kampung tersusun oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ahli PAS DS Nizar, beliau dituduh pengkhianat dan boneka cina oleh melayu-melayu UMNO sehinggakan habis dihasut adik-beradik beliau (Nizar) agar turut sama menempelak saudara kandung mereka.
Timbul pulak isu 2 exco kanan Perak yang ditangkap menerima rasuah iaitu YB Jamal dan YB Osman.. hinggalah ke kemuncak kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak oleh Kerajaan Kudeta BN yang di'mastermind' oleh DS Najib dan kini disambung oleh MB 'haram' DS Zambry.
Belum campur peristiwa 'speaker kena heret' lagi! Exco-exco Pakatan Rakyat terpaksa 'bertumbuk' dengan 'barua-barua' upahan yang memasuki DUN secara haram!

Di Selangor pulak lain cerita, Exco-exco Pakatan Rakyat yang dipilih oleh majoriti rakyat Selangor terpaksa berhempas-pulas menghadapi serangan/gangguan 'senyap' Khir Toyo dan juak-juaknya. Mengapa 'senyap'? ini kerana jika di Perak, secara terang dan sangat nyata BN yang dikepalai oleh UMNO menggangu, tapi di UMNO Selangor lebih selesa menghantar 'tentera-tentera'nya membuat pelbagai jenis kekecohan dan kacau-bilau! Sudahlah nak menyelesaikan dan membaiki 'kemusnahan' yang sekian lama dibuat oleh UMNO-BN, Exco-exco PR terpaksa pulak melayan serangan-serangan UMNO-Bn tadi!

Bayangkan isu gambar peribadi ADUN pun disensasikan tanpa malu oleh media UMNO-BN dan pemimpin-pemimpin mereka! Sedangkan ada kes yang lebih keji daripada itu oleh pemimpin-pemimpin UMNO-BN tidak pula dihebohkan? kes di Port Dickson? mungkin ada yang masih ingat? sila tanya lebai google! (ayat Tukar Tiub). Tetapi betul jugak, jika Mat Sabu yang bukan exco pun pernah difitnah dengan teruk dan hina, inikan pula exco-exco Pakatan Rakyat!

Pulau Pinang juga tidak terlepas dari serangan dan gangguan. Daripada isu DEB, sehinggalah yang baru selesai iaitu Kampung Buah Pala. Tidak ketinggalan isu perkauman yang dibawa oleh kontraktor-kontraktor melayu UMNO yang semakin 'hangus' dan 'gersang' akibat ketiadaan projek selepas kejatuhan BN di negeri ini. Teman amat yakin jika Pulau Pinang masih diperintah oleh Koh Tsu Koon, PASTI Kampung Buah Pala telah lama dimusnahkan tanpa ada apa-apa pampasan buat penduduk kampung! Khir Toyo telah membuktikannya di Selangor suatu ketika dahulu! Idris Jusoh pun tak ketinggalan dalam kes yang lebih kurang sama!

Ole itu, amatlah payah pada teman jawatan exco di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat! Adakah negeri Sembilan tiada masalah? Melaka tiada masalah? Johor tidak ada masalah? Perlis tiada masalah? tidak! Bahkan negeri-negeri tersebut lagi banyak masalah!! Apatah lagi Terengganu, Sabah & Sarawak! Lalu, mengapa masalah mereka tidak kelihatan?

Ini adalah kerana tiada sesiapa yang sanggup menghinakan diri mencari dan mencipta isu-isu bodoh dan rapuh seperti UMNO-BN di negeri-negeri Pakatan Rakyat! Pakatan Rakyat di negeri-negeri berkenaan lebih profesional dengan menyerang menggunakan ilmu dan maklumat sahih. Bukan seperti UMNO Selangor yang menyerang dengan menggunakan kepala lembu! sungguh di luar logik akal manusia normal dan beriman!

Kini terbaharu di Selangor isu lembu-lembu (sekali lagi) diheret ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) Shah Alam! Apa ertinya? bukankah boleh diramal siapa di sebalik semua ini? Bukankah UMNO Selangor sangat berminat dengan haiwan istimewa ini?

Sebelum-sebelum ini pun banyak masalah berlaku di sepanjang pemerintahan Khir Toyo. Selepas beliau meng'anugerah'kan penyapu kepada YDP Majlis Daerah Hulu Selangor, tidak ada pula kakitangan MDHS yang berarak bawak penyapu ke bangunan SUK? Semasa kerajaan UMNO-BN meng'hilang'kan sebegitu banyak pasir-pasir, tiada pulak ada manusia yang sudi melambakkan pasir di hadapan bangunan SUK? Diwaktu Kerajaan Khir Toyo membenarkan Syabas menaikkan tarif air Selangor, tiada pulak manusia berarak di hadapan bangunan SUK dengan membawa berbaldi-baldi atau berkolah-kolah air? mengapa kini? mengapa sekarang pulak yang sibuk manusia dengan bodoh sombong sanggup sikit-sikit berarak ke bangunan SUK? Siapa yang mengajar?

Kesimpulannya, memang sukar memegang jawatan Exco di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Teman lebih rela menjadi exco di Melaka, dan kalau boleh Johor sebab disana, buatlah apa sahaja hatta me'rembat' anak dara orang sekalipun! pasti anda akan diangkat sebagai wira seperti bekas MB Melaka! hulurkanlah rasuah sebanyak mana sekalipun, pasti anda akan dicalonkan sebagai calon pilihanraya (bekas MB Negeri Sembilan), juallah tanah kepada singapura sebanyak mana sekalipun, pasti anda akan kekal sebagai Menteri Besar selama berpenggal-penggal malah boleh jadi Menteri kabinet! (bekas MB Johor).

Kepada exco-exco Pakatan Rakyat, tabahlah, sabarlah, berhati-hatilah dan yang paling penting, amanahlah! kerana sedikit kesilapan pasti batang tubuh anda akan diserang habisan-habisan!

sunsnake 29.09.09

Sedarlah sikit... duhai Pakatan Rakyat!

PRK Manik Urai, UMNO-BN menerusi media tali barutnya memukul canang sehingga gegak gempita seluruh alam, menyatakan PAS sedia berunding berkenaan Kerajaan Perpaduan. Situasi pada ketika itu begitu tegang hinggakan dikalangan ahli-ahli PAS berasa cukup gelisah kerana mereka berselisih pendapat.

Kegelisahan itu turut dirasai oleh Kelab Penyokong PAS yang amat khuatir sokongan bukan Islam kepada PAS akan lenyap sama sekali jika PAS bersetuju bekerjasama dengan UMNO. Malah ahli-ahli PKR dan DAP juga berasa amat tidak selesa ketika itu. PAS dilihat seolah-olah hendak di “hijack” oleh pihak-pihak tertentu, atau bahasa lain hendak “dirampas ikut pintu belakang”.

Walaupun di saat-saat akhir sebelum hari mengundi di Manik Urai, PAS bersama-sama DAP dan PKR mengeluarkan kenyataan bersama mereka menolak kerajaan perpaduan, PAS nyaris menanggung padah apabila hampir tewas dalam PRK Manik Urai.

Kemenangan tipis PAS di Manik Urai seharusnya menjadi pengajaran kepada kita. Isu kerajaan perpaduan dibesar-besarkan oleh UMNO-Barisan Nasional kerana ini peluang keemasan mereka melemahkan jentera Pakatan Rakyat. Perancangan strategik mereka hampir berjaya bila beberapa UPU PAS di Manik Urai hampir lumpuh tidak berfungsi. Moral penyokong-penyokong PAS begitu rendah dengan asakan bertubi-tubi media tali-barut UMNO yang menyebarkan dakyah Pakatan Rakyat berpecah gara-gara isu Kerajaan Perpaduan. Padahal isu kerajaan perpaduan tu sebenarnya tak wujud langsung.

Ketika PRK Permatang Pasir, UMNO-BN tiada isu besar untuk dimanipulasikan. Dan hasilnya calon PAS menang selesa. Selain faktor DSAI dan faktor kepincangan calon BN (hinggakan Tun Dr M pun menempelak Rohaizat), kemenangan Ustaz Salleh Man banyak didorong UMNO ketandusan isu untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Kini, PRK Bagan Pinang bakal menyususl. UMNO semakin tertekan. Dalam apa jua keadaan sekalipun, kerusi UMNO dalam Parlimen Telok Kemang ini mesti dipertahankan. Jika tidak, UMNO akan menanggung malu besar, bukan sahaja kepada rakan parti komponen mereka, malah NajiB Razak akan lebih malu kerana bininya berasal dari Negeri Sembilan (kalau ikut cerita Perempuan Puaka dalam YouTube la).

Dalam keadaan semakin terdesak, UMNO ligat mencari isu. Setelah isu DSAI sebagai pengkhianat gagal di Permatang Pasir, UMNO tidak mahu gagal lagi kali ini. Tup-tup tercetus isu Dato’ Hassan Ali bersuara secara terbuka meminta supaya cara pengendalian SELCAT dikaji semula. Nada Dato’ Hassan Ali ini yang dilihat seolah-olah mempertahankan pembangkang di Selangor (UMNO-BN) menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan penyokong pakatan rakyat, termasuk sesama ahli PAS sendiri. Ramai ahli-ahli PAS (konon-kononnya) menyokong tindakan beliau. Tatapi ramai juga yang membantah. Rancangan UMNO-BN melaga-lagakan pakatan rakyat sudah “menang” pusingan pertama. Sama seperti yang berlaku di Manik Urai.

Kita tidak tahu apa kesudahannya PRK di Bagan Pinang. Peluang UMNO-BN menang di N.31 lebih cerah memandangkan jumlah undi pos yang besar. Tetapi Pakatan Rakyat akan mendapat malu besar jika majoriti kemenangan BN bertambah lebih besar.

Jika inilah yang berlaku, ternyata UMNO-BN berjaya memecah-belahkan pakatan rakyat, hanya dengan satu isu kecil. Dan implikasi selepas PRK Bagan Pinang mungkin lebih memeritkan. Rakyat mungkin sudah bosan dengan “pergeseran” Pakatan Rakyat yang dicipta UMNO-Barisan Nasional.

Bila rakyat dah bosan, jangan terkejut UMNO-Barisan Nasinal akan menang besar dalam PRU-13 dan Najib Razak menjadi PM diktator, Rosmah pula serta-merta menjadi klon Imelda Marcos.

sumber - Perisik Rakyat

Monday, September 28, 2009

Saya tidak akan lari!! (hanya melompat-lompat!)


Saya tidak akan lari - Jamaluddin

BATU GAJAH 27 Sept. - "Saya akan hadir seperti biasa. Tiada apa yang perlu ditakutkan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi berhubung sambungan perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya esok.

Menurut Jamaluddin, dia memang menantikan detik tersebut kerana ingin menegakkan kebenaran dan membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Saya sudah bersedia dan tidak akan lari atau mengelak untuk hadir ke mahkamah. Bila tahu diri tidak bersalah, kita tidak akan takut," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sambutan Aidilfitri ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman di Kampung Tersusun dekat sini hari ini.

Jamaluddin menghadapi perbicaraan tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Ipoh berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

Turut dituduh dalam kes itu ialah ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu, juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Ruslan Sahat dan bekas anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Bandar Ipoh Raya di sini dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos tahun lepas.

Ujar Jamaluddin, sebarang keputusan berhubung dakwaan tersebut akan bergantung kepada kebijaksanaan peguam yang dilantik.

"Dulu ramai yang mendoakan saya ditimpa bencana bila saya keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyokong Barisan Nasional (BN)," katanya.

Ayoyo!! MIC & PPP mau karamkan BN, lagi ada mau tumpang kaa??

PPP dan lama dah hara-hurunya.. Status Murugiah pun ntah apa nasib?
La ni dok peninkan kepala Najib je..
MIC lagi la.. dengan kepala Mahathir pun sengal dibuatnya!
La ni dah timbul isu penyelewengan masa pemilihan pusat baru-baru ni pulak!

Tiba-tiba Gurkha BN si IPF dan KIMMA pulak nak tumpang semangkuk joint kapal senget BN ni..
Macam mana agaknya kalau benar-benar dua parti dominan kaum India ini dibenarkan menyertai BN??

hmmm.. sama-sama kita saksikan ye?

Steady machha!

sunsnake 28.09.09

sila baca sumber utusan meloya!!!

IPF masih berhasrat sertai BN - Utusan meloya
IPF rakan sejati BN - Tengku Adnan

Ali Rustam, Bapak Ibrahim Ali!



Hingga mengalir airmata teman malam tadi melayan berita di astro awani.
berita mengisahkan desakan Ibrahim ali agar Tuk Guru meletakkan jawatan!
yang kelakornya disambut oleh Ali Rustam yang berpendapat desakan Ibrahim itu ada kewajarannya!

Hujjah Ali Rustam, Nik Aziz ini hanya pandai mengutuk orang lain terutama pemimpin-pemimpin UMNO hingga tahap yang tidak sepatutnya! Dan adalah wajar agar Nik Aziz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan!

Fuh!! memang hebat la dengornya sebab dia bercakap atas kapasiti Ketua Menteri Melaka. Tapi sebenarnya isi hampeh! hujah yang amat,amat,amat dangkal sama sekali!!
Hujah sebegini selayaknya hanya diucapkan oleh pimpinan parti Makkal Sakhti atau IPF peringkat cawangan aje!

Weh Ali's family!, Baik Ali Rustam mahupun Ibrahim Ali..
sedarkah kamu apa sebenarnya isu yang kamu nak bawa?
Jika pada pandangan kamu Tuan Guru Nik Aziz ini tidak layak memegang jawatan MB, adakah kamu wahai Ibrahim Ali layak?
Ali Rustam? pernahkah Tuan Guru dihukum oleh PAS atas kesalahan rasuah di Muktamar Pemilihan Agung PAS Pusat?

Inilah sebenarnya yang dikatakan ' cakap berdegar-degar, ekor bergelumang tahi'!!

sunsnake 28.09.09

Isu Dato' PJ Selangor - mengapa masih dilayan?

Salam,

Hebat dan panas isu-isu kontroversi yang melanda Dato' PJ kita ni.. Dato' Dr. Hassan Ali, ADUN Gombak Setia, Exco Kanan Negeri Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor.

Sebermula dengan isu muafakat PAS-UMNO sebaik sahaja UMNO-Toyo sah tumpo di Selangor, dah bergerendum isu Dato' PJ ini, sedari itu silih berganti isu muafakat/perpaduan didendangkan oleh media terutama media BN. Teman sendiri kadang-kadang pelik dengan isu-isu sebegini.
Yang lagi buat teman pelik apabila ada ahli-ahli PAS sendiri yang termakan dengan isu-isu yang dimainkan oleh media-media UMNO nih!Kita sendiri yang mengatakan media-media ini penipu, pemutar belit, fitnah tetapi ada dikalangan kita sendiri menjadikan berita-berita @ point-point dari media tersebut sebagai hujjah sesama sendiri!! Apa ke masalahnya?

Selaku ahli PAS, sewajarnya kita dengar sendiri dari sumber dalaman parti, dari pimpinan kawasan mahupun negeri sebelum kita boleh berhujjah, lagi-lagi pulak hinggakan terkeluar ayat-ayat yang kurang baik buat Dato' PJ kita.

Teman amat yakin, didalam menepis dan tenggelam UMNO-BN ini, hanya isu-isu sebegini sahajalah yang menjadi harapan mereka untuk berusaha kembali timbul (walaupun sebenarnya seolah-olah dah takde harapan!). Mengapa ada diantara kita yang seolah-olah sudi menghulurkan tangan kepada mereka? dengan menerima segala berita daripada media-media mereka sama la jugak dengan menghulurkan tangan kepada mereka!!!

Harapan teman, isu-isu berkaitan Dato' PJ ini adalah riak-riak didalam cawan kita.. cawan PAS.. Cawan Pakatan Rakyat yang cuba dikocakkan dari luar oleh UMNO-BN dengan mengggunakan media-media 'haram' mereka! jangan dilayan dan jangan dihadam berita-berita mereka ini.

Sudahkah kita bertanya sendiri kepada Dato' PJ? pernahkah kita mendengar sendiri berita-berita daripada pimpinan PAS baik Kawasan mahupun negeri?
Sedarkah kita bahawa isu-isu ini hanya untuk kegunaan di Bagan Pinang? Sewenang-wenangnya sang Khairi Jamaludin menimbulkan kembali isu-isu perpaduan ini? diwaktu ini? disaat ini?

Jangan dilayan media-media UMNO ini yang sebenarnya ibarat anjing-anjing diupah menyalak bukit!

sunsnake 28.09.09

sila baca artikel ini

kemanakah Hala PAS Selangor dalam Pakatan Rakyat

Wahai pemimpin-pemimpin PR (Rakyat marhaen Menyeru)

Exco Selangor WAJIB jawab!


Jangan diabaikan pertanyaan mereka.. jangan dinafikan hak mereka.. jangan dilambat-lambatkan jawapan untuk soalan mereka.. kelak nanti buruk padahnya..

Teman sokong agar exco yang bertanggungjawab segera menyelesaikan isu2 sebegini.. memang berat namun itulah realitinya..

Penduduk tuntut pendirian Pakatan tentang tanah perkuburan

Selama lima tahun, penduduk Taman Saujana Puchong telah berkempen membantah rancangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk menjadi sebahagian daripada hutan simpan Ayer Hitam sebagai kawasan tanah perkuburan.

Ketika itu, penduduk terbabit mendapat sokongan daripada parti pembangkang DAP, PKR dan PAS.

Kini ketiga-tiga parti berkenaan merupakan sebahagian daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir negeri Selangor sejak setahun setengah yang lalu.

Sewaktu sesi dialog dengan pegawai kerajaan negeri pada 22 Jun lalu, penduduk dijanjikan oleh pengerusi jawatankuasa setinggan, pengurusan bangunan dan perumahan, Iskandar Abdul Samad bahawa penyelesaiannya akan dicapai dalam tempoh tiga bulan.

Dan kini, tempoh tiga bulan itu yang berakhir pada 22 September telah berlalu tanpa sebarang maklumat dari pihak berkuasa.Sehubungan itu, jawatankuasa sementara membantah projek tanah berkuburan itu, menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan mengenainya.

"Mereka bersama kami sebelum menjadi kerajaan. Kami berharap mereka cepat membuat keputusan mengenai perkara itu. Kami mahu tinggal di sini dalam keadaan aman dan tidak perlu bimbang mengenai tanah perkuburan tersebut," kata jurucakapnya Lau Seng You (kiri).

Cadangan untuk membina tanah perkuburan awam seluas 55 hektar di situ, termasuk tempat membakar mayat - yang dianggap terbesar di negara ini - akan membabitkan sebahagian besar kawasan hutan simpan yang kini dimiliki Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan kini digunakan untuk tujuan penyelidikan.

Mahu diselesai di luar mahkamah

Menurut penduduk, hutan simpan seluas 3,000 hektar itu adalah antara segelintir kawasan hijau yang masih tinggal di negara ini. Ia juga menjadi tempatan tinggal masyarakat Orang Asli.

Kira-kira 1,500 penduduk di situ bimbang mengenai kejatuhan nilai hartanah serta pencemaran alam sekitar ekoran cadangan pembinaan tempat pembakaran di situ.

Wakil jawatankuasa sementara penduduk itu telah memfailkan semakan kehakiman pada 2006 tetapi kes berkenaan telah beberapa kali ditangguhkan.

Hari ini penduduk telah membawa pihak media ke pinggir kawasan hutan simpan tersebut untuk bergambar bersama kain rentang yang dibuat pada 2007, dengan kandungannya disarankan oleh Iskandar, yang juga seorang ahli politik PAS.

Lau berkata, walaupun perkara itu telah dibawa ke mahkamah dan tarikh untuk mendengarnya belum ditetapkan, tetapi pihaknya berharap ianya dapat diselesaikan di luar mahkamah.

sumber - malaysiakini

Raya.. Dodol.. PC Rosak!!!

Salam,

Alhamdulillah... akhirnya.. dapat juga menghidupkan blog paszbb ni...
Setelah seminggu dok melengung di rumah akibat dek pc yang secara tiba-tiba merajuk dengan merosakkan dirinya! fuh! betapa terseksanya sanubari dan jiwa ini apabila tiada bekalan internet! tiada bekalan air leh gak gi mandi kat masjid tepi rumah! tiada bekalan elektrik leh gak follow-up dengan TNB! tapi tiada bekalan internet akibat PC rosak!! menganga je la jawabnya! wakakaka!

Teman bukan tak nak gi cyber cafe(CC) tapi mengenangkan CC kat area Bukit Beruntung ni dah hilang ke'aslia'annya. Dah jadi macam 'sega world' dahh!! semua dok main game je.. takde privacy la pulak! hehehe (banyak songeh la pulak!)

Raya kali ini juga mencatat sejarah buat teman apabila sehingga ke saat tulisan ini, secubit dodol pun teman tak rasa lagi!! Semua rumah yang teman beraya takde hidangan dodol ni.. hmm.. pelik gak ni??

harap-harap dapat la merasa dodol sebelum Syawal meninggalkan kita! huhuhu

sunsnake 28.9.09

Monday, September 21, 2009

Imam 'tumbang' di pagi Aidilfitri!

Assalammualaikum..

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

"Asslmkm w b. Teluk Kemang, PD pantai ternama, Bgn Pinang jua nan disinggahi, Semoga puasa kita dterima, Selamt Hari Raya Aidilfitri"

"Sama-samalah kita bermaafan dan jgn lupa tugas kita di Pilihanraya nanti, Takbir!"

"Selamat Aidilfitri & Berjihad di Bagan Pinang! Takbir!!!"

Itulah antara 'sms raya' berunsurkan politik yang teman terima sejak petang Sabtu sampai la setakat jam 11.15 malam Raya kedua ni..
sesuai dengan politik itu sendiri sebahagian kecil daripada Islam maka sesuai sangatlah kita agar dalam melaksanakan ibadah sambutan Aidilfitri ini agar jangan melupakan satu lagi 'raya' yang akan kita sambut dan jihadkan bermula 3 Oktober ini di Bagan Pinang.

Teman juga ingin berkongsi pengalaman teman di pagi Satu Syawal semasa melaksanakan Solat Sunat Aidilfitri di sebuah surau di kampung isteri teman.
Sedang dok asyik melayan Khutbah hari raya oleh Tuan Khatib yang agak sangat berumur.. secara tiba-tiba suara beliau makin lama-makin kelam.. sebijik macam bateri yang nak 'kong'.

Teman dah suspek ada yang tak kena dengan khatib ini, dan akhirnya betullah apabila suasana kelam-kabut berlaku apabila 2-3 orang yang berada di saf hadapan terpaksa mengerumuni khatib yang tiba-tiba mahu tumbang! Kejadian ini berlaku sebaik sahaja Khatib tersebut mahu memulakan khutbah kedua.

Secara seriusnya jelas, perlunya golongan pelapis dalam kepimpinan Surau dan masjid terutama golongan Imam dan Bilal.. Seringkali teman perhatikan terutama di kampung-kampung, amat sukar melihat adanya imam atau bilal yang muda, maksud teman yang berumur 30-40 tahun..
Sempat juga teman bergurau dengan abang ipar teman.. 'apa lagi? gi la replace Hj tu? dah tiba masa abang pulak!!!" wakakakak!! biru gak la muka abang ipar teman tuh!!

Balik cerita khatib tadi, akhirnya beliau digantikan dengan khatib 'simpanan'.. Alhamdulillah, setelah selesai khutbah, beliau dibawa ke hospital oleh anak lelakinya yang juga turut berada didalam surau tadi.. sebelum tengahari beliau dibenarkan pulang...

Salam Aidilfitiri.. Selamat berpilihanraya nanti..

sunsnake 21.09.09

Sunday, September 20, 2009

PAS Hulu Selangor di Pesta Tanglung!!!

"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" (Ayat 256, Surah Al-Baqarah)


Assalammualaikum,

Alhamdulillah..
Buat pertama kalinya, PAS berjaya mendekati dan lebih memahami kaum Tionghua dengan cara menjadi penganjur bersama Pesta Kuih Bulan dan Tanglung di Kampung Sejantung, Kalumpang di Hulu Selangor malam diambang 1 Syawal semalam!

Aktiviti yang bermula pada jam 8.00 malam itu turut dihadiri oleh Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Bernam, Tn Hj Shukur, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Hulu Selangor, En. Adnan Md Noh dan juga AJK-AJK LPN PAS Hulu Selangor. Majlis berakhir kira=kira jam 10.00 malam.

Majlis bermula dengan aktiviti permainan Tanglung dimana permainan teka-teki dimulakan sambil jamuan makan berlangsung. Kehadiran yang memenuhi Dewan Persatuan Penduduk itu amat bingit dan meriah dengan kehadiran hampir 100 orang yang majoritinya adalah kanak-kanak.

Bagi kami, ini adalah sesuatu yang amat janggal kerana menyertai suatu majlis yang merupakan suatu adat bagi kaum Tionghua tetapi akhirnya kami memahami betapa beruntungnya Malaysia ini yang mempunyai pelbagai etnik dan budaya yang mevariasikan corak kehidupan rakyatnya.

Inilah antara perkara yang amat ditakui oleh UMNO-BN yang sebenarnya amat mengharapkan sikap perkauman yang tinggi dikalangan rakyat agar mereka dapat terus mengekalkan kuasa dan meneruskan kezaliman kepada rakyat!

InsyaAllah, segalanya akan lenyap selepas PRU ke-13 ini. Harapan teman, semua kaum di Malaysia ini baik Melayu,Cina, India, Sikh, Kadazan, Iban dan lain-lain bersatu-padu atas nama perpaduan untuk menolak kezaliman proksi penjajah UMNO-Barisan Nasional bagi menyelamatkan Malaysia daripada terus dihancur dan diagih-agihkan hasilnya oleh mereka kepada kroni dan suku-sakat mereka!

Sedikit rakaman peristiwa di majlis tersebut...















Pelbagai peringkat umur turut sama bermain tanglung.




























Ibu bapa menemani anak-anak..
Kadang-kadang teman tengok depa lagi 'over' dari anak-anak!!
hehehe














Aksi 'sporting' anak-anak Malaysia!














Lagi aksi anak-anak Malaysia!














Menjawab soalan-soalan teka teki...














Sambil tu menjamu selera... Jangan bimbang, Kuih Bulan tu Halal..
Penduduk Kampung faham dan amat menghormati kita sebagai Umat Islam..
dan tak perlu kita usung 'Kepala Lembu'..














Tn. Hj. Shukur menyampaikan hadiah berupa 'angpaw' kepada pemenang iaitu yang berjaya menjawab soalan teka-teki dengan tepat.














En. Adnan pula dijemput menyampaikan 'angpaw'














En. Rushdi, AJK LPN Hulu Selangor turut menyampaikan 'angpaw'.














Teman tak melepaskan peluang beraksi buat pertama kalinya dengan tanglung!
Masuk blog tu Syeikh!!! eh eh eh!














Pn. Oum bersama anaknya, wah! Mak lagi happy drpd anak nih!! hehehe














Tuan Pengerusi LPN macam nak joint tapi segan la pulak! keh keh keh














Err... teman pun dijemput sampaikan 'angpaw'??
fuhh!! sib baik 'angpaw' tu dah disediakan..
Tak harap dari poket teman.. budget dah abis beli baju raya!! waaaaaaa!




















































































Wah!!! dah me'rening' dah tak meletup-letup lagi???














Anak-anak menunjukkan semangat patriotik mereka
dengan menyanyikan lagu rasmi negeri Selangor! Hebat!

Saturday, September 19, 2009

PAS anjur Pesta Tanglung?? Betoi ka?


Salam,
InsyaAllah, malam ini bertempat di Kampung Sejantung,Hulu Selangor, PAS akan menjadi penganjur bersama Persatuan Penduduk di situ untuk menjayakan Sambutan Pesta Tanglung.

Ini adalah buat julung-julung kalinya PAS Hulu Selangor terlibat dengan aktiviti sebegini melalui lajnahnya iaitu Lajnah Perpaduan Nasional (LPN). Program ini adalah kesinambungan daripada siri-siri integrasi seperti Bowling Perpaduan yang telah diadakan baru-baru ini.

Buat yang berkelapangan dan berhampiran bolehlah joint!!

Nantikan berita bergambar teman dalam program ini nanti ya?

sunsnake 19.09.09

p/s: perghh!! malam-malam raya ni kena turun gak main tanglung???
heheheh.. jihad syeikh!! musti mau ikhlas!! jangan mare ye abang Pengerusi LPN Hulu Selangor!!! eheheh!

AIDILFITRI AIDIL INSANI


Salam Aidilfitri dari ana selaku moderator untuk paszbb.blogspot.com.
InsyaAllah, yakinlah dengan perjuangan ini dan kemungkaran yang WAJIB kita tentang!
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahil hamd.

Berhati-hati di Jalanraya dan sesiapa yang terlepas ke Tanjong Malim tu..
kot-kot tergerak hati, call la teman kot-kot teman ada lagi kat kampung! heheheh

sunsnake 19.09.09

Masih nak merokok lagi ka??

Friday, September 18, 2009

Subhanallah! Betapa zalimnya UMNO!!!

Setelah 6 jam Mat Sah bersua isteri, anak tercinta...

Azamin Amin/Foto Shukri Mohd

Thu | Sep 17, 09 | 3:08:39 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Kali ini giliran Mat Sah Mohd Satray, 46 pula menitiskan air mata. Begitu hening pagi tadi tatkala melihat kelibat isteri dan anaknya yang telah ditinggalkan secara paksa selama hampir 8 tahun.

Mereka baru bersua jam 2 pagi tadi sehinggalah sekarang, masih tidak tidur lagi. Perasaan mereka bertiga anak beranak masih bercampur baur. Gembira, sayu dan terasa janggal pun ada. Tidak terbit kata-kata pada awalnya. Masing-masing melayan perasaan.

Tepat jam 5 pagi, tiga beranak ini bersahur buat pertama kalinya setelah terpisah sekian lama. Rendang daging, telur mata kerbau dan nasi antara santapan. Dan juadah dijamu cukup berselera dan paling enak dirasa.

"Perasaan saya masih bercampur-baur. Nak kata gembira sangat pun tak, sedih pun ada

"Dan terkejut melihat anak yang dah besar...ketika saya tinggalkan usianya baru 9 tahun," demikian mukadimah Mat Sah ketika menceritakan perasaannya setelah dibebaskan.

Image

Mat Sah kelihatan agak susut badannya, mengenakan baju t-shirt berwarna putih dan berseluar 'track' hitam begitu tenang menerima kunjungan Harakahdaily seawal jam 9 pagi.

Sambil duduk rapat dan erat dengan anaknya, Suhaib 16 seolah-olah tidak mahu lagi berenggang, Mat Sah dengan nada sebak merasa cukup pilu apabila mengenangkan anaknya itu membesar tanpa ayah.

Dia dipaksa berpisah dengan anaknya, pada April 2002, apabila sepasukan polis dengan kekuatan 20 orang anggota datang menyerbu dan mengeledah isi rumahnya. Habis siling rumah dipecah dan tilam dibongkar. Malah malam yang sama, rumah abangnya juga turut disergah, disepah gara-gara pihak berkuasa menyangka abangnya itu Mat Sah.

Semenjak itu, hanya doa dan gambar menjadi teman di bilik kurungan.

Mat Sah, kemudiannya dikurung secara bersendirian selama tiga tahun, gara-gara isterinya Norlaila Othman begitu lantang memperjuangkan nasib suami dan tahanan yang lain termasuk 'menyerbu' bekas Perdana Mneteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya dengan memo bantahan di tangan.

"Saya dituduh salah akidah. Terlibat JI, KMM, Wahabi dan sabotaj Pelabuhan Klang...dipaksa mengaku salah...

"Kenapa perlu mengaku kerana saya tidak bersalah. Oleh kerana itu, tempoh tahanan saya dilanjutkan setahun ke setahun...," kata Mat Sah

ikuti sepenuhnya di sini

Perutusan Aidilfitri dari Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


Assalamu'alaikum wa Rahmatullah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya. Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain. Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai. Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun. Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid. Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai. Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka.

p/s mAklonG, sempena hari lebaran ini marilah kita sama-sama hayati maksud Ayat 18 hingga 19 ini dalam Surah Al Hashyr yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

sumber - ummiAnni

Madey tak kisahlah woi!


Heheheh.. agak melucukan apabila Che Det sendiri tak kisah dengan penghinaan seorang ahli perwakilan MIC sedangkan beberapa pemimpin UMNO 'lebih sudu dari kuah' mempertahankan beliau! sama-samalah kita hayati 'Perang Tamil' ini..
sunsnake

Selipar: Mahathir sedih dikecam Umno
Sep 17, 09 6:23pm

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa".

Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan iannya tidak merugikannya, katanya kepada Bernama di sini.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.

"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya.

"Nazri (menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan menteri besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno.

"Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.

Cadangan kalungan selipar itu dibuat oleh Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M Sukumaran pada perhimpunan agung MIC Ahad lepas di ibu negara kerana mendakwa Dr Mahathir mencampuri urusan parti itu melalui kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.

Ekoran itu, Sukumaran dikecam hebat dan dianggap sebagai biadab. Beliau kemudian memohon maaf dengan memberi alasan beliau telah terlepas cakap.

Malah, anggota MIC itu ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf secara peribadi.

Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata: "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya.

"Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata... suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi)."

"Pasal apa dulu tak react, kali ini react.

"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya.

Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Umno dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC.

"Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.

Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya."

Dr Mahathir berkata Sukumaran kini menjadi mangsa percakapannya sendiri.

Selasa lepas, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan penggantungan serta-merta keanggotaan Sukumaran ekoran kecamannya itu. BERNAMA

Jom kempen di tepi pagar kem askar!!!


InsyaAllah! Demi Allah! usahkan diluar pagar! ditepi jalan pun kalau terpaksa berkempen kami akan berkempen di situ!
sunsnake


PAS serius mahu tembusi kem askar
Sep 17, 09 3:29pm

Bagi mendapatkan undi pemilih pos – yang sering dicurigai hanya memenangkan calon BN – di Bagan Pinang, Pemuda PAS berhempas-pulas untuk menembusi kem-kem tentera dan balai polis.

"Kita akan minta kebenaran daripada komandan kem untuk masuk berkempen.

"Kalau tidak boleh masuk ke dalam (kem), di tepi pagar pun kita akan pergi," kata ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat hari ini.

Suhaizan, yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mendesak calon-calon parti bertanding, khususnya pembangkang, diberikan ruang berkempen di kawasan-kawasan tersebut.

Dalam memorandum tersebut, Pemuda PAS turut membantah keras penggunaan Borang 2 – yang merekodkan maklumat peribadi pemilih polis dan nombor siri kertas undi – dan penetapan tempat khusus bagi pembuangan undi secara pos.

Daripada 13,664 pemilih berdaftar di Bagan Pinang yang layak membuang undi pada 11 Oktober ini, 4,604 terdiri daripada pemilih pos.

PAS sejak awal minggu lepas membangkitkan kembali isu undi pos.

Parti itu malah mendakwa mantan pengerusi SPR Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman pernah berjanji untuk mengkaji semula prosedur undi pos.

Dihubungi Malaysiakini petang ini, Suhaizan menambah, jika terdapat halangan berkempen di kalangan anggota pasukan pertahanan itu, PAS masih berharap dapat mendekati pengundi melalui risalah di depan pintu masuk kem.

Beliau, juga ketua Pemuda PAS Johor, berkata usaha mendekati pemilih pos di kem-kem tentera dan balai polis akan digiatkan selepas sambutan Aidilfitri, beberapa hari lagi.

Sayap PAS itu bercadang mengirim surat kepada Kem Tentera Port Dickson, Teluk Kemang bagi mendapatkan kebenaran berkempen sempena pilihan raya kecil Bagan Pinang, bermula 3 Oktober nanti.

Diminta mengulas butiran pertemuan dengan seorang pegawai SPR di Putrajaya, Suhaizan berkata, suruhanjaya itu berjanji akan mempertimbangkan tuntutan dalam memorandum tersebut.

sumber - malaysiakini

Thursday, September 17, 2009

Perutusan Aidilfitri - DS Hj Ir. Nizar Jamalludin (MB Perak yang sah)


ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
WALILLAHIL HAMD.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillahi wasyukurillah, wasalatu wassalam 'ala Rasulillah SAW.

Segala kepujian kepada Allah SWT. Dihari raya aidil fitri ini kita kembali kepada kepada fitrah asal-usul kita dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan ini Allah SWT mewajibkan kita bersiyam(puasa) bagi memperolehi KPI sebagaimana yang telah dicapai oleh umat terdahulu (Rasul, Nabi, Aulia', Mujahidin dll) . Kesemua umat terdahulu berpuasa dan kesemua mereka menatijahkan perubahan rohani jasmani, sosio-budaya politik, perubahan minda serta peradaban. Kesimpulanya perubahan dari perhambaan kepada manusia kepada pengabbdian sepenuhnya kepada kehendak Allah SWT.

Terdahulu dari bulan Ramadzan, kita melalui Rejab yang dianugerahkan fardhu solat. Sembahyang sebagai tiang agama Islam mesti di laksanakan mengikut kaedah yang didirikan oleh nabi Mohammad SAW. Namun kepelikan berlaku dikalangan kita kaum muslimin masyarakat Malaysia, yang mana rukun puasa ini disambut, pelihara dan dilaksanakan bersungguh-sungguh sehinggalah menyambut raya aidil fitri. Segala amalan ramadzan seperti solat sunat tarawah dibuat bersungguh-sungguh. Ini bagus! Jika semangat dan sikap begini diaplikasi dalam melaksanakan tuntutan sembahyang , alangkah baiknya! Namun kaum kita sanggup mengabaikan sembahyang dalam memenuhi tuntutan puasa.


Sepatutnya dengan satu ayat sahaja (al-Baqarah: 183) perintah kita berpuasa, kita puasa sungguh-sungguh, tetapi dengan puluhan ayat yang memerintah kita solat dipandang sepi dan tidak ambil berat. Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahor, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu.

Walhal apabila Allah merujuk kepada (sebagaimana difardhukan orang-orang terdahulu dari kamu), bermakna mereka yang berpuasa terdahulu dari kita juga telah berubah. Bahkan kesemua insiden besar yang Allah muatkan didalam bulan Ramadzan (lailatul qadar, tambat syaitan, buka seluasnya pintu syurga, tutup serapatnya pintu neraka, tarawih, nuzul al-Quran, Badar al-kubra, fathul Mekah dll) semua mengajak kita berubah dan bertukar supaya lebih rapat dengan Islam. Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri (yang turun dan diungkap oleh nabi Mohammad pertama kalinya dalam peperangan Badar setelah melihat mayat Abu jahal) mengajak kita buat perubahan besar-besaran. Malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan dikalangan masyarakat melayu sehingga hilang ruh dan semangat takbir itu sendiri. Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya.


Sebagai ibadat tertua, puasa juga menuntut kita memperolehi ketaqwaan sebagai teket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak. Tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

Sempena 1 syawwaal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besaran dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah. Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.


Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Selamat hari raya maaf zohor batin. Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusan jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari.


Hidup, hidup , hidup Rakyat.!
Allahu Akbar, Allahu Akbar walillah hil hamd.

Lawak Serius!

Dok layan youtube terjumpa lak scene lawak ghiler Jalil Hamid dan Afdlin Coki..
layan sampai habis syeikh!!!

Wednesday, September 16, 2009

Kot ye pun duit Proton, yang beli kereta mahal, rakyat!

Kerajaan Malaysia, di bawah teraju Najib Razak semalam mengumumkan bahawa Kerajaan dengan usahasama Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Permotoran Malaysia, Naza Motor dan Air Asia telah menubuhkan pasukan lumba kereta Formula 1 dengan nama 1Malaysia. Pasukan ini akan menyertai sirkit F1 pertamanya pada musim 2010.

Pengumuman ini datang tidak lama selepas kerajaan bertindak menaikkan harga minyak petrol, RM0.05 untuk RON95 dan RM0.25 untuk RON97.

Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang dalam reaksinya menyuarakan kegagalan rakyat untuk melihat apakah keperluan untuk membentuk sebuah pasukan lumba kereta yang biayanya sudah pasti mencecah jutaan ringgit dalam suasana ekonomi sekarang. Menurut Nizam, Najib dalam sidang medianya enggan memberitahu jumlah sebenar pelaburan kerajaan dalam projek ini, cuma memaklumkan ia dibuat melalui Proton.

Bagi Nizam yang juga Pemangku Ketua PKR Cabang Temerloh, jawapan Najib itu adalah sikap tipikal kerajaan pimpinan Umno dan BN yang tidak telus dan tidak bertanggungjawab. Tegas Nizam, apa yang beliau nampak melalui tindakan penyertaan kerajaan dalam projek F1 ini hanyalah pembaziran dan tidak memberi manfaat kepada rakyat, bila masa rakyat didahulukan?

Nizam tertanya-tanya siapakah pemberi nasihat kepada Najib yang mencadangkan pembabitan kerajaan dalam projek ini, sedangkan sepengetahuan beliau, Litar Antarabangsa Sepang itu sendiri sehingga ke hari ini menanggung kerugian mencecah jutaan ringgit sejak ia dibina.

Nizam bagaimanapun mengaku yang kerajaan punya hak untuk melaburkan wang yang diamanahkan kepada mereka, tetapi ia mestilah dilakukan secara berhati-hati, kerana wang itu adalah wang rakyat. Tambahan pula keadaan ekonomi sekarang agak tidak menentu, lihatlah keruntuhan Lehman Brothers, ujar Nizam. Nizam juga sempat memberi contoh tindakan terbaru Japan Airlines seperti dilaporkan BBC sedang memotong kos operasi mereka dengan memberhentikan 6,800 orang pekerjanya bagi berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang lemah.

Tentang kewajaran penglibatan kerajaan dalam usahasama projek F1 ini, Nizam mempersoalkan kenapa negara yang lebih maju industri automatifnya di sebelah rantau ini seperti Korea Selatan tidak pula beria-ria dan ghairah untuk sama terlibat dalam lumba kereta. Padahal dari segi keupayaan kejuruteraan dan teknologi, mereka jauh meninggalkan Malaysia.

Pantas Nizam merumuskan, tidak lain tidak bukan, inilah sifir ekonomi Najib, jika rugi sekalipun, rakyatlah yang akan menanggungnya, kerana wang yang dibelanjakan itu bukan milik Najib tetapi datang dari khazanah negara, dalam kes F1 ini, dari kocek Proton, Protonlah yang menjadi mangsa. Akhirnya 1Malaysia terpaksa berjimat, 1Malaysia menanggung beban kos kehidupan yang tinggi semata-mata kerana ego pemimpin negara yang senantiasa memikirkan nafsu megalomaniak mereka. -zukri aksah

sumber greenboc

BloggersNetwork@Malaysia!!!

Igauan buruk Najib @ N31 - Bila bloggers telah diikhtiraf peranannya di Bagan Pinang ! Terima Kasih..

Oleh : albanjari

Alhamdulillah, jentera bloggers Pakatan Rakyat akan digerakkan lagi. Kali ini jentera bloggers akan berkampung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Sesungguhnya peranan blogger-blogger di Bagan Pinang tentu lebih berbeza jika mahu diimbau semula kelibat dan peranan mereka sebelum ini terutamanya di Permatang Pasir dan Bukit Gantang mahupun Kuala Terangganu.

Melihat akan peri hebatnya tempur yang akan digalas kelak, mungkin pertempuran itu akan berakhir dengan peperangan 3 atau 4 penjuru, blogger sekali lagi diuji. Bukan hanya calon sahaja beb, kata orang lagi, ini kubu Umno, kubu tradisi, kubu yang sering punya nasib 'ong-ong' ! Lebih-lebih lagi di situ tersergam 5 kem tentera yang kukuh berdiri. Apapun, Lawan Tetap Lawan ! Biarpun harus mengalas keringat yang lencun membasah ketika bertempur. Itulah adatnya bila anak jantan berlawan, namun jangan terlalu mudah meletakkan harapan, biarpun Umno umpama 'kerusi roda', yang cacat lagi lumpuh kakinya, tetapi tidak mustahil jika mereka menang cemerlang seterusnya meninggalkan calon Pakatan Rakyat yang sihat serta gagah di marathon yang 'senget' di hujung garisan penamat.

Maka melihat dari hebatnya medan tempur ini, melalui beberapa siri perbincangan dan rundingan gelap di ruang siber, BloggersNetwork@Malaysia akan digerakkan sepenuhnya, 100 % di Bagan Pinang. Kombinasi dari 4 kumpulan blogger besar ini, disatukan dibawah 1 nama. Maka dengan itu, kumpulan blogger dari BloggersNetwork@Perak yang diketuai oleh MSK, barisan bloggers dari group Bloggers Barisan Rakyat yang dipimpin oleh Bro Zorro UnMasked, dan kumpulan Bloggers PAS Perak, yang diketuai sendiri oleh wak, albanjari, seterusnya anggota bersekutu di dalam BloggersNetwork@Malaysia sendiri akan bergabung dan digabungkan untuk turun bersama membantu calon Pakatan Rakyat meraih kemenangan seterusnya memberi 'ajar' buat Umno-BN kelak.

Begitu juga dari siri-siri perbincangan khusus, semua blogger-blogger tersebut akan dihimpunkan dibawah nama BloggersNetwork@Malaysia. Jika dilihat dari keaktifan kumpulan besar ini, Pakatan Rakyat mempunyai lebih dari 200 blogger aktif. Terima kasih wajar diberikan kepada semua pimpinan parti PR dan juga kepada Tuan Pesuruhjaya PAS Neg, Negeri Sembilan yang telah mengiktiraf tugas-tugas blogger sekarang. Begitu juga kepada Dr. Zulkefli Ahmad, YB Ravi dan banyak lagi nama-nama yang tidak dapat dituliskan di ruang yg serba terhad ini, TERIMA KASIH.

Bagi melicinkan gerak kerja bloggers di medan 'perang' ini, maka wak menyeru agar dapat disegerakan tindakan-tindakan dibawah diambil oleh bloggers Pakatan Rakyat untuk menghantar details dibawah ke kotak email albanjari, selewat-lewatnya sebelum atau pada 30hb. September 2009 bagi memudahkan pihak Seketariat BloggersNetwork@Malaysia :
1) Mengaturkan tempat-tempat penginapan khusus untuk bloggers di N31. (sejumlah bilik apartment telah pun di tempah dan telah disediakan -besar jumlahnya di Port Dickson ).

2) Menyediakan pas-pas Khas Media yang 'rasmi' bagi kemudahan blogger membuat liputan/berurusan dengan Pusat Gerakan Utama/Markas Induk.

3) Menyediakan 'full access' ke Pusat Media Bloggers yang dikawal 24 jam - Pusat ini dilengkapi dengan fasalitas dan kemudahan akses internet tahap 4 MB bagi mengelakkan 'kesesakan'.

4) Untuk pengkalan data bloggers - keselamatan.

5) Mengatur-selia kumpulan2 bloggers berdasarkan kepakaran masing-masing.
..dan banyak lagi yang tidak dapat dituliskan disini. Walaubagaimanapun satu sesi PC oleh BloggersNetwork@Malaysia akan diadakan pada hari penamaan calon, 3 Oktober kelak. Maka dari itu kepada bloggers sila emailkan details yang dikehendaki oleh pihak Seketariat dalam kadar yang SEGERA !!

a) Nama penuh atau Nama Glamer ( contoh : Aduka Taruna )
b) Nombor Kad Pengenalan
c) Nama blog berserta URL

Email wak : albanjari_online@yahoo.com
Tel : 012-4026129

(*) Bloggers Muslimah/Wanita juga turut disediakan bilik yang berasingan di blok apartment yang telah di tempah. Jangan bimbang, semua apartment yang di tempah mempunyai kemudahan sekuriti 24 jam.

Jika dilihat dari pola pengundi muda dibawah umur 49 tahun, terdapat hampir 10 ribu pengundi di N31, 78% adalah pengundi dibawah umur 39 tahun. Ada sebab figur ini wak tuliskan di sini. Dan wak akan ulas berkaitan itu pada posting yang berikutnya.

(**) Wak akan mula berada di Bagan Pinang pada 29hb. September - 12hb. Oktober 2009, InsyaAllah..!! Jumpa wak di sana. Mohon kepada semua blog Pakatan Rakyat dapat memberi pautan kepada artikel ini diblog masing-masing dan menggunakan logo yang disediakan.
Related Posts with Thumbnails