Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Saturday, January 30, 2010

Ceramah Isu Royalti Minyak Kelantan

Ku Li...

Friday, January 29, 2010

Pemimpin di Dunia & Akhirat! Allahuakbar!

Majlis Solat Hajat & Ceramah Umum-Isu Royalti Minyak Kelantan
28 Januari, Kota Bharu









Catat Sejarah, 200 Pemimpin 5 Agama Bertemu Nik Aziz



KOTA BHARU, 28 Jan 2010: Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama. Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu. Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan 'God' dalam Bahasa Inggeris.

Ekoran isu ini, 11 buah gereja telah diserang termasuk dibakar. Dua hari lepas, kepala babi hutan pula diletak di dalam dua buah masjid di Petaling Jaya, Selangor. PAS telah mengambil sikap 'Islam tidak menghalang Kristian menggunakan nama Allah tetapi jangan sampai ia bertujuan untuk mengelirukan orang Islam'.

Namun begitu, Umno berpendirian menentang Kristian menggunakan nama Allah dan Menteri Dalam Negeri sendiri pernah berkata, pihaknya tidak boleh menyekat orang ramai untuk berdemo di masjid ekoran keputusan mahkamah menerima permohonan majalah Herald itu. Hari ini, Jakim dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara mengadakan sessi khas di Putrajaya untuk menerangkan pendirian penggunaan nama Allah oleh Kristian ini.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam mendakwa, beliau mempunyai maklumat, pihak yang telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Melawati adalah anggota Pemuda Umno. Berdasarkan kepada kes kepala babi di dua buah masjid di Petaling Jaya pula, pakar berpendapat ia kerja orang Melayu kerana kepala babi itu adalah babi hutan dan ia diletakkan dalam plastik. Berdasarkan latar belakang inilah, kira-kira 200 pemimpin lima agama terbesar di Malaysia berhimpun di Kota Bharu dalam masjlis makan tengahari yang dihoskan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini.

Sementarta itu, Umno perlu bertanggungjawab terhadap ketegangan yang berlaku di negara ini termasuk insiden kepala babi yang dilontarkan di dua buah masjid di Petaling Jaya semalam. Kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di majlis tersebut. Akibatnya, berlakulah perkara negatif seperti merosakkan rumah ibadat agama lain dan melemparkan kepala babi di masjid tempat orang Muslim beribadat. Sambungnya lagi.

Di Dewan Meru Selangor semalam, satu majlis antara pemimpin agama; Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh berjaya diadakan petang semalam dengan tuan rumahnya adalah Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman. (AK)

sumber - Ibnu Hasyim

Lee Kuan Yew Mengaku Dasar Dwi-Bahasanya Salah

27 January 2010

Lee Kuan Yew Mengaku Dasar Dwi-Bahasanya Salah

SEMASA dalam perjalanan pulang dari Su-Chou-Shanghai ke Kuala Lumpur awal bulan ini, saya terbaca satu ulasan oleh kolumnis akhbar The Star mengenai perkara di atas. Apabila disemak dalam Internet, saya mendapati bahawa kenyataan Lee Kuan Yew, Menteri Mentor Singapura itu telah disiarkan pada 17 November 2009 melalui Channel NewAsia dilaporkan oleh Hoe Yeen Nie.

Mantan Perdana Menteri Singapura itu membuat pengakuan secara terbuka bahawa dasar dwi-bahasa yang telah beliau perkenalkan serta laksanakan hampir 40 tahun lalu adalah salah. Kesalahannya kerana diperkenalkan di tahap awal pendidikan. Ini disahkan oleh anaknya sendiri, seorang pakar dalam bidang neurologi.

Singapura masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa rasminya adalah Bahasa Inggeris. Untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Inggeris digunakan dari sekolah rendah hingga ke universiti. Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja.

Ada beberapa kesan negatif hasil dasar dwi-bahasa Kuan Yew yang diakui oleh beliau sendiri. Pertama, pelajar-pelajar keturunan Cina tidak lagi berminat dan bersungguh-sungguh belajar Bahasa Mandarin.

Begitu juga kanak-kanak keturunan Melayu, minat mereka untuk belajar Bahasa Melayu semakin kurang dan menurun. Semuanya ghairah untuk belajar Bahasa Inggeris kerana nilai ekonominya. Apatah lagi, Singapura berada di tengah kesibukan dunia perdagangan antarabangsa.

Maka kedua-dua kumpulan generasi muda ini, keturunan Melayu dan Cina sedang dilanda penyakit rendah diri (inferiority complex).

Tidak kurang parahnya adalah kesan terhadap identiti jati diri negara bangsa dan rakyat Singapura itu sendiri. Walaupun mereka rata-ratanya fasih berbahasa Inggeris, tidak mungkin mereka diterima sebagai orang Inggeris.

Majoriti penduduk Singapura adalah keturunan Cina dan bahasa pertama mereka sepatutnya Mandarin. Bagi orang Melayu pula, bahasa ibunda mereka adalah Bahasa Melayu.

Bagi keturunan Cina, mempelajari Bahasa Mandarin adalah sukar dan membosankan. Adalah lebih mudah menumpukan perhatian untuk belajar dan menguasai satu bahasa sahaja, iaitu Bahasa Inggeris.

Tetapi Bahasa Inggeris tidak mampu menjadi jiwa dan unsur jati diri kepada keturunan Cina mahupun orang Melayu di Singapura.

Kita patut berterima kasih dan rasa beruntung kerana tidak membuat kesilapan seperti yang dilakukan oleh Kuan Yew. Hendak berundur ke belakang, Singapura telah terlanjur jauh ke hadapan.

Bagi Malaysia, pemansuhan PPSMI baru-baru ini serta pengenalan dasar penggantinya MBMMBI patut dialu-alukan dan diberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Ia selaras dengan kebanyakan negara di Eropah (Perancis, Itali, Greece, Turki, Jerman, Belanda, Norway, Sweden, Finland, England dan lain-lain) dan Timur Jauh (China, Korea Selatan, Jepun) yang sudah maju dengan mengutamakan bahasa nasional masing-masing untuk tujuan pendidikan, jati diri serta kemajuan negara.

Sumber Utusan Malaysia 27 Januari 2010, tulisan DR. WAN HASHIM WAN TEH.

Tidak Berseluar dalam di Hari kekasih?

Inilah hasil 52 tahun UMNO memerintah Malaysia. Umat Islam melayu khususnya semakin sesat dalam kehidupan beragama.

Sesuatu yang berdosa dan maksiat kini dianggap hal peribadi!

Moga Allah SWT menjauhkan kita dan keturunan kita daripada segala keruntuhan akhlak ini.

Wallahualam.

Mod PASZBB

 

Amaran JAIS Menjelang Hari Kekasih 14 Februari

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi amaran akan melancarkan operasi mencegah maksiat besar-besaran menjelang Hari Kekasih pada 14 Februari ini.

Ketua Pengarah JAIS, Datuk Mohamed Khusrin Munawi menegaskan, pegawai penguat kuasa jabatan itu akan meningkatkan rondaan sekitar hotel murah, pusat membeli-belah dan tempat meletak kereta seluruh Selangor bagi memastikan masyarakat Islam tidak melakukan perbuatan yang melanggar syariat pada hari tersebut.

"Jika kita dapat menangkap pasangan yang belum berkahwin bersama, mereka akan dituduh atas kesalahan melakukan khalwat," katanya ketika ditemui di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Mohamed Khusri memberitahu, pihaknya akan memastikan lampu-lampu di kawasan tempat letak kereta juga akan dibuka untuk mengelakkan pasangan menggunakan tempat itu untuk tujuan maksiat.

"Kami juga menasihatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka berada di rumah.

"Kami akan memeriksa pusat membeli-belah dan restoran yang menawarkan makan malam istimewa, kerana itu adalah permulaan kepada kegiatan maksiat di hotel-hotel murah," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau akan menyiast tabiat jijik iaitu tidak memakai seluar dalam ketika menyambut Hari Kekasih yang kini dikatakan menjadi trend di kalangan penuntut institusi pengajian tinggi.

"Umat Islam perlu faham bahawa hari kekasih itu bukan untuk disambut oleh seorang Muslim. Kita tidak akan benarkan perkara itu berlaku dan menghanyutkan mereka daripada ajaran Islam yang sebenar.

"Buat masa ini kita masih belum mengenal pasti lagi sumber yang menyebarkan perbuatan jijik itu tetapi pihak yang menyebarkan perkara itu adalah tidak bertanggungjawab," katanya.

Dua pelajar berusia 20-an daripada Shah Alam, yang ingin dikenali sebagai Ummi dan Melissa berkata, mereka mengetahui mengenai perkara itu.

"Itu adalah sesuatu yang peribadi. Hari menyambut kekasih adalah hari yang terbaik untuk menyatakan rasa cinta.

"Sama ada kami akan memakai atau tidak pada hari tersebut, itu adalah hak kami," katanya sambil tersenyum apabila ditanya mengenai saranan untuk tidak memakai seluar dalam pada hari terbabit.

 

 

Wednesday, January 27, 2010

Jom Solat Hajat!


PAS seru solat hajat untuk Kelantan dan Perak esok
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 27 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru ahli dan penyokong untuk melakukan Solat hajat secara serentak diseluruh negara pada esok malam 28 Januari 2010, selepas waktu Isyak.

Program ini khusus bagi memohon kepada Allah swt semoga rakyat Kelantan mendapat hak mereka dalam tuntutan royalti dan Negeri Perak mendapatkan semula Menteri Besar yang dirampas jawatannya oleh Umno-Barisan Nasional tahun lepas.

Program ini boleh diadakan dimasjid surau serta markas-markas PAS sebagai menunjukan keprihatinan kita kepada rakyat di kedua-dua negeri yang tertindas ini.

PAS yakin doa-doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah dan kezaliman dapat ditumpaskan, kata Ketua Penerangannya, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

"PAS menyakini bantuan Allah dan sesekali kita tidak akan berputus harap sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada rakyat yang ditindas ini," katanya.

Temuduga Terbuka Banyak Kekosongan Cepat2 Mohon

TEMUDUGA TERBUKA!!!

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.


Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

 

 

Terbaru! Kepala Babi di lontar ke Masjid!

Kes Terkini Kepala Khinzir di buang di perkarangan masjid Dato' Harun 28 Jan 08@ 7.00 am
Terkini : Golongan terdesak dan individu yang tidak kenal kata dari tuhan meletakkan 2 kepala khinzir di masjid jumhuriah dato harun petaling jaya

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam lebih kurang 7 pagi , siak masjid menjumpai bungkusan mencurigakan dan menyangka bahawa terdapat bayi yang diletakkan di dalam bungkusan masjid diperkarangan pintu masuk belakang masjid jumhuriah , kampung datuk harun petaling jaya.
setelah pihak polis dipanggil , dan bungkusan itu dibuka untuk dikenalpasti , barulah jemaah yang melihat sedar bahawa terdapat 2 biji kepala khinzir didalamnya.
ramai penduduk hadir untuk menyaksikan sendiri kejadian tersebut.
Turut Hadir YDP PAS Kawasan PJS (Ustaz Ghazali Shaari), AJK kariah masjid , anggota unit amal , amk dan kebanyakan pimpinan setempat.

Pada jam 9.45am pasukan forensik datang menyiasat dan membawa bahan bukti tersebut ke balai , Alhamdulillah ahli PAS dengan rela hati membersihkan masjid dan menyamak tempat tersebut.
pada jam 10.45 difahamkan yb nurul izzah akan tiba dan mengikut maklumat yang belum disahkan terdapat 2 masjid berdekatan iaitu masjid di brickfield dan sentosa mengalami nasib yang sama.
Anggota Jabatan Amal sedang ke tempat-tempat yang dikatakan tersebut untuk mengesahkan dan meredakan keadaan.

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (٨)
يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ (٩)
فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (١٠)
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لا تُفْسِدُوا فِي الأرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ (١١)
أَلا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لا يَشْعُرُونَ (١٢)
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ أَلا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لا يَعْلَمُونَ (١٣)
وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ (١٤)
اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ (١٥)
أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلالَةَ بِالْهُدَى فَمَا رَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ (١٦)
مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لا يُبْصِرُونَ (١٧)
صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لا يَرْجِعُونَ (١٨)أَوْ كَصَيِّبٍ مِنَ السَّمَاءِ فِيهِ ظُلُمَاتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ مِنَ الصَّوَاعِقِ حَذَرَ الْمَوْتِ وَاللَّهُ مُحِيطٌ بِالْكَافِرِينَ (١٩)
يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ كُلَّمَا أَضَاءَ لَهُمْ مَشَوْا فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٢٠

Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.
QS. al-Baqarah (2) : 8

Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.
QS. al-Baqarah (2) : 9

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
QS. al-Baqarah (2) : 10

Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan."
QS. al-Baqarah (2) : 11

Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.
QS. al-Baqarah (2) : 12

Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman. Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman? "Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.
QS. al-Baqarah (2) : 13

Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: " Kami telah beriman ". Dan bila mereka kembali kepada syaithan-syaithan mereka, mereka mengatakan: " Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok ".
QS. al-Baqarah (2) : 14

Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka.
QS. al-Baqarah (2) : 15

Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaannya dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.
QS. al-Baqarah (2) : 16

Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.
QS. al-Baqarah (2) : 17

Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)
QS. al-Baqarah (2) : 18

Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, karena (mendengar suara) petir, sebab takut akan mati. Dan Allah meliputi orang-orang kafir.
QS. al-Baqarah (2) : 19

Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
QS. al-Baqarah (2) : 20

lokasi di pintu belakang masjid
pada mulanya jemaah menyangka mayat bayi
setelah dibuka ianya adalah 2 biji kepala khinzir dan duit sebanyak rm30 (campur duit singgit dan lima hengget)
semoga allah sahaja yang membalas perbuatan khianat ini

sumber - facebook pemuda Pjs

Tuesday, January 26, 2010

Kalimah Allah: Al-Qaradhawi persoal inisiatif Malaysia?


Kalimah Allah: Al-Qaradhawi persoal inisiatif Malaysia?
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Seperti PAS dan Pakatan Rakyat, Sheikh al-Islam, Dr. Yusuf al-Quradhawi Jumaat lepas turut mempersoal inisiatif sesetengah pihak di Malaysia yang dilihat berusaha menghalang masyarakat bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah.

“Surah terakhir dalam Al-Quran (yang bermaksud), “Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan untuk sekalian manusia.”

“(Mengapa) bukan (disebut lafaz) Allah bagi masyarakat Muslim atau masyarakat Arab atau; yang Maha Menguasai bagi masyarakat Arab, Tuhan bagi orang Arab (lalu ditanya) ‘mengapa orang Malaysia kebelakangan ini begitu tidak selesa?” dipetik dari laman rasmi al-Quradhawi, http://qaradawi.net.

Berkhutbah Jumaat di Masjid Umar al-Khattab, Doha, beliau berkata, masyarakat Islam dan bukan Islam seharusnya saling menghormati tabiat kepelbagaian beragama dalam masyarakat.

"Perbezaan kepercayaan antara penganut satu-satu agama tidak seharusnya memisahkan (antara) masyarakat bukan Islam dan kami (umat Islam) di dunia ini, tetapi yang memisahkan (antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam adalah) Allah (pada) hari kiamat,” jelasnya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Ikatan Cendekiawan Fiqh Islam Sedunia (Majmak Fiqh al-Islami al-‘Alami) turut mengutuk beberapa siri pengeboman rumah ibadat bagi penganut agama Kristian di Malaysia sebelum ini.

"Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia tidak tepat,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS serta Pakatan Rakyat membuat ketetapan bahawa tidak ada halangan untuk masyarakat bukan Islam untuk menggunakan nama Allah.

Pun begitu, penggunaan kalimah Allah atas tujuan mengelirukan umat Islam atau menghina kesucian mana-mana agama sama sekali tidak dibenarkan.

Manakala, kerajaan serta lebih 60 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam pula sebelum ini dilaporkan membantah masyarakat bukan Islam menggunakan nama Allah.

Menurut mereka yang terbabit, walaupun penganut agama Islam dan Kristian di negara-negara Arab telah lama menggunakan kalimah Allah, namun alasan tersebut tidak sesuai dalam konteks Malaysia.

Monday, January 25, 2010

Polis Malaysia.. Dulu Kini Selamanya.. Pencacai UMNO!

Thursday, January 21, 2010

Akhirnya bumbung rumah flat kami diperbaiki..


Lawatan dan majlis kesyukuran YB Iskandar Bin Abd Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, ke Pangsapuri Seri Chempaka Bukit Sentosa pada 17/1/2010 ahad .Perasmian 2 blok bumbung yang telah siap sepenuhnya.





Ucapan Tuan Tukiman Nail YDP Majlis Daerah Hulu Selangor

Dipengerusikan oleh Sdr Nizam Bin Abd Rahim Ketua Pemuda Pas Hulu Selangor



Sebahagian daripada penghuni Apt Seri Chempaka yang hadir sama

Dalam majlis ini.


Lawatan YB Ishkandar kerumah salah seorang penghuni Apt Seri Chempaka

Yang bumbung telah siap dibena.


Sebahagian hadirin yang hadir termasuk Ahli Majlis Hulu Selangor

Puan Mai bin Md Zin bersama Wanita PKR Hulu Selangor


Ucapan YB Iskandar Bin Abd Samad di pengerusikan Oleh

Sdr Nizam Bin Abd Rahim Ketua Pemuda PAS Hulu Selangor


YDP PAS Hulu Selangor bermesra dengan Unit Amal Hulu Selangor


YDP Majlis Daerah Hulu Selangor Tuan Tukiman Nail

Bersama YDP Pas bersama dalam majlis ini.





Apt Seri Lili . Penduduk menunggu untuk di perbaiki - Tarikh gambar 20/1/2010


Lawatan YB Iskandar di Bangunan yang belum siap Apt Seri Chempaka

*Soalan penduduk – Mana dia Pengurus agen pengurusan Bangunan Apt Chempaka yang dilantik COB sepatutnya bersama dalam majlis ini? Sepatutnya mereka lebih mesra Rakyat.


* Sebenarnya wang 15.6 juta bg pembaikan bumbung itu adalah sebahagian daripada wang Rakyat Negeri selangor yang diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan melalui cukai-cukai dalam Negeri Selangor .




Lawatan Petugas Khas Exco Perumahan YB Iskandar bin Abd Samad

Ke Apt Buginvilla Taman Bunga Raya Bukit Beruntung .

Ramai yang berpindah dari Apt ini disebabkan Lif rosak dan masaalah pengurusan Bangunan oleh Agen yang dilantik COB. Gambar En Kamaruzaman/En Azizan /Penduduk Buginvilla.




Apt Mawar Taman Bunga Raya yang diurus sendiri oleh Penduduk

Melalui Akta 663 JMB – Lebih telus dan mesra Rakyat.

Apt Buginvilla Taman Bunga Raya yang sedang ditinggalkan penduduk – Lif Rosak penduduk tak larat turun naik dengan tangga.

Contoh JMB Apt Mawar Taman Bunga Raya yang diurus sendiri dengan baik oleh Penduduk Apr Mawar .

JK Pemantau Pelaksanaan JMB Akta 663 (NGO)

Pengerusi JK Pemantauan Pelaksanaan Projek Bumbung Terbang BB/BS

Pengerusi JK Penduduk Seksyen BB7 Bukit Beruntung

(Hj Mohd Zulkifli Bin Dawam) Tel : 019-2735641/03-60211419

Email : zuldawam@yahoo.com.my


paszbb.blogspot.com


Related Posts with Thumbnails