Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Friday, July 31, 2009

SPR tetapkan Tarikh PRK Permatang Pasir pada 1 Syawal!


Salam,

Ikut congak teman, kalau 'angin' bangang melanda Pengerusi SPR sekali lagi, maka tarikh Pilihanraya Kecil Dun Permatang Pasir adalah pada 1 Syawal akan datang!! itupun kalau cukup sebelum 60 hari dari tarikh hari ini...

Wallahua'lam

sunsnake

PAS hilang seorang lagi ADUN

KUALA LUMPUR, Julai 31 — PAS hilang satu-satunya ADUN parti itu di Pulau Pinang, apabila ADUN Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Intitut Jantung Negara jam 6.15 pagi tadi.

Jenazah beliau kini dalam perjalanan ke Permatang Pasir untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Permatang Pasir selepas solat Asar petang ini.

Pemergian Hamdan bermakna, sekali lagi rakyat Permatang Pasir akan mengundi kerana mereka telah mengundi dua kali tahun lalu; dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ini bermakna, kedudukan mereka sama sahaja dengan jiran mereka, penduduk Penanti yang juga menghadapi pilihan raya kecil sebelum ini.

Hamdan sudah menjadi ADUN kawasan itu selama tiga penggal iaitu sejak pilihan raya kecil ke 10 iaitu tahun 1999 lalu.

Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantungnya.

Sebelum ini, beliau pernah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2003 lalu di Hospital Besar Pulau Pinang.

Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an.

"Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man.

Baru-baru ini Allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk sempena ulangtahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.

Turut berada di IJN pagi tadi adalah ahli keluarganya serta para pemimpin PAS. Antaranya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad, Datuk Husam Musa, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dan pimpinan PAS yang lain.

Dengan kematian Hamdan, SPR mempunyai masa selama 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil di kawasan itu.

Antara nama yang popular untuk menggantikan Hamdan adalah AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man sendiri.

Mohamad Sabu dikira mempunyai kelebihan tersendiri kerana hubungan yang baik beliau dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Thursday, July 30, 2009

Jemputan untuk Anak-Anak Perak!

Majlis Jamuan Makan Tengahari bersama Dato' Seri Nizar Jamaludin, Menter Besar Perak yang sah seperti berikut:-

Tarikh : 9 Ogos 2009
Hari : Ahad
Masa : 1.30 petang - 3.30 petang
Tempat :
Restoran Sri Naratiwat,
No.51-53 Jalan Sulaiman,
Taman Sulaiman Putra,
68000 Ampang, Selangor.

Kupon bernilai - RM50.00

Anjuran - Anak-anak Slim RIver di Perantauan.

Berminat? Infa'? Pertanyaan?
Sila hubungi - 019 558 5192

Update Harakah SMS Alert! 30.07.2009

1. 11 kem PLKN di semenanjung yang melibatkan 4500 pelatih dan 200 kakitangan ditutup selama tujuh hari berikutan terdapat tanda jangkitan H1N1.

2. GMI berharap polis hormati hak untuk berhimpun secara aman, minta polis bantu kawal keadaan lalulintas supaya semua aman dan teratur.

3. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad seru semua ahli PAS adakan solat Hajat sempena Himpunan 1 Ogos ini dan berdoa ia berjalan lancar

Wednesday, July 29, 2009

Naikkan semangat Demonstrator!!! Imbas Demo 'BERSIH 2007"!!!

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amin Ya rabbal A'lamin

Mari kita imbas kembali kejayaan Himpunan Protes 2007 lalu,
himpunan terbesar rakyat yang terbaik setakat ini!
Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!
Hancur! Hancur! Hancur ISA!
Hancur! Hancur! Hancur Kezaliman!
Undur! Undur! Undur Najib!
Hancur! Hancur!Hancur UMNO!











Jom beli durian malam ni!!!

Adun Batang Kali Jual Durian...
sumber- Berita Hairan

MOHD Isa melayan pelanggan memilih durian bermutu di gerainya di hadapan Bangunan Umno Bahagian Hulu Selangor.

Wakil rakyat Batang Kali hilang pendapatan akibat elaun digantung

KUALA KUBU BHARU: Tidak mempunyai pendapatan akibat digantung elaun selama enam bulan, mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim, nekad bekerja sambilan menjual durian di hadapan Bangunan Umno Bahagian Hulu Selangor, di sini, sejak minggu lalu.

Katanya, beliau perlu mencari kerja sambilan membantu anak saudaranya, Nor Azlan Mansor, 35, menjual raja buah di sini demi mencari pendapatan selepas digantung kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor pada 15 Julai lalu.


"Saya tidak malu melakukan kerja menjual durian ini. Apa boleh buat elaun kena gantung. Nasib rakyat perlu dibela walaupun hidup dalam serba kekurangan ini.


"Walaupun mendapat tekanan pembangkang, saya tidak berputus asa melakukan kerja ini demi mencari rezeki halal, termasuk membantu rakyat di Batang Kali," katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.

Katanya, setiap hari selama empat jam bermula jam 8 malam beliau menjual durian yang dibeli dari Pahang kepada penduduk sekitar Hulu Selangor.

"Saya bersyukur kerana ramai pelanggan memberi sokongan membeli durian di sini. Pendapatan mencecah RM700 setiap malam digunakan untuk kos penyelenggaraan sewa pejabat, gaji pekerja dan sumbangan kepada rakyat di kawasan ini," katanya.


Mohd Isa berkata, kerajaan Selangor mengambil tindakan menggantung elaun dan kebenaran menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lima wakil rakyat Barisan Nasional (BN) baru-baru ini selepas mendakwa mereka menegur Jawatankuasa Ketelusan dan Kebertanggungjawaban Selangor di luar dewan .

"Saya melihat tindakan kerajaan negeri itu terlalu kejam dan tidak adil. Mereka melakukan sesuatu yang tidak berhati perut. Rakyat tahu menilai semua itu," katanya sambil tidak menolak kemungkinan akan mengusahakan perniagaan lain selepas berakhirnya musim durian.

sunsnake

Jauh di sudut hati teman.. kesian gak!! tapi jangan lupa!! YB kita ni kena 6 bulan, yang Gobind Singh kena SETAHUN!!!

Mujur YB Puchong tu seorang lawyer, jadi tak perlu la kot dia kena menjual durian macam YB kita ni..

Sabarlah YB, lain kali guna otak sepenuh-penuhnya sebelum bangkang.. benda betul pun nak bangkang! itu la... Buat baik balasannya baik.. buat jahat balasannya jahat

err.. minta Pegawai Penguatkuasa MDHS check betul-betul, ada permit ke dia meniaga depan Bangunan UMNO KKB tuh?? errr.. lagi satu, tempat dia meniaga tu memang tempat yang dibenarkan ke idak??

hari tu teman dapat tahu ada peniaga keropok lekor diangkut dek MDHS kerusi,meja,dapur,minyak masak,keropok lekor dia masuk lori!! takkan YB kita ni dikecualikan kot kalau salah jugak?? ke ada yang nak kena humban dari tingkat atas MDHS?? hehehehe..

Gobind Singh Digantung Tugas Parlimen 1 Tahun
sumber - Malaysia Today
Tuesday, 17 March 2009 03:11
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo digantung tugas dari Parlimen selama satu tahun selepas didapati bersalah kerana cuba mengaitkan timbalan perdana menteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Keputusan diputuskan Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menerima usul yang dibentangkan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Semua ahli pembangkang mengambil keputusan keluar dewan ketika pengundian dijalankan sebagai tanda bantahan terhadap usul yang dibentangkan.

Update Harakah SMS alert! 29/7/09

1. Mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen semalam ambil keputusan tubuh sekretariat, yang diwakili oleh
PAS - YB Salahuddin Ayub
DAP - YB Anthony Loke
PKR - Dato' Zaid Ibrahim

2. Mesyuarat Pakatan Rakyat semalam juga menetapkan ketua whip parlimen:-
PAS - YB Ustaz Nasharuddin Mat ISa
DAP - YB Dr. Tan Seng Giaw
PKR - YB Azmin Ali

3. Pakatan Rakyat akan bertemu Najib untuk gesa kerajaan beri kuasa penuh kepada Suruhanjaya siasat punca kematian Teoh Beng Hock.

4. Inkues terhadap kematian Teoh Beng Hock yang bermula pagi tadi di Mahkamah Majistret Shah Alam telah ditunda ke 5 Ogos depan.

sunsnake

Tuesday, July 28, 2009

Nasib Rakyat yang pakai 'kereta tua'

Syarikat enggan lindung kenderaan bawah RM10,000

KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat insurans kini menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berharga bawah RM10,000, termasuk teksi kerana dianggap merugikan.

Berdasarkan aduan yang diterima Berita Harian, syarikat terbabit memberi alasan kenderaan itu berisiko tinggi untuk diberi perlindungan insurans.

Dianggarkan 4.8 juta kereta berusia 10 tahun dan ke atas yang bernilai bawah RM10,000 berada di jalan raya pada masa ini, termasuk lebih 900,000 Proton dan 300,000 kenderaan keluaran Perodua, iaitu Kancil, Rusa dan Kembara yang didaftar antara 1994 hingga 1999.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) ketika dihubungi semalam, mengesahkan pihaknya menerima banyak aduan mengenai perkara itu, terutama daripada pemilik teksi yang berusia 10 tahun ke atas.

Sehubungan itu, Fomca menggesa pihak berkuasa khususnya Bank Negara Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) memberi penjelasan berhubung perkara itu kerana ia akan menimbulkan masalah kepada pemilik kenderaan terbabit.

Ketua Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata tindakan itu tidak adil kepada pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah yang menggunakan kenderaan bernilai di bawah RM10,000.

"Kerajaan masih membenarkan rakyat menggunakan kenderaan berusia lebih 10 tahun. Saya tidak faham mengapa syarikat insurans tertentu enggan menerima permohonan dan pembaharuan insurans bagi kenderaan di bawah RM10,000," katanya.

Mohd Yusof berkata, syarikat insurans tidak mungkin menanggung kerugian selagi kenderaan berkenaan tidak terbabit dalam kemalangan.

"Setahu saya, masih tidak ada statistik rasmi yang menyatakan bahawa kadar kemalangan bagi kenderaan bernilai bawah RM10,000 atau berusia lebih 10 tahun adalah tinggi. Lagi pun, nilai yang dilindungi adalah rendah berbanding kereta baru," katanya.

PIAM ketika dihubungi semalam memberi jaminan akan meneliti aduan itu.

Sementara itu, sebuah syarikat insurans terbabit ketika dihubungi menjelaskan keputusan berkenaan dibuat berdasarkan kajian mendalam mengenai risiko dan keuntungan pada peringkat syarikat yang dibuat dari semasa ke semasa.

Jurucakapnya berkata, pihak syarikat sudah tentu mahu menjana keuntungan dan segmen perlindungan kenderaan di bawah RM10,000 dikenal pasti membawa kerugian kerana banyak tuntutan diterima.

Bagaimanapun, kajian peringkat syarikat akan terus dilaksanakan dan kemungkinan segmen itu diberi perlindungan semula jika ia didapati tidak berisiko tinggi pada masa akan datang.

sunsnake

Teman yakin sangat anak cucu suku sakat Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO memang tak simpan kereta-kereta lama nih!! kita la rakyat marhaen yang dok usung kereta-kereta lama ni kehulu-hilio!
Macam teman, loan kereta kebal 9 tahun! abis je bayar kereta dah 'sizen'!!!(standard proton).
guna setahun lepas tu kena renew insurans mahal gak!
kalau 10 tahun renew insurans tak pernah claim, memang company insurans dah untung tak ingat!! still tak boleh nak toleransi dengan teman?? khakk ptuiihh punya kompeni insurans!!

Seruan Tok Guru Minta rakyat Malaysia turun ke KL 1 Ogos!!!



Demi Allah!!! Sekiranya tiada halangan, teman akan hadir bersama jangkaan ratusan ribu rakyat ke Kuala Lumpur Sabtu ini!!

Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!
hancur! Hancur! Hancur UMNO!!!!

sunsnake

Laga pipi dengan aktor Hindustan, layak jadi Canselor??? aduhhh!!

UNISEL: Pemuda Pakatan ulangi desakan ganti Rosmah -malaysiakini

Pemuda Pakatan Rakyat Selangor mengulangi desakan kepada kerajaan negeri itu supaya menukar segera Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL), Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwanya tidak layak dan kompeten untuk menduduki kerusi berprestij itu.

Dalam satu kenyataan bersama, ia berkata ianya selaras dengan sokongan tidak berbelah bagi mahasiswa dan pensyarah UNISEL sendiri - dalam satu program yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang mahukan Canselor UNISEL ditukar segera.


"Malahan kita yakin masyarakat di Selangor juga mahu kepada seorang Canselor UNISEL yang boleh mencerminkan prestij dan imej keilmuan dan taman budi sebuah gedung ilmu negara," kata kenyataan itu lagi.

Menurutnya, kerajaan negeri sepatutnya sudah menyedari dan bertindak proaktif untuk menukar Canselor UNISEL kepada individu yang lebih berkelayakan dan mempunyai nilai ilmu, akal budi dan akhlak murni yang tinggi.

"Ia adalah salah satu usaha progresif bagi mencerminkan gerak kerja bersungguh-sungguh kerajaan negeri memartabatkan insititusi pengajian tinggi ke peringkat global.

"Kita mahu UNISEL dipandang tinggi dan dihormati di peringkat antarabangsa sebagai sebuah gedung ilmu yang mampu mencapai standard universiti tersohor dan terbilang dunia.

Untuk jadi universiti terbaik


"Justeru, Pemuda Pakatan Rakyat mengulangi desakan agar pertukaran Canselor ini disegerakan kerana jelas penolakan mahasiswa dan pensyarah sendiri yang menyatakan pendirian ini secara terbuka. Kerajaan negeri perlu memilih individu yang paling sesuai dan terbaik untuk Canselor baru UNISEL akan datang," tambah kenyataan itu lagi.

Menurutnya, Pemuda Pakatan Rakyat yakin, apabila kerusi Canselor UNISEL disandang individu yang layak dan mempunyai ilmu dan akhlak yang tinggi, maka usaha ke arah meninggikan dan martabat kedudukan UNISEL akan semakin bersemarak.

"Pemuda Pakatan rakyat bertambah yakin UNISEL kelak akan menjadi salah satu universiti terbaik dunia yang pada kelasnya yang tersendiri.

"Justeru, kerajaan negeri hanya mempunyai satu sahaja pilihan iaitu meletakkan individu terbaik dan paling layak untuk kerusi Canselor UNISEL ini," tambahnya.

Kenyataan bersama itu ditandatangi oleh Ketua Pemuda Angkatan Muda PKR Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, Hasbullah Mohd Ridzwan (Pemuda PAS Selangor) dan Lau Weng San (DAPSY Selangor).

sunsnake

isshhh!! layak sangat la dia jadi Canselor Unisel tuh!! mana ada mana-mana Canselor ada pengalaman buat macam ni kat pelakon lelaki Hindustan!!
tanya la Canselor UM ka, Canselor UITM ka, Canselor UUM ka hatta Canselor UPM pun takde aiihh!! Aksi sebegini lagi hebat daripada ada segulung Phd!!!


Polis beri amaran!! Tak kesian ke kat Abg Brahim Ali???

Polis memberi amaran tegas terhadap pihak pro dan anti-ISA supaya membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini.

Ketika memberi amaran tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, , Datuk Muhammad Sabtu Osman (kiri) berkata, perhimpunan itu dikhuatiri menimbulkan ketegangan dan mengancam keselamatan awam.

Menurutnya, polis telah memanggil Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) semalam untuk memaklumkan mengenai arahan tersebut kepada mereka.

Manakala polis juga, katanya, akan bertemu dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) petang esok untuk memaklumkan perkara yang sama.

Polis juga, katanya, akan mengadakan sekatan jalanraya dua hari lebih awal dan akan menahan bas-bas disyaki membawa pesertai ke perhimpunan itu.

Sebelum ini, Pewaris dan sepuluh lagi NGO Melayu yang pro-ISA, merancang berdemonstrasi Sabtu ini di ibu negara, serentak dengan perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat polis kontinjen Kuala Lumpur petang ini, Datuk Muhammad Sabtu berkata polis mengkelaskannya sebagai satu perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

Polis juga, tegasnya, akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan atau undang-undang lain sekiranya ada pihak yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Menurutnya, pihak polis telah bersedia dengan kekuatannya untuk memfokuskan kepada perhimpunan itu jika diadakan juga.

"Polis akan mengambil tindakan berhemah, kecuali tidak ada cara lain. Polis tidak ingin melihat berlakunya kecederaan, luka atau dalam keadaan yang terdesak," tegas Datuk Muhammad Sabtu.

Ditanya sama ada polis akan membuat tangkapan awal bagi mengelak perhimpunan tersebut, beliau berkata:

"Sebagai langkah pencegahan, polis boleh mangambil tindakan awal mengikut Seksyen 105, Kanun Acara Jenayah, jika nampak niat, pergerakan walaupun sehari sebelumnya," katanya.

sunsnake

mungkin kita kena ubah ke hari Ahad.. agar tak sama dengan Ketua Polis ni punya nama.. maafkan kami cikgu...

Menteri Besar Kelantan soal - Timbalan Presiden UMNO menjawab!



Teman setuju benor dengan kata-kata Tuk Guru nie.. UMNO ni buat Kerajaan Pusat macam mak bapak Najib punya!! Macam Malaysia ni Tun Razak wasiatkan untuk anak dia pulak!

konsep Federalisme la Muhyiddin tambi oii!!! tau la kamu tu bercakap dari benua Afrika tuh!! teman rasa lagi bijak pemimpin Afrika tu berkenaan federalisme dari muhyiddin nih! semua hal kerajaan dia bercakap atas kapasiti Timbalan Presiden UMNO bukan Timbalan Perdana Menteri Malaysia!!

Tuan Guru Nik Aziz keluarkan kenyataan berdasarkan kapasitinya sebagai Menteri Besar Kelantan, yang kamu ni Muhyiddin!! jawab atas kapasiti Timbalan Presiden UMNO apahal???
Bodoh dari mana ni??? Budak2 U yang ambil jurusan politik musti ketawa guling-guling kalau tau hal yang sebenarnya!!

teman yang tak pernah dapat jadi student U pun faham apa makna Konsep federalisme!!
Tak tau la kalau ahli-ahli UMNO masih buta tuli tak faham-faham!!

sunsnake

"Pergi jahanamlah UMNO!"

PERGI JAHANAMLAH UMNO – NIK AZIZ – melayau

KOTA BHARU 27 Julai - ''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.''

Demikian reaksi Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin.

Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

KAH KAH KAH…

Kah kah kah… KECEWA… SEDIH…PILU…kah kah kah..

Kah kah kah…. KENA SURUH PERGI JAHANAM….kah kah kah…

Kah kah kah…. LAAAA….MASIH ADA JUGA YANG NAK BERPADU PADU..kah kah kah…

Kah kah kah… GERAKAN NAK BELAH…. MIC DAH HANCUR… PPP PECAH DUA… SABAH SEMUA LARI… MCA MASUK PAKATAN…SERAWAK NAK ADA SULTAN BARU…. kah kah kah…

Kah kah kah….KESIAN KETUANAN MELAYU… DAH TINGGAL SEORANG DIRI…. kah kah kah…

Kah kah kah...KETUANAN RAKYAT NAK AMBIL ALIH... kah kah kah

sumber - tukartiub

Sekitar Aktiviti Rehlah Muslimin PAS Zon Bukit Beruntung

Assalammualaikum,
Hujan lebat seawal pagi Ahad 26 Julai 2009 bersamaan 4 Syaaban 1430H seolah-olah bakal menidakkan perancangan Rehlah kami. Alhamdulillah, dengan keizinan Allah SWT dan semangat yang tinggi, aktiviti Rehlah Muslimin PASZBB berjaya juga dilaksanakan dengan baik sekali!
Kehadiran 16 orang yang dilapangkan oleh Allah SWT untuk hadir benar-benar memasakkan kekuatan dan keyakinan betapa pentingnya kekuatan Ukhwah didalam perjuangan!

Aktiviti bertempat di Air Terjun Templer Kai, Serendah. Kami memulakan perjalanan dengan pendakian sejauh hampir 500m untuk ke lokasi di atas bukit. Bekalan seperti mee goreng, sandwich,teh 'o' panas untuk sarapan pagi telah sedia disiapkan di rumah ahli-ahli yang ditugaskan menyediakannya.

Pengisian aktiviti Rehlah dimulakan dengan senaman ringan.. maklumlah.. urat-urat semua dah lama bersimpul-simpul.. diketuai oleh Ketua Unit Amal Hulu Selangor, sdr Sazali..
Selepas itu, acara mandi-manda ringan jugak.. dalam kebasahan semua ahli menunaikan Solat Sunat Dhuha berjemaah diimamkan oleh Ustaz Wan Shamsuddin. Agak janggal pada sebahagian besar ahli untuk menunaikan solat di atas batu-batuan yang tidak rata dan keras! ditambah pula dalam keadaan badan dan pakaian yang basah lenjun!

Selepas itu aktiviti mandi-manda disambung dan disusuli oleh aktiviti yang diadakan didalam air seperti ta'aruf, 'ikatan ukhwah', 'sayang di sayang', 'dariku bermakna' dan 'biar hancur jasad'.
Aktiviti bebas diadakan selepas itu untuk aktiviti makan-makan.. Hidangan 'BBQ' ayam bakar,daging masak kicap dan pelbagai lagi menjadi juadah kami dan yang paling menarik adalah makan buah durian yang dibawa sekali oleh jemaah! betapa hebatnya Allah SWT mencipta buah-buahan yang pelik namun amat lazat di dunia ini! Mustahil untuk dibayangkan bagaimana pula lazatnya nikmat buah-buahan Syurga! Subhanallah!

Aturcara Rehlah hari itu diakhiri dengan Solat Zuhur Berjemaah sebaik sahaja selesai salah seorang ahli melaungkan kalimah mulia yakni Azan diatas batuan yang tinggi di situ.
Mungkin itulah pertama kali laungan azan dilaungkan disitu.. Kelihatan juga beberapa orang 'mat rempit' yang turut berkelah berhampiran kawasan kami menadah tangan berdoa selepas laungan azan.. Alhamdulillah..

Kami menunaikan solat Zuhur berjemaah diatas pasir di seberang sungai tersebut! begitulah sebenarnya Islam sebagai agama yang mudah namun jangan dipermudah-mudahkan!
Solat Zuhur diimamkan oleh Ustaz Muhammad selaku Naqib usrah PASZBB.
Selepas solat zuhur, sedikit Tazkirah Zohor yang disampaikan oleh Ustaz Wan Shamsuddin. Tazkirah beliau berkaitan perihal kalimah 'Lailahaillallah' dan kebesaran Allah SWT.
Semoga ianya menjadi panduan buat kami semua!

Akhirnya, syukur yang sebesar-besarnya kepada Allah SWT diatas segala kurniaanNya dan kelancaran aktiviti Rehlah kami kali ini. InsyaAllah, dikelapangan yang lain, dengan izin Allah SWT kita akan bertemu lagi di program-program sebegini dimasa akan datang. Buat sahabat-sahabat lain yang tidak berkesempatan, rugi tau! Kepada Allah kita pulangkan segala-galanya..

SU PASZBB

sedikit antara rakaman peristiwa..

























































































































Analisis hadiah 100 hari Najib buat rakyat 'terchenta'!

Penulis menyambut baik hadiah yang dinyatakan Perdana Menteri kita, Najib Tun Razak sempena 100 hari memerintah sebagai seorang Perdana Menteri. Penulis ingin menyentuh sedikit mengenai salah satu dari hadiah yang diberikan beliau kepada rakyat. Katanya hadiah kepada rakyat bukan? Mari kita lihat berapa jelasnya maksud hadiah kepada rakyat di matanya.

"Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol"

Dengar kata, diskaun 20 peratus ini diberi kepada rakyat yang bekerja dan menggunakan laluan lebuhraya bertol melebihi 80 kali. Macam nonsense‘lah kan, katanya nak bantu rakyat yang berpendapatan rendah. Rakyat yang berpendapatan rendah mana yang menggunakan lebuhraya bertol melebihi 80 kali sebulan?

Kalau dah berpendapatan rendah, tentulah mereka nak berjimat, bukan?

Dan yang menarik lagi, pengguna Smart Tag dan Touch n’ Go sahaja akan menerima potongan 20%. Penulis tahulah kenapa hanya mereka yang menggunakan Smart Tag atau Touch n’ Go sahaja diberi diskaun tetapi siapa sahaja yang pakai Smart Tag dan Touch n’ Go, beb? Penulis hari ini semasa menaiki kenderaan melihat Smart Tag itu hanya melekat dicermin-cermin kenderaan yang mempunyai CC atas 1.5, rakyat berpendapatan rendah mampu memiliki kenderaan CC atas 1.5 ke?

—–

Ini adalah tambahan artikel, sebenarnya penulis belum habis menulis dan tertekan butang publish kerana hendak cepat mengambil isteri yang baru pulang bekerja.

Dan lagi pun orang yang ada Smart Tag itu adalah golongan-golongan executive-executive syarikat atau pegawai kerajaan yang menaiki kenderaan jabatan, diskaun 20% itu bukan membantu RAKYAT berpendapatan rendah, tapi lebih membantu executive-executive syarikat dan pegawai kerajaan yang menaiki kenderaan jabatan kemudian membuat tuntutan perjalanan seolah-olah mereka menaiki kenderaan sendiri.

Dan jika pun kalau ada rakyat berpendapatan rendah menggunakan tol sehari-hari, 30 hari tolak hari Sabtu dan Ahad setiap minggu maka hanya ada 24 hari sahaja hari bekerja, 24 x 2 = 48 kali! Itu belum tolak hari cuti umum. Macam mana nak melepasi 80 kali sebulan untuk menikmati diskaun 20%?

——

Maka hadiah Najib ini tidak relevan. Hadiah Najib boleh pergi mati bersamanya kerana ia tidak menguntungkan saya dan rakyat yang berpendapatan rendah mahupun rakyat yang lain. Saya membayar RM4.60 setiap hari kerana melalui lebuhraya bertol untuk pergi bekerja. RM4.60 x 24 =RM110.40 (Ini tidak termasuk ada event). Najib mungkin boleh fikir sejenak dan memberi hadiah mengenakan diskaun 20% pada mereka yang menggunakan tol melebihi RM100 sebulan. Macam ni baru penulis boleh berjimat RM22 setiap bulan.

sumber - mediamalaya

100 hari Najib sebagai PM? Barang Naik!

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat pameran 100 Hari pentadbirannya sebagai Perdana Menteri selepas menyampaikan amanat pada majlis Perhimpunan Perdana Menteri Bersama Pegawai Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - BERNAMA

Yang teman nampak selepas 100 hari..
-Tambang Bas naik! Walaupun baru je naikkan surcaj hari tuu..
-Tambang Bas sekolah naik!
-TNB nak naikkan tarif tapi 'pospone' sampai hujung tahun dan pasti akan naik jugak nanti!
- Dalam sejarah rakyat malaysia mati dalam tahanan SPRM@BPR! selalu dalam tahanan polis je..
- Budaya 'bagi tapi tak ikhlas' diteruskan seperti potongan peratus Touch & Go kalau guna lebih..

banyak lagi lah yang teman sampai naik terlupa dah apa dia!!

Yang pasti darah rakyat yang makin naik sekarang nih!!

InsyaAllah, sama-sama kita usaha dan pastikan UMNO-BN akan ghuyup terus di PRU13 nanti!

Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!

sunsnake

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan ditumbangkan?

Agak-agak laaa.. takkan gelojoh sangat sampai tak sabar nak tunggu PRU13???
ke dah ada kontraktor-kontraktor UMNO yang dah masuk tahap 'sewel' tak dapat projek?
ke ada yang dah sampai tahap pinjam kat along??

'Konspirasi jatuhkan kerajaan Pakatan Selangor'

kemaskini 7.35pm Siasatan terhadap tujuh ADUN Selangor - yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock - didakwa sebahagian konspirasi BN bagi merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat seperti di Perak.

Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Ng Suee Lin mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan sentiasa berusaha merampas kerajaan negeri itu seperti pernah diusahakannya sejak tahun lepas.

"Ini perancangan yang kita dengar sekarang. Di kedai kopi pun kita dengar, (bahawa) Najib sebagai pengerusi perhubungan Umno Selangor, akan cuba dengan apa cara sekalipun untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat supaya kembali ke pangkuan mereka.

"Dulu di Perak, pada mulanya, kita dengar khabar angin sahaja, kemungkinannya berlaku rampasan kuasa," katanya.

Kemudian, dakwa Ng lagi, selepas campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua exco di Perak didakwa atas tuduhan rasuah, maka khabar angin itu menjadi kenyataan.

Dalam sidang akhbar bersama lebih 10 ADUN DAP, PAS dan PKR petang ini, Ng mendakwa, konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.

Isu lembu korban


Tangkapan ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh itu didakwa berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.

Manakala episod kedua pula, menurut Ng, membabitkan kes exco Selangor, Ronnie Liu yang didakwa menghalang tugas anggota penguatkuasa di sebuah hotel di Puchong.

Ronnie, juga ADUN Pandamaran, dihadapkan ke mahkamah pada 17 November tahun lalu atas tuduhan bersubahat menghalang tugas penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel pada 2007.

Episod ketiga pula, kata Ng lagi, apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa menyelenggara kereta sendiri dengan peruntukan negeri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, awal tahun ini.

Ng, yang juga ADUN Sekincan, terus mendakwa bahawa episod seterusnya ialah perbuatan menyebarkan gambar bogel exco negeri, Elizabeth Wong pada Februari lalu.

Ng juga berkata, episod konspirasi tersebut sebahagian projek mempengaruhi masyarakat yang digerakkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditimbulkan oleh ADUN Pakatan di persidangan DUN Selangor, Mac lalu.

Dalam sidang itu, dewan membahaskan usul tergempar oleh ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San bagi membincangkan pelaksanaan projek "people-centric" oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor di bawah JPM.

'Guna jentera kerajaan'

Program itu didakwa oleh wakil rakyat itu, yangjuga setiausaha DAP Selangor, cuba menjatuhkan kerajaan negeri dengan menggunakan pelbagai jentera dan agensi kerajaan persekutuan.

Sementara itu, timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Abd Rani Osman mempertahankan wakil rakyat Pakatan yang kini disiasat SPRM berhubung perbelanjaan peruntukan DUN masing-masing.

ADUN PAS Meru berkata, perbelanjaan ADUN tertakluk kepada budi bicara mereka, dengan syarat ia sampai kepada semua pihak, seperti dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor (Peruntukan ADUN).

"Peruntukan ini diletak bawah pejabat tanah dan daerah, bukan di bawah meja ADUN. Lagi pun ia dikeluarkan selepas acara selesai," katanya, sambil mempertikai kewajaran ADUN Pakatan Selangor disiasat.

Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat kelab itu di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam petang ini.

Turut hadir dalam sidang media itu, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Sementara itu, membandingkan dengan ADUN Pakatan, Lau pula menyelar peruntukan kepada wakil rakyat BN – termasuk ahli parlimennya – yang didakwanya tidak jelas jumlah dan pembahagiannya.

"Sampai sekarang kami tidak tahu saiz peruntukan, kepada siapa (diberikan), di mana wang ini dibelanjakan oleh ADUN dan ahli parlimen BN, ketua bahagian (Umno), penyelaras yang dilantik BN dalam menangani peruntukan RM2 juta (di setiap parlimen).

"Saya meminta, kalaulah BN (anak) jantan, kalaulah Umno ini jantan, sekurang-kurangnya umumkanlah untuk rakyat," katanya.

Ghani? Adnan? Ada beran???

Satu tindakan yang amat-amat berani daripada sebuah kerajaan negeri! kalau nak harap nama-nama yang disebutkan diatas memang tobat lahum takkan berani punya!!
sekali lagi nak tanya.. Ghani?? Adnan?? Ada Beran???

Audit dalaman perbelanjaan peruntukan ADUN S'gor
Jul 28, 09 7:11am
Kerajaan negeri Selangor telah mengarahkan satu audit dalaman dijalankan berhubung pembelanjaan peruntukan untuk ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN).

"Audit dalaman ini dilakukan bagi memastikan pembelanjaan wang peruntukan untuk ADUN mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Ini adalah satu cara bagi memberi jaminan kepada rakyat bahawa akaun dan pembelanjaan dana kerajaan negeri adalah sentiasa dipantau," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, audit dalaman itu akan dijalankan secepat mungkin, bermula dengan daerah Petaling.

Satu laporan lengkap akan dibentangkan oleh unit audit dalaman kerajaan negeri dalam masa sebulan, katanya.

Menurut Abdul Khalid lagi, laporan ini kemudiannya akan diumumkan kepada awam.

sumber - malaysiakini

Siapa bakal jadi 'Zambri' Selangor?

Salam,
nampaknya semakin jelas usaha UMNO-BN Selangor yang diketuai oleh Najib sendiri sebagai Ketua Perhubungan UMNO negeri untuk menjadikan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagai 'mangsa' kedua selepas Perak.
Wajib kita ingat! Penafian UMNO ni selalunya kebenaran berdasarkan sejarah yang lepas.
UMNO ini terlalu sinonim dengan penipuan!
mari kita baca kata-kata nafi Khir Toyo (jawa paling kaya di Selangor!)

sunsnake

Khir Toyo: Tuduhan untuk nafi kelemahan Pakatan

Abdul Rahim Sabri
Jul 27, 09
8:14pm
Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menganggap tuduhan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri itu - yang mendakwa BN Selangor merancang konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat - sebagai satu tuduhan yang memalukan.

"Yang sebenarnya, ia adalah masalah dalaman Pakatan Rakyat, iaitu terdapat konspirasi dalam kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"YB Azmin Ali juga mahukan rombakan exco dalam kerajaan Pakatan di Selangor. Dalam Pakatan ada perebutan kuasa," kata Khir yang ketua pembangkang DUN Selangor, ketika dihubungi Malaysiakini.

Khir mengulas dakwaan kelab tersebut bahawa siasatan terhadap tujuh ADUN Selangor - yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock - didakwa sebahagian konspirasi BN bagi merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat, seperti di Perak.

Sehubungan itu, Dr Khir juga berkata tuduhan kelab tersebut terhadap BN adalah usaha untuk menafikan kelemahan Pakatan mentadbir di negeri itu.

"Ada perebutan kuasa dalam PKR dan dalam parti dalam Pakatan. Kita tak mahu jadi seperti Perak, kita ada moral," katanya.

Sebaliknya, Khir mendakwa, mereka gagal menjalankan tanggungjawab, tetapi menyalahkan orang lain.

Petang tadi, dalam sidang akhbar - bersama lebih 10 ADUN DAP, PAS dan PKR - Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Ng Suee Lin mendakwa, konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.

Tangkapan ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh itu didakwa berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.

Manakala episod kedua pula, menurut Ng, membabitkan kes exco Selangor, Ronnie Liu yang didakwa menghalang tugas anggota penguatkuasa di sebuah hotel di Puchong.

Ronnie, juga ADUN Pandamaran, dihadapkan ke mahkamah pada 17 November tahun lalu atas tuduhan bersubahat menghalang tugas penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel pada 2007.

Episod ketiga pula, kata Ng lagi, apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa menyelenggara kereta sendiri dengan peruntukan negeri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, awal tahun ini.

Ng, yang juga ADUN Sekincan, terus mendakwa bahawa episod seterusnya ialah perbuatan menyebarkan gambar bogel exco negeri, Elizabeth Wong pada Februari lalu.

sumber - malaysiakini

Monday, July 27, 2009

Ini gambar Nizar bakar lilin!!!

ULAMA PAS PATUT KELUAR PATUT KELUAR FATWA - melayau

IPOH 20 Julai - Ulama dalam Pas patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Zambry Abdul Kadir berkata, sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama, maka adalah wajar untuk golongan ulama Pas memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

( Di bawah ialah gambar Mohammad Nizar Jamaluddin sedang memasang lilin. Di sebelah Mohammad Nizar ialah seorang Amoi yang kelihatan memakai baju warna warni. Mereka berdua sedang diperhatikan oleh seorang Apek yang memakai baju puteh. Dikeliling mereka adalah ahli-ahli DAP yang degil tidak mahu memakai baju hitam walau pun ini adalah upacara agama.)

SEDIH DIATAS KEMATIAN TEOH BENG HOCK

sumber - tukartiub

Peringatan Penting buat Demonstrator Anti-ISA!!!

Oleh: hermansamsudeen

"Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur (Sila Klik Gambar Untuk Melihat Peta Laluan) bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

http://dppwp.files.wordpress.com/2009/06/stiker-isa.png?w=468&h=166

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Kita jumpa disana!! InsyaAllah!!

FAM?? Nyanyuk?? Melatah?? Mengarut!!!

Tak usah mimpi la skuad kebangsaan boleh power kalau inilah terajunya lagi..
makin jelas syarat peminat bolasepak tanahair yang mahukan perubahan organisasi FAM secara total dari akar sampai pucuk!!
setidak-tidak pun pucuk tu bawak-bawak la berehat!!!

sunsnake

FAM Selamatkan Pahang lagi?




MALAM kelmarin, satu sejarah telah tercipta di Stadium Shah Alam.

Bukan kerana Selangor muncul juara Liga Super buat kali pertama tetapi sejarah yang dimaksudkan ialah Pahang yang buat pertama kalinya tersingkir ke saingan liga bawahan sejak liga semi-pro diperkenalkan pada 1989.

Kekalahan 1-5 kepada Selangor malam kelmarin menyebabkan skuad Tok Gajah bimbingan Dollah Salleh itu menamatkan 26 perlawanan Liga Super musim ini di tangga kedua tercorot.

Secara automatik, dua pasukan tercorot Liga Super akan tersingkir ke Liga Perdana musim berikutnya.

Namun, pada Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-46 pada 21 Jun lalu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM biarpun tidak hadir sempat menyampaikan titahnya menerusi Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad yang mahu- kan format Liga Malaysia dirombak musim depan.

Pemerhati dan juga peminat bola sepak tempatan melihat cadangan Presi- den FAM itu secara umumnya mahu me- nyelamatkan pasukan Pahang daripada beraksi di saingan liga bawahan pada musim depan.

Kenapa perlu diubah format liga yang dilihat sudah stabil sedangkan FAM sepatutnya perlu mencari jalan untuk memperkasakan lagi saingan liga sedia ada?

Jika masalah kewangan pasukan-pasukan bertanding dijadikan alasan, kenapa pula format yang perlu dipersalah- kan sedangkan pihak yang terlibat itu sepatutnya mencari jalan bagi menyele- saikan masalah kewangan tersebut.

Tindakan mahu mengubah format liga musim depan sebenarnya 'ulangan' kepada tindakan FAM ketika mereka menukar format Liga Malaysia untuk musim 2007 sejurus berakhir saingan musim 2006.

Pada musim 2004, 2005 dan 2006, FAM menetapkan lapan pasukan sahaja beraksi pada Liga Super tetapi mereka membuat keputusan mengubahnya kepada 14 pasukan untuk musim 2007.

Alasan yang sama digunakan FAM ketika itu iaitu mahu Liga Super lebih kompetitif sedangkan pada saingan 2006 itu, Pahang menduduki tangga ketujuh daripada lapan pasukan dan sepatutnya turun ke Liga Perdana musim 2007.

Disebabkan perubahan format baru itu, Pahang tidak disingkirkan ke Liga Perdana, sebaliknya diberi peluang beraksi dalam saingan playoff bagi menentukan 14 pasukan yang layak beraksi pada Liga Super format baru pada 2007.

Pada perlawanan playoff pertama iaitu pada 18 dan 21 Jun 2006, Pahang tewas dengan agregat 1-2 kepada Brunei DPMM selepas seri 0-0 pada perlawanan di tempat sendiri sebelum tewas 1-2 di tempat lawan.

Namun, Pahang diberi peluang kedua apabila bertemu Sabah pula dalam perlawanan playoff kedua pada 25 dan 28 Jun 2006 dan kali ini mereka berjaya juga ke Liga Super selepas menang dengan agregat 4-3.

Menjelang perbincangan format baru di antara FAM dan barisan setiausaha agung persatuan bola sepak (FA) negeri dan kelab yang akan berlangsung pada 3 Ogos depan, mereka sepatutnya membuat satu keputusan terbaik demi menjaga maruah bola sepak negara.

Buat Presiden FAM, biarlah pasukan yang layak beraksi dalam Liga Super sahaja dibenarkan bertanding kerana jika baginda tetap mahukan Pahang kekal dalam Liga Super, ia hanya akan mencacatkan kemeriahan saingan.

Ini kerana berdasarkan prestasi pasukan Pahang musim ini, hanya saingan Liga Perdana lebih sesuai buat mereka, bukannya saingan Liga Super.

Biarlah Pahang kembali layak ke Liga Super 2011 berdasarkan merit dua pasu- kan teratas Liga Perdana 2010, bukan- nya atas 'ihsan'.

Sekitar Majlis Perasmian 'Pusat Khidmat Masyarakat' Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung

Sekitar majlis perasmian Pusat Khidmat Masyarakat, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.
Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Wahid, Ahli Majlis, Majlis Daerah Hulu Selangor.
Majlis ini berlangsung semalam (26.7.2009 jam 5.00 petang dihadapan pejabat pusat ini iaitu bersebelahan Pejabat POS, Apartment Kenanga, TBR)
Berikut adalah antara maklumat berkenaan Pusat Khidmat Masyarakat tersebut.

Antara perkhidmatan disediakan:

i) Mendaftar Usia Emas (warga 60 tahun keatas)

ii) Mendaftar TAWAS (anak Selangor lahir slps 1 Jan 2008)

iii) Mendaftar IPT

iv) Mendaftar Zakat Umum

v) Mendaftar Ibu Tunggal

vi) Dll

Untuk makluman,kami hanya bertindak sebagai kaunter untuk pendaftaran dan memanjangkan borang yang diisi kepada agensi kerajaan yang berkaitan untuk tujuan kelulusan.Kaunter dibuka seperti berikut:

i) 8 malam ~11 malam dari Isnin ~ Jumaat

ii) 9 pagi ~ 12 tengahari pada Ahad

iii) Sabtu TUTUP

SETIAUSAHA PKM TBR, Wan Ismail (013-2906993)















Related Posts with Thumbnails