Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, December 28, 2009

PAS Selangor perlu buat demonstrasi!


Salam,

Secara tiba-tiba satu demonstrasi telah diadakan oleh puak-puak yang masih lagi misteri punca datangnya.Adalah dengan ini dicadangkan didalam masa yang terdekat agar PAS Selangor mengadakan demonstrasi ditempat yang sama iaitu Worldwide Business Center bagi menunjukkan sokongan kepada PAS yang menyertai Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR.

Pastinya rakyat boleh melihat sejauh mana sokongan ahli-ahli PAS yang sebenar kepada dasar yang sememangnya dipersetujui bersama didalam Pakatan Rakyat.

Melihat kepada 'rupa paras' demonstrator pagi tadi agak menghairankan kerana identiti mereka amat-amat diragui! Seiras dengan demonstrasi 'kepala lembu' pun ada jugak!

Ayuh! mari sama-sama kita buktikan sokongan daripada seluruh ahli-ahli PAS Selangor kepada Pakatan Rakyat! Sesungguhnya demonstrasi pagi tadi amat 'senget' kepada usaha UMNO yang semakin tertekan dengan keakraban PAS, DAP dan PKR sehingga terciptanya konvensyen baru-baru ini.

mod PASZBB

Friday, December 25, 2009

Sampai putus urat tumit, berjuang....


Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, Dis 24 — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi Perupok, Kelantan Datuk Omar Mohamad kini menerima rawatan di Hospital Pakar Perdana Kota Baru di sini akibat terputus urat tumit kaki kirinya sejak seminggu lalu.

Bekas ketua penerangan PAS pusat ini memberitahu kesan daripada itu beliau terpaksa menjalani rawatan fisioterapi mengikut jadual ditetapkan pihak hospital.
Semasa kunjungan The Malaysian Insider di wad rawatannya di hospital tersebut hari ini keadaannya kelihatan stabil.

“Pada awalnya saya rasa macam sesuatu tersentak di tumit, tetapi saya tidak jangka urat putus sebab tidak rasa sakit, tambahan pula pada masa itu saya boleh berjalan seperti biasa.
“Sehari kemudian baru tiba-tiba saya tak boleh berjalan (melangkah) lalu saya dihantar untuk pemeriksaan. Di situlah baru sedar bahawa urat tumit kaki putus,” katanya.

Omar yang juga bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kini berkhidmat sebagai wakil rakyat kerusi Perupok selama enam penggal.
DUN Perupok merupakan antara satu bahagian dalam Parlimen Bachok yang disandang Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Ditanya punca kejadian, beliau berkata akibat keletihan yang keterlaluan.
“Punca utama ialah disebabkan keletihan. Bukan saya kata, tapi doktor yang beritahu saya begitu,” katanya.

Sebelum ini Omar pernah dimasukkan ke hospital kerana keletihan dan kelesuan akibat tidak cukup rehat.

Adun UMNO Perak jelas derhaka kepada Sultan!


Adun BN Slim River, Datuk Khusairi Abdul Talib telah bertindak melampaui bidang tugasnya sebagai ADUN. Tugas beliau menjaga dan memperjuangkan hak rakyat di DUNnya. Tetapi beliau telah bertindak biadab dan ingkar apabila mempertikaikan perkenan Tuanku dan menuduh JAIP mengubah senarai yang telah diluluskan oleh MAIP. Beliau begitu lantang mengecam JAIP yang kononnya mengubah keputusaan Tuanku kerana memasukkan beberapa ahli PAS menganggotai Jawatankuasa Masjid tersebut. Pada hal senarai yang diluluskan oleh MAIP itulah yang sebenarnya.

Tindakan Adun Slim yang mahu nama-nama ahli PAS digugurkan dalam senarai tersebut menyebabkan Pengarah JAIP terpaksa turun untuk berunding dengan Adun tersebut. Pada saya tidak sepatutnya Pengarah JAIP melayan Adun tersebut untuk tunduk mengikut telunjuk UMNO BN. Isu ini menjadi kecoh sehingga orang ramai tidak puas hati. Ikuran tindakan Adun BN yang biadab, sombong, angkuh dan ingkar itu menyebabkan majlis penyerahan watikah perlantikkan terpaksa ditangguhkan.

Berikutan itu, Tuanku Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak telah menitahkan supaya perlantikkan Jawatankuasa Qaryah bagi mukim Slim, Batang Padang kekal berdasarkan senarai asal yang dipersetujui pada 2hb. Ogos 2009, bukannya senarai yang mengikut telunjuk UMNO BN.Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang, Datuk Seri Yeop Junior Yeop Adlan berkata beliau telah menerima arahan dari Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah supaya membuat pelantikan jawatankuasa masjid dalam mukim Slim berdasarkan senarai asal yang dipersetujui sebelum ini.

Sebelum ini, majlis penyerahan watikah pelantikan itu ditangguhkan ekoran timbulnya dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Perak telah menukar senarai jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu dengan memasukkan nama penyokong PAS.Perkara itu dibangkitkan oleh ADUN Slim Datuk Khusairi Abdul Talib minggu lalu yang mendakwa perbuatan itu 'tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Dr Nazrin'. Pada hal beliaulah yang paling tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telag diperkenankan oleh Tuanku Raja Dr. Nazrin.

Kalaulah Adun PAS apatah lagi YB Hj Nizar yang berbuat demikian, sudah pasti UMNO akan jaja merata kampung sampai ke luar negara menuduh Hj Nizar derhaka pada Tuanku. Sekarang siapa sebenarnya yang derhaka dan biadab pada Tuanku?

sumber - misabah.blogspot.com

Thursday, December 24, 2009

Masjid pun UMNO sosah!


Apabila membaca kisah pemilihan AJK Masjid di Perak ini, teringat akan pengalaman kami, kariah Masjid Bukit Sentosa sewaktu pemilihan AJK Masjid As-Salam beberapa bulan lepas.

Tidak seperti biasa, dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, pemilihan AJK masjid di seluruh negeri Selangor adalah dilakukan secara undian majoriti. Bermakna ada sesi undian sama ada secara bertulis mahupun angkat tangan. Di Masjid As-Salam, Bukit Sentosa ini kaedah angkat tangan diadakan kerana agak mudah dan menjimatkan.

Malangnya di hari pengundian, oleh kerana kehadiran ahli UMNO yang amat sedikit (seperti biasa) maka jelas akan kekalahan wakil-wakil mereka lalu sekonyong-konyongnya tarikh pemilihan diubah ke suatu tarikh yang lain! Wah! begitu mudah!

Walaupun berlaku sedikit pertengkaran dek kerana ketidakpuasan hati ahli-ahli kariah namun pertukaran tarikh tetap diadakan.

Alhamdulillah, walaupun tarikh baru, 'mereka yang sepatutnya' telah berjaya dipilih menjadi AJK masjid. Maksud 'mereka yang sepatutnya' adalah mereka yang benar-benar menyintai masjid dan bukan atas lantikan politik.

Umum mengetahui bahawa perlantikan AJK masjid sebelum ini adalah atas lantikan Ketua UMNO Cawangan dan Bahagian yang diserahkan kepada MAIS untuk lantikan oleh DYMM Sultan Selangor. Itulah cara yang diamalkan mungkin sejak lepas merdeka hinggalah sebelum kekalahan UMNO-BN dibeberapa buah negeri pada Mac 2008.

Oleh kerana lantikan ini adalah atas lantikan politik UMNO, maka cara politik UMNOlah perjalanan pengurusan masjid-masjid ini. Segala ruang dan peluang bagi ahli-ahli kariah mengetahui perjalanan pengurusan terutama kewangan ditutup rapi dan 'senyap'! Malahan di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, jumlah kutipan mingguan sumbangan Solat Jumaat langsung tidak pernah dicatatkan di papan kenyataan! Seluruh AJK termasuk Nazir diam seribu bahasa apabila ditanya!

Kini, apabila tampuk pengurusan masjid dikuasai oleh mereka yang dipilih oleh ahli-ahli kariah sendiri, jelas menampakkan ketelusan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan menyerlahkan keikhlasan. Segala perbelanjaan dan pengurusan dipamerkan secara jelas dan disahkan oleh juruaudit-juruaudit yang dilantik. Alhamdulillah, seiring dengan kepesatan ekonomi di sekitar Bukit Beruntung/Bukit Sentosa, jumlah kutipan sumbangan orang ramai pun semakin bertambah.

Buat pertama kalinya Tazkirah sebelum Khutbah Jumaat berjaya dilaksanakan, ini menggalakkan jemaah agar hadir dan masuk awal ke dalam masjid tambahan pula adakalanya khatib jemputan adalah mereka yang berpengalaman dan terkenal. Dizaman pemerintahan UMNO, Tazkirah sebelum khutbah adalah di'haram'kan oleh MB UMNO.

Baru-baru ini, UMNO Bukit Sentosa telah membuat 'onar' dengan membuat surat tuduhan yang mengatakan PAS telah menguasai masjid dengan mengadakan aktiviti parti didalamnya! Malahan tergamak didalam surat berkenaan menggelar PAS sebagai Parti Asuhan Syaitan!

Inilah UMNO.. diwaktu berkuasa mengkhianati amanah, diwaktu tidak berkuasa pula sibuk membuat fitnah dan adu-domba didalam masyarakat! Manakan tidak sampai dido'akan oleh Tuan Guru Nik Aziz agar mereka 'pecah perut'!
Kini di Perak, UMNO yang baru sahaja mendapat 'kuasa' pemerintahan melalui cara yang amat busuk lagi meloyakan telah cuba 'menderhaka' kepada Sultan Perak dengan menggangu senarai AJK masjid yang telah dilantik oleh kariah sebelum ini. Mungkinkah rakyat dapat menerima tindakan mereka?

Kepada Allah SWT kita kembalikan segala-galanya.

mod PASZBB

Tuesday, December 22, 2009

Program Mesra Rakyat oleh Kerajaan Selangor di Bukit Beruntung

Nama Program : Mesra Pelanggan bersama Agensi Kerajaan/NGOS
Anjuran:
Pusat Khidmat Penduduk Seksyen BB7
Pusat Khidmat Rakyat N07 Batang kali
Persatuan Penduduk Seksyen BB7.


Tarikh : 20/12/2009 Ahad
Masa : 9.30 Pagi hingga 5 Petang
Tempat : Perkarangan Pusat Khidmat Penduduk Seksyen BB7 No 70 Jalan Semarak 3C Seksyen BB7 48300 Rawang Selangor Daerul Ehsan.

Perasmian oleh Y.B. Puan Haniza binti Mohamed Talha
Timb Speaker DUN Selangor /ADUN Taman Medan

Agensi Kerajaan yang terlibat

1 Pusat Zakat Selangor
2 Pejabat Kesihatan Hulu Selangor
3 Agensi Dadah Kebangsaan (AADK)
4 Majlis Daerah Hulu Selangor
5 COB Daearah Hulu Selangor
6 Kuanter Perubatan Islam (NGO)
7 Gerai-gerai buku (NGO)
8 Gerai Kraf Tangan (NGO Wanita)
9 Gerai Pakaian /Makanan

Kehadiran

1 Hj Mohd Zulkifli bin Dawam Pengerusi Penduduk Seksyen BB7
2 YB Puan Haniza binti Mohamed Talha - Timb Speaker DUN Selangor
3 Tuan Nasharuddin bin Abdul Aziz - Penyelaras DUN Batang Kali
4 Tuan Haji Wahid Basri - Ahli Majlis
5 Puan Mai bin Md Zin - Ahli Majlis
6 Tuan haji Misbahul Munir Masduki - SU Politi MB Perak (sah)
500 Penduduk termasuk 100 penerima sumbangan fakir miskin

acara

-Dailog JMB bersama MDHS
-Menyampaian Sijil JMB
-Penyampaian sumbangan makanan berbagai bangsa
-lawatan Pusat Khidmat Penduduk BB7
-Rawatan Pengubatan Islam
-Perkhidmatan Majlis Daerah Hulu Selangor
-Agensi Dadah Kebangsaan
-Kaunter Pusat Zakat/Kesihatan dll .











Saturday, December 19, 2009

Hamas, Nadi Umat Islam yang masih berdenyut!!!

Palestinian Hamas supporters attend a rally to mark the 22nd anniversary of the group’s founding in Gaza City, Monday, Dec. 14, 2009. Many thousands of Hamas supporters thronged Gaza City Monday to mark the 22nd anniversary of the group’s founding, in a massive display that showed the Islamic groups still enjoy broad support despite years of rule that have led to war, poverty and isolation.













HAMMAS BERTAMBAH KUAT
Sambutan Ulangtahun ke 22 Penubuhan HAMMAS Di Palestin Pada 14 Disember 2009 ..Walaupun diserang dan ditindas oleh Zionis Israel Tetapi HAMMAS Semakin Kuat Dan Sokongan Rakyat Palestin Kepada Hammas Semakin Meningkat

'Port' Karaoke makin bersepah di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa?

Salam,
Apa dah jadi? Semakin hari semakin banyak pusat karaoke terbuka di merata-rata tempat di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa!

Inilah tempatnya remaja-remaja melayu lelaki dan perempuan berpeleseran di malam hari, malahan ada yang dibuka sehingga jam 3 pagi!

Beberapa panggilan ke Balai Polis Bukit Sentosa telah dibuat bagi memohon bantuan namun semuanya sia-sia! Tidak kelihatan langsung tindakan pihak Polis bagi menghalang 'kebisingan' mereka.

Sesuatu perlu dilakukan oleh semua pihak bagi menghentikan aktiviti yang jelas langsung tidak sihat ini! Inilah tempatnya remaja bergaul bebas bagi menambah buruk gejala sosial yang semakin hina lagi menghinakan orang melayu kini!

mod PASZBB

p/s: Gambar akan disertakan di post yang akan datang. Kamera hilang!

Bukit Beruntung/Bukit Sentosa (1) - Jalanraya yang mengecewakan!

Salam,
Daripada pemerhatian, jelas keadaan jalanraya di kawasan ini amat buruk!
Usahkan di jalan-jalan taman, jalan utama juga agak teruk keadaannya.

Seperti contoh jalan utama di hadapan Masjid As-salam Bukit Sentosa, oleh kerana jalan ini adalah jalan utama bagi penduduk di Bukit Sentosa 2 untuk ke Bandar Bukit Sentosa, Bukit Beruntung mahupun ke Rawang, sangat merbahaya apabila jalan utama ini berlubang disana-sini.

Mohon pihak yang berkenaan terutama wakil masyarakat berusaha mengadukan masalah ini kepada pihak yang berwajib!

mod PASZBB

p/s: Gambar akan disertakan didalam post yang akan datang. Kamera hilang!

Selamat Berjambori Unit Amal Hulu Selangor!


Alhamdulillah,

Jam 8.30pagi tadi telah berlangsung aktiviti perkhemahan Jambori Unit Amal Hulu Selangor bertempat di Desa Selesa, Ulu Bernam.

Jambori yang akan mengumpulkan ahli-ahli Unit Amal dari seluruh pelusok Hulu Selangor ini akan berlangsung selama 2 hari sehingga jam 2 petang esok.

Walaupun perancangan aktiviti ini agak perlahan dan terpaksa menempuh pelbagai cabaran terutama dengan kesibukan tugas 'cari makan' namun ketabahan AJK terutama Ketua Pengarah dan Setiausaha amat mengkagumkan! Subhanallah! Syabas buat akhi berdua.

Kepada semua 'jamborian', Allahuakbar!

mod PASZBB

Selamat BerKonvensyen!


Salam,

Kepada semua pimpinan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, Selamat berkonvensyen!

Semoga segala titik persamaan dapat dieratkan dan titik ketidak bersamaan disamakan!

Harapan Rakyat Malaysia terlalu-lalu besar kepada Pakatan Rakyat untuk membela segala kezaliman dan kemunafikan UMNO-BN terhadap rakyat terbanyak.


moderator paszbb



Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat hari ini

Harakahdaily
SHAH ALAM, 18 Dis: Hari ini, semua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP akan berhimpun dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Turut menyertai mereka adalah 1,500 perwakilan iaitu 500 bagi setiap parti-parti yang bergabung di bawah payung Pakatan Rakyat itu.Perhimpunan sehari suntuk bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang ini turut disertai oleh lebih 100 wakil pelbagai jenis media dari suluruh dunia.Majlis ini akan dipenuhi dengan ucapan dan pelancaran beberapa perkara penting yang mengikat ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu.
Kali ini, PKR menjadi sekretariat konvensyen ini di mana Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallehudin menjadi pengarah konvensyen ini.Sehubungan itu, beliau berikrar mahu menjadikan majlis ini seumpama kenduri Pakatan Rakyat yang akan dibuat dengan cara terbaik dan penuh warna warni.Dipercayai, satu penyataan bersama Pakatan Rakyat akan dibentangkan dalam konvensyen ini untuk dijadikan panduan dan asas ikatan antara ketiga-tiga parti ini.

Antara kandungannya adalah:
1) Hentikan politik perkauman dan diskriminasi dalam semua dasar kerajaan dan perundangan.
2) Kembalikan keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.
3) Bangunkan sistem ekonomi yang benar-benar untuk rakyat
4) Kembalikan makna persekutuan dalam mempertahankan hak-hak negeri.
5) Hapuskan ISA dan undang-undang yang menekan rakyat.
6) Hentikan tahun-tahun tanpa pelaburan dan perancangan yang buruk dalam pendidikan, pengangkutan dan kesihatan.
7) Bangunkan agenda keselamatan sosial
8) Perkasakan hak demokratik dalam budaya dan kepelbagaian budaya dan sastera.

Semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat dijadualkan berucap. Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng di samping para pemimpin muda Pakatan.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz juga dijangka akan berucap menjelang konvensyen ini berakhir pada sebelah petangnya.

Yang menariknya, pada sebelah malamnya, ulama tersohor dunia Sheikh Dr Yusof Qardawy akan memberikan Syarahan Perdana di Masjid Negeri iaitu Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam juga.

Thursday, December 17, 2009

304,358 warga Malaysia lepas kewarganegaraan! Saya sekali?..

 

304,358 warga Malaysia lepas kewarganegaraan! Saya sekali?..
Posted on Saturday, December 05 @ 21:08:23 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih


 Oleh: dewa

"Tengku Razaleiegh sebelum ini melaporkan bahawa semakin ramai golongan profesional khususnya warga Malaysia keturunan Melayu yang melepaskan kewarganegaraan Malaysia dan berhijrah ke luar negara. Di bawah pemerintahan UMNO/Najib, angka ini terus meningkat. Artikel ini menganalisa punca-puncanya.

"KUALA LUMPUR, Dec 1 – The number of Malaysians who surrendered their citizenship has almost doubled in this year, according to Deputy Foreign Minister Senator A. Kohilan Pillay, who revealed today that about 3,800 Malaysians have given up their citizenships to date compared to 2,000 last year.

This figure, however, is much smaller than the 304,358 Malaysians who were reported to have migrated from March 2008 to August 2009."

Kezaliman dan ketidakstabilan politik dan ekonomi, selain kadar jenayah yang tinggi merupakan salah satu puncanya. Di Malaysia, jenayah sangat tinggi dan pihak polis kelihatan lebih berminat menyerang pusat-pusat ceramah dan mengambil rasuah dari menangani jenayah yang semakin menjadi-jadi. Contohnya kes ragut. Di Macau dan Hong Kong, penulis boleh makan sambil meletakkan iphone penulis di atas meja untuk membaca akhbar online. Di Malaysia, iphone milik rakan-rakan penulis diragut apabila diletakkan di atas meja makan. Kes pecah rumah, rogol, bunuh, pecah amanah, rasuah, bom model Monggolia, ISA, OSA, campak dari atas bangunan, SEMUA ADA..

Meskipun begitu, mereka yang 'beriman' dengan UMNO terus membutakan mata dan memekakkan telinga.

Kedudukan Malaysia di mata dunia dalam isu rasuah pula terus jatuh dari 40 lebih ke hampir 60. Malaysia semakin teruk rasuahnya sedangkan Singapura berada di tangga ke-4! Ini menyebabkan golongan professional semakin tawar hati.

Kezaliman dan penganiayaan oleh UMNO juga merupakan antara punca utama. Sebagai contoh, selain penulis, ayah penulis juga memiliki ijazah kedoktoran. Meskipun begitu, ayah penulis yang sudah menjadi pensyarah lebih 30 tahun tidak diberikan sebarang promosi dan dihalang kenaikan pangkatnya kerana sikapnya yang anti-UMNO. Ini membuatkan golongan akademik dan terpelajar, yang tidak ingin mengampu UMNO, mengambil langkah melarikan diri ke negara lain.

Faktor wang bukan punca utama sekalipun ada peranannya. Sebagai contoh, gaji pensyarah di malaysia adalah antara RM2500 hingga RM4000. Gaji pensyarah muda di luar negara (contohnya negara maju seperti US atau Hong Kong) pula adalah antara RM14,000 hingga RM33,000 sebulan. Faktor gaji yang tinggi dan kurangnya kerenah birokrasi membuatkan golongan professional semakin tawar hati hendak tinggal di malaysia.

Sebelum penulis berhijrah ke luar negara dahulu, penulis pernah dipanggil untuk menghadiri temuduga jawatan pensyarah di universiti di malaysia. Antara soalan yang ditanya ialah parti apa yang disokong oleh penulis dan kegiatan masa lapang penulis. Inilah juga universiti yang membuang pelajar dari hostel kerana tidak mengundi calon yang pro-UMNO.

Meskipun penulis bekerja di luar negara, penulis tidak akan sesekali melepaskan kewarganegaraan Malaysia. Bagi penulis, Malaysia ini bagaikan anak. Mungkin anak itu baik, mungkin anak itu jahat, tetapi anak tetaplah anak. baik atau jahat, keluarga sendiri juga.

Lawan tetap lawan. Sekalipun ditekan, kita mesti terus memberi sumbangan masa dan harta demi perjuangan Islam. Kalau UMNO hendak halang penulis, mereka perlu mengebom penulis atau mencampakkan penulis dari tingkat 14 terlebih dahulu kerana asalkan masih hidup, penulis dan rakan-rakan tidak akan redha dengan kezaliman UMNO.

Meskipun begitu, bukan semua setuju dengan penulis. Semakin ramai golongan professional yang meninggalkan Malaysia secara terus. Lihat saja skandal zon bebas Pelabuhan Klang. Laporan audit bebas PwC malaporkan kerugian akibat skandal ini dijangka perlu ditanggung sehingga 2041! Siapa yang nak kerja di sini dalam bidang ini kalau keadaan tak berubah. Bagi warge Felda, asal dapat RM50 dan kain palekat, jadilah...

Susah kita kalau macam nih..

Saturday, December 12, 2009

Ceramah - Suara Orang Muda di Bukit Beruntung/ Bukit Sentosa!

Maklumat Lanjut sila hubungi:-
Nizam - 019 279 2901
Wan Ismail - 013 290 6993
Amri - 019 2799 147

Royalti Minyak : Najib Derhaka Wasiat Bapanya




Pada 1975, ketika Allahyarham Tun Abd Razak bin Hussein Al-Haj masih menjadi Perdana Menteri satu perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubungan dengan sumber minyak Kelantan. Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun dan dibayar tunai dua kali setahun untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.



Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, menyebut bahawa anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan adalah RM2.5 bilion setahun. Berdasarkan laporan itu kerajaan negeri Kelantan mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion dari Kerajaan Persekutuan bagi jumlah royalti dan kerugian yang tidak pernah dibayar sejak 2004.



Tuntutan royalti minyak kelantan ini turut disokong oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari Umno, Datuk Md Alwi Che Mat pada julai lalu dan berharap agar Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti dan dokumen-dokumen berkaitan untuk menuntutnya. Malangnya, Dato' Seri Najib anak kepada Tun Razak menderhakai perjanjian yang buat di zaman pemerintahan ayahnya dan enggan membayar royalti seperti yang telah dipersetujui sebagai respon kepada kekalahan teruk BN di Kelantan pada PRU Mac 2008. Tindakan beliau jelas mengkhianati amanah perjuangan ayah beliau yang pastinya tidak akan tenang dalam kubur dengan kezaliman yang dilakukan pada hari ini terhadap rakyat Kelantan.



Seorang anak yang baik akan menyelesaikan segala hutang piutang dan janji arwah bapanya kepada sesiapa sahaja dengan harapan bapanya akan mendapat keredhaan Allah. Namun Najib tidak bertindak demikian, malah memungkiri wasiat yang telah dipersetujui di zaman pemerintahan bapanya. Inilah contoh anak derhaka yang juga zalim kepada rakyat demi kepentingan politiknya. Idea wang ehsan ditimbulkan bagi mempengaruhi pemikiran rakyat sebagai menunjukan sikap bermuka-muka beliau, walhal rakyat lebih jelas dengan isi perjanjian Petronas-Kelantan 1975.



Idea wang ehsan ini bermula dizaman Tok Guru Najib iaitu Tun Mahathir yang ketika itu tertekan dengan kemenangan mengejut PAS di Terengganu. Bagi membalas tindakan rakyat Terengganu yang menolak Kerajaan BN, maka Mahathir menarik balik wang royalti minyak Terengganu dan mengantikannya dengan wang ehsan. Maka bermulalah sejarah wang ehsan iaitu satu pakej yang dibuat oleh BN khusus untuk negeri-negeri yang dikuasai oleh Parti bukan BN. Keadaan ini berbeza dengan negeri Sabah yang diperintah oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) dari tahun 1985-1994. Walaupun ketika itu Sabah tidak dikuasai BN, namun royalti minyak tetap diberikan bukannya wang ehsan.



Maka jelaslah bahawa BN yang kini dipimpin Najib sengaja untuk menzalimi rakyat Kelantan dan menderhakai wasiat bapanya.



Ust. Idris Ahmad


Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, December 3, 2009

Jakim kata Malaysia Negara Islam! - Metro 2.12.2009


MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM

Hasil dari definisi dan pandangan ulama mengenai negara Islam, jelaslah Malaysia sebagai negara Islam kerana ciri-ciri berikut;

· Malaysia adalah tanahair orang Islam sejak turun temurun.

· Ketua pemerintahan negara dipegang oleh orang Islam.

· Malaysia masih didiami oleh orang-orang Islam sebagai pemunya.

· Umat Islam bebas menunaikan amalan syariat Islam malah dibantu oleh Kerajaan.

· Sistem mempertingkatkan ibadah, munakahat dan muamalat dilaksanakan di serata negara.

· Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi dan sentiasa ditingkatkan mutunya.

· Mahkamah syariah ditubuh dengan rasmi dan hasil keputusannya tidak boleh diganggu oleh mahkamah sivil.

sumber - JAKIM

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

{Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, BERJUDI, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan: QS: AL-Maidah ayat 90}


Salam,
Sambil teman dok belek-belek paper kat opis ni..
Tiba-tiba tersentuh hati teman apabila terlihat 2 mukasurat penuh tersebut! (rujuk gambo atas)

Wah!
Sampai 2 muka iklan keputusan nombor ekor!! Islam betul Malaysia nih!!
Kalau dalam paper Cina atau Tamil masih logik akal lah!
Ini Paper Melayu bro!
Tak pernah dibuatnya orang cina atau India kepit paper bernama Harian metro nih!

Untung sangat kot siarkan iklan-iklan HARAM nih!
Ke dah terdesak sangat company paper nih?
Sampai tergamak bagi anak-bini termasuk pekerjanya makan duit haram?

Err.. Apa kata JAKIM agaknya?

Kalau tanya Menteri Masyitah, takpe la kot sebab 'darurat!"

hmmm..

Ada ulama' nak bagi kuliah, ditangkap sebab takde tauliah..
yang ni macam mana pulak? tak nak tangkap ke?
sebab apa tak nak tangkap?
sebab Judi nombor ekor ni 'Halal'? disisi undang-undang Malaysia?

Kalau ada ahli-ahli UMNO yang tak nampak lagi memang buta perut takde akal laa..
Allah SWT dah bagi otak.. melainkan orang gila cerita lain..
Atau memang ahli-ahli UMNO totok ni memang boleh dikategorikan 'gila'??

sunsnake 03.12.2009

Wednesday, December 2, 2009

Ceramah Nizar Hero Rakyat di Hulu Selangor!

Friday, November 27, 2009

Peringatan! kepada Ahli PAS Bukit Beruntung!


Oleh :Ustaz Idris Ahmad

SEORANG blogger memberitahu saya, "Ustaz sekarang kalau tulis hentam Umno dan penyelewengan kepimpinan Umno/BN... tak mendapat respon baik daripada pembaca. Sebaliknya, kalau dedahkan rahsia parti dan hentam pimpinan PAS, ini yang dapat tempat dan tumpuan".

Maka saya menjawab kepada beliau begini, "Inilah akibatnya kita asyik duduk hentam pemimpin PAS, walaupun kononnya sayang kepada PAS. Inilah akibatnya".

Seperti mana saya sebutkan dalam tulisan yang lepas, walaupun penulis blog itu kononnya simpati dengan PAS, tetapi dia kritik secara terbuka melalui laman web, bukan melalui salurannya, akhirnya PAS sudah kehilangan faktor 'Wow' yang dulunya Umno mengalami masalah ini. Sekarang musibah ini sedang menimpa PAS, terutama di gerbang maya.
Orang atas pagar, dia tidak mengatakan bahawa apa sudah jadi dengan si anu dan si anu. Sebaliknya yang mereka sebut ialah apa sudah jadi dengan PAS? Teruk sangatkah PAS? Kenapa hal dalam rumah tangga bertelagah dipaparkan dekat media? Kenapa pemimpin PAS tidak berdisiplin dalam mengeluarkan kenyataan akhbar?
Akhirnya, yang buruk ialah PAS bukan individu dalam PAS. Sekarang bukan senang kita hendak mencipta 'faktor wow' yang dulunya berada di kaki kita, tetapi sekarang telah beralih kepada Umno.

Orang lupa isu PKFZ yang lesapkan wang rakyat RM12.5 Bilion. Isu siapa pembunuh Altantunya. Macam mana rekod kemasukan Altantunya boleh terpadam? Kenapa tidak ada siasatan sampai ke lubang cacing, siapa yang padam?
Bukankah Malaysia ini antara yang hebat dan cekap untuk menangkap penjenayah. Polis Malaysia juga hebat dengan pakar-pakar forensik sudah tentu ia mampu untuk melakukan semuanya ini. Siapa yang memadamkan data ini mesti dicari. Kalau gagal dalam isu ini bermakna negara berada diambang merbahaya apabila rekod kemasukan seseorang ke dalam negara ini boleh hilang.

Kemana pergi Balasubramaniam yang menjadi penyiasat persendirian melarikan diri? Sedangkan beliau adalah saksi yang paling penting dalam kes Altantunya. Kenapa orang tidak peduli dengan kenaikan harga minyak RON 97 dulu RM1.75 sen naik sampai RM2.05 sen? RON 95 yang rakyat marhain pakai tidak berkualiti harganya RM1.80 sen.
Isu tidak ada bonus yang dituntut oleh kakitangan kerajaan, macam mana? Isu stadium negeri Terengganu runtuh yang melibatkan wang rakyat hampir RM300 juta hilang begitu sahaja dariapda rakyat.

Orang tidak peduli apabila seorang Menteri Besar dituduh bawa wang keluar negara sebanyak RM10 juta. Isu pengkhianatan terhadap rakyat Kelantan mengenai wang ihsan menggantikan royalti adalah lambang 1Malaysia yang bohong 1Malaysia dan menindas 1Malaysia.
Kesemuanya sudah hilang kerana selain daripada media perdana seperti TV dan radio dan sekarang ditambah pula dengan tulisan yang memburukkan PAS sama ada oleh musuh atau oleh orang yang kononnya terlalu sayang dengan PAS, sampai pecah komputer untuk tulis semua masalah dalaman PAS dalam gerbang maya.

Maka ia merasakan puas kerana dia sudah berjaya mangharubirukan PAS sehingga ahlinya hilang fokus, dan rakyat atas pagar melarikan diri daripada PAS. Hanya Allah sahaja yang akan membalas kerja mereka ini.
Sekaranglah masanya untuk kita fokos kerja buat kita untuk jangka panjang dan jangka pendek menghadapi PRU 13. Setiap orang mesti merasakan beliau ialah batu bata yang melengkapkan sebuah rumah.

Sebiji bata kalau letak di tengah jalan ia tidak menampakkan fungsinya. Tetapi berlainan apabila ia telah diikat menjadi satu bangunan yang kukuh dan sukar untuk diroboh. Kalau roboh pun, ia akan memberi mudharat kepada orang lain. Kita jangan menjadi anai-anai dalam jamaah sehingga merobohkan sebuah bangunan yang kukuh.
Strategi kita dalam PRU 13 mesti bermula daripada sekarang. Kita mesti menang bukan kerana bergantung kepada kelemahan dan perpecahan di kalangan musuh sahaja. Tetapi kita mesti berdiri dengan kaki sendiri untuk mencapai cita-cita ini.

Oleh itu, tidak akan memberi apa-apa makna dalam perjuangan kita kalau kita hanya mengharapkan kemenangan dengan rasa tidak puas hati rakyat kepada Umno dan BN. Gelombang ini adalah faktor sementara, dan faktor ini perlu diurus dengan baik dengan kita.
Perlu diingatkan, kekuatan PAS selama ini adalah kerana kita mempunyai kekuatan yang tersendiri iaitu ahli dan cawangan yang banyak. Tidak mungkin kita boleh bertahan seandainya kita tidak mempunyai kekuatan yang tersendiri. Tetapi perlu diingatkan kalau kita tidak memperdulikan soal asas ini maka kita akan hancur di persada tanah air kita.
Beberapa persoalan yang mesti menjadi perhitungan kepada diri saya dan juga kepada semua ahli dan pimpinan iaitu:

1. Berapakah penambahan ahli baru di tempat anda dalam usaha untuk mencapai keahlian dua juta menjelang PRU 13?

2. Berapakah bilangan ahli yang didaftar sebagai pemilih untuk persiapan PRU 13?

3. Adakah usrah di cawangan tuan-tuan berjalan atau tidak? Usrah adalah nadi gerakan kita, seandainya usrah tidak berjalan maka fikrah bercelaru, ahli tidak bertambah, ukhwah retak, individu dan rumahtangga Islam tidak dapat dibentuk, ahli parti tidak menunjukkan akhlak dan peribadi yang luhur sesuai dengan parti Islam, semangat pengorbanan lemah, banyak arahan parti tidak dipedulikan, tidak faham konsep wala’ dan tahalluf. Semuanya angkara usrah diabaikan.

4. Bagaimanakah keadaan Kelab Penyokong PAS di kawasan atau negeri-negeri masing?

5. Bagaimana majlis tindakan bersama di kalangan Pakatan Rakyat di tempat saudara?

6. Berapa banyak wang dan dana pilihanaraya?

7. Adakah Unit Amal di kawasan saudara aktif kerana ia adalah pintu masuk ke dalam perjuangan PAS di kalangan anak muda.

8. Adakah kegiatan Nisa’ aktif di kawasan masing-masing dengan penglibatan wanita muda di kalangan anak-anak ahli-ahli PAS.

9. Berapa banyak ceramah penerangan di kawasan, Majlis Tindakan Dun (MTD) dan Unit Peti Undi (UPU) telah dijalankan?

Jika sekiranya perkara ini kita mampu untuk diolah dengan baik, insya-Allah PAS upaya menghadapi sebarang kemungkinan dengan bala tentera BN dan Umno nanti.
Tetapi ingat, seandainya kita tidak membuat persiapan ini dan tidak memfokoskan kepada agenda parti dengan betul maka bermakna kita merancang untuk kegagalan. Kita mesti merancang untuk kemenangan dengan bekerja mengikut apa yang diarahkan oleh parti.
Kita mesti bekerja sebagai kerajaan menunggu bersama rakan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.

Kesimpulannya, fokus kepada agenda parti adalah keutamaan kita. Perjuangan di gerbang maya untuk menyebarkan mesej perjuangan PAS mesti diteruskan untuk merebut peluang yang ada terutama di kalangan masyarakat yang terpelajar dan celik IT.

Dipetik dari sisipan Fikrah, Harakah Bil 1491 - 23-26 November 2009

Wednesday, November 18, 2009

Hari Anugerah Cemerlang SK. Bukit Sentosa, Rawang

Bukit Sentosa, Rabu 18.11.2009- Simple tapi menarik!
Itulah yang dapat disimpulkan daripada Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa yang berlangsung disini pagi tadi.

Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu turut dihadiri dan dirasmikan oleh YDP PIB SK. Bukit Sentosa, Lt. Kol. Mohd Rahib Bin Mohd Isa. Kira-kira 200 orang yang terdiri daripada ibubapa dan penjaga murid-murid hadir bagi menyaksikan anak-anak mereka mendapat penghargaan daripada pihak sekolah diatas kejayaan mencapai keputusan yang baik didalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.

Sedikit rakaman peristiwa tersebut...


Banner diatas stage, simple menarik dan colourful!


Bacaan Doa oleh Ustaz...

Antara yang hadir awal..

Ucapan Oleh Puan Guru Besar SK Bukit Sentosa

Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG SK Bukit Sentosa


Penyampaian Anugerah Tokoh-tokoh pelajar

Tokoh-tokoh Pelajar bersama ibubapa masing-masing

Persembahan Koir dari para pelajar

Sambil layan koir, sambil makan! hehehe

Sesi Penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang mengikut kelas & tahun.


Tahniah buat semua para guru dan tenaga kerja SK Bukit Sentosa, Rawang Selangor.
Buat anak-anak, tahniah juga atas kejayaan kalian! Teruskan Usaha!

catatan: sunsnake 18.11.2009

Sunday, November 15, 2009

Perubahan Organisasi PAS Zon Bukit Beruntung


Assalammualaikum,
Diumumkan sedikit perubahan didalam struktur organisasi PAS Zon Bukit Beruntung.
Didalam Mesyuarat Khas(bukan EGM) yang diadakan baru-baru ini, jemaah telah sebulat suara bersetuju didalam perubahan berikut:-

Jawatan Setiausaha
-Diamanahkan kepada ahli jemaah yang juga Setiausaha Unit Amal Kawasan Hulu Selangor

Jawatan Bendahari
- Diamanahkankan kepada Bekas AJK Lajnah Penerangan

Jawatan AJK Lajnah Penerangan
- Diamanahkan kepada bekas Setiausaha PASZBB sebelum ini.

Pertukaran ini dilakukan bagi memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahli menumpukan perhatian kepada tugasan-tugasan lain di peringkat kawasan dan negeri.

Segala pertukaran ini adalah berkuatkuasa serta merta.

InsyaAllah,

Sekian,

Santau @ Sihir Dan Cara Melindungi Diri Darinya....


"Apabila kita membicarakan tentang isu sihir maka kebiasaanya kita akan berhadapan dengan tiga golongan manusia iaitu mereka yang tidak mempercayai kewujudannya, mereka yang terpengaruh serta menggunakan khidmat ahli sihir dan mereka yang terlalu takut dengan kesan ilmu sihir sehingga tidak mengetahui apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi melindungi diri mereka dari terkena sihir.

Apa itu sihir? Menurut Ibnu Qudamah Al-Maqdisi di dalam al-Mughni sihir adalah ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya. Sihir ini mempunyai hakikat di antaranya ada yang boleh membunuh, menyakiti, membuat seseorang suami tidak boleh menggauli isterinya atau memisahkan pasangan suami isteri, atau membuat salah satu pihak membenci lainnya atau membuat kedua belah pihak saling mencintainya.

Amalan sihir ini sebenarnya mempunyai hubung kait yang rapat dengan alam jin dan syaitan. Tukang sihir, pawang, dukun atau bomoh menjalankan ilmu-ilmu hitamnya menerusi pertolongan jin dan syaitan. Ahli sihir perlu melakukan amalan-amalan syirik, khurafat dan tahyul terlebih dahulu demi untuk mengukir persahabatan yang erat dengan jin dan syaitan yang mereka pergunakan untuk melakukan kerja-kerja jahat mereka. Apabila tukang sihir meningkatkan amalan-amalan yang kufur tersebut, maka jin dan syaitan itu akan lebih taat kepadanya dan lebih cepat melaksanakan perintahnya. Sehubungan dengan itu tukang sihir dan syaitan merupakan teman setia yang saling bekerjasama dalam melakukan perbuatan yang terkutuk di sisi syarak dan ini merupakan perbuatan yang telah dicela oleh Allah S.W.T sebagaimana firman-Nya: “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” (al-Jinn : 6)

Bagi sesetengah pihak, sekiranya sesuatu perkara itu tidak boleh dibuktikan mengikut kaedah saintifik maka dia akan menolaknya secara mentah-mentah seolah-olah ilmu sains itu merupakan suatu cabang ilmu yang telah sempurna tanpa cacat-cela. Tahukah mereka bahawa ilmu sains itu sentiasa berkembang dan penemuan-penemuan baru sentiasa diumumkan dari masa ke semasa. Adakalanya penemuan-penemuan baru itu membatalkan penemuan-penemuan terdahulu yang setelah diteliti semula ia didapati kurang tepat. Tidak mustahil juga sekiranya sesuatu perkara itu tidak dapat dibuktikan oleh teknologi sains pada masa kini tetapi dapat disahkan benar pada masa hadapan. Dalam erti kata lain ilmu Sains bukanlah sesuatu cabang ilmu yang telah sempurna atau maksum. Sesuatu perkara itu hanya kita boleh diyakini sebagai seratus peratus benar sekiranya ia termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.

Apa pun sihir dan alam jin ini sebenarnya termasuk dalam perkara-perkara ghaib dan bagi umat Islam perkara sedemikan rupa hendaklah kita tunduk dan patuh kepada nas-nas dari al-Qur’an dan hadis. Sekiranya sihir itu tidak wujud mana mungkin Allah S.W.T menyuruh kita berlindung diri dari perbuatan tukang sihir sebagaimana firman-Nya: Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan; dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan makhluk-makhluk (tukang sihir) yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". (al-Falaq : 1-5) Di dalam al-Qur’an juga terdapat kisah-kisah tentang Nabi Musa a.s. bertarung dengan tukang-tukang sihir Fir’aun. Bahkan dalam riwayat hidup Rasulullah baginda juga pernah terkena sihir Labid bin al-A'sham, seorang tukang sihir Yahudi sebagaimana yang telah diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Bagi mereka yang terbabit dengan perbuatan sihir dan suka bertemu dengan ahli sihir seperti pawang, dukun dan bomoh, ketahuilah bawah amalan sihir ini termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Nabi s.a.w. bersabda: “Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.” Baginda ditanya: “Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Sehubungan dengan itu adalah diharamkan untuk bertemu bahkan mempercayai ahli sihir dan tukang ramal kerana ia merupakan perbuatan yang kufur. Sabdanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda,burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang dia katakan, maka sesungguhnya dia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w."(Hadis riwayat al-Bazzaar)

Tukang-tukang sihir ini telah banyak melakukan kerosakan serta huru-hara di dalam sesebuah masyarakat. Lantaran itu majoriti para ulama mengharuskan hukuman bunuh terhadap tukang sihir. Akan tetapi Imam al-Syafi’i r.h berpendapat tukang sihir hanya boleh dikenakan hukuman bunuh sekiranya dia menggunakan ilmu sihirnya itu untuk membunuh jiwa insan yang lain. Imam al-Syafi’i mengkategorikan hukuman terhadap tukang sihir ini sebagai qisas.

Dalam usaha seseorang itu untuk menghindarkan diri dari terkena sihir, janganlah pula dia turut mengamalkan perbuatan yang memiliki unsur sihir atau meminta pertolongan daripada ahli sihir. Hendaklah setiap umat Islam melindungi diri mereka dari niat jahat tukang-tukang sihir itu dengan membaca ayat-ayat al-Qur’an serta doa-doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. Berikut adalah beberapa petua yang di ambil dari hadis-hadis baginda.

1. Membaca ayat Kursi iaitu surah al-Baqarah ayat 255 setiap kali selesai solat lima waktu dan sebelum tidur.

2. Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas setiap kali selesai solat lima waktu dan membaca ketiga surah tersebut sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah solat Subuh dan menjelang malam sesudah solat Maghrib.

3. Membaca dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah iaitu ayat 285-286 pada permulaan malam.

4. Membaca doa


أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

"Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk ciptaan-Nya" pada malam hari dan siang hari ketika ingin pergi atau masuk ke sesuatu tempat.


5. Membaca doa

بِسْمِ اللهِ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

"Dengan nama Allah, yang bersama nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, baik di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." tiga kali pada pagi hari dan menjelang malam.


Menurut Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz r.h bacaan-bacaan zikir dan permohonan perlindungan di atas ini merupakan sebab-sebab yang besar untuk memperoleh keselamatan dan untuk menjauhkan diri dari kejahatan sihir atau kejahatan lainnya iaitu bagi mereka yang selalu mengamalkannya secara benar disertai keyakinan yang penuh kepada Allah, bertumpu dan pasrah kepada-Nya dengan lapang dada dan hati yang khusyuk.

sumber - pasilathandal

Friday, November 13, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah

Alhamdulillah ala kulli haal..

Promo sikit program masjid as-salam hari ahad ni:






Jemputlah beramai2 terutamanya bg yg duduk di kawasan berhampiran.. sebagai bekalan ilmu pengetahuan. Sekurang2nya jika ada kematian di dalam ahli keluarga kita, kita menjadi salah seorg yg menyinsing lengan. Bukan hanya menjadi pemerhati. Aamiiin, insha-Allah..

sumber - Nisa' Hulu Selangor
Related Posts with Thumbnails