Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Thursday, October 18, 2012

Masjid Assalam dan DAP!


Dulu,masa UMNO memerintah..
masjid ini sepi...
kuliah ilmu tu ada bukan takde tapi sangat-sangat tak menarik.. Khutbah Jumaat sekadar khutbah...

Alhamdulillah..
Seiring dengan perubahan tampuk pemerintahan di SUK Shah Alam,
AJK masjid ini selepas itu diwakili oleh mereka yang benar-benar berjiwa masjid!
Tidak ada kepentingan politik apatah lagi berebut jawatan!
Masjid ini secara tiba-tiba meriah dan sesak dengan aktiviti.
Kuliah maghrib nya boleh dikatakan hari-hari!
Seminggu sekali selalu ada Ulama' yang muktabar datang mencurah ilmu kepada sang pendahaga ilmu!

Khutbah Jumaatnya diawali dengan Tazkirah Jumaat yang sangat mengesankan!
Disampaikan oleh Khatib-khatib jemputan mahupun tempatan..
Sesekali ada Khatib yang terdiri daripada ulama'-ulama' hebat manakan mampu jemaah untuk tunduk mengantuk!

Sebahagian besar ulama'-ulama' yang dulunya diharamkan mengajar di Negeri Selangor oleh Kerajaan UMNO kini saban minggu berkuliah,berceramah mahupun bertalaqi dengan pencinta-pencinta ilmu!
Anak-anak muda kini semakin rajin mendatangi masjid ini..
Ramai wajah-wajah baru yang kulihat saban minggu...
Mendamba ilmu menghapuskan titik noda dosa dalam jiwa..
Moga Masjid ini terus Imarah dan Istiqamah dengan majlis-majlis ilmu sebegini..

Jika inilah kesan bersahabat dengan DAP di Selangor, masakan tidak untuk ke Putrajaya? Apa salahnya?

Wednesday, September 26, 2012

Alhamdulillah.. Blog PASZBB kini kembali!


Alhamdulillah..
Setelah sekian lama menyepi..
Akhirnya Allah SWT memberikan kembali kekuatan dan keyakinan kepada admin untuk mengaktifkan kembali blog PAS Zon Bukit Beruntung ini..

InsyaAllah..
Blog ini akan kembali menyiarkan aktiviti-aktiviti PAS Zon Bukit Beruntung di sekitar Hulu Selangor ini..

Siru 'Alaa Barakatillah!

PASZBB
Related Posts with Thumbnails