
Bukit Beruntung 8 Januari - "Eratkan Ukhwah, Gerakkan Usaha," itulah kesimpulan yang dapat dibuat daripada Majlis 'Jalinan Kasih' PAS Zon Bukit Beruntung yang diadakan di Dewan Apartment Anggerik, Taman Bunga Raya disini malam ini. Majlis yang dijangka akan mengumpul lebih kurang 100 ahli bagaimanapun diluar jangkaan apabila lebih 250 ahli dan keluarga masing-masing hadir di majlis berkenaan.
Majlis yang julung-julung kali diadakan adalah bertujuan untuk mengikatkan kembali ukhwah sesama ahli PAS Zon Bukit Beruntung yang terdiri daripada 8 cawangan iaitu Cawangan Bukit Beruntung/ Bukit Sentosa, Jalan Cempaka, Jalan Kasturi, Jalan Kesumba, Bukit Sentosa 2, TBR Teratai, Apartment Anggerik dan Apartment Kenangan. Didalam majlis yang sama juga, muslimat zon mengambil kesempatan untuk menambah ahli daripada kalangan isteri-isteri ahli PAS yang sebelum ini agak jarang kehadapan.
"Lama tak nampak Syeikh?? Ingat dah tukar khemah!! Wakakaka!!!"

Masing-masing ada silat tuu.. Silat 'Langkah Seribu' nama dia!!!

Syeikh MC sedang mencatat sesuatu daripada Pengarah Program

Yang dalam poket belum tentu kita punya..
Balik karang isi minyak skit, dah jadi milik tokey petrol station duit tuhhhh!!

"Berkorbanlah wahai yang beriman, dengan harta dan segenap kepunyaan"..

"Izinkanlah isteri Tuan-tuan menyertai aktiviti muslimat,
takkan tuan-tuan nak simpan mereka dalam almari lauk?"
mungkin itulah ucapannya kot? hehehe
takkan tuan-tuan nak simpan mereka dalam almari lauk?"
mungkin itulah ucapannya kot? hehehe





2 ekor kambing Aqiqah oleh seorang ahli 'otaimer' PAS Zon Bukit Beruntung..
Terima Kasih YB Hang Kebas!