Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, July 12, 2010

Kaunter Pendaftaran Pengundi Baru PASZBB kini dibuka!

Atas semangat mahu menambahkan jumpah pengundi berdaftar sesuai dengan perlembagaan negara, PAS Zon Bukit Beruntung telah mengambil inisiatif membuka Kaunter Pendaftaran Bagi Pengundi Baru di beberapa lokasi di sekitar Bukit Beruntung/Bukit Sentosa.

Bertempat di Pasar Malam Bukit Sentosa, pada Sabtu baru-baru ini 10.7.2010. PASZBB telah membuka kaunter bermula jam 6.00 petang hinggalah 10.00 malam. Dengan kehadiran petugas hampir 10 orang, kaunter ini telah mencapai matlamatnya iaitu mensasarkan sekurang-kurangnya 30 orang pengundi baru setiap sesi.

InsyaAllah, selepas ini, PASZBB akan membuka kaunternya secara tetap di lokasi-lokasi berikut:

1. Tapak Pasar Malam Bukit Sentosa (Setiap Sabtu 6.00 petang - 9.30 malam)
2. Pasar Pagi Bukit Sentosa (Setiap Ahad 8.00 pagi - 10.00 pagi)
3. Tapak Pasar Malam MK Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung (6.00 petang - 9.30 malam).

Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi PASZBB di alamat email paszbb@gmail.com.

Allahuakbar!

Petugas memasang khemah dan peralatan bermula jam 5.00 petang.


Walaupun langit seperti mahu menurunkan hujan, petugas tetap bersemangat!












Pengundi pertama pada hari tersebut! Alhamdulillah..


Timbalan Pengarah PASZBB, sedang memberikan penerangan kepada pengundi baru.


Wah! Sempat ber'pesta' durian la pulak! Sempoiii!!


Kucing 'titun' punya maa!!


"Orang Besi' PASZBB bergambar disisi bunting SPR..



Antara pengunjung yang sudi berkunjung dan mendaftarkan diri sebagai pengundi! Tahniah!


Ni demo ke panggil orang mendaftar? Lain macam gayanya?

No comments:

Related Posts with Thumbnails