Ahli PArlimen PKR Hulu Selangor Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad,71 tahun meninggal dunia di rumahnya Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang jam 9.30 malam tadi.
Khabar-khabar yang sekian lama menghambat rakyat Hulu Selangor khasnya dan Malaysia amnya kini terjawab. Apa-apa pun Takziah dari teman kepada keluarga Allahyarham. Walaupun beliau hanya sekejap menjadi MP kami, namun jasanya sepanjang bertugas sebagai Kakitangan Kerajaan dan Timbalan Menteri Besar Selangor amat dihargai.
Kini kembali kepada persoalan kerusi Parlimen Hulu Selangor yang kembali kosong. Disaat ini, UMNO kelihatan terlebih dahulu secara biadapnya melancarkan Jentera Pilihanrayanya beberapa minggu lalu. Menurut maklumat dalaman UMNO yang teman terima, jika berlaku PRK Hulu Selangor ini, UMNO tersangat yakin yang mereka akan menang lebih-lebih lagi jika calonnya adalah dari UMNO. Namun mampukah MIC memberikan kerusi yang dipertandingkan olehnya sekian lama?
Di pihak Pakatan Rakyat pula, walaupun telah menjangka, namun tidaklah sampai ke tahap melancarkan jentera Pilihanraya disaat YBnya masih bernafas!
Ada kemungkinan Pakatan Rakyat akan diwakili oleh calon daripada PKR walaupun isu lompat parti yang agak men'cedera'kan PKR akhir-akhir ini agak mendesak!
PAS yang juga pernah bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor tidak pernah mendesak namun teman sangat yakin bahawa PAS sangat bersedia seandainya diminta menggantikan PKR untuk meletakkan calon.
Parlimen Hulu Selangor yang mengandungi 3 dun iaitu Dun Hulu Bernam, Dun Kuala Kubu dan Dun Batang Kali hamir pasti akan diadakan Pilihanraya kecil dan pastinya terpaksa bersedia menerima kunjungan ratusan ribu petugas politik,polis dan pelancong politik yang bakal memenuhi daerah yang sama besar dengan Negeri Perlis ini!
sunsnake 25032010
sumber - Aku Budak Balun
No comments:
Post a Comment