Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Monday, March 22, 2010

Kemalangan di Bukit Sentosa

Bukit Sentosa,21 Mac 2010 - Satu kemalangan yang melibatkan 2 buah kenderaan telah berlaku di sini petang tadi. Kejadian yang berlaku di persimpangan Jalan Kasturi berhampiran Masjid As-Salam itu telah menyebabkan sedikit kesesakan berlaku apabila kebanyakkan kenderaan terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing.

Kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Proton Saga telah bertindak membelok ke simpang Jalan Kasturi secara tiba-tiba menyebabkan sebuah lagi kenderaan Proton Iswara gagal mengelak dan melanggarnya dari arah tepi. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan.

Menurut pemandu Proton Iswara tersebut, beliau telah cuba beberapa kali menyalakan lampu namun malangnya pemandu Proton Saga tersebut gagal memahami isyarat tersebut.

Sememangnya persimpangan Jalan Kasturi itu telah dikenali oleh penduduk setempat sebagai kawasan kemalangan malahan telah ada kemalangan yang melibatkan kematian di situ.

Diharap pihak berwajib seperti Majlis Daerah Hulu Selangor dapat mengadakan sistem Lampu Isyarat di persimpangan tersebut memandangkan itu adalah jalan utama penduduk dari Bukit Sentosa 2 ke Bukit Sentosa dan Lebuhraya PLUS.

PASZBB









No comments:

Related Posts with Thumbnails