Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Thursday, January 7, 2010

UMNO, Juara Rakyat?

Salam,

Nampaknya Bukit Sentosa/Bukit Beruntung semakin dipenuhi dengan ‘pejuang-pejuang melayu’ yang bercita-cita mahu menjadi ‘Juara Rakyat!”

Hairannya? Mengapa setelah lebih 50 tahun memerintah Malaysia, setelah 6 Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri Malaysia,

UMNO masih lagi terpaksa mengadakan kempen yang bertajuk ‘UMNO Juara Rakyat’?

Apakah mereka masih lagi menjadi naib Juara semenjak merdeka?

Apakah mereka merasakan mereka semakin jauh ketinggalan sehingga terpaksa ‘memaksa’ rakyat menobatkan mereka sebagai juara?

 

Bukit Sentosa

Kelihatan ketika ini persiapan program mereka di Bukit Sentosa, Rawang begitu hebat dan mewah!

Dimana-mana sahaja boleh kelihatan kenderaan-kenderaan mewah dan bergaya yang pastinya berharga ratusan ribu ringgit di sekitar kawasan ini.

Sabtu lepas (2hb Jan 2010) penduduk Bukit Sentosa gempar dengan kehadiran berpuluh-puluh kenderaan mewah yang memenuhi sekitar tapak pesta berkenaan iaitu di tengah-tengah Bandar Bukit Sentosa.

Selaku penduduk yang berstatus ‘luar bandar’ mengungkap status yang diberikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, kehadiran sebanyak itu kenderaan mewah benar-benar mengejutkan. Teman sendiri ‘terliur’ melihat jenama kereta-kereta mereka!

 

Oleh kerana istilah ‘Juara Rakyat’ digunakan oleh UMNO, maka agak hairan dan pelik disaat rakyat Malaysia semakin dihimpit dengan tekanan kewangan yang semakin meruncing, kenaikan harga barang yang berpunca daripada kenaikan harga minyak mendadak di zaman Pak Lah dulu namun pimpinan UMNO masih lagi ‘berselera’ mahu menunjukkan kekuatan kewangan mereka kepada rakyat. Inilah dia UMNO, Dulu Kini dan mungkin selamanya gagal memahami apa yang tersirat di hati rakyat terbanyak!

 

Samseng dan kebudak-budakan

Gaya dan tindak-tanduk ahli-ahli UMNO yang semakin memenuhi bandar kecil ini juga agak jelas kelihatan angkuh dan sombong!

Ada kes dimana kereta seorang ahli PAS dikerumuni oleh petugas-petugas UMNO yang amat jelas tidak berpuas hati dengan logo ‘Tuk Guru’ di cermin hadapan keretanya. Malahan hampir-hampir dilanggar oleh sebuah kereta yang dipenuhi dengan lelaki dan wanita yang datang dari pejabat wakil rakyat BN di Bukit Sentosa.

Inikah dia ‘Juara Rakyat”? Atau inikah dia ‘Samseng Rakyat’? Siapa sokong dia selamat, siapa membangkang dia bakal disakiti?

Apakah UMNO mahu menjadikan Bukit Sentosa dan seluruh Malaysia ini seperti Bagan Pinang.

Semua orang tahu betapa samseng dan biadapnya UMNO di Bagan Pinang semasa PRK Dun tersebut beberapa bulan lepas. Sehinggakan ada petugas PAS yang dikejarkan ke hospital kerana cedera diserang oleh pemuda-pemuda berbaju Dacing dengan parang,helmet malahan ada dilaporkan Pedang Samurai!

Malangnya semua laporan polis yang dibuat disimpan rapi oleh Polis Negeri Sembilan sebagai catatan sejarah yang mungkin tidak akan dimuziumkan.

 

Teruskanlah berlakon sebagai ‘Juara Rakyat’ duhai UMNO.. Dan yang nyata, keyakinan rakyat terbanyak semakin terhakis terhadapmu.

Selagi UMNO menjadikan keruntuhan moral dan akhlak remaja melayu sebagai modal ‘tenaga kerja’ mereka, maka semakin hilanglah keyakinan rakyat terutamanya golongan bukan melayu. Sedih dan pilu sebenarnya apabila terpaksa berhadapan dengan adik-adik sebangsa yang rosak dek ajaran sesat ayahanda UMNO mereka.

 

PEKIDA

Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia, itulah keindahan nama pertubuhan ini tetapi malangnya namanya tidak seindah akhlak ahli-ahlinya!

Amat dikesali kerana sepatutnya merekalah yang menjadi ‘juara’ Islam sesuai dengan keindahan namannya. Namun lihatlah dimana-mana pun, jelas kelihatan betapa hodoh dan hinanya gaya ahli-ahli mereka iaitu anak-anak muda yang mengaku memperjuangkan Islam! Adakah mereka keliru dengan perbezaan melayu dan Islam? Wallahua’lam.

Ajaran Islam hampir tidak kelihatan jika dilihat dari segi etika dan gaya hidup mereka! Seperti contoh di kawasan ini, tidak pernah dilihat mereka menjadi ‘Juara’ dalam aktiviti Islam apatah lagi kelihatan di masjid!

Nampaknya pertubuhan ini telah berubah daripada Kebajikan Dakwah Islam kepada Kebajikan Dakwah Melayu. Sekali lagi amat malang kerana sebenarnya masih ada ahli-ahli PEKIDA ini yang ikhlas mahu mendaulatkan Islam lebih daripada mendaulatkan melayu.

 

Semoga Allah SWT membantu perjuangan Islam yang sebenar di muka bumi-Nya ini. Dan buat mereka yang bersungguh-sungguh mahu menjadi ‘Juara Rakyat’, jadikanlah Islam sebagai asas dalam segala tindakan agar Keredhaan Allah SWT menjadi agenda utama dan pastinya akan disusuli dengan ‘keredhaan’ rakyat.

 

Wallahua’lam.

 

Sunsnake 07.01.2010

 

 

 

5 comments:

Anonymous said...

Salam Saudara Semua

Saya memang dah agak dah. Tapi saya masih berharap supaya saudara dapat menyatakan perkara-perkara positif dengan program juara rakyat oleh UMNO di Bukit Sentosa. Siang tadi DS Najib telah selamat sampai ke BS dan telah juga mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM15.6 juta memperbaiki kerosakan bumbung blok2 pangsapuri di BB/BS. Sepatutnya kita bersyukur atas keperihatinan kerajaan pusat ini tapi saudara dan manusia2 yang sewaktu dengan saudara masih lagi menyalak hal2 negatif. Apa lagi yang dapat kita harapkan dari ahli sebuah parti yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa masa telah banyak berubah dan para pengundi telah mula mual dan loya dengan tingkah laku ahli2 PAS.

Siang tadi saya melihat ramai dari penduduk2 BS/BB bersama2 dengan rakyat lain menyambut DS Najib. Saya percaya ramai dari mereka ini ingin melihat dengan mata mereka sendiri akan perubahan yang sedang dilakukan oleh UMNO.

Mungkin kami lalai sedikit beberapa tahun lalu, tapi kini kami sedar bahawa rakyat amat memerlukan pembelaan dan sebab itu kami sanggup berubah demi untuk memastikan kesinambunagan pemerintahan yang telah berlangsung lebih 50 tahun yang lalu.

Tulislah saudara tentang hal remeh temeh tentang UMNO dan ahli2 UMNO. Kami tidak ambil pusing lagi sebab kami sudah bertekat untuk berkerja keras bagi memastikan kemenangan BN di semua kerusi DUN dan Parlimen dalam Hulu Selangor ini. Saya percaya pengundi yang berfikir secara waras tahu siapa sebenarnya "juara" yang memperjuangkan nasib masa depan mereka.

Akhir sekali, teruskanlah tulisan2 negatif saudara. InsyaAllah Allah masih sayang kepada umat Melayu/Islam di Malaysia dan akan terus memenangkan calon2 UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang. Bagi ahli2 PAS dan PKR di Bukit Sentosa/Bukit Beruntung, bersedialah untuk terus menjadi pembangkang dan berkelakuan umpama sekumpulan anjing yang akan terus menyalak bukit.

UMNO member
(and very proud to be one!)

PS; Saya baru saja menbaca blog terbaharu Kickdefella.MasyaAllah apa dah jadi?

Parti Islam SeMalaysia Zon Bukit Beruntung said...

Salam, agak molek kalau sdr dapat tinggalkan sedikit maklumat untuk lebih bertanggungjawab dalam melemparkan pandangan..

Bagaimana mungkin kami mahu menceritakan perkara yang positif jika ianya tidak lebih dari gula-gula UMNO kepada rakyat?

Sememangnya kerja keras adalah keperluan semua individu bagi menyokong parti politik mereka.. Dan kamipun atas nama Allah SWT dan menjauhi perkauman akan berusaha sedaya mampu kami untuk menegakkan keadilan dan menerangkan penipuan demi penipuan yang dibuat oleh kamu dan parti kamu.!

Parti Islam SeMalaysia Zon Bukit Beruntung said...

Oh lupa pulak..
Marilah kita sama-sama tunggu 'bumbung' yang macam mana agaknya akan diberikan ya?

Amin Baek said...

salam...

""nikah dia ‘Juara Rakyat”? Atau inikah dia ‘Samseng Rakyat’? Siapa sokong dia selamat, siapa membangkang dia bakal disakiti?
Apakah UMNO mahu menjadikan Bukit Sentosa dan seluruh Malaysia ini seperti Bagan Pinang.
Semua orang tahu betapa samseng dan biadapnya UMNO di Bagan Pinang semasa PRK Dun tersebut beberapa bulan lepas. Sehinggakan ada petugas PAS yang dikejarkan ke hospital kerana cedera diserang oleh pemuda-pemuda berbaju Dacing dengan parang,helmet malahan ada dilaporkan Pedang Samurai!""

spengetahuan saya la kan,yg kene pedang samurai tu,hanya la gimik semata..kesan luka disahkan oleh seorg doktor prubatan sbagai tak logik..kene pedang tapi badan tak luka??haha..

lagi satu,klu betol,kenapa entry di harakah daily bkenaan mangsa pedang samurai tu bgitu cepat di tarik semula???hari ni check ada..sok tgk lagi gmbr 'hot' tu,da takde lak..hurm..maaf klu saya silap..sy bukn org bagan pinang..mayb org tu saudara cik ke..mayb leh btolkn my statement..salam..

49:6--sama2 renungkan

Anonymous said...

A'kom Saudara,

Kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara TOTOK um-NGOK anon 11.28 kerana tanpa segan silu berbangga menjadi TOTOK um-NGOK. Tapi masih segan nak tulis nama dia walaupun penuh bangga menjadi penyokong TEGAR.

Pastinya pada beliau kalau takde um-NGOK dah lama Melayu akan jadi Layu dan merempat ditanahair sendiri.

Tapi sedar tak beliau, siapa yang merembat hampir separuh Tanah Rezab Melayu setelah 52 tahun memerintah? Mana DEB yang kononya nak meningkatkan taraf hidup Melayu dengan kuota 30% hasil kekayaan Malaysia? Siapa yang Melantak Rasuah Berbilion-bilion hasil berbagai-bagai skandal (Perwaja, PKFZ, Pembelian kapal selam dan lain-lain yang berpuluh kalau nak dituliskan).

Kes Dewa TOYOL pun masih tak selesai, baru jadi MB 2 penggal dah mampu buat rumah dengan kos 24juta, walaupun dia kata 3.5 juta je, boleh percaya ke rumah sebesar tu kos 3.5juta? kos tanah mungkin ye tapi bukan kos rumah.

Puak Gerombolan masih dengan sindrom penafian walaupun dah terang menipu dan melantak rasuah.

TAPI APALA NASIB ITU YANG NAK KAU BANGGAKAN.

-MADIR-

Related Posts with Thumbnails