Oleh - Pelanggan tradisi Celsom, Damansara. |
Saya terkejut dan kesal dengan sikap Celcom yang membatalkan sistem khidmat SMS berita Harakah mulai 1 Januari 2010. Kalau dulu pelanggan hanya perlu bayar sebanyak RM5 sebulan dan mendapat 5 berita sehari, kini Celcom menggantinya dengan caj lebih mahal iaitu RM0.30 sen untuk satu berita. Pastinya ia bertujuan menyekat pengaliran bahan berita yang bermanfaat untuk rakyat. Jangan sampai kami ahi-ahli PAS yang ramai menjadi pelanggan Celcom beralih kepada syarikat Telco yang lain. Apakah ada tekanan politik di Celcom? Walhal SMS Harakah selama ini bukannya membawa fitnah atau berita palsu. Ia berperanan menyampaikan maklumat sahih dan pandangan pimpinan PAS dengan pantas. Penjelasan Celcom amat dituntut bagi mengelak salah faham. |
Sumber -email
No comments:
Post a Comment