Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Monday, February 22, 2010

Kembara Amal Semarak Hijau di Kalumpang!

(Sabtu) 20 Februari 2010 - 5.00 petang

Bertempat di Padang Awam Kalumpang (sebelah Masjid At-Taqwa, Kalumpang) telah diadakan satu perlawanan Bolasepak Persahabatan diantara Pasukan Pilihan DPPN Selangor dan Pilihan Pemuda Tempatan Kalumpang. Perlawanan yang telah berlangsung didalam suasana meriah dan penuh uhkwah ini adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang sempena Program Kembara Amal Semarak Hijau Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan Kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor.

Sebelum sepak mula, kedua-dua pasukan telah berkumpul di tengah padang bagi sama-sama mendengar ucapan alu-alu oleh Ybhg Tuan Hj Abdul Sukor Ali sebagai Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Bernam diikuti oleh Ybhg Al-Fadhil Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor(DPPNS). Turut hadir memeriahkan perlawanan adalah Sdr.Mohd Sany Hamzan yang juga Naib Ketua Pemuda DPPNS.

Perlawanan berakhir kira-kira jam 7.10 petang dan sedikit cenderatama telah disampaikan oleh Tuan Pengarah PKM kepada kesemua pemain yang terlibat. Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat mengeratkan ukhwah sesama kita.

Keputusan Perlawanan: DPPNS (2 - 4) Pemuda Kalumpang

Sedikit rakaman peristiwa....

Barisan pemain Pasukan Pemuda Kalumpang agak malu-malu beberapa minit sebelum menunjukkan taring mereka dihadapan pintu gol kami!


Tn Hj Sukor memberikan suntikan semangat sambil disebelah beliau adalah Ustaz Hasbullah (bercermin mata gelap)


Bergambar kenangan sebelum bertempur!


"Mana tiang gol nya? Payah ni, macam mana nak score??


Sesi penyampaian cenderahati sebaik sahaja tamat perlawanan...


Antara kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor yang turut hadir..


En. Ali Ketua Pasukan Pemuda Kalumpang menerima cenderahati dari DPPNS



Errkk?? Macam mana yang menyampaikan hadiah boleh dapat hadiah ni???
ada kesilapan teknik nih...

No comments:

Related Posts with Thumbnails