Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Wednesday, February 3, 2010

PAS Selangor, luruskan saf semula!

ALHAMDULILLAH

Seluruh ahli dan penyokong PAS khasnya, WAJIB mensyukuri nekmatNya disebabkan telah memberikan jalan penyelesaian melalui mesyuarah oleh para pemimpin Pusat dalam ehwal keluarga PAS. InsyaAllah.

"Masa terik zohor sudah habis,
perlu masuk dan melurusakan semula saf sebagaimana Sunnah SAW,
bagi menjalankan perintahNya menegakkan asyar pula"


Perkara Hassan Ali dan Khalid Samad yang telah di putuskan, secara lazimnya kepada ahli-ahli yang mentaati Manhaj Jamaah PAS juga secara langsung sebagai mentaati ajaran Al Quran dan Sunnah SAW WAJIB MENTAATI PULA, apa jugha putusan melalui 'mesyuarah oleh yang beramanah dan bertanggunngjawab dalam Saf kepimpinan parti'.
Itulah akhlak pendiri perjuangan bagi Mukmin.


Hassan Ali selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang telah di putuskan mendapat amaran disamping tidak memberikan kenyataan berhubung isu-isu mergikan PAS dan PR, BOLEH meneruskan amanah sebagai Saf dihadapan peringkat Negeri, Pusat dan mana-mana yang menjadi tanggungjawabnya.

Khalid Samad yang digantung dari menjalankan tugas kepimpinan dan jawatan dalam parti selama enam bulan disamping tidak mengeluarkan kenyataan merugikan PAS mahu pun PR MASIH ADA AMANAH sebagai tanggungjawab seorang Ahli PAS.

PAS yang menjadi nadi penggerak PR, khasnya di Selangor TIDAK mampu alpa dan perlu menyusun saf dan melaksanakan tugas dengan lebih pantas dalam melaksanakan dasar perjuangan PAS dan tuntutan umat, khasnya cabaran Dakwah-Politik dan Pentadbiran Negeri yang memang diketahui umum tentang keadaan di Negeri Selangor.

Masa yang mula memasuki fasa separuh penggal memerintah Negeri Selangor bersama PR adalah amat baik sekali untuk mengemaskinikan mana-mana kekurangan dan kesilapan kepada yang di SunnahkanNya sama ada dalam urusan dalaman Jamaah dan menguruskan kebajikan rakyat jelata.

Mudahan pelajaran dan pengajaran lalu, menjadikan sebab menjadikan seluruh saf kepimpinan dan ahli-ahli jamaah bertambah sedar dan matang menempuh cabaran mendatang.

Sama ada impak keputusan yang berlaku di sukai atau tidak di sukai oleh MUSUH, PAS tidak perlu menoleh atau terkesan dengan tindak-tanduk mereka, selagi apa juga usaha menjalankan Jamaah Islam itu di jalankan menurut panduan yang di SunnahkanNYA,
di situ PASTI ada hikmah dan di redhaiNYA.

Apa sahaja cabaran musuh dasar perjuangan PAS pastilah akan menjadi mudah untuk di patahkan selagi seluuruh ahli PAS berkekal dalam mantaati perintah Al Quran dan Sunnah SAW. InsyaAllah.

sumber - Tranungkite

No comments:

Related Posts with Thumbnails