KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) - Anak saudara Presiden PAS, Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi semalam. Beliau dilanggar oleh sebuah kereta Honda CRV nombor plat WNN 6517 yang didaftarkan atas nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Qahar yang berusia 23 tahun maut selepas dilanggar Honda CRV dipandu seorang anggota polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Farez di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Menurut peguam keluarga mangsa, Fariz Mustafa, kemalangan tersebut terjadi ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Rusila menuju ke Kuala Terengganu. Ketika sampai di sekitar Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, motorsikal yang ditunggangi beliau dilanggar kereta yang dipandu Mohd Farez yang baru sahaja selesai membeli keropok di sebuah kedai berhampiran yang ingin membuat pusingan U di jalan tersebut. "Kereta tersebut berada di sebelah kiri jalan terus membuat pusingan U tanpa memberikan signal malah secara tiba-tiba menukar line, menyebabkan motorsikal yang ditunggangi arwah gagal mengawal keadaan sehingga menyebabkan beliau maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Harakah. Tambahnya, saksi di tempat kejadian memaklumkan Mohd Farez meninggalkan kereta tersebut di lokasi kemalangan tanpa kunci kenderaan tersebut yang menyebabkan pihak polis trafik sukar mengalihkannya. "Malah, menurut anggota polis di beliau(Mohd Farez) kini telah pulang ke Kuala Lumpur manakala kereta tersebut ditinggalkan. "Akibat kemalangan tersebut, kereta tersebut mengalami kesan kemek di pintu sebelah kanan," ujarnya. Walau bagaimanapun, Fariz memberitahu Harakah bahwa pihaknya akan membuat dakwaan terhadap kes tersebut di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu kesalahan kecuaian memandu sehingga menyebabkan kematian. Jelasnya, pemandu terbabit sepatutnya direman untuk siasatan kerana kemalangan tersebut melibatkan kematian. Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mohd Hisham Awang berkata pihaknya kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh Lans Koperal Mohd Farez yang begitu ego ketika diminta memberi kerjasama kepada penduduk setempat sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku. "Kita kesal dengan sikap ego polis tersebut, yang seolah-olah berbangga dengan mengaku merupakan pegawai polis daripada Balai Polis Bukit Aman," katanya. Setakat ini ujarnya, pihak polis masih belum memberikan apa-apa respon mengenai kejadian tersebut. Abdul Qahar katanya maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas jenazahnya dituntut oleh keluarga mangsa dari Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Rusila pada hari yang sama. Ulasan Pengurus Blog Satu lagi isu salah laku pegawai Polis... Al-Fatihah buat arwah Abdul Qahar.. |
Terbaru di Aku Budak Balun!
-
Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...11 years ago
Saturday, January 31, 2009
Anak saudara Presiden PAS maut dilanggar kereta milik KPN
Friday, January 30, 2009
Pemimpin muda mesti tinggalkan Umno, sertai PAS
Harakahdaily Fri | Jan 30, 09 | 7:19:32 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Pemuda PAS percaya Umno tidak lagi mampu menjadi parti yang boleh diharapkan bagi meneraju kepimpinan negara pada masa ini. Ini berikutan perkembangan politik tanahair sejak Pilihanraya Umum ke-12 hingga kepada peristiwa penghijrahan Adun Bota Dato' Nasaruddin Hashim dan terakhir cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen untuk membubarkan kesemua sayap parti di dalam Umno lantaran politik wang. Setiausaha Pemuda PAS Ahmad Sabki Yusof berkata masalah kepimpinan dan kecelaruan nilai di dalam Umno yang begitu teruk waktu ini menjadikan parti itu sarat dengan masalah dalaman yang tidak mampu dipulihkan dalam waktu terdekat. "Masalah amalan rasuah politik umpamanya, sudah menjadi sebati dengan kepimpinan tertinggi Umno dan kelihatan seperti mustahil untuk ditinggalkan oleh mereka. "Sebahagian besar pemimpin Umno juga dilihat meletakkan kepentingan diri jauh melebihi kepentingan rakyat dan negara bahkan melebihi kepentingan parti mereka sendiri," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily. Katanya kedudukan Umno yang tenat itu menjadikannya tidak lagi sesuai sebagai pentas perjuangan politik bagi anak-anak muda yang mempunyai idealisma dan semangat perjuangan yang tulus. "Dengan penuh kesedaran mengajak pemimpin-pemimpin muda di dalam Umno yang ikhlas memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara, juga kepentingan Islam dan Melayu untuk meneruskan perjuangan mereka dalam pentas politik PAS. "Semangat perjuangan dan bakat kepimpinan mereka diperlukan oleh Pemuda PAS untuk memantapkan lagi barisan kepimpinan di dalam PAS di semua peringkat," kata Sabki. Beliau yakin ruang untuk pemimpin muda untuk berperanan di dalam PAS amat luas memandangkan kedudukan PAS sebagai kerajaan bersama-sama Pakatan Rakyat di lima buah negeri pada masa ini dan dalam persediaan untuk menjadi kerajaan di peringkat persekutuan. Pemimpin-pemimpin Pemuda PAS di semua peringkat bersedia bertemu dan berbincang dengan mana-mana pemimpin muda dari Umno atau mana-mana pertubuhan belia yang bernaung di bawah Umno untuk membolehkan mereka terus berperanan bagi kepentingan masa depan negara dan rakyat bersama PAS, katanya "Biarlah mereka yang mempunyai agenda peribadi dan kepentingan diri sahaja terus tinggal dan tenggelam bersama Umno," katanya. |
lompat parti - antara katak, tupai dan kijang
http://nikabduh.wordpress.com/
Januari 27, 2009
Salam Kamunting,
Seorang politikus di Malaysia sering diumpamakan bagai katak dek kesukaannya melompat parti. Kemudian segelintir mereka pula ada yang diumpamakan bagai sang tupai akibat dicekup BPR dan polis dek pecah amanah, rasuah dan pelbagai jenayah lagi. Kedua - dua pelabelan ini adalah buruk dan tidak disukai empunya diri.
Jarang sekali lompatan kijang diterjemahkan dalam perumpamaan. Ia merujuk kepada lompatan yang hebat dan aksi menarik. Di Kelantan, ia sinonim dengan skuad bola sepak negeri Kelantan. Tetapi oleh kerana skuad Kelantan ini sering beraksi lemah dan tidak konsisten, peminat agak malu - malu menjaja nama kijang untuk pasukan mereka itu.
Dalam dunia politik negara, jarang berlaku anggota parti kerajaan melompat parti kepada parti pembangkang. Yang biasa berlaku adalah lompatan anggota daripada pembangkang kepada parti yang memerintah. Oleh kerana lompatan itu sering diiringi dengan perolehan habuan harta dan pangkat, sang pelompat itu pasti akan dilabel dengan perumpamaan yang buruk - buruk. Antaranya katak.
Sementelahan pula pemerintah negara telah diterima umum sebagai pemerintah yang zalim, korup dan penuh penyakit, maka umum menerima perbuatan melompat parti sebagai satu aktiviti buruk dunia politik tanah air.
Selepas pilihan raya umum ke 12 tahun lepas yang menyaksikan arasy pemerintahan kerajaan BN goncang dengan kekalahan yang besar, tiba - tiba cerita lompat parti menjadi buah mulut awam, bahkan menjadi harapan yang diimpikan rakyat. Mereka berlopongan menanti aksi lompat daripada parti pemerintah berlaku, bahkan kalau boleh lompat itu biarlah tinggi - tinggi dan beramai - ramai.
Inilah lompatan kijang. Lompatan yang hebat kerana ia akan menyebabkan kerajaan semasa yang zalim runtuh dan diganti kerajaan baru yang dipercayai kecondongannya untuk melaksanakan keadilan sejagat.
Tetapi ia tidak berlaku. Hampir tiada pemimpin peringkat tertinggi BN melompat tinggi untuk aksi hijrah agung dan tiada wakil - wakil rakyat BN melompat beramai - ramai untuk bersama parti - parti dalam Pakatan Rakyat yang menguasai beberapa negeri dalam persekutuan Malaysia.
Harapan menjadi kendur. Seorang pemimpin kanan PAS telah dengan berani mencetus kemarahan awam apabila meminta rakyat menerima hakikat bahawa menukar kerajaan dengan aksi lompat adalah sukar sekali. Paling parah, ia diibarat bagai angan - angan mat jenin.
Itu telah berlalu dan perasaan sukar itu terpaksa ditelan.
Ia payah berlaku di seluruh negara. Hanya Kelantan yang biasa sangat menyaksikan lompatan kijang dalam persada politik tempatan. Penghijrahan ahli UMNO kepada PAS adalah biasa sejak dulu. Hasilnya, selepas 12 tahun diperintah BN, PAS kembali menguasai Kelantan dan kekal hingga kini menghampiri tempoh 20 tahun. Sebabnya, lompatan kijang terus berlaku di sana - sini di Kelantan.
Saya dikhabarkan dalam tempoh terdekat ini, satu angka mencecah ribu daripada pemuda UMNO Kelantan akan melakukan aksi lompatan kijang meninggalkan UMNO berama - ramai untuk masuk PAS. Jika ini berlaku, ia pasti hebat untuk menyusuri aksi lompatan kijang anak - anak muda dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu baru - baru ini yang menyaksikan UMNO tumbang di hampir seluruh saluran peti undi golongan muda. Wah, tahniah!
Kekal dalam kegelapan atau berhijrah daripada kegelapan kepada kegelapan adalah aksi duniawi yang biasa dilihat. Tiada apa yang hebat. Ia mainan nafsu dan keseronokan sementara yang dialpakan akibatnya. Itulah manusia kebanyakan di dunia ini.
Adapun kekal dalam cahaya atau hijrah daripada kegelapan kepada cahaya, maka ia adalah sesuatu yang hebat. Kekal dalam cahaya adalah cerita kemanisan hasil kesabaran dan istiqamah, manakala bergerak kepada cahaya daripada kegelapan pula adalah cerita kemanisan hasil keberanian dan pengorbanan.
UMNO gelap kerana diselubungi kezaliman. Nabi kita sallaLlahu alaihi wasallam mengumpamakan kezaliman itu adalah bagai kegelapan yang berlapis - lapis. Oleh kerana UMNO jenis tak pakai ajaran nabi, maka mereka tidak sedar segala kezaliman yang mereka lakukan itu menambahkan lagi pekat kegelapan yang menyelubungi mereka.
Oleh kerana kegelapan malam itu menjadi sarang maksiat dan keseronokan noda dan dosa, ramai manusia yang tidak kisah untuk terus kekal dalam gelap, bahkan terjun ke dalamnya dek keseronokan duniawi yang ada padanya. Demikian, tidakkah kita diminta berlindung dengan Allah daripada kegelapan malam apabila ia merangkak?
Apabila melakukan kezaliman sudah mula sendat di jiwa dan mula menjadi kemanisan dan keseronokan, maka ia telah sampai ke kemuncak yang paling ditakuti. Tidak ada lagi yang boleh memalingkannya ke belakang untuk kembali. Ia dirundung ketagihan untuk terus berlaku zalim. Bagaimana ingin kembali? Atau lompat?
Bagai asap keretek yang disedut ke dalam. Ia tersedak di paru - paru dan di jiwa juga dek kegelapan perkhabaran yang dibawanya. Samada anda berhenti menyedutnya atau dengan terus mencuba keseronokannya, anda akan ditimpa ketagihan asap yang menjadikan anda pasrah dan rela mati demi mempertahankan asap gulita itu. Saat itu anda telah kelam di kemuncak yang ditakuti junamannya. Bagaimana ingin kembali?
Bagaimana lompat kijang?
Kita ini manusia. Manusia diciptakan dengan keajaiban dan kesempurnaan ciptaan tanganNya. Antara keajaiban ciptaan tuhan dalam dirinya adalah kesediaan hati jantungnya untuk kembali walau apa keadaannya. Antara kesempurnaan nikmat tuhan di luar dirinya untuknya adalah pintu kembali yang terbentang luas selama - lamanya sebelum matinya.
Hati jantung yang berdegup - degup dalam pencariannya terhadap al haq dan pintu taubat yang terbentang luas menanti kembalinya.
Setiap manusia disapa rahmat tuhan sepanjang masa dan pada detiknya ia bagai satu ketukan yang menyedarkan. Samada manusia meladeninya dengan baik dan menyungguhinya, lalu dia menikmati sapaanNya itu dengan penuh laba, atau dia membiarkannya berlalu pergi tanpa terima kasih, lalu dia terus dijunamkan ke lubang kesesatan yang lebih dalam.
Manusia memilih untuk dirinya sendiri.
Manusia jarang bersyukur dan jarang sekali mengaku salah. Dosanya menyombong tinggi mengatasi tunduk bongkok pahalanya. Jika dia kembali dan bertaubat, itulah kemuliaan manusia yang dipuji tuhan dan dibenci iblis.
Hari ini kita menyaksikan beberapa aksi lompat daripada parti pemerintah kepada pembangkang berlaku. Mula berlaku. Ia ditunjangi kesedaran untuk menolak kezaliman dan kebobrokan dalam politik pemerintah. Ia baru. Seperti kata saudara Roslan SMS, lanskap politik negara sedang dilukis semula.
Jika benar bagai dikata, hujan telah serik dan katak sepi melompat. Dahan mula kering dan patah, tupai acap jatuh ke tanah. Semoga kijang keluar hutan memperaga aksinya.
MENCARI ROH PAS DALAM PKR
Oleh : Azizi Abdullah
http://aziziabdullah.blogspot.com/Saya bukan nak cari gaduh atau melontar benci terhadap Pas atau PKR. Saya sekadar melahirkan kegelisahan agar kita sama-sama berfikir.
Jangan anggap tulisan begini tulisan yang hendak meruntuhkan mana-mana pihak. Apa yang hendak dirisaukan kalau kita sendiri mendakwa kita kuat.
Setelah kembali dari Kuala Terengganu, selepas sebahagian besar anak-anak muda yang memegang bendera Pas berkeliling Bandaraya Kuala Terengganu, bersorak-sorak menaiki motosikal, saya dibalun tanda tanya, apa ertinya PKR dan apa ertinya Pas. Saya teringat empat negeri, iaitu Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Negeri ini selalu mendakwa pemerintahan PR.
Sampai hari ini kepala saya dibalun dengan tanda tanya ini.
Memang benar sebelum menang kita melihat semua parti dalam PR bekerjasama. Dua malam sebelum mengundi saya dengan kawan-kawan berada di Ibu Pejabat PKR di tengah bandar. Beberapa tokoh PKR (tidak ada pun dari Pas) merengkuh habis berkempen untuk memenangkan Wahid Endut dan melecehkan Wan Ahmad Farid.
Benarlah, PKR kerja kuat. Tetapi di tempat lain Pas juga saya dapati bekerja kuat. Ternyata ‘rumah-rumah’ wakil setiap negeri yang saya dapati ialah ‘rumah-rumah’ Pas. Entahlah barangkali saya tidak ketemu rumah-rumah PKR, tetapi kawan-kawan dari negeri lain, penyokong PKR turut menumpang di ‘rumah-rumah’ Pas.
Maka kemenangan malam itu, digemuruh dengan takbir dan usungan bendera yang saya sangat pasti 80 dari anak-anak muda Pas. Kemenangan calon Pas menjadi kebanggaan PKR dan YB Husam Musa, Naib Presiden Pas pasti akan menyebut nanti PKR lebih kerap dari menyebut Pas.
Saya sangat yakin, jika sokongan yang diberikan kepada Pas seperti di Kuala Trengganu, pemerintahan PR akan semakin kuat dan kalaulah orang seperti Wahid Endut berada di mana-mana kawasan PR, pastinya di tahun 2013, PR akan tambah kerusi.
‘Tidak!” tiba-tiba seorang kawan saya yang sejak dulu totok dengan Pas melenting menyanggah.
‘Memang dasarnya peperintahan PR. Bagus. Tapi hakikatnya bukan PR sebaliknya DAP di Penang, Pas di Kedah dan Campuran di Perak ,Selangor ++ dan Kelantan Pas totok.”
‘Jadi apanya, kenapa?’ saya sangat tertarik sanggahan kawan saya ini. Dia kurus melengkong macam lantai papan jambatan. Dan kemudiannya saya bersetuju dengannya.
Memang pun saya sangat bangga apabila PR dikatakan menguasai 4 negeri dan kini khabarnya telah membentuk ‘Majlis Menteri Besar.’
Tetapi bagi saya pembentukan itu tidak lebih dari satu pakatan mendahulu bangga dari hakikat kualiti sebagai pemerintah itu sendiri. Ia lebih merupakan berlunjur sebelum bersila. Ia lebih menggambarkan ‘berat rantai dari beruk.’ Bagaimana pun entahlah jika dari kaca mata politik, ia perlu.
Kebimbangan yang ‘paling’ besar bagi saya ialah apabila berpeluang menjengok ke dalam rumah pemerintahan PR dan bukan ‘kosmetik’ PR itu sendiri. Kemenangan Datuk Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh Ogos tahun lalu memang hebat, tapi ia tidak bererti jengukan kita ke dalam rumah PKR membanggakan.
Adun Penanti yang menjadi Timbalan Ketua Menteri mula diperkatakan dan kemudiannya tali TKM ditarik semula. Maka yang kuatnya dalam rumah PKR dalam pemerintahan PR ialah DAP.
Tak pun orang terfikir masa depan, setidak-tidaknya empat tahun lagi, apakah prestasi begitu akan memantapkan pemerintahan PR yang majoritinya DAP? Pas pun kena ambil peduli. Jangan asyik ber ‘Insyaallah’ saja.
Memang ini buruk sangka untuk masa depan ( seperti kata seorang pengulas blog terhadap saya) tetapi kita mesti membacanya juga untuk memperkasakan masa depan. Katakan saja YB dari PKR sangat lemah. Dalam hal ini orang tidak akan menuding jari kepada PR Pulau Pinang sebaliknya tentu kepada PKR Pulau Pinang.
Kedah ,Perak atau Selangor bagaimana?
Bacaan orang politik, Perak PR masih dan mampu bertahan tetapi majoriti komponen PR akan berubah. Kini tambah satu hasil dari lompatan YB Umno. Bagaimana pun calon DAP lebih menguasai walaupun tetap pemerintahan PR.
Bukan mustahil akan ada calon Melayu yang menjadi ahli DAP, kemudian bertanding dalam pilihanraya hanya semata-mata hendak memenuhi syarat seorang menteri besar mestilah Melayu dan beragama Islam. Ketika itu Menteri Besar dalam pemerintahan PR di Perak bukan dari Pas, tetapi dari DAP berbangsa Melayu/ Islam. Dan di Pulau Pinang mimpi ini tidak akan terjadi walaupun calon PKR hampir tepu mulut tempayan pemerintahan PR.
Mengenepikan Selangor, saya lebih merasa cuak terhadap Kedah.
Pas Kedah tetap kuat tetapi Pas Kedah mampukah menjadi pemerintah PR bagi penggal kedua tahun 2013 nanti?
Ada beberapa faktur yang PR Kedah patut merasa bimbang terhadap Pas Kedah, malah dalam PR Kedah, selain dari Pas, semacam ada duri dalam daging. PR tidak boleh berbangga dengan Pas Kedah dan Pas Kedah tidak boleh memberi jaminan kepada PR bahawa ia akan kekal atas nama Pas dalam pemerintahan PR.
Ini bukan satu hukuman atau satu tuduhan busuk. Semoga dengan andaian ini ( jika boleh dianggap andaian) Pas Kedah perlu muhasabah secara bulanan. Apa yang membimbangkan bukan pemerintahan Pas atau kerana nama Pakatan Rakyat, tetapi beberapa karenah dari tampuk yang digenggam oleh Pas sendiri.
Tertubuh kerajaan bukan kerana nama PR atau PKR atau Pas sebenarnya. Faktor yang besar ialah dari calon itu sendiri. Saya rasa kita kena kembali kepada persoalan ini. Kemenangan Wahid Endut bukan kerana calon Pas tetapi atas nama Pas, Wahid Endut menjadi calonnya, maka dia mendapat kredit kemenangan.
Memang perarakan anak muda malam kemenangan itu kerana Pas menang setelah PR bertungkus lumus selama sepuluh hari. Tetapi harus diingat, jika bukan Wahid Endut, Pas sukar menang dan PKR, DAP tidak akan lancar bercakap tentang calon Pas.
Maka sekali lagi saya menjadi fobia apabila memikirkan Kedah. Dengan faktor apa kemenangan yang kita harapkan jika bukan diri calon.
Rupa-rupanya selama ini rakyat sangat pandai memerhati dan menilai. Jika ada kebencian dan tidak suka, bukan kepada Pas atau PKR disalahkan, tetapi kepada individu yang telah melakarkan stailnya setelah dia diangkat menjadi orang penting dalam pemerintahan.
Kedah ada kelemahannya dan ini mestilah cepat-cepat disedari. Yang penting sesama anggota mesti belajar memahami antara satu sama lain. Yang perlu sedar, ketua pemerintah bukan seorang derebar teksi yang mencari penumpang, yang boleh beluk ke mana-mana, tetapi dia adalah derebar yang memuat penumpang yang mesti patuh kepada penumpang untuk sampai ke destinasinya. Ia berkewajipan menjaga teksi supaya dalam keadaan baik.
Drebar mestilah faham, jika dia membawa seorang arkitek, dia mestilah membawa arkitek itu ke pejabatnya, bukan membawa ke pejabat amanah saham. Jika penumpang itu seorang doktor, jangan bawa penumpang itu ke pasar raya. Tempat doktor di klinik atau hospital. Begitulah selanjutnya.
Saya tidak bimbang Lim Guan Eng, tetapi saya sangat bimbang Nizar. Alasannya mudah. Betapapun PR akan menguasai nanti, yang jelas Perak tidak lagi Nizar yang menjadi Menteri Besar. Apakah Pas tidak dapat membaca akan wujud calon Melayu dari DAP, hanya semata-mata untuk memenuhi tuntutan undang-undang negeri bahawa Menteri Besar mesti Melayu.
Tapi bagaimana Kedah? Jawabnya tentunya Umno sedang menunggu dan mereka bekerja keras kerana melihat kelemahan yang berlaku sekarang. Kelemahan kita bukan kerana Umno kuat, tetapi kita mencipta masalah sesama kita. Kita tidak fokus fikrah secara kolektif.
Kedah sekarang tidak menggunakan pemikiran dan cerdik pandai ahli Pas sama ada exco atau pegawai tadbirnya. Kedah, apa yang berlaku sekarang sedang dalam proses menafikan bijaksana pegawai tadbir dan cendekiawan orang Pas. Kita mengamal dasar: ‘Awak tahu apa. Awak bidang apa? Saya mahu ini, bukan itu.’
Kononnya, Kedah lebih senang berunding dan berpakat dengan mereka yang kononnya bijak dan berpengalaman tapi sayang tidak mempunyai tarbiah dan fikrah Pas. Kedah kononnya lebih menghormati orang bukan Pas. Pas Kedah semacam terlupa yang berkuasa ialah Pas, bukan orang lain.
Apakah jawapannya?
Jawapan yang mudah ialah, Umno sedang menunggu kelemahan pemandu kenderaan PR ini dan kebetulannya dari Pas. PR tidak akan rugi walaupun DAP yang menjadi komponen PR, tetapi Paslah yang akan menggigit jari.
Gaya kemenangan Kuala Terengganu sangat menyentuh. Mungkin ada solat hajat atau doa minta mana-mana kawasan kosong lagi.
Monday, January 26, 2009
Info Penting - Mesyuarat Pemilihan AJK Masjid Bukit Sentosa
Assalammualaikum,
Sila ambil perhatian.
Perkara : Mesyuarat Agung Masjid Bukit Sentosa
Tarikh : 15 hb Februari 2009
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Masjid Bukit Sentosa
Diminta semua Ahli Kariah menghadirkan diri ke Mesyuarat penting ini.
Terima Kasih,
Umno jadi pembangkang, Pakatan perlu sedia jadi pemerintah
Ahmad Lutfi Othman Sun | Jan 25, 09 | 10:25:42 pm MYT | |
Semua pihak mengakui bahawa Umno kini hadapi saat-saat paling sukar dan paling getir. Bukan ia tidak pernah lalui zaman-zaman gerhana sebelum ini tetapi suasana mendung sekarang jauh berbeda. Ragam rakyat, khususnya pengundi, juga berlainan. Minda mereka lebih kompleks. Kesedaran berpolitik juga bertambah matang. Mereka semakin terbuka dengan pendedahan luar. Manakala perubahan yang digembar-gemburkan pimpinan Umno hanya retorik. Prestasi hambar Pemimpin, aktivis dan penyokong Umno riuh-rendah mengulas prestasi hambar parti itu dalam pilihan raya umum ke-12, Mac 2008. Pencapaian rakan-rakannya dalam BN, terutama MCA dan MIC, lagilah teruk. Selain kritikan pedas Dr Mahathir Mohamad, ramai juga pimpinan Umno sendiri melakukan muhasabah dan kritikan terbuka. Presidennya, Abdullah Ahmad Badawi dianggap penyebab utama kegagalan Umno. Desakan agar beliau berhenti tidak mudah diredakan. Seperti lazimnya, timbalan beliau, Najib Razak dalam diam mengambil peluang. Abdullah yang kesempitan dibiarken kelemasan. Akhirnya pelan peralihan kuasa yang sepatutnya berlangsung 2010 terpaksa dipercepatkan ke bulan Mac akan datang. Lima bulan selepas pilihan raya umum lalu, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KeADILan mengosongkan kerusi Permatang Pauh. Dalam pilihan raya kecil itu, Anwar Ibrahim memang dijangka menang mudah tetapi pemimpin karismatik berkenaan berjaya meningkatkan majoriti isterinya meskipun serangan peribadi terhadap beliau dipertingkatkan. Najib terduduk Sebagai penerajui kempen BN yang berkampung di kubu Anwar, Najib terduduk. Belum pun duka diubati, keputusan pilihan rayaa kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu menambah bisa dan pedih Najib. Kerusi Parlimen Umno di negeri yang dikuasai BN ditawan PAS. Soalnya, apakah Umno yang gering kini mampu sembuh selepas musim beredar? Mungkinkah kes yang menimpa Wan Ahmad Farid Wan Salleh merupakan suatu pengecualian atau jika calon lain dipilih BN, maka Pakatan Rakyat mungkin dapat dikecewakan? Benarkah seperti kata A Kadir Jasin, "Umno masih jauh daripada fasa nazak"? Rasionalkah telahan Mahathir bahawa "semua isyarat menunjuk bahawa Umno akan ditewas dan hancur dalam pilihan raya umum ke-13"? Sebagai ahli PAS dan petugas Harakah yang turun mengikuti kempen pilihan raya Kuala Terengganu tempoh hari, turut merasai debar menanti keputusan diumumkan, pastinya saya mengharapkan andaian Mahathir itu menjadi realiti walaupun banyak idea dan pendirian bekas Perdana Menteri itu sukar saya terima. Umno hampir pasti jadi pembangkang Saya juga mengharapkan pendapat Kadir Jasin itu tersasar; Umno memang gelisah menghadapi nazak dan saatnya menjadi parti pembangkang di seluruh negara hampir tiba. Naluri kewartawanan saya juga merasai detik PAS dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa makin dekat. Bagaimanapun, ia tidak semudah itu. Memang Umno yang sakit belum tentu disembuhkan segera. Begitu juga, PAS dan Pakatan Rakyat yang menang belum pasti secara automatik dapat menggantikan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang. Harapan dan impian satu hal yang berbeda dengan cabaran untuk mencapai cita-cita kudus itu. Hanya kerana parti pemerintah yang seusia dengan Umno sudah menyembah bumi, seperti berlaku di negara-negara lain, namun tidak bermakna PAS bersama Pakatan Rakyat dapat mengambil alih posisi itu dengan mudah. Umno sendiri mungkin sudah menyediakan resepi secukupnya untuk parti berkenaan digulung sejarah. ia semakin dilihat tidak relevan dan ketinggalan zaman, satu tuduhan yang dahulunya dilemparkan kepada parti-parti pembangkang. Soalnya, di mana kedudukan PAS dan Pakatan Rakyat hari ini? Bagi saya, seperti ungkapan Musa Hitam, Umno kini menghidap penyakit tua, namun tidak bermakna orang tua mati lebih awal daripada golongan remaja misalnya. Kemampuan menyesuaikan diri Keupayaan PAS-Pakatan membentuk sejarah menerajui pemerintahan negara lebih ditentukan oleh parti berkenaan untuk menyesuaikan dirinya dengan tuntutan semasa dan perubahan zaman, lebih daripada mengharapkan Umno perlahan-lahan mati dengan sendirinya. Sejauh mana selama hampir setahun ini PAS-Pakatan dapat membuktikan komitmen membela kepentingan rakyat, memenuhi segala janji dalam manifesto pilihan raya lalu, menyuntik keyakinan bahawa ia mampu melaksanakan dasar dan rancangan kerajaan yang lebih baik, juga tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan wakil-wakil rakyat Umno-BN? Apakah pimpinan PAS tetap mesra rakyat, turun mendekati dan menyelesaikan masalah rakyat, tidak meninggi diri walaupun sudah menerajui negeri, tetap hidup sederhana meskipun boleh bermewah-mewah, mengelak dari dilihat sombong dan angkuh dengan kuasa? Bukti di saluran mengundi Anak muda dan golongan belia, seperti dibuktikan melalui saluran mengundi tertentu di Kuala Terengganu, sememangnya menolak BN. Kecenderungan ini berakar dan berlanjutan daripada trend mengundi, Mac 2008. Sifat orang muda yang terbuka dengan maklumat, kritis terhadap persekitaran, ghairah dengan perubahan, pantang diperbodohkan, bersedia untuk menyanggah, membuka jalan untuk Pakatan bertapak lebih kukuh. Jumlah pengundi muda ini semakin ramai. Dianggarkan menjelang pilihan raya ke-13, tiga tahun akan datang, dua juta pengundi baru bakal menjadi pemilih berdaftar. Kesedaran berpolitik yang lebih matang akan mendorong empat juta lagi rakyat yang selama ini tidak mendaftar untuk berbuat demikian. Sudah tentu Umno bertambah gerun menghadapi ketidak-tentuan ini. Walaupun Abdullah berundur dan Najib melakukan re-branding terhadap Umno, saya yakin imiginasi pengundi muda tidak mudah untuk bersama bakal Presiden Umno itu. Malah, imej buruk dan membusuk Umno tidak dapat dipulihkan Najib hanya dengan usaha-usaha kosmetik, apatah lagi bagasi sejarahnya cukup berat untuk diheret. Umno sukar dipulih Melalui media, kelihatan ada tekanan supaya Umno segera berubah sebelum ia ditolak pengundi. Pandangan kritis memulihkan Umno disiarkan walaupun ia umpama ubat yang pahit yang sukar ditelan. Ahli-ahli diperingatkan bahawa tanpa kuasa Umno tiada sebarang makna.Pimpinan Umno tentu sedar tentang derita penyeksaan apabila kuasa terlucut dan payahnya merangkul kembali. Pilihan buat rakyat semakin jelas. Dulu BN sukar digugat kerana rakyat tidak nampak siapa alternatifnya. Lorong penyediaan sistem dua parti semakin luas dan hampir menjadi realiti. Signal penubuhan Majlis MB-KM Parti-parti bukan BN menunggu masa untuk digabungkan secara legal dalam Pakatan Rakyat. Halangan mendapatkan tujuh ahli dalam gabungan itu rasanya mudah dileraikan sekarang. Kesediaan parti-parti dalam Pakatan untuk berbincang tentang perbezaan dan bersetuju dengan persamaan kian terserlah. Penubuhan majlis Menteri Besar dan Ketua Menteri lima negeri Pakatan Rakyat adalah signal awal yang "cukup menjanjikan". Saya memang berdoa agar impian ini mudah direalisasikan. Mudah-mudahan. _ Ulasan Pengurus Blog Semoga Allah SWT membantu segala urusan peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat! Allahuakbar! |
KP Selangor vs A.Kuhan (Kategori SG)
"KUALA LUMPUR - Isu tahanan supek curi kereta yang mati dilokap kelmarin nampaknya semakin tersebar luas. Rakyat kini mula tertanya-tanya, apakah benar kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis dalam perkara ini. Demi keadilan, maka krew kami di Kuala Lumpur telah membuat siasatan dan menyelongkar perkara ini. Kami tidak yakin dengan kenyataan pihak polis yang mengatakan tahanan terbabit iaitu A.Kuhan, 23 mati kerana "paru-paru berair" dan juga penyakit "Asma" yang dihidapinya. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata "Ketika disoal siasat, lelaki itu minta segelas air minuman, sebaik minum dia jatuh dan tidak sedarkan diri. Doktor dari sebuah kilinik berhampiran dipanggil untuk memeriksa lelaki berkenaan dan mengesahkan dia telah mati,".
Mak itu, akhirnya pihak kami berjaya mendapat maklumat daripada pihak yang berkenaan tentang perkara sebenarnya. Terbukti, segala kenyataan Ketua Polis Selangor itu adalah pembohongan semata-mata bagi menutup "malu besar" dan "kejahatan" anggotanya. Lihat gambar foto berkaitan yang sempat kami perolehi daripada pihak yang berkenaan bahawa ternyata suspek telah didera dan diperlakukan seperti "binatang". Bahkan keadaan suspek amat menyedihkan dan mengerikan. Jelas ternampak kesan-kesan deraaan yang begitu dasyat terhadap tubuh badan suspek terbabit. Sila lihat foto dibawah untuk lebih jelas dan klik pada imej untuk besarkan gambar.
Sumber: Pahangdaily
Ulasan Pengurus Blog
Inilah jadinya bila pegawai2 Undang-undang menggunakan nafsu semata-mata dalam
melakukan siasatan. Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kita berlemah-lembut dan berhikmah!
Yakinlah, perkara2 sebegini tidak akan berlaku jika kita menggunakan undang2 Hudud..
Adun Bota keluar Umno, sertai KeADILan
Tuesday, January 20, 2009
Catatan Bergambar PAS ZBB-PRK Kuala Terengganu 2009 (Siri-4 Akhir)
(Selepas Solat Subuh- Anggota Unit Amal bersiap siaga)
(Menuju ke lokasi Medan Perjuangan-Allahuakbar!)
(Jemaah dari Kedah rasanya-dress ala-ala Hamas)
(Patut bendera PAS tepi jalan tu hilang satu, Syeikh ni dah buat baju!!! Takbir!!!)
(Bersarapan(Laksam) sebelum bertugas.)
(dan gendang perang pun dipalu....-kelihatan petugas SPR menuju ke Bilik mengundi)
(Tugas-tugas pun bermula!! Takbir! Allahuakbar!!!)
(Walaupun berbeda ideologi, kita tetap bersaudara cuma mampu berdoa bila puak2 ni nak dapat Hidayah..Wallahualam..)
(Pondok Panas PAS Dun Ladang UPU Sek. Keb. Ladang)
(Tulang belakang Perjuangan Islam..)
(Allahuakbar!)
(Bersama sahabat dari Hulu Bernam..)
(errr.. biasa kite jumpe di KL, cemane boleh jumpe sini nih??)
(Puteri UMNO.. hmmm.. patut sangat ditarbiyah ni.. kot-kot tahun depan balik beraye kat Ganu lakk!! heheheh)
(Pintu masuk ke Surau Haji Awang Ladang - belakang Sek Keb. Ladang)
(Wanita UMNO yang Setia Berbakti dibawah payung free!)
(Jemaah dari Hulu Bernam mengambil tempat dan memulakan perjuangan!)
(Suasana di hadapan pondok panas PAS di Dun Bandar UPU Sek.Men Agama Ladang-sebelah UPU SK.Ladang)
(Bergambar dengan idola ISA - Raja Petra Kamarudin)
("inilahhh baariiisaan kiitaaa.. Yang ikkhhllaasss berrrduuiitt...)
(beberapa minit sebelum tempat mereka dijajah!)
(tempat mereka telahpun dijajah!!! Allahuakbar!!)
(Aminn!)
(hmmm..)
(Melayu,Cina dan India bersatu menentang kezaliman!!! REFORMASI!!!)
(Ikut kata orang ganu, gambo-gambo ni diibarat mereka ni turun dari langit!! sebab backgroun awan+elitis kehidupan mereka!)
(tiada kene-mengene dengan politik- agak2 mana dulu tertegak? Signboard ke Tiang TNB?? haduiii..)
(Cabaran buat Unit Amal Hulu Selangor, Marang dah siap ada warung lagi!!)
(Redup jalanraya dibuat dek perang bendera nih!!)
(Hebat makcik ini, berjuang walaupun semakin dimamah usia!!!)
(Barisan tulang belakang PAS Terengganu.. "Suburlah hidupnya dan pasti berbuah")
(Antara banner 'teaser' daripada PAS)
(Amin!! Takbir! Allahuakbar!!!)
(3 biji Trak FRU di hadapan SK.Ladang, untuk apa ye??)
(Tn Haji Ahmad Awang, tiba di UPU Sk. Ladang dalam jam 4.30pm)
(Bersedia untuk bertolak pulang selepas pengumuman kemenangan!! TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!!)
(Sempat snap suasana Masjid Rusila di Marang dalam perjalanan pulang ke Bukit Beruntung)
Semoga kita bertemu lagi di medan perjuangan yang akan datang..
"Allah matlamat kami..
Rasul Pemimpin kami..
Al-Quran perundangan kami..
Jihad jalan kami..
Mati Syahid cita-cita kami..
Inilah perjuangan kami.."