Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Monday, January 26, 2009

KP Selangor vs A.Kuhan (Kategori SG)

Oleh mdlutfi

"KU
 ALA LUMPUR - Isu tahanan supek curi kereta yang mati dilokap kelmarin nampaknya semakin tersebar luas. Rakyat kini mula tertanya-tanya, apakah benar kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis dalam perkara ini. Demi keadilan, maka krew kami di Kuala Lumpur telah membuat siasatan dan menyelongkar perkara ini. Kami tidak yakin dengan kenyataan pihak polis yang mengatakan tahanan terbabit iaitu A.Kuhan, 23 mati kerana "paru-paru berair" dan juga penyakit "Asma" yang dihidapinya. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata "Ketika disoal siasat, lelaki itu minta segelas air minuman, sebaik minum dia jatuh dan tidak sedarkan diri. Doktor dari sebuah kilinik berhampiran dipanggil untuk memeriksa lelaki berkenaan dan mengesahkan dia telah mati,".

Mak itu, akhirnya pihak kami berjaya mendapat maklumat daripada pihak yang berkenaan tentang perkara sebenarnya. Terbukti, segala kenyataan Ketua Polis Selangor itu adalah pembohongan semata-mata bagi menutup "malu besar" dan "kejahatan" anggotanya. Lihat gambar foto berkaitan yang sempat kami perolehi daripada pihak yang berkenaan bahawa ternyata suspek telah didera dan diperlakukan seperti "binatang". Bahkan keadaan suspek amat menyedihkan dan mengerikan. Jelas ternampak kesan-kesan deraaan yang begitu dasyat terhadap tubuh badan suspek terbabit. Sila lihat foto dibawah untuk lebih jelas dan klik pada imej untuk besarkan gambar.




Dengan bukti di atas, maka ternyatalah Ketua Polis Selangor telah menipu seluruh rakyat Malaysia sebenarnya. Inikah imej dan profesionalisme anggota polis di Malaysia agaknya?. Selama ini rakyat memang sudah sangsi dan tidak percaya dengan pihak polis itu sendiri. kenyakinan rakyat sudah bertambah parah bila mereka melihat polis banyak melakukan tindakan yang "double standard" dan lebih memihak kepada kerajaan dalam banyak isu. Misalnya, Anwar dituduh liwat dan Najib juga dituduh terlibat dalam kes Altantunya. Kedua-duanya ada laporan polis dan akuan bersumpah. Namun, Polis Raja Di Malaysia lebih "berselera" untuk menangkap dan memberkas Datuk Seri Anwar Ibrahim "ala gerila" berhampiran rumahnya. Sebaliknya polis hanya menikus dan berdiam diri tanpa sebarang siasatan terhadap TPM Najib Razak berhubung dengan laporan yang telah dibuat itu. Mereka ini seolah-olah seperti "robot" yang boleh dikontrol untuk melakukan arahan tertentu. Musnah sebuah harapan dengan kes yang terbaru ini. Memang sebelum ini pun sudah banyak kes-kes yang terjadi serta menyebabkan suspek yang tidak bersalah terkadang menerima tindakan dan tekanan akhirnya terpaksa mengaku bersalah. Dalam kes dadah, kecurian, ragut dan sebagainya. Pihak polis lebih suka menangkap suspek dan menggertak mereka untuk mengaku salah bagi memudahkan urusan serta menutup kes berkenaan. Inilah amalan mereka sejak dulu, kini dan selamanya.

[Persoalannya sekarang, mengapa pihak polis tergamak untuk menipu rakyat lagi?. Sedangkan mereka tahu bahawa suara rakyat kini sudah semakin kuat untuk melakukan perubahan. Dari mana mereka ini semua belajar untuk menipu. Patutlah kes siasatan jenayah banyak yang terlepas begitu sahaja bila ada "connection" dengan orang atasan. Punah sudah harapan rakyat untuk melihat keradibiliti dan integriti polis yang dilaung-laungkan selama ini. Malah, mereka kini lebih seronok untuk melakukan penipuan dan menutup kelemahan yang berlaku. Jika inilah amalannya, maka kita tidak hairan satu hari nanti rakyat akan terus hilang kepercayaan dan keyakinan kepada pasukan polis kita. Ingatlah mati itu akan menjemput kita bila-bila sahaja. Maka itu tidak kira siapa kita, berlakulah adil dan saksama kepada semua rakyat di bumi Malaysia yang tercinta ini].

Sumber: Pahangdaily

Ulasan Pengurus Blog

Inilah jadinya bila pegawai2 Undang-undang menggunakan nafsu semata-mata dalam
melakukan siasatan. Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kita berlemah-lembut dan berhikmah!
Yakinlah, perkara2 sebegini tidak akan berlaku jika kita menggunakan undang2 Hudud..

No comments:

Related Posts with Thumbnails