Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Thursday, December 24, 2009

Masjid pun UMNO sosah!


Apabila membaca kisah pemilihan AJK Masjid di Perak ini, teringat akan pengalaman kami, kariah Masjid Bukit Sentosa sewaktu pemilihan AJK Masjid As-Salam beberapa bulan lepas.

Tidak seperti biasa, dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, pemilihan AJK masjid di seluruh negeri Selangor adalah dilakukan secara undian majoriti. Bermakna ada sesi undian sama ada secara bertulis mahupun angkat tangan. Di Masjid As-Salam, Bukit Sentosa ini kaedah angkat tangan diadakan kerana agak mudah dan menjimatkan.

Malangnya di hari pengundian, oleh kerana kehadiran ahli UMNO yang amat sedikit (seperti biasa) maka jelas akan kekalahan wakil-wakil mereka lalu sekonyong-konyongnya tarikh pemilihan diubah ke suatu tarikh yang lain! Wah! begitu mudah!

Walaupun berlaku sedikit pertengkaran dek kerana ketidakpuasan hati ahli-ahli kariah namun pertukaran tarikh tetap diadakan.

Alhamdulillah, walaupun tarikh baru, 'mereka yang sepatutnya' telah berjaya dipilih menjadi AJK masjid. Maksud 'mereka yang sepatutnya' adalah mereka yang benar-benar menyintai masjid dan bukan atas lantikan politik.

Umum mengetahui bahawa perlantikan AJK masjid sebelum ini adalah atas lantikan Ketua UMNO Cawangan dan Bahagian yang diserahkan kepada MAIS untuk lantikan oleh DYMM Sultan Selangor. Itulah cara yang diamalkan mungkin sejak lepas merdeka hinggalah sebelum kekalahan UMNO-BN dibeberapa buah negeri pada Mac 2008.

Oleh kerana lantikan ini adalah atas lantikan politik UMNO, maka cara politik UMNOlah perjalanan pengurusan masjid-masjid ini. Segala ruang dan peluang bagi ahli-ahli kariah mengetahui perjalanan pengurusan terutama kewangan ditutup rapi dan 'senyap'! Malahan di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, jumlah kutipan mingguan sumbangan Solat Jumaat langsung tidak pernah dicatatkan di papan kenyataan! Seluruh AJK termasuk Nazir diam seribu bahasa apabila ditanya!

Kini, apabila tampuk pengurusan masjid dikuasai oleh mereka yang dipilih oleh ahli-ahli kariah sendiri, jelas menampakkan ketelusan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan menyerlahkan keikhlasan. Segala perbelanjaan dan pengurusan dipamerkan secara jelas dan disahkan oleh juruaudit-juruaudit yang dilantik. Alhamdulillah, seiring dengan kepesatan ekonomi di sekitar Bukit Beruntung/Bukit Sentosa, jumlah kutipan sumbangan orang ramai pun semakin bertambah.

Buat pertama kalinya Tazkirah sebelum Khutbah Jumaat berjaya dilaksanakan, ini menggalakkan jemaah agar hadir dan masuk awal ke dalam masjid tambahan pula adakalanya khatib jemputan adalah mereka yang berpengalaman dan terkenal. Dizaman pemerintahan UMNO, Tazkirah sebelum khutbah adalah di'haram'kan oleh MB UMNO.

Baru-baru ini, UMNO Bukit Sentosa telah membuat 'onar' dengan membuat surat tuduhan yang mengatakan PAS telah menguasai masjid dengan mengadakan aktiviti parti didalamnya! Malahan tergamak didalam surat berkenaan menggelar PAS sebagai Parti Asuhan Syaitan!

Inilah UMNO.. diwaktu berkuasa mengkhianati amanah, diwaktu tidak berkuasa pula sibuk membuat fitnah dan adu-domba didalam masyarakat! Manakan tidak sampai dido'akan oleh Tuan Guru Nik Aziz agar mereka 'pecah perut'!
Kini di Perak, UMNO yang baru sahaja mendapat 'kuasa' pemerintahan melalui cara yang amat busuk lagi meloyakan telah cuba 'menderhaka' kepada Sultan Perak dengan menggangu senarai AJK masjid yang telah dilantik oleh kariah sebelum ini. Mungkinkah rakyat dapat menerima tindakan mereka?

Kepada Allah SWT kita kembalikan segala-galanya.

mod PASZBB

2 comments:

Anonymous said...

Salam

Tak payahlah nak cerita pasal AJK Masjid lama lagi. AJK baru telahpun diberikan mandat oleh kariah, buat sahajalah kerja dengan baik sebagimana yang telah diamanahkan.

Sebagai salah seorang bekas AJK lama, saya melihat banyak perkara positif yang telah dilakukan dan saya amat menghargai usaha AJK2 baru ini. Tunjukkan keikhlasan dan kesungguhan dan tak payahlah nak buat fitnah tentang keburukan AJK lalu. Entah betul entah tidak apa yang saudara anggap. Hanya Allah yang mengetahui apa yang ada dalam hati manusia.

Buatlah apa yang terbaik bagi seluruh masyarakat Islam di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa dan jadikan masjid kita kawasan aman tanpa diwarnai dengan isu2 politik yang nanti akan memecahbelahkan masyarakat. Mari kita sama2 belajar dari kesilapan yang lampau. Salam.

Parti Islam SeMalaysia Zon Bukit Beruntung said...

Alhamdulillah..
Kalau itu yang dimaksudkan..

Semoga kesilapan lalu memberi pengajaran kepada semua..

AJK lama pun bukan semua.. namun disebabkan membawa entiti organisasi.. yang baik juga akan terpalit!

AJK baru ini pun sekiranya tidak berjaga2 pun akan ditegur..

sekadar menegur diatas pemerhatian..
dan menerima teguran kembali dengan dada yang lapang..

terima kasih sdr yang memberi komen..
Sama-sama kita buat perubahan yang lebih baik!

Related Posts with Thumbnails