Ahad,15 Februari 2009-
Mesyuarat Agung Masjid Bukit Sentosa yang bermula tenang bertukar tegang apabila pihak Nazir Masjid Bukit sentosa Hj. Hassan Ariffin dengan dipersetujui oleh Orang Besar Hulu selangor untuk menunda mensyuarat ke tarikh yang baru iaitu 9/3/2009 jam 2.30 petang.
Keputusan penundaan tersebut jelas tidak dipersetujui oleh ahli kariah masjid yang datang daripada semua surau-surau yang bernaung di bawah Masjid As-Salam. Ini terbukti apabila ramai daripada mereka bangun menyuarakan ketidakpuasan hati sebaik sahaja Orang Besar Hulu Selangor menamatkan ucapan. Mereka meminta penjelasan kenapa mesyuarat ini perlu ditangguh kerana ahli qariah telah cukup untuk diadakan mesyuarat.
Ini memaksa Nazir Hj. Hassan Ariffin bangun mencapai mikrofon untuk menerangkan kenapa ini berlaku. Malangnya, penerangan yang diberikan bukan sahaja tidak jelas, malah menimbulkan tandatanya kepada orang ramai.
Ahli qariah masih tidak berpuas hati dan meminta mesyuarat dibuat pada hari tersebut juga kerana adalah menjadi masalah untuk hadir pada tarikh yang akan ditangguhkan. Ini juga kerana ahli qariah telahpun cukup untuk dilangsungkan mesyuarat. Ramai yang berpendapat penangguhan tersebut sebenarnya adalah kerana jumlah ahli qariah yang didaftarkan oleh parti pembangkang di Selangor terlalu sedikit yang hadir berbanding dengan ahli-ahli qariah yang menyokong kerajaan Negeri.
Apabila seorang ahli Qariah cuba mencapai mikrofon dan mula cuba memberikan 'ceramah Palestin', ahli-ahli qariah yang lain telah bertindak merampas mikrofon tersebut dan berlaku sedikit aksi tolak-menolak. Pihak Rela yang bertugas dengan segera mengambil tempat dan mengawal keadaan disamping beberapa pegawai Polis yang berpakaian preman.
Keadaan dapat dikawal kembali apabila Ustaz Nurkhalil, penyelaras masjid membacakan peraturan untuk melantik AJK masjid dan akhirnya kaedah undian 'angkat tangan' dijalankan walaupun tidak dipersetujui oleh Nazir dan Orang Besar Hulu Selangor!
Aktiviti undian dijalankan bermula dengan jawatan Nazir hinggalah ke jawatan Ketua Muslimat.
Ketika undian sedang berlangsung, Haji Hassan & Orang Besar Hulu Selangor telah bertindak meninggalkan majlis dan jelas wajah ketidakpuasan hati pada mereka.
Segalanya berakhir kira-kira jam 2.30 petang.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa betapa terdesaknya pihak pembangkang di Selangor yang masih tidak dapat menerima realiti kekalahan mereka di negeri ini. Yang hadir semalam adalah ahli-ahli qariah surau-surau sekitar Bukit Beruntung/Bukit Sentosa yang juga merupakan tulang belakang surau-surau tersebut. Umum mengetahui bahawa di bawah pemerintahan BN di Selangor sebelum ini, hanya surau-suraulah tempat ahli-ahli PAS dapat menjadi AJK dan mengimarahkannya sedangkan masjid-masjid dikuasai oleh ahli-ahli UMNO yang jelas tidak dapat mengimarahkan masjid dengan baik. Ada sesetengah masjid yang hanya dapat melakukan aktiviti keagamaan yang minima kerana AJK yang dilantik bukanlah mereka yang 'kaki masjid' sebaliknya hanya kerana mereka ahli UMNO, maka mereka dilantik untuk mengelakkan masjid dikuasai oleh ahli-ahli PAS. Senarai AJK Masjid sebelum ini juga perlu di'periksa' oleh pimpinan UMNO sebelum disampaikan ke pihak atasan iaitu JAIS, MAIS dan Istana.
Inilah hakikatnya sikap sebenar UMNO, yang sebenarnya merekalah yang mempolitikkan masjid. Terlalu banyak bukti untuk dinyatakan... boleh dicari sendiri..
Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada mereka dan dapat bersama-sama bersatu dengan mengenepikan fahaman politik dalam memajukan Islam dan Ummah!
1 comment:
Takbir!!!
Akhir depa mengalah juga. Tetapi kita tak boleh lalai. Musuh Allah sentiasa dalam perancangan menjatuh Hamba-hambanya yang beramal soleh.
Post a Comment