Terbaru di Aku Budak Balun!
-
Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...11 years ago
Monday, December 28, 2009
PAS Selangor perlu buat demonstrasi!
Friday, December 25, 2009
Sampai putus urat tumit, berjuang....
KOTA BARU, Dis 24 — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi Perupok, Kelantan Datuk Omar Mohamad kini menerima rawatan di Hospital Pakar Perdana Kota Baru di sini akibat terputus urat tumit kaki kirinya sejak seminggu lalu.
Semasa kunjungan The Malaysian Insider di wad rawatannya di hospital tersebut hari ini keadaannya kelihatan stabil.
“Sehari kemudian baru tiba-tiba saya tak boleh berjalan (melangkah) lalu saya dihantar untuk pemeriksaan. Di situlah baru sedar bahawa urat tumit kaki putus,” katanya.
DUN Perupok merupakan antara satu bahagian dalam Parlimen Bachok yang disandang Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
“Punca utama ialah disebabkan keletihan. Bukan saya kata, tapi doktor yang beritahu saya begitu,” katanya.
Adun UMNO Perak jelas derhaka kepada Sultan!
Adun BN Slim River, Datuk Khusairi Abdul Talib telah bertindak melampaui bidang tugasnya sebagai ADUN. Tugas beliau menjaga dan memperjuangkan hak rakyat di DUNnya. Tetapi beliau telah bertindak biadab dan ingkar apabila mempertikaikan perkenan Tuanku dan menuduh JAIP mengubah senarai yang telah diluluskan oleh MAIP. Beliau begitu lantang mengecam JAIP yang kononnya mengubah keputusaan Tuanku kerana memasukkan beberapa ahli PAS menganggotai Jawatankuasa Masjid tersebut. Pada hal senarai yang diluluskan oleh MAIP itulah yang sebenarnya.
Tindakan Adun Slim yang mahu nama-nama ahli PAS digugurkan dalam senarai tersebut menyebabkan Pengarah JAIP terpaksa turun untuk berunding dengan Adun tersebut. Pada saya tidak sepatutnya Pengarah JAIP melayan Adun tersebut untuk tunduk mengikut telunjuk UMNO BN. Isu ini menjadi kecoh sehingga orang ramai tidak puas hati. Ikuran tindakan Adun BN yang biadab, sombong, angkuh dan ingkar itu menyebabkan majlis penyerahan watikah perlantikkan terpaksa ditangguhkan.
Berikutan itu, Tuanku Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak telah menitahkan supaya perlantikkan Jawatankuasa Qaryah bagi mukim Slim, Batang Padang kekal berdasarkan senarai asal yang dipersetujui pada 2hb. Ogos 2009, bukannya senarai yang mengikut telunjuk UMNO BN.Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang, Datuk Seri Yeop Junior Yeop Adlan berkata beliau telah menerima arahan dari Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah supaya membuat pelantikan jawatankuasa masjid dalam mukim Slim berdasarkan senarai asal yang dipersetujui sebelum ini.
Sebelum ini, majlis penyerahan watikah pelantikan itu ditangguhkan ekoran timbulnya dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Perak telah menukar senarai jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu dengan memasukkan nama penyokong PAS.Perkara itu dibangkitkan oleh ADUN Slim Datuk Khusairi Abdul Talib minggu lalu yang mendakwa perbuatan itu 'tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Dr Nazrin'. Pada hal beliaulah yang paling tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telag diperkenankan oleh Tuanku Raja Dr. Nazrin.
Kalaulah Adun PAS apatah lagi YB Hj Nizar yang berbuat demikian, sudah pasti UMNO akan jaja merata kampung sampai ke luar negara menuduh Hj Nizar derhaka pada Tuanku. Sekarang siapa sebenarnya yang derhaka dan biadab pada Tuanku?
sumber - misabah.blogspot.com
Thursday, December 24, 2009
Masjid pun UMNO sosah!
Tuesday, December 22, 2009
Program Mesra Rakyat oleh Kerajaan Selangor di Bukit Beruntung
Pusat Khidmat Penduduk Seksyen BB7
Pusat Khidmat Rakyat N07 Batang kali
acara
-Dailog JMB bersama MDHS
-Menyampaian Sijil JMB
-Penyampaian sumbangan makanan berbagai bangsa
-lawatan Pusat Khidmat Penduduk BB7
-Rawatan Pengubatan Islam
-Perkhidmatan Majlis Daerah Hulu Selangor
-Agensi Dadah Kebangsaan
-Kaunter Pusat Zakat/Kesihatan dll .
Saturday, December 19, 2009
Hamas, Nadi Umat Islam yang masih berdenyut!!!
HAMMAS BERTAMBAH KUAT
Sambutan Ulangtahun ke 22 Penubuhan HAMMAS Di Palestin Pada 14 Disember 2009 ..Walaupun diserang dan ditindas oleh Zionis Israel Tetapi HAMMAS Semakin Kuat Dan Sokongan Rakyat Palestin Kepada Hammas Semakin Meningkat
'Port' Karaoke makin bersepah di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa?
Apa dah jadi? Semakin hari semakin banyak pusat karaoke terbuka di merata-rata tempat di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa!
Inilah tempatnya remaja-remaja melayu lelaki dan perempuan berpeleseran di malam hari, malahan ada yang dibuka sehingga jam 3 pagi!
Beberapa panggilan ke Balai Polis Bukit Sentosa telah dibuat bagi memohon bantuan namun semuanya sia-sia! Tidak kelihatan langsung tindakan pihak Polis bagi menghalang 'kebisingan' mereka.
Sesuatu perlu dilakukan oleh semua pihak bagi menghentikan aktiviti yang jelas langsung tidak sihat ini! Inilah tempatnya remaja bergaul bebas bagi menambah buruk gejala sosial yang semakin hina lagi menghinakan orang melayu kini!
mod PASZBB
p/s: Gambar akan disertakan di post yang akan datang. Kamera hilang!
Bukit Beruntung/Bukit Sentosa (1) - Jalanraya yang mengecewakan!
Daripada pemerhatian, jelas keadaan jalanraya di kawasan ini amat buruk!
Usahkan di jalan-jalan taman, jalan utama juga agak teruk keadaannya.
Seperti contoh jalan utama di hadapan Masjid As-salam Bukit Sentosa, oleh kerana jalan ini adalah jalan utama bagi penduduk di Bukit Sentosa 2 untuk ke Bandar Bukit Sentosa, Bukit Beruntung mahupun ke Rawang, sangat merbahaya apabila jalan utama ini berlubang disana-sini.
Mohon pihak yang berkenaan terutama wakil masyarakat berusaha mengadukan masalah ini kepada pihak yang berwajib!
mod PASZBB
p/s: Gambar akan disertakan didalam post yang akan datang. Kamera hilang!
Selamat Berjambori Unit Amal Hulu Selangor!
Selamat BerKonvensyen!
Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat hari ini
Harakahdaily
SHAH ALAM, 18 Dis: Hari ini, semua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP akan berhimpun dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
1) Hentikan politik perkauman dan diskriminasi dalam semua dasar kerajaan dan perundangan.
Thursday, December 17, 2009
304,358 warga Malaysia lepas kewarganegaraan! Saya sekali?..
304,358 warga |
Oleh: dewa
"Tengku Razaleiegh sebelum ini melaporkan bahawa semakin ramai golongan profesional khususnya warga
"KUALA LUMPUR, Dec 1 – The number of Malaysians who surrendered their citizenship has almost doubled in this year, according to Deputy Foreign Minister Senator A. Kohilan Pillay, who revealed today that about 3,800 Malaysians have given up their citizenships to date compared to 2,000 last year.
This figure, however, is much smaller than the 304,358 Malaysians who were reported to have migrated from March 2008 to August 2009."
Kezaliman dan ketidakstabilan politik dan ekonomi, selain kadar jenayah yang tinggi merupakan salah satu puncanya. Di Malaysia, jenayah sangat tinggi dan pihak polis kelihatan lebih berminat menyerang pusat-pusat ceramah dan mengambil rasuah dari menangani jenayah yang semakin menjadi-jadi. Contohnya kes ragut. Di Macau dan
Meskipun begitu, mereka yang 'beriman' dengan UMNO terus membutakan mata dan memekakkan telinga.
Kedudukan
Kezaliman dan penganiayaan oleh UMNO juga merupakan antara punca utama. Sebagai contoh, selain penulis, ayah penulis juga memiliki ijazah kedoktoran. Meskipun begitu, ayah penulis yang sudah menjadi pensyarah lebih 30 tahun tidak diberikan sebarang promosi dan dihalang kenaikan pangkatnya kerana sikapnya yang anti-UMNO. Ini membuatkan golongan akademik dan terpelajar, yang tidak ingin mengampu UMNO, mengambil langkah melarikan diri ke negara lain.
Faktor wang bukan punca utama sekalipun ada peranannya. Sebagai contoh, gaji pensyarah di
Sebelum penulis berhijrah ke luar negara dahulu, penulis pernah dipanggil untuk menghadiri temuduga jawatan pensyarah di universiti di
Meskipun penulis bekerja di luar negara, penulis tidak akan sesekali melepaskan kewarganegaraan
Lawan tetap lawan. Sekalipun ditekan, kita mesti terus memberi sumbangan masa dan harta demi perjuangan Islam. Kalau UMNO hendak halang penulis, mereka perlu mengebom penulis atau mencampakkan penulis dari tingkat 14 terlebih dahulu kerana asalkan masih hidup, penulis dan rakan-rakan tidak akan redha dengan kezaliman UMNO.
Meskipun begitu, bukan semua setuju dengan penulis. Semakin ramai golongan professional yang meninggalkan
Saturday, December 12, 2009
Royalti Minyak : Najib Derhaka Wasiat Bapanya
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, menyebut bahawa anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan adalah RM2.5 bilion setahun. Berdasarkan laporan itu kerajaan negeri Kelantan mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion dari Kerajaan Persekutuan bagi jumlah royalti dan kerugian yang tidak pernah dibayar sejak 2004.
Tuntutan royalti minyak kelantan ini turut disokong oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari Umno, Datuk Md Alwi Che Mat pada julai lalu dan berharap agar Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti dan dokumen-dokumen berkaitan untuk menuntutnya. Malangnya, Dato' Seri Najib anak kepada Tun Razak menderhakai perjanjian yang buat di zaman pemerintahan ayahnya dan enggan membayar royalti seperti yang telah dipersetujui sebagai respon kepada kekalahan teruk BN di Kelantan pada PRU Mac 2008. Tindakan beliau jelas mengkhianati amanah perjuangan ayah beliau yang pastinya tidak akan tenang dalam kubur dengan kezaliman yang dilakukan pada hari ini terhadap rakyat Kelantan.
Seorang anak yang baik akan menyelesaikan segala hutang piutang dan janji arwah bapanya kepada sesiapa sahaja dengan harapan bapanya akan mendapat keredhaan Allah. Namun Najib tidak bertindak demikian, malah memungkiri wasiat yang telah dipersetujui di zaman pemerintahan bapanya. Inilah contoh anak derhaka yang juga zalim kepada rakyat demi kepentingan politiknya. Idea wang ehsan ditimbulkan bagi mempengaruhi pemikiran rakyat sebagai menunjukan sikap bermuka-muka beliau, walhal rakyat lebih jelas dengan isi perjanjian Petronas-Kelantan 1975.
Idea wang ehsan ini bermula dizaman Tok Guru Najib iaitu Tun Mahathir yang ketika itu tertekan dengan kemenangan mengejut PAS di Terengganu. Bagi membalas tindakan rakyat Terengganu yang menolak Kerajaan BN, maka Mahathir menarik balik wang royalti minyak Terengganu dan mengantikannya dengan wang ehsan. Maka bermulalah sejarah wang ehsan iaitu satu pakej yang dibuat oleh BN khusus untuk negeri-negeri yang dikuasai oleh Parti bukan BN. Keadaan ini berbeza dengan negeri Sabah yang diperintah oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) dari tahun 1985-1994. Walaupun ketika itu Sabah tidak dikuasai BN, namun royalti minyak tetap diberikan bukannya wang ehsan.
Maka jelaslah bahawa BN yang kini dipimpin Najib sengaja untuk menzalimi rakyat Kelantan dan menderhakai wasiat bapanya.
Ust. Idris Ahmad
Thursday, December 3, 2009
Jakim kata Malaysia Negara Islam! - Metro 2.12.2009
MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM
Hasil dari definisi dan pandangan ulama mengenai negara Islam, jelaslah Malaysia sebagai negara Islam kerana ciri-ciri berikut;
· Malaysia adalah tanahair orang Islam sejak turun temurun.
· Ketua pemerintahan negara dipegang oleh orang Islam.
· Malaysia masih didiami oleh orang-orang Islam sebagai pemunya.
· Umat Islam bebas menunaikan amalan syariat Islam malah dibantu oleh Kerajaan.
· Sistem mempertingkatkan ibadah, munakahat dan muamalat dilaksanakan di serata negara.
· Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi dan sentiasa ditingkatkan mutunya.
sumber - JAKIM
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
{Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, BERJUDI, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan: QS: AL-Maidah ayat 90}
Sambil teman dok belek-belek paper kat opis ni..
Tiba-tiba tersentuh hati teman apabila terlihat 2 mukasurat penuh tersebut! (rujuk gambo atas)
Wah!
Sampai 2 muka iklan keputusan nombor ekor!! Islam betul Malaysia nih!!
Kalau dalam paper Cina atau Tamil masih logik akal lah!
Ini Paper Melayu bro!
Tak pernah dibuatnya orang cina atau India kepit paper bernama Harian metro nih!
Untung sangat kot siarkan iklan-iklan HARAM nih!
Ke dah terdesak sangat company paper nih?
Sampai tergamak bagi anak-bini termasuk pekerjanya makan duit haram?
Err.. Apa kata JAKIM agaknya?
Kalau tanya Menteri Masyitah, takpe la kot sebab 'darurat!"
hmmm..
Ada ulama' nak bagi kuliah, ditangkap sebab takde tauliah..
yang ni macam mana pulak? tak nak tangkap ke?
sebab apa tak nak tangkap?
sebab Judi nombor ekor ni 'Halal'? disisi undang-undang Malaysia?
Kalau ada ahli-ahli UMNO yang tak nampak lagi memang buta perut takde akal laa..
Allah SWT dah bagi otak.. melainkan orang gila cerita lain..
Atau memang ahli-ahli UMNO totok ni memang boleh dikategorikan 'gila'??
sunsnake 03.12.2009
Wednesday, December 2, 2009
Friday, November 27, 2009
Peringatan! kepada Ahli PAS Bukit Beruntung!
Oleh :Ustaz Idris Ahmad
SEORANG blogger memberitahu saya, "Ustaz sekarang kalau tulis hentam Umno dan penyelewengan kepimpinan Umno/BN... tak mendapat respon baik daripada pembaca. Sebaliknya, kalau dedahkan rahsia parti dan hentam pimpinan PAS, ini yang dapat tempat dan tumpuan".
Maka saya menjawab kepada beliau begini, "Inilah akibatnya kita asyik duduk hentam pemimpin PAS, walaupun kononnya sayang kepada PAS. Inilah akibatnya".
Wednesday, November 18, 2009
Hari Anugerah Cemerlang SK. Bukit Sentosa, Rawang
Itulah yang dapat disimpulkan daripada Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa yang berlangsung disini pagi tadi.
Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu turut dihadiri dan dirasmikan oleh YDP PIB SK. Bukit Sentosa, Lt. Kol. Mohd Rahib Bin Mohd Isa. Kira-kira 200 orang yang terdiri daripada ibubapa dan penjaga murid-murid hadir bagi menyaksikan anak-anak mereka mendapat penghargaan daripada pihak sekolah diatas kejayaan mencapai keputusan yang baik didalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.
Sedikit rakaman peristiwa tersebut...
Tahniah buat semua para guru dan tenaga kerja SK Bukit Sentosa, Rawang Selangor.
Buat anak-anak, tahniah juga atas kejayaan kalian! Teruskan Usaha!
catatan: sunsnake 18.11.2009
Sunday, November 15, 2009
Perubahan Organisasi PAS Zon Bukit Beruntung
Assalammualaikum,
Diumumkan sedikit perubahan didalam struktur organisasi PAS Zon Bukit Beruntung.
Didalam Mesyuarat Khas(bukan EGM) yang diadakan baru-baru ini, jemaah telah sebulat suara bersetuju didalam perubahan berikut:-
Jawatan Setiausaha
-Diamanahkan kepada ahli jemaah yang juga Setiausaha Unit Amal Kawasan Hulu Selangor
Jawatan Bendahari
- Diamanahkankan kepada Bekas AJK Lajnah Penerangan
Jawatan AJK Lajnah Penerangan
- Diamanahkan kepada bekas Setiausaha PASZBB sebelum ini.
Pertukaran ini dilakukan bagi memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahli menumpukan perhatian kepada tugasan-tugasan lain di peringkat kawasan dan negeri.
Segala pertukaran ini adalah berkuatkuasa serta merta.
InsyaAllah,
Sekian,
Santau @ Sihir Dan Cara Melindungi Diri Darinya....
"Apabila kita membicarakan tentang isu sihir maka kebiasaanya kita akan berhadapan dengan tiga golongan manusia iaitu mereka yang tidak mempercayai kewujudannya, mereka yang terpengaruh serta menggunakan khidmat ahli sihir dan mereka yang terlalu takut dengan kesan ilmu sihir sehingga tidak mengetahui apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi melindungi diri mereka dari terkena sihir.
Apa itu sihir? Menurut Ibnu Qudamah Al-Maqdisi di dalam al-Mughni sihir adalah ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya. Sihir ini mempunyai hakikat di antaranya ada yang boleh membunuh, menyakiti, membuat seseorang suami tidak boleh menggauli isterinya atau memisahkan pasangan suami isteri, atau membuat salah satu pihak membenci lainnya atau membuat kedua belah pihak saling mencintainya.
Amalan sihir ini sebenarnya mempunyai hubung kait yang rapat dengan alam jin dan syaitan. Tukang sihir, pawang, dukun atau bomoh menjalankan ilmu-ilmu hitamnya menerusi pertolongan jin dan syaitan. Ahli sihir perlu melakukan amalan-amalan syirik, khurafat dan tahyul terlebih dahulu demi untuk mengukir persahabatan yang erat dengan jin dan syaitan yang mereka pergunakan untuk melakukan kerja-kerja jahat mereka. Apabila tukang sihir meningkatkan amalan-amalan yang kufur tersebut, maka jin dan syaitan itu akan lebih taat kepadanya dan lebih cepat melaksanakan perintahnya. Sehubungan dengan itu tukang sihir dan syaitan merupakan teman setia yang saling bekerjasama dalam melakukan perbuatan yang terkutuk di sisi syarak dan ini merupakan perbuatan yang telah dicela oleh Allah S.W.T sebagaimana firman-Nya: “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” (al-Jinn : 6)
Bagi sesetengah pihak, sekiranya sesuatu perkara itu tidak boleh dibuktikan mengikut kaedah saintifik maka dia akan menolaknya secara mentah-mentah seolah-olah ilmu sains itu merupakan suatu cabang ilmu yang telah sempurna tanpa cacat-cela. Tahukah mereka bahawa ilmu sains itu sentiasa berkembang dan penemuan-penemuan baru sentiasa diumumkan dari masa ke semasa. Adakalanya penemuan-penemuan baru itu membatalkan penemuan-penemuan terdahulu yang setelah diteliti semula ia didapati kurang tepat. Tidak mustahil juga sekiranya sesuatu perkara itu tidak dapat dibuktikan oleh teknologi sains pada masa kini tetapi dapat disahkan benar pada masa hadapan. Dalam erti kata lain ilmu Sains bukanlah sesuatu cabang ilmu yang telah sempurna atau maksum. Sesuatu perkara itu hanya kita boleh diyakini sebagai seratus peratus benar sekiranya ia termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.
Apa pun sihir dan alam jin ini sebenarnya termasuk dalam perkara-perkara ghaib dan bagi umat Islam perkara sedemikan rupa hendaklah kita tunduk dan patuh kepada nas-nas dari al-Qur’an dan hadis. Sekiranya sihir itu tidak wujud mana mungkin Allah S.W.T menyuruh kita berlindung diri dari perbuatan tukang sihir sebagaimana firman-Nya: Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan; dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan makhluk-makhluk (tukang sihir) yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". (al-Falaq : 1-5) Di dalam al-Qur’an juga terdapat kisah-kisah tentang Nabi Musa a.s. bertarung dengan tukang-tukang sihir Fir’aun. Bahkan dalam riwayat hidup Rasulullah baginda juga pernah terkena sihir Labid bin al-A'sham, seorang tukang sihir Yahudi sebagaimana yang telah diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
Bagi mereka yang terbabit dengan perbuatan sihir dan suka bertemu dengan ahli sihir seperti pawang, dukun dan bomoh, ketahuilah bawah amalan sihir ini termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Nabi s.a.w. bersabda: “Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.” Baginda ditanya: “Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Sehubungan dengan itu adalah diharamkan untuk bertemu bahkan mempercayai ahli sihir dan tukang ramal kerana ia merupakan perbuatan yang kufur. Sabdanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda,burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang dia katakan, maka sesungguhnya dia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w."(Hadis riwayat al-Bazzaar)
Tukang-tukang sihir ini telah banyak melakukan kerosakan serta huru-hara di dalam sesebuah masyarakat. Lantaran itu majoriti para ulama mengharuskan hukuman bunuh terhadap tukang sihir. Akan tetapi Imam al-Syafi’i r.h berpendapat tukang sihir hanya boleh dikenakan hukuman bunuh sekiranya dia menggunakan ilmu sihirnya itu untuk membunuh jiwa insan yang lain. Imam al-Syafi’i mengkategorikan hukuman terhadap tukang sihir ini sebagai qisas.
Dalam usaha seseorang itu untuk menghindarkan diri dari terkena sihir, janganlah pula dia turut mengamalkan perbuatan yang memiliki unsur sihir atau meminta pertolongan daripada ahli sihir. Hendaklah setiap umat Islam melindungi diri mereka dari niat jahat tukang-tukang sihir itu dengan membaca ayat-ayat al-Qur’an serta doa-doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. Berikut adalah beberapa petua yang di ambil dari hadis-hadis baginda.
1. Membaca ayat Kursi iaitu surah al-Baqarah ayat 255 setiap kali selesai solat lima waktu dan sebelum tidur.
2. Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas setiap kali selesai solat lima waktu dan membaca ketiga surah tersebut sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah solat Subuh dan menjelang malam sesudah solat Maghrib.
3. Membaca dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah iaitu ayat 285-286 pada permulaan malam.
4. Membaca doa
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
"Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk ciptaan-Nya" pada malam hari dan siang hari ketika ingin pergi atau masuk ke sesuatu tempat.
5. Membaca doa
بِسْمِ اللهِ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
"Dengan nama Allah, yang bersama nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, baik di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." tiga kali pada pagi hari dan menjelang malam.
Menurut Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz r.h bacaan-bacaan zikir dan permohonan perlindungan di atas ini merupakan sebab-sebab yang besar untuk memperoleh keselamatan dan untuk menjauhkan diri dari kejahatan sihir atau kejahatan lainnya iaitu bagi mereka yang selalu mengamalkannya secara benar disertai keyakinan yang penuh kepada Allah, bertumpu dan pasrah kepada-Nya dengan lapang dada dan hati yang khusyuk.
sumber - pasilathandal
Friday, November 13, 2009
Kursus Pengurusan Jenazah
Promo sikit program masjid as-salam hari ahad ni:
sumber - Nisa' Hulu Selangor