Harakahdaily Wed | Dec 31, 08 | 10:07:15 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan program ekspedisi (XPDC) dakwah sempena tahun baru malam ini. Pemuda Wilayah akan memfokuskan dua tempat pada malam ini iaitu taman Tasik Titiwangsa dan Taman Tasik Permaisuri. Dua Lokasi ini dipilih kerana tempat ini menjadi tumpuan anak-anak muda di malam tahun baru setiap tahun, kata jurucakap Pemuda Wilayah. "Jumlah anak-anak muda yang terjebak dengan gejala sosial semakin meningkat dan amat merunsingkan kita semua. Anak muda merupakan aset negara pada masa akan datang. Jika masalah ini dibiarkan maka akan hancurlah negara kita. "Justeru itu, Pemuda PAS Wilayah mengajak NGO, dan setiap individu menyertai program ini," kata satu kenyataan yang dihantar ke Harakahdaily. Sesiapa yang ingin menyertai program ini, diminta berkumpul pukul 9.00 malam di Masjid Saidina Othman untuk XPDC di Taman Tasik Permaisuri manakala di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut untuk XPDC di Taman Tasik Titiwangsa. - azm _ Ulasan Pengurus Blog Bagi ahli-ahli yang berkelapangan atau berniat untuk turun, sila berkumpul di tempat yang telah dinyatakan diatas. Allahuakbar! |
Terbaru di Aku Budak Balun!
-
Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...11 years ago
Wednesday, December 31, 2008
'XPDC' dakwah malam tahun baru di dua Taman Tasik
Tuesday, December 30, 2008
Isu Palestin: Kenyataan Malaysia terlalu lemah - Mohammad Sabu
Irwan Muhammad Zain | Foto Wan Zahari Wan Salleh Tue | Dec 30, 08 | 2:03:34 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Hrkh) - Kenyataan kerajaan Malaysia berhubung serangan Israel terhadap penduduk Gaza dianggap lemah seumpama lemahnya Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata demikian hari ini sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam. "Isu serangan di Gaza adalah isu hak asasi manusia dan kerajaan Malaysia sepatutnya membuat kenyataan yang lebih keras," kecam beliau. Mohamad Sabu mengesa seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa mengecam tindakan zalim rejim zionis terhadap rakyat Palestin. Perjuangan rakyat Palestin kata beliau seharusnya disokong oleh semua warga dunia tanpa mengira agama. "Sebagai orang Islam kita wajib bersama rakyat Palestin menyokong usaha mereka mendapatkan hak mereka," tegas Mohammad Sabu. Mohamad Sabu berkata demikian kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada wakil duta Amerika di hadapan bangunan kedutaan tersebut tengah hari tadi. Selain Mohamad Sabu, turut bersama menyerahkan memorandum tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan AJK PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali. Perhimpunan aman di hadapan kedutaan Amerika anjuran Dewan Pemuda PAS ini disertai oleh lebih 500 orang./wann._ Ulasan Pengurus Blog Alhamdulillah, PAS Zon setakat yang diketahui telah diwakili oleh 2 orang ahli yang telah sama-sama menyertai perhimpunan ini. Buat yang lain, bila lagi? Semoga Allah memberikan kita peluang dimasa-masa akan datang, InsyaAllah. |
Sunday, December 28, 2008
Ya Allah selamatkan saudara-saudara kami di Palestin
Oleh: Roslan SMS
http://n32.blogspot.com/
Disaat saya menulis posting ini regim haram zionis Israel masih lagi berkeras kepala melancarkan serangan udara mereka ke atas bumi Gaza yang ditadbir oleh HAMAS di Palestin. Terbaru setakat ini menurut agensi berita antarabangsa lebih 225 orang telah syahid dan beratus-ratus lagi cedera dan musnah sama-sekali tempat tinggal mereka.
Bom dan peluru berpandu dilancarkan ke atas bumi yang sesak dan padat dengan penduduk. Rakyat Palestin di Gaza kini disekat dari pelbagai penjuru, makanan kurang, bahanapi kurang, ekonomi tidak menentu, dan dalam keadaan begitu binatang bernama regim zionis ini dengan senang hati menggunakan teknologi dan kekuatan ketenteraan mereka memusnahkan saudara-saudara kita yang lemah dan tidak berdosa itu.
Maghrib tadi kita telah memasuki ke tahun Hijrah yang baru, mengingati betapa Rasulullah saw dan para sahabat bersusah-payah berkorban menyeberangi bahang padang pasir, meninggalkan Makkah menuju Madinah dan akhirnya menegakkan Daulah Islamiyah yang pertama, itu 1430 tahun yang lalu. Tetapi hari ini segala yang ditegakkan oleh Baginda kita biarkan begitu sahaja, darah umat yang dicintai Rasulullah saw itu kita biarkan tertitis dan tertumpah ke bumi tanpa pembelaan, malah seolah kita tidak berupaya melakukan apa-apa, cuma menjadi penonton yang bisu dan bacul.
Regim haram ini bagaikan mencabar umat Islam, ya disambutan Awal Muharam kamu, kami musnahkan dan bunuh saudara-saudara kamu, apa yang boleh kamu lakukan? Kamu mungkin ramai, kaya tetapi kekuatan kamu itu tidak mampu mengusik kami walau sehelai rambut kami!
Saya sendiri yang menulis ini sekadar boleh melayan luapan darah panas dalam tubuh melihatkan kedurjanaan ini berlaku, tetapi apakah yang boleh kita lakukan terhadap bangsa jahanam ini?
Mudah-mudahan Allah swt menggerakkan hati pemimpin-pemimpin negara-negara Islam agar bersatu, mengenepikan perbezaan dan perbalahan, menumpukan sepenuh kekuatan, membela saudara-saudara kita di Palestin dan mengajar regim haram ini. Mudah-mudahan Allah swt memberikan kekuatan kepada saudara-sauadara kita yang dizalimi itu, lindungi mereka, pelihara mereka.
Subuh nanti bacakan qunut nazilah dan terus bacakan saban hari sehingga hancur musnah musuh-musuh Allah ini:
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka.
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka. Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
Saturday, December 27, 2008
Keadaan kesihatan Mazwandi semakin baik.
Berita berkenaan sahabat 'orang kuat' PAS Cawangan Rasa, Hulu Selangor. Beliau adalah Setiausaha di cawangan berkenaan yang amat dikenali dengan kerajinan dan ketabahan terutama di dalam menguruskan blog PAS Cawangan dan aktiviti-aktiviti yang dirancang.
Saudara Mazwandi Mustaffa dimasukkan ke ICU HKL selepas pengsan dan telah disahkan menghidapi jangkitan kuman di dalam otak!
Bagaimanapun, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, berita terbaru yang ana terima daripada Isteri beliau, beliau telahpun sedar dan kini ditempatkan di Bahagian Neurologi, Tingkat 2, Wad 5B, Hospital Kuala Lumpur.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar pejuang Islam ini cepat sembuh dan meneruskan perjuangan bersama-sama dengan jemaah Islam PAS didalam menentang kemungkaran dan kemunafikan pemerintah Malaysia kini.
Kepada yang berkelapangan, silalah melawat beliau di HKL seperti yang tertulis tadi. Semoga kehadiran kita semua akan dapat meningkatkan semangat beliau untuk sembuh dan berjuang.
"Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Pemurah,Maha Mengasihani,Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Kau lapangkanlah dada-dada keluarga sahabat kami ini Ya Allah di dalam menghadapi ujian yang Kau berikan. Ya Allah, Sesungguhnya kami amat lemah dan tak terdaya di dalam kehidupan ini melainkan kekuatan yang Kau berikan kepada kami. Istiqamahkan lah hati sahabat kami ini dan keluarganya. Sembuhkanlah dia sebagaimana pernah Kau menyembuhkan Nabi-Mu Ayub Alaihissalam, Selamatkanlah dia sebagaimana pernah Kau menyelamatkan Nabi-Mu Yunus Alaihissalam kerana hanya kepada-Mu lah kami memohon dan kepada-Mu lah kami akan kembali, Amin Ya Rabbal 'alamin"
-Setiusaha PAS Zon Bukit Beruntung.
Thursday, December 25, 2008
Sheikh Zubir al-Filfulani: Ulama pengasas PAS
Mohd Fadli Ghani Thu | Dec 25, 08 | 1:04:08 pm MYT | |
TOKOH pendidikan Islam yang terkenal di negara ini, Sheikh Zubir Ahmad al-Filfulani, masyhur kerana pernah menjadi Mudir Madrasah Darul Ulum, Makkah dan kemudian memimpin Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan. Beliau ialah salah seorang ulama yang menjadi pengasas PAS ketika majlis penubuhan PAS di Butterworth pada 24 November 1951 dan pernah bertanding dalam pilihan raya atas tiket PAS pada 1959 di Perak. Namun begitu, di kalangan pengkaji, nama Sheikh Zubir lebih dikenali sebagai tokoh pendidikan berbanding sebagai seorang ulama PAS. Gelaran al-Filfulani yang dilaqabkan pada namanya itu bermaksud beliau berasal dari Pulau Pinang. Sheikh Zubir bin Ahmad Ismail bin Ibrahim bin Muhammad Nor telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 1905. Ketika berusia tujuh tahun, beliau mula mendapat pendidikan agama secara formal di Madrasah Islamiah, Pulau Pinang dan akhirnya menjadi pelajar di Madrasah al-Mashoor al-Islamiah, Pulau Pinang pada 1920. Di madrasah ini, beliau menerima sentuhan ilmu daripada ulama-ulama terkenal seperti Sheikh Abdur Rahman Firdaus al-Makki, Sheikh Muhammad Radhi al-Makki, Saiyid Ahmad Dahlan al-Makki, Sheikh Abdullah al-Ghadamsi al-Maghribi, Sheikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi al-Falaki dan Sheikh Husein Rafi'. Selepas empat tahun di madrasah ini, beliau berhijrah ke Makkah pada 1924 kerana menyambung pengajian di sana dan tinggal bersama Sheikh Qadhi Ahmad al-Qari. Di Makkah, Sheikh Zubir belajar di Madrasah Hashimiah Syarif Hussin bin Ali selama setahun di bawah bimbingan Sheikh Umar Ba Juneid, Sheikh Jamal al-Maliki, Sheikh Habibullah asy-Syanqithi, Sheikh Muhammad Zaidan asy-Syanqithi dan Sheikh Umar Hamdan al-Mahrasi. Setahun kemudian, beliau memasuki pula Madrasah Shaulatiah al-Hindiah yang terkenal itu sehingga 1930 dan mendapat Syahadah Nihayah. Antara guru-guru beliau di madrasah ini ialah Sheikh Salim Rahmatullah, Sheikh Mahmud Arif al-Bukhari, Sheikh Abdul Latif al-Qari, Sheikh Hasan bin Muhammad al-Masyath, Sheikh Mukhtar Makhdum dan Sheikh Abdullah al-Bukhari. Dalam masa yang sama, beliau turut menadah kitab di Masjidil Haram di bawah tunjuk ajar Sheikh Sa'id bin Hasan Yamani, Saiyid Abdullah Shalih az-Zawawi, Sheikh Muhammad Ali al-Maliki, Saiyid Shalih Syatha, Sheikh Muhammad al-Arabi at-Tubbani dan ramai lagi. Selepas tamat belajar di Madrasah Shaulatiah, Sheikh Zubir mula mengajar di rumahnya dan juga di Masjidil Haram sehingga 1933. Ketika itu, seorang agen perisik British yang menjadi Pegawai Haji, Abdul Majid Zainuddin telah melancarkan propaganda perkauman kepada pelajar Melayu, khususnya di Madrasah Shaulatiyah. Madrasah Shaulatiyah adalah pusat pengajian ulamak-ulamak India yang kebanyakannya anti-British dan Abdul Majid Zainuddin bertugas memantau perkembangan nasionalisme orang Melayu di madrasah ini. Akhirnya, dengan propaganda Abdul Majid Zainuddin, beratus pelajar Melayu meninggalkan madrasah ini kerana tidak mahu belajar dengan guru India. Atas dorongan Abdul Majid Zainuddin, Sheikh Zubir bersama Sayyid Muhsin Ali al-Masawi, seorang ulamak berasal dari Indonesia telah mengasaskan Madrasah Darul Ulum di Syuib Ali, Makkah pada 1933. Pada mulanya Sheikh Zubir menjadi Naib Mudir madrasah ini, tetapi ekoran kematian Sayyid Muhsin pada 1935, Sheikh Zubir menjadi mudir selama lima tahun. Selain menjadi mudir di sini, beliau turut menaburkan ilmu di Masjidil Haram dan mempunyai murid yang ramai. Pada 1937, Sheikh Zubir turun ke Tanah Melayu bersama Kiyai Abdul Rashid Sidek dari Palembang untuk mengutip derma bagi membangunkan Madrasah Darul Ulum dan juga Madrasah Zarbayah Ain, Masjid Tinggi, Bagan Serai. Sheikh Zubir juga terlibat secara langsung dalam majlis penubuhan Madrasah al-Ulum asy-Syar�iyah, Batu 20, Bagan Datoh pada 1937 iaitu institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh bapa bekas Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Datuk Hassan Adli. Pada 1940, Sheikh Zubir telah kembali ke Tanah Melayu dan mengajar sementara di Madrasah al-Huda, Pulau Pinang, kemudian berhijrah ke Perak. Madrasah pertama yang beliau mengajar di Perak ialah Madrasah al-Ulum asy-Syar�iyah, Batu 20, iaitu madrasah yang beliau sendiri asaskan bersama Tuan Guru Haji Mohd Arshad Mohd Salleh. Sepanjang zaman Jepun, Sheikh Zubir menjadi Wakil Mudir madrasah ini dan mula berpindah ke Masjid Tinggi pada 1946 iaitu mengajar di Madrasah al-Akhlak al-Islamiyah yang ketika itu dikendalikan oleh Ustaz Abdul Rahman Mohd Arshad (abang Ustaz Hassan Adli). Shiekh Zubir dikatakan pernah menjadi mudir di madrasah ini selepas Perang Dunia Kedua. Antara murid beliau yang terkenal di madrasah ini ialah Ustaz Datuk Hassan Adli Mohd Arshad, bekas Timbalan Yang Dipertua Agung PAS. Pada 1948, Sheikh Zubir telah diminta oleh Sultan Perak untuk menjadi mudir di Madrasah Idrisah setelah Sheikh Abdullah Fahim meletakkan jawatan. Sheikh Zubir merupakan antara mudir madrasah ini yang paling lama dan paling terkenal kerana beliau memimpin madrasah ini sehingga 1975 iaitu selama hampir 28 tahun. Ketika zaman beliaulah, Madrasah Idrisiah memprkenalkan Kelas Tujuh, Kelas Lapan dan akhirnya Kelas Thanawi Rabiie. Di samping aktif dalam dunia pendidikan, Sheikh Zubir adalah ulamak progresif yang sentiasa mahukan kerajaan Islam ditegakkan. Ini tergambar dalam kata-kata aluan buku �Suluh Kemajuan (1952)� tulisan Sheikh Abdul Karim Othman as-Sarawaki. Beliau menyebutkan, �Maka orang-orang Islam di zaman dahulu kala berpegang kepada ajaran-ajaran Islam yang sebenar. Maka dapatlah mereka menjadi satu umat yang dihormati. Dan pula jadilah mereka membangunkan dan mendirikan sebuah kerajaan Islam yang besar dan mempunyai gah kemasyhuran seluruh dunia. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menggerakkan dan menyedarkan umat-umat Islam seluruh alam dunia ini mengikut jejak datuk nenek mereka yang Islam dahulu kala.� Itulah harapan dan kesedaran beliau terhadap kepentingan menubuhkan negara Islam. Kerana kesedaran ini, Sheikh Zubir ketika berada di Masjid Tinggi telah menjadi tenaga penting dalam gerakan Hizbul Muslimin semenjak 1947 sehingga parti itu dilumpuhkan oleh British pada Ogos 1948. Sebagai Mudir Madrasah al-Akhlak al-Islamiyah, Sheikh Zubir bergiat cergas dalam LEPIR iaitu badan pendidikan Hizbul Muslimin. Pada akhir 1947, LEPIR telah menubuhkan Pusat Pentadbiran Sekolah-sekolah Rakyat dan Sheikh Zubir diberikan kepercayaan sebagai pengelola pusat ini. Walau bagaimanapun, kerana keuzuran, pada awal 1948 beliau melepaskan jawatan ini, tetapi guru-guru dan pelajar di Masjid Tinggi dan Selinsing seperti Ustaz Abdul Wahab Nor (bekas Pesuruhjaya PAS Perak), Abdul Raof Nor, Mohamad Abbas, Mohd Nor Mokhtar, Abdullah Hakim dan lain-lain terus digalakkan bergiat cergas dalam Hizbul Muslimin sehingga beberapa di kalangan mereka ditahan oleh British pada 1948. Setelah Hizbul Muslimin terkubur, Sheikh Zubir menumpukan perhatian kepada tugas barunya di Madrasah Idrisiah, tetapi tetap berjuang untuk menegakkan negara Islam. Sebagai bukti komitmen beliau, pada 24 November 1951, Sheikh Zubir telah menghadiri Persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya yang akhirnya berjaya menubuhkan PAS. Ketika ini, Raja-raja Melayu mempunyai hubungan yang agak tegang dengan para ulama kerana desakan untuk menyatukan pentadbiran agama. Sheikh Zubir selaku mudir sebuah madrasah yang dikawal oleh Sultan Perak menghadiri persidangan ini sebagai wakil bebas. Dalam pilihan raya umum pertama pada 1959, Sheikh Zubir telah dicalonkan oleh PAS untuk bertanding di Parlimen Bagan Datoh tetapi beliau tewas. Selepas pilihan raya ini, beliau tidak lagi menjadi calon kerana kedudukannya sebagai mudir di madrasah tersebut. Walau tidak menjadi calon, Sheikh Zubir terus memberikan komitmen kepada PAS dengan menjadi penasihat dan tempat rujukan dalam pelbagai isu agama. Setelah bersara sebagai mudir Madrasah Idrisiah pada 1975 dalam usia 70 tahun, Sheikh Zubir hanya memberikan tumpuan kepada kegiatan dakwah di masjid dan tidak lagi cergas dalam politik. Pada 1984, dalam usia 79 tahun, Sheikh Zubir bin Ahmad al-Filfulani, seorang ulama yang banyak berjasa kepada tanah air telah kembali ke rahmatullah.- tajdid _ Dipetik daripada harakahdaily.net |
Tuesday, December 23, 2008
Mohon Dana untuk bangunan Markas baru PAS cawangan Rasa, Hulu Selangor.
"Assalammualaikum wbt.
Saya, mewakili PAS cawangan Rasa ingin memohon pengunjung tranungkite agar membantu kami memberi infa' didalam bentuk wang ringgit dan alat kelengkapan pejabat dan dapur untuk markas kami yang baru disewa bangunan rumah kedainya.
Disini disertakan surat rasmi permohonan dana;
PAS Cawangan Rasa
(PPM/SEL.26/52-5572)
Ruj. Kami: 01/S/0709
09 Zulhijjah 142907 Disember 2008
Kepada,
Dato Sri/ Puan Sri/ Tan Sri/ Puan Sri/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan
RAYUAN SUMBANGAN INFA’ UNTUK PAS CAWANGAN RASA BAGI PENUBUHAN MARKAS DAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PAS CAWANGAN RASA .
Kami dari PAS Cawangan Rasa, Kawasan Hulu Selangor (P94), Selangor Darul Ehsan memohon bantuan sumbangan daripada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan perjuangan Islam bagi perkara seperti tajuk di atas.
2. Sebuah rumah kedai di Rasa Indah yang beralamat di No.23A, Jalan Damar 1, Taman Rasa Indah, 44200 Rasa, telah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai markas dan juga Pusat Khidmat Masyarakat PAS Cawangan Rasa . Perjanjian dengan tuan rumah adalah untuk kadar sewaan selama 1 tahun. Butir-butir kadar sewaan rumah kedai yang telah dipersetujui adalah seperti berikut :
i) Sewaan bulanan adalah sebanyak RM350.00 sebulan.
ii) Deposit permulaan adalah sebanyak RM1,700.00. Pecahannya adalah ; Deposit 2 bulan sewa- RM350 x 2 = RM700.00 , Deposit air (rumah kedai)- RM500.00 dan Deposit elektrik (rumah kedai)- RM500.00
iii) Kadar anggaran bil air dan api bulanan RM150.00 sebulan. Dari kadar di atas, untuk permulaan masuk ke kedai sewa, PAS Cawangan memerlukan RM1,700.00. Bagi bulan-bulan seterusnya, PAS Cawangan memerlukan RM500.00/bulan untuk bayaran sewa dan utilitis bangunan.
3. Bangunan markas amat diperlukan oleh PAS Cawangan Rasa kerana dengan adanya bangunan ini, maka kerja-kerja untuk masyarakat dapat dijalankan. Kerja-kerja masyarakat yang akan dilakukan oleh PAS Cawangan adalah seperti;
i) Kelas mengajar Al-Quran kepada anak-anak penduduk kampung.
ii) Kelas pendidikan Islam kepada pelajar sekolah menengah sekitar penduduk Rasa.
iii) Kelas tuisyen kepada anak-anak penduduk sekitar Rasa.
iv) Tempat aduan masalah masyarakat sekitar Rasa untuk diadu kepada kerajaan Negeri Selangor atau ahli Parlimen Hulu Selangor.
v) Kerja-kerja parti seperti mesyuarat, usrah, kuliyyah, ceramah kelompok, gerak kerja dakwah dan lain-lain.
4. PAS Cawangan Rasa sekarang ini amat pro-aktif didalam kerja-kerja kemasyarakatan tetapi agak tersekat dari gerak-kerjanya kerana ketiadaan satu bangunan operasi bagi kerja-kerja ini. Oleh itu, sebuah bangunan markas amat diperlukan untuk kelancaran gerak-kerja kemasyarakatan ini.
5. Selain dari sumbangan wang ringgit, PAS Cawangan Rasa juga amat mengharap sumbangan berbentuk alat kelengkapan pejabat seperti kerusi meja, karpet ofis, papan tulis, alat-tulis, langsir dan kami juga menerima sumbangan alat kelengkapan dapur seperti periuk belanga, pinggan mangkuk dan juga dapur masak.
Oleh itu, kami amat berharap dan merayu agar Dato Sri/ Puan Sri/ Tan Sri/ Puan Sri/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan yang menyintai perjuangan Islam dapat membantu kami untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah Islam dan kemasyarakatan dengan cara memberi sumbangan infa’ kepada PAS Cawangan Rasa.
PAS Cawangan Rasa(PPM/SEL.26/52-5572)
Sumbangan bolehlah diberikan kepada ;
i) Ketua PAS Cawangan Rasa ; Hj. Sahyar bin Hassan (h/p - 013-605 9291)
ii) Setiausaha PAS Cawangan Rasa ; En. Mazwandi Bin Mustaffa (h/p - 013-310 2710)
atau terus ke akaun bank* ; Maybank, Mazwandi bin Mustaffa**, no. akaun - 1620 7655 8927 atau menggunakan cek kepada nama Mazwandi bin Mustaffa. Segala sumbangan dan infa' kami mengucapkan ribuan terima kasih.
*(Sila telefon atau sms kepada penama di atas jika ingin terus memasukkan dana ke akaun bank)
**(akaun bank PAS Cawangan masih belum dibuka, oleh itu, akaun khas Maybank dengan menggunakan nama Setiausaha digunakan terlebih dahulu untuk urusan kutipan dana ini. Jika akaun PAS Cawangan telah dibuka, maka TIDAK perlu lagi menggunakan akaun ini)__________________________________________________________________________Akuan Akuan derma ;
Saya/Kami , ............................................................ ingin menginfa' atau mendermakan wang sebanyak RM..................................... . Cara bayaran adalah secara tunai/cek/bank draf/bank in ke akaun .
No. cek/bank draf :....................................................
atau/dan Saya/kami , .......................................................... ingin menginfa' barang keperluan pejabat/dapur seperti ;
“ISLAM UNTUK SEMUA”
Ulasan Mod
-Rasanya PAS ZBB mempunya beberapa perkara yang diperlukan oleh PAS Rasa, seperti Dapur,Meja dan beberapa peralatan lain.
InsyaAllah, akan ana highlightkan dalam perjumpaan yang akan datang.
Perpindahan ke Markaz Baru hampir Selesai!
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT,
Urusan perpindahan PAS Zon Bukit Beruntung ke markaz baru hampir selesai..
Sebelum ini pada pagi sabtu beberapa orang jemaah kita telah bertungkus-lumus mem'5's'kan(mengasing,membersih) markaz lama pada sebelah pagi.
Disebelah petangnya pula, beberapa orang sahabat lagi membersihkan Markaz baru sebelum dibasuh dan dicat oleh beberapa jemaah yang lain(ada gak yang dah joint semalam) pada hari Ahad!
InsyaAllah, beberapa keping gambar akan dipaparkan di blog ini nanti.
Buat yang berkeinginan untuk membuat sumbangan, sila berhubung dengan Bendahari PAS Zon Bukit Beruntung (Sdr. Mazuan) untuk urusan selanjutnya.
Semoga Allah membantu memurahkan lagi rezeki kita terutama dikala ekonomi yang semakin meruncing ini! ( but our Finance Minister kata "Our fundamental are strong!!!")
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!!
Thursday, December 18, 2008
Akibat sibuk berpolitik anak muda terbiar.
Allah SWT telah sempurnakan kejadian semua makhlukNya.Setiap makhluk dijadikan Nya mengikut fitrah kejadiannya, mempunyai peranan masing - masing didunia ini.
Manusia pula mengambil peranan sebagai khalifah diatas muka bumi.Pelbagai nikmat serta sifat kejadian makhluk yang paling sempurna dianugerahi oleh Tuhan semesta alam .
Nikmat usia muda adalah paling manis dalam kehidupan setiap insan. Ketika muda belia tubuh sasa, keinginan pelbagai pelbagai perasaan.Hambatan perasaan yang membara , harapan dan cita - cita yang menggunung, semangat membara rela berkorban walau tanpa dipinta.
Sepatutnya dialam usia sebeginilah pemuda diberi perhatian kerana pakej yang ada ketika usia muda amat bermakna kepada agama dan umat.
Sabda baginda Rasullulah:
" Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: Muda sebelum tua mu, sihat mu sebelum sakitmu,kaya mu sebelum papa mu, hidup mu sebelum mati mu, masa lapang sebelum kamu sibuk ". ( Hadis daripada Ibnu Abbas riwayat Al- Hakim ).
Dalam mengharungi hidup hari ini kita sudah dan sedang menyaksikan muda - mudi Islam hanyut. Anak - anak gadis yang hilang kehormatan , bayi - bayi yang dihumban dijalanan, dan pelbagai adunan masalah yang sukar kita gambarkan.
Anak - anak tanpa pedoman daripada ibubapa akan hilang haluan, begitu juga rakyat tanpa tuntunan pemerintah mereka juga akan hanyut dilambung ombak kehidupan.
Tanggungjawab pemerintah terhadap masyarakat adalah merupakan antara satu kewajipan yang berat lagi bahaya .Dimana ia perlu diberi perhatian siang dan malam.Orang yang peka akan melihat dengan penuh teliti bagaimana umat anak - anak muslim kini .
Kelihatannya kini anak - anak umat Islam begitu tercalar akibat daripada perbuatan mereka sendiri.
Mungkin mudah untuk menuding jari. Ibubapa salahkan guru , pembangkang salahkan kerajaan , kerajaan pula salahkan masyarakat , agamawan salahkan orang awam, orang ramai pula salahkan agamawan .
Saling " bangau " mem "bangau "antara satu sama lain . Jadi siapakah sebenarnya yang bersalah ?.
Masalah krisis akhlak tidak mengira batasan .Anak seorang ustaz atau orang awam bukanlah ukuran mutlak.Antara anak ahli masjid atau pun tidak risiko untuk terjebak adalah tidak mustahil.
Terkini ancaman arak' thai song ' yang menjadi bahan khayal alternatif bagi golongan pemuda dan remaja .Harganya yang murah sekitar dibawah paras RM 4.00 berlambak dipasaran. Penjualannya semakin meluas tanpa pantauan dan penguatkuasaan.
Ini adalah antara contoh dari pelbagai masalah keruntuhan akhlak anak - anak remaja kini.
Rakyat teramai mahukan perubahan .Mereka sudah bosan dengan lontaran masalah yang tidak pernah berkurangan .
Apakah kita ketandusan peranan dalam membina atau mencorak persekitaran ? .
Negeri - negeri yang yang dikuasai oleh PR perlu lebih menunjukkan teladan kepada BN. Jika selama ini kita berada didalam ' comfort zone ' sebagai pembangkang kini sudah mentadbir negeri . Harapan rakyat mahu melihat dan merasa perbezaan persekitaran yang terjamin dan jauh selamat .
Keadaan pemuda dan pemudi pada hari ini adalah gambaran pemimpin pada masa hadapan.Setuju atau pun tidak kita juga mempunyai ' saham 'nya jika tidak berbuat yang sepatutnya.
Setiap kita adalah pemimpin , yang pasti kita akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAH atas apa - apa yang kita pimpin.
Janganlah fokus kita hanya memenangi pilihanraya .Tugasan yang lain terlalu banyak menanti .Sembang politik sana -sini tidak mencukupi, gerak kerja kemasyarakatan yang amat ditagih . Masalah ummah dihadapan mata dibiarkan bagai menepis lalat hinggap dihidung.Semut seberang laut dapat dilihat, gajah dihadapan mata tidak nampak.
Bangunlah wahai pemimpin negeri,pemimpin parti pemimpin masyarakat , pemimpin keluarga ! ...
Hargailah anak - anak bangsamu ....!
www.telokbakong.com
Siapa sebenarnya yang merunsingkan MB Selangor
Negeri Selangor Darul Ehsan adalah satu-satunya negeri yang pada ketika ini menghadapi tekanan dan mehnah yang tidak pernah berkesudahan. Negeri yang terkaya dan termaju ini tidak seharusnya dilepaskan oleh UMNO/BN kepada pembangkang tetapi takdir telah menentukan bahawa sudah sampai ketikanya rakyat di Selangor menikmati pembaharuan.
Selepas negeri kesayangan UMNO ini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR, UMNO seolah-olah merasakan dunia ingin kiamat.
Apakah yang membuatkan UMNO terlalu kecewa dengan kehilangan Selangor di dalam genggamannya? Tidak lain tidak bukan adalah kerana aset-aset dan kepentingan yang terdapat di negeri itu. UMNO telah lama menikmati kemewahan yang diperolehi dari negeri tersebut terutama di kalangan pemimpinnya. UMNO merasakan masih banyak harta dan projek yang perlu diagih-agihkan kepada puak-puak mereka. Kini, setelah kehilangan sebuah negeri yang selama ini `membuncitkan' perut mereka, pemimpin UMNO di Selangor mula bercakap pasal ugama dan ketuanan Melayu. Semenjak bila UMNO begitu sensitif dengan hukum hakam agama Islam ? Tidak terlintaskah difikiran mereka sewaktu memerintah Selangor dahulu untuk berbicara tentang ketuanan Melayu ?
Di dalam soal arak dan judi, UMNO kini dilihat lebih lantang bersuara dan kadangkala nadanya melebihi dari suara pemimpin PAS di Selangor. Malangnya, suara yang tidak pernah ikhlas itu apatah lagi kejahilan agama di kalangan pemimpin UMNO di dalam menyuarakan isu tersebut, tidak mendapat sokongan rakyat terutamanya orang-orang Islam di Selangor. Rakyat di Selangor bukan baru setahun dua mengenali UMNO dan mereka tahu apa yang UMNO telah lakukan semasa memerintah dahulu. Apa sahaja isu yang dibangkitkan oleh pemimpin UMNO di Selangor untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat, terlalu mudah untuk ditepis dan kadangkala memakan diri mereka sendiri. Lebih banyak mereka bersuara, lebih luas pekung di dada mereka yang terbuka.
Rakyat Selangor sewajarnya bertuah kerana memiliki MB Tan Sri Khalid yang sentiasa tenang, beretika dan profesional di dalam menguruskan pentadbiran di Selangor. MB Selangor tidak mudah melatah dengan `gertakan' dan `cuitan' dari pemimpin UMNO di Selangor. Berbagai tindakan dan provokasi telah dilakukan oleh UMNO terhadap beliau, namun MB Selangor ini telah masak dengan sikap dan perangai UMNO. Itulah hasil tarbiyah dan didikan yang diperolehi ketika parti beliau berada di dalam kesusahan dan penderitaan sebelum ini. PKR bukan sekejap menerima kesusahan dan penderitaan, semuanya itu banyak mengajar parti ini untuk memperkuatkan semangat dan jati diri. Oleh kerana semangat dan jati diri ini lah yang membuatkan UMNO sentiasa gagal di dalam usahanya untuk meruntuhkan kerajaan negeri yang baru dibentuk ini.
Saya percaya UMNO tidak akan berjaya meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat walau dengan apa cara dan muslihat sekalipun. Tetapi, kerajaan baru ini tidak mustahil tumbang angkara tangan-tangan dari dalam. Kita telah diasuh untuk berdepan dengan musuh sekian lama, tetapi kita mungkin tidak diasuh untuk berdepan dengan rakan-rakan kita. Kadangkala merasa pelik dan hairan juga kita, setelah sekian lama kita berjuang dengan titik peluh, air mata dan kadangkala darah yang mengalir bagi menuntut reformasi, bila kita diberi sedikit kejayaan kita mula lupa diri dan tidak kenal siapa musuh dan siapa rakan seperjuangan kita. MB Selangor sebenarnya tidak pernah rasa rungsing dan tertekan dengan mainan politik UMNO, tetapi beliau lebih tertekan dengan tingkah laku rakan-rakan yang dahulunya sama-sama untuk bersusah senang.
Sikap tidak memahami dan kurang sabar sesetengah rakan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor kadangkala menjejaskan kelancaran pentadbiran di negeri tersebut. Jika ada sesetengah pemimpin yang agak toleran dan berdiplomasi dengan prinsip rakan-rakan yang lain, pemimpin ini dianggap seolah-olah terkeluar dari jamaah mereka. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa yang memerintah kerajaan Selangor sekarang adalah dari kumpulan mereka iaitu Pakatan Rakyat. Kerajaan di Kelantan di bawah PAS sendiri pun mengambil masa bertahun-tahun secara beransur-ansur untuk melaksanakan beberapa dasar parti tersebut, sedangkan negeri berkenaan hampir 100 % berbangsa Melayu dan berugama Islam. Sudah tentu Selangor juga perlu mengambil sedikit masa untuk memuaskan semua rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat. Apa yang penting, negeri berkebajikan dan dasar ekonomikan rakyat di Selangor perlu dijadikan `kepala' untuk menyusuri langkah-langkah seterusnya.
http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=450&mode=thread&order=0&thold=0
Sunday, December 14, 2008
Adab berjemaah yang mula dipinggirkan
"Agak mual dan meluat apabila membaca 'pergeseran' yang dikatakan berlaku di antara beberapa pemimpin PAS-kecil atau besar. Isu yang agak besar atau dibesarkan di internet antaranya:
-krisis PAS Selangor dan kerajaan Selangor
-kumpulan 'Erdogan' atau promuzakarah
-cadangan Tok Guru pilih Mat Sabu calon PRK Kuala Terengganu
dan beberapa isu berkaitan.
Reaksi segera Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi cukup dimengerti, dan mesti dihayati.
Ada beberapa ulasan yang saya ingin kongsikan bersama bagi memperkasa Tarbiyyah dan adab berjemaah yang mula dipinggirkan.
1. PAS bukan hanya parti politik tapi gerakan Islam
Atas sifatnya sebagai gerakan Islam, maka ia punya ciri-ciri hebat berbanding parti politik biasa. Ciri-ciri ini mesti dihayati oleh pendokong, penyokong dan pemimpin. Kegagalan menghayati ciri-ciri ini menjadikan anda sebagai 'target' untuk melemahkan gerakan.
Fiqh Harakah dari Sirah Nabawiyah tulisan TGHH wajar menjadi santapan kembali. Usrah dan penghayatan usrah mesti diperhebat terutama di kalangan pemimpin Pusat atau yang memegang tampuk jawatan di peringkat Kerajaan Negeri PR.
Apabila dikatakan gerakan Islam, maka al-Quran dan Sunnah WAJIB menjadi pedoman, bukan cara berfikir seperti muktazilah di zaman moden.
2. Perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam jemaah
'Rambut sama hitam, hati lain-lain'. Siasah syariyah mesti diperkasa. Adab berbeza pendapat mesti diperturunkan. Internet, website, blog, portal digunakan untuk menarik massa kepada Islam dan menyokong gerakan Islam, bukan untuk mengajak 'berbalah' dan berhujah sesama sendiri. Medan yang lebih spesifik telah disediakan oleh jemaah untuk mengemukakan pandangan.
Keterbukaan tidak bermakna semuanya mesti 'ditelanjangkan' sebulat-bulatnya.
3. Tindakan tatatertib kepada mereka yang menyebar rahsia parti
Ini bukan gimik. Ini bukan main-main. Dalam sejarah Islam dan Sirah Nabi, kita ditunjuk oleh Nabi yang cukup berahsia tentang hijrah walaupun kepada Sahabat paling hampir. Nabi berkelubung di tengahari datang memberitahu Abu Bakar tentang hijrah supaya tidak diketahui oleh Musyrikin.
Teguran Ustaz Idris kena pada tempat dan masanya. Saya mencadangkan supaya diambil tindakan tatatertib kepada mereka yang memecahkan apa-apa keputusan yang dianggap rahsia oleh parti kepada mereka yang tidak bertanggungjawab-khususnya media atau SB-yang mencari peluang memporak-perandakan parti.
(Malaysiakini tolong jangan jadi batu api!)
4. PAS tak perlukan pro itu pro ini!
Kita diajar supaya Islam dan jemaah didahulukan. Pandangan boleh berbeza, tapi adalah satu perkara malang apabila perbezaan pandangan akhirnya mewujudkan istilah-istilah yang tak seronok untuk didengar.
Bertahun-tahun bagi mereka yang sudah biasa dengan usrah, tarbiyah, tamrin dan aktiviti tarbiah diajar untuk beradab dalam berjemaah. Tapi dalam jemaah seperti PAS yang terbuka untuk semua ini, pastinya cabaran sentiasa ada di hadapan, menghadapi manusia yang tiada tarbiah, media yang tiada tarbiah dan mungkin juga pemimpin yang naik tanpa tarbiah!"
http://www.tranungkite.net/v8/
pendapat blogadmin
Kita di Bukit Beruntung ini juga harus berhati-hati dengan budaya kehilangan adab ini.
Budaya berpuak-puak WAJIB dijauhkan!
Jika pernah berlaku dahulu, mari kita jernihkan dan perhebatkan melalui aktiviti-aktiviti Usrah termasuk muslimat.
Wallahualam!
Saturday, December 13, 2008
Presiden Kesatuan Eropah kagumi kepimpinan Nik Aziz
Mohd Nor Yahya Thu | Dec 11, 08 | 7:55:24 am MYT | |
KOTA BHARU, 11 Dis (Hrkh) -Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan. Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini. Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech,Poland, Hungary,Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom,Belgium, Romania,Italy,Denmark dan Findland . Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim. Sementara itu di sidang media, Tuan Guru berkata kunjungan delegasi dari EU ini memberi erti kerajaan Kelantan mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari kaca mata dunia, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian mereka berkunjung ke negeri Kelantan. Tuan Guru juga berkata beliau telah ditanya berkaitan dengan perbezaan corak pentadbiran dengan pusat dan beliau menegaskan bahawa selagi corak pentadbiran Pusat tidak berlandaskan Islam, selagi itulah kami akan menegurnya. Beliau juga berkata selepas kerajaan PAS mengambil alih Kelantan, beliau terus menukarkan semua akaun bank milik kerajaan kepada bank Islam yang tidak berlandaskan riba dan kini sudah banyak bank-bank yang menawarkan sistem perbankan tanpa riba. Menyentuh kepada pemimpin sesebuah negeri ianya tidak semestinya keturunan melayu, Kaum lain seperti Cina juga boleh menjadi ketua negeri asalkan ia seorang yang alim dan warak serta menurut perintah Allah SWT. "Sebab itulah kini,kita lihat adanya kelab penyokong PAS dari kaum-kaum lain, mengapa mereka tak tubuh kelab penyokong Umno kalau Umno itu betul gak,"ujar beliau. Kerajaan Kelantan kini juga mempunyai penghulu dari kaum-kaum lain bagi merapatkan hubungan sesama kaum di negeri ini tanpa mengira agama. Dari segi ekonomi pula, kerajaan beranggapan ekonomi tidak salah tetapi ahli ekonomi yang telah membunuh ekonomi itu sendiri, riba telah diteruskan secara berleluasa. "Islam melarang duit membuat duit,mana boleh kita duduk diam-diam,duit datang berterusan,itu namanya riba, sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah,kenderaan dan komputer,mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini,"katanya lagi. Manakala ketika ditanya tentang pelaburan di negeri ini, Tuan Guru berkata ia tidak dibincangkan bersama delegasi ini,namun kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini seperti dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi,minuman dari alkohol dan pelbagai kegiatan maksiat. Sementara itu, Marc Barety pula melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz dan beliau tidak merasa janggal walaupun corak pentadbiran negeri ini berbeza dengan negeri lain seperti Sabah dan kedah yang sebelum ini pernah dikunjungi beliau. "Pentadbiran sebegini akan berterusan kerana ia dipilih secara demokrasi dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada rakyatnya,"ujar beliau. Sementara itu, isteri delegasi tersebut turut diraikan oleh isteri Menteri Besar,Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak,mereka dibawa ke pusat kraftangan dan Pusat Batik di sekitar bandar Kota Bharu. - mks._ Pendapat Blogadmin Makmurnya Islam dibawah Kepimpinan Ulama'!! Allahuakbar! Agak-agak bila Selangor dapat dipimpin mutlak oleh Ulama' PAS dari Selangor??? |
Adun Sijangkang khatankan 39 kanak-kanak
Mohd Khalil Abdullah Sat | Dec 13, 08 | 11:43:48 am MYT | |
JENJAROM, 13 Dis (Hrkh) - Wakil rakyat sunatkan kanak-kanak? Seramai 39 'anu' kanak-kanak disunat sendiri Adun? Demikian istimewanya Ahli Dewan Undangan Negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi yang jarang ditemui di kalangan Yang Berhormat di negara ini. Seawal jam 7.45 pagi tadi, Dr Yunus telah siap berpakaian dan turun padang ke Kampung Sungai Rambai. Jika wakil rakyat lain, pasti program yang disertai adalah majlis gotong royong, majlis perkhawinan, perasmian perlawanan bola sepak atau merasmikan majlis berkhatan. Tetapi untuk Dr Yunus, beliau mempunyai 'misi khas' yang tersendiri pada pagi ini iaitu untuk mengkhatankan seramai 39 orang kanak-kanag di Kampung Sungai Rambai. Majlis yang dimulakan dengan perarakan peserta berkhatan di pekarangan Masjid Al-Firdaus Kampung Sungai Rambai, Jenjarom itu telah disertai oleh seramai 39 peserta dan dihadiri bersama para penduduk di taman-taman perumahan dan kampung yang berdekatan. Dr Yunus yang berucap dalam perasmian majlis Program Berkhatan Beramai-ramai Kampung Sungai Rambai itu berkata, inisiatif yang dianjurkan bersama oleh pihak JKKK kampung berkenaan bersama Pusat Zakat Selangor wajar diteladani. Menurutnya, program seperti itu wajar diteruskan kerana ianya amat baik dan menjadi penghubung dalam mengeratkan silaturahim di antara penduduk setempat. "Selain itu, program ini juga diharap menjadi salah satu aktiviti yang dapat menyumbang kepada pengisian aktiviti anak-anak yang sedang bercuti sekolah. "Kita tidak mahu anak-anak yang sedang bercuti menghabiskan masa dengan kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah,"jelasnya yang bimbang dengan keadaan generasi anak-anak di zaman ini. Dalam pada itu, Dr Yunus juga berharap, masjid dapat dijadikan sebagai pengerak untuk mendekatkan ahli-ahli kariah di kawasan persekitaran dengan wujudnya program-program seperti itu. Pemilihan Masjid Al-Firdaus Kampung Sungai Rambai sebagai permulaan acara sambutan dan perarakan majlis berkenaan dianggap oleh Dr Yunus sebagai pusat transformasi masyarakat yang membawa masyarakat sekitar mendekati masjid. Tambahnya, di zaman rasullullah s.a.w. masjid dijadikan sebagai institusi yang mengerakkan pelbagai aktiviti masyarakat dan tidak tertumpu kepada soal mendirikan solat semata-mata. "Inilah yang wajar kita ikuti dan teladani,"katanya. Sementara itu, terdahulu dalam ucapan aluan, Ketua Kampung Sungai Rambai, Haji Mazlan Masri telah melahirkan rasa syukurnya kerana pihak JKKK telah berjaya menganjurkan majlis tersebut. "Alhamdulillah, walaupun JKKK baru sahaja dilantik namun dengan usaha yang kuat, semua pihak termasuk penduduk kampung ini telah dapat mengadakan program ini,"jelasnya. Beliau melahirkan harapan, di masa akan datang pihak JKKK akan dapat terus mengadakan program tersebut secara tahunan dan akan berusaha untuk melibatkan lebih dekat lagi kampung-kampung di sekitar kawasan tersebut. Majlis berkhatan yang diadakan di Balai Raya Taman Rambai Indah, Kampung Sungai Rambai itu, turut meriah apabila pelbagai lapisan masyarakat turut hadir dan memberikan sokongan. Salah seorang hadirin yang merupakan datuk kepada peserta majlis tersebut, Sulaiman Hj Jaafar,67, berkata sememangnya majlis seperti itu ditunggu-tunggu oleh para penduduk. "Walaupun zaman berubah, tetapi istiadat berkhatan tidak dilupakan. "Kalau dulu kita guna batang pisang tetapi sekarang dengan dunia serba baru kita hanya perlu 'clamp' sahaja...jimat,"jelasnya apabila ditinjau oleh Harakahdaily selepas majlis perasmian di hadapan balai raya. Tambahnya, tidak salah dengan kaedah moden,asalkan membawa kebaikan dan dibuat mengikut syariat tidak mengapa. Sementara itu, Dr Yunus yang ditemui dalam bilik perawatan yang disediakan oleh urusetia majlis berkhatan berkata, kaedah berkhatan yang akan dibuatnya adalah mudah dalam dunia perubatan masakini. "Budak-budak tak perlu jahit.Tak rasa sakit macam dulu.Pakai 'clamp' aje.Dan tiada 'bleeding' yang banyak,"jelasnya. Dalam pada itu, salah seorang peserta, Radin Muhammad Hazwan Radin Hannan,9, yang ditemui memberitahu dirinya berasa gembira dengan majlis yang sedang berlangsung itu. "Tak takut, seronok. 'Best'...adik tak takut...dapat buat ramai-ramai (berkhatan beramai-ramai). "Tak rasa pun...rasa kebas sikit,"jelasnya tersenyum sambil melangkah keluar setelah dikhatankan oleh Dr Yunus. Majlis yang berlangsung di Balai Raya Taman Rambai Indah itu disertai seramai 39 peserta dan dikunjungi lebih 100 ibu bapa serta para penduduk sekitar. Suasana majlis yang meriah dengan lebih enam buah khemah itu,bagaikan suasana majlis perkhawinan apabila diadakan perarakan bunga manggar,berkompang dan ramai 'penanggah' yang bertungkus lumus menghidangkan makanan kepada hadirin.
Alhamdulillah, memang hebat-hebat pimpinan PAS kita. Baru sahaja kita lihat bagaimana MB Perak sendiri menyembelih lembu korban, kini ADUN PR Sijangkang pula "menyembelih" khatan! |
Friday, December 12, 2008
PILIHANRAYA KECIL P.36 :Bagaimana Mahu Memenanginya
posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Keadaan Iskandar stabil dan perlu rehat, kata isteri
Harakahdaily Thu | Dec 11, 08 | 7:39:45 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Hrkh) - Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor yang juga ahli Exco kerajaan negeri, Iskandar Abd Samad yang dimasukkan ke hospital Selangor Medical Centre petang tadi kerana masalah jantung kini berada dalam keadaan stabil. Perkara tersebut disahkan oleh isterinya, Salasiah Zakaria sewaktu dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. Sementara itu, menurut blog Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan SMS, Adun Chempaka itu masih dalam pemerhatian pakar di wad ICU hospital berkenaan. Jelas Roslan, menurut pegawai khas Iskandar, Rosli Abidin, Iskandar yang pagi tadi menghadiri majlis Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Selangor di istana telah pergi ke SMC apabila mendapati keadaannya lemah dan kepenatan. Di sana pihak hospital mendapati degupan jantungnya laju dan telah mengejarkannya ke ICU untuk pemerhatian dan kini beliau masih berada di sana namun dalam keadaan selamat dan boleh bercakap. - mns_ Pendapat blogadmin Marilah kita sama-sama mendoakan semoga pimpinan kita segera sembuh dan kembali memimpin jemaah PAS dan rakyat Selangor amnya. |
Petronas patut tarik diri dari Formula One
(http://www.tranungkite.net)
"
Bilakah Petronas yang membiayai pasukan F1 Sauber-Ptronas dan juga F1 Malaysian Grand Prix akan turut menarik diri dari F1, kerana Petronas tidak telus (transparent) maka kita hanya dapat menganggarkan wang yang telah dibazirkan kepada F1.
Kita sudah dapat anggarkan berapa banyak wang telah dihanguskan untuk membiayai pasukan F1 Sauber-Petronas berdasarkan apa yang telah didedahkan oleh Max Mosley. Oleh kerana tiada ketelusan di pihak Petronas maka kita terpakse juga membuat anggaran sebanyak mana telah dibayar oleh Petronas sejak 1999 kepada pihak penganjur F1 untuk memasukkan Malaysian Grand Prix di Sepang dalam senarai F1 circuit.
Di katakan pihak F1 mendapat bayaran terbanyak dari Sepang. Dan setiap tahun bayaran dari Petronas itu dinaikkan dengan ugutan kalau enggan membayarnya, Malaysian Grand Prix Sepang akan dikeluarkan dari senarai circuit F1.
Shanghai adalah salah satu dari circuit F1 dan dilaporkan Shanghai kena membayar pihak F1 sebanyak US$500 juta setahun. Dengar khabarnya Shanghai sedang mempertimbangkan untuk menarik diri memandangkan sambutan dari rakyat Cina terhadap perlumbaan F1 itu tidak seperti yang diinginkan, dan juga kegawatan ekonomi dunia.
Kalau bayaran untuk Sepang adalah yang paling tinggi kepada pihak F1, maka iannya bermakna Petronas terpaksa membayar lebih dari yang dibayar oleh Shanghai; iaitu lebih dari US$500 juta (lebih kurang RM1.7 billion) setahun berdasarkan forex masakini. Maka jumlah bayaran kepada pihak F1 sejak 1999 adalah RM1.7 billion x 9 tahun = RM15.3 billion.
Ini bermakna Petronas telah sejak 1999 membelanjakan untuk F1 lebih kurang RM29.3 billion (pembiayaan pasukan Petronas-Sauber berjumlah lebih kurang RM14 billion campur dengan penajaan F1 Grand Prix Sepang berjumlah lebih kurang RM15.3 billion). RM29.3 billion ini berdasarkan forex US$1=RM3.50 masakini. Kalau pada US$1= RM3.80 dari 1999 hingga 2005 maka berlebihan dari RM30 billion.
Pada tahun ini pihak F1 telah memulakan lumba waktu malam di Singapura. Dengan diadakan grand prix di Singapura ini, pihak F1 dikatakan telah memeras ugut untuk keluarkan Sepang dari senarai perlumbaan F1.
Menurut ceritanya pihak F1 memeras ugut Petronas agar membayar sebanyak US$1 billion (RM3.5 billion) setahun mulai dari tahun 2008 ini jika mahu Sepang dikekalkan dalam senarai circuit F1. Menurut ceritanya lagi pihak pengurusan Petronas telah bersetuju.
Petronas sudah pun membelanjakan lebih kurang RM30 billion. Dan kos pembiayaan pasukan Petronas-Sauber serta kos penajaan Sepang sebagai salah satu dari F1 Circuit dijangka akan terus meningkat setiap tahun. Maka timbul pertanyaan adakah berbaloi membelanjakan wang yang begitu banyak itu untuk mengiklankan negara dan Petronas?
Saya berpendapat iklan "Malaysia Truly Asia" yang disiarkan di media antarabangsa seperti BBC, CNN dan lain-lain dengan kos yang jauh lebih murah adalah lebih berkesan dalam mengiklankan negara kita Malaysia kepada masyarakat dunia. Sering di New York ke atau di London ke atau lain-lain tempat di dunia ini saya telah ditanya adakah saya dari Indonesia. Bila saya kata saya dari Malaysia ada dari mereka dengan senyuman mesra berkata "Malaysia Truly Asia".
Malah iklan "Malaysia Truly Asia" sekarang ditiru konsepnya oleh lain-lain negara seperti Indonesia dan India (iklan "Incredible India"). Mereka meniru konsep "Malaysia Truly Asia" kerana mereka mengiktiraf kejayaan iklan tersebut mempopulerkan Malaysia kepada seluruh dunia. Yang saya ingin tekankan adalah banyak lagi cara dengan kos yang sederhana untuk mempopulerkan negara kita.
Memang ada sekali sekala semasa saya berada di luar negeri saya dengar Malaysia dikaitkan dengan F1 Petronas-Sauber atau F1 grand prix di Sepang. Tetapi penglibatan kita dalam F1 itu lebih disebut secara negatif, iaitu kenapa negara kita yang masih membangun itu berlagak seperti negara maju atau negara kaya.
Malah kalau nak cakap pasal mengiklankan Malaysia, Anwar Ibrahim antara yang lebih berkesan sebagai "iklan" untuk "mempopulerkan" Malaysia. Banyak kali semasa di luar negeri bila mendapatahu saya dari Malaysia saya sering ditanyakan tentang tuduhan palsu kes liwat Anwar Ibrahim.
Saya harap salah seorang dari Ahli Parlimen PR akan membangkitkan dalam parlimen tentang penglibatan Malaysia melalui Petronas dalam F1 yang tak berbaloi tetapi lebih merupakan pembaziran itu.
Lantak lah kalau Petronas itu adalah syarikat swasta sepenunhya. Tetapi Petronas itu syarikat milek kerajaan, bermakna syarikat yang turut dimilekki oleh rakyat secara tidak langsung, dan dengan itu Petronas sepatutnya lebih beramanah dan bertanggungjawab dan tidak membelanjakan wangnya dengan sewenang-wenang.
Dengan kegawatan ekonomi dunia yang sudah pun terkena tempiasnya kepada Malaysia, eloklah kerajaan Malaysia dan Petronas berjimat dan ikut jejak Honda, iaitu menarik diri dari penglibatan dalam F1.
Tarabulsi
10 Disember 2008
Pendapat Blogadmin
There goes our money!! Public Money!! Malaysians Money!
Not 'hidung besaq' money!! Not "C4' money!!
Not 'Tok Uban' Money!!
MB Perak yang mesra rakyat
"
Saya menemani suami ke Pasir Panjang pada Hari Raya Kedua untuk menyempurnakan majlis penyembelihan qurban di dua tempat yang berbeza. Pertamanya di Masjid Kampung Sitiawan MB sendiri telah menyembelih 2 ekor lembu korban dan menyampaikan ucapan sempena Aidiladha di masjid tersebut.
Tempat kedua ialah di Surau Kampung Lekir Batu 15, Kayan di mana MB turut menyembelih seekor lembu sebagai korban dan di sini Y.B Ngeh Koo Ham selaku ADUN Sitiawan turut bersama di dalam majlis. Beliau turut bersama mendengar tazkirah di dalam surau dan melihat kali pertama dalam hidupnya lembu disembelih dan ia dilakukan oleh MB sendiri. Y.B Ngeh turut melahirkan rasa 'takjub' beliau dengan keberanian MB menyembelih lembu sambil menyifatkan ia bukan boleh dilakukan oleh semua manusia kecuali yang betul-betul ada keberanian.
http://datinserifatimah.blogspot.com/"
Pendapat blogadmin-
Dapat kita lihat betapa ada perbezaan antara MB PAS dengan MB-MB dari parti lain. Ada semacam satu kekuatan yang agak ketara dan jelas, seolah-olah keyakinan yang berlandaskan kejujuran dan ketegasan dalam menyampaikan dakwah. Dan yang pastinya akhlak Islamiyyah yang mereka bawa untuk dijadikan contoh oleh rakyat Marhaein seperti kita ini. Semoga Allah SWT membantu pemimpin-pemimpin Islam ini, Allahuakbar!
Filem Si Murtad Mewawancara Rasulullah
"Di Belanda nama Ehsan Jami cukup terkenal kerana sebagai anggota dewan bandaran, dia bersikap kritis terhadap agama Islam. Berikutan filem tentang Nabi Muhammad yang tidak jadi dilancarkan, sekarang dia melancarkan filem berjudul "Wawancara dengan Muhammad."
Filem ini dikhabarkan mengandungi hal-hal yang boleh menyinggung kalangan Muslim. Kedutaan besar Belanda di Kabul, Afganistan, misalnya memperingatkan warga Belanda di sana supaya berhati-hati. Tidak dinafikan kemungkinan filem ini akan menimbulkan reaksi keras. Benarkah demikian?
Filem "Wawancara dengan Muhammad" tidak begitu berelemen permusuhan seperti filem-filem sebelumnya. Filem yang panjangnya lima belas minit ini memperlihatkan Jami yang mewawancara Nabi Muhammad. Peranan Nabi dimainkan seorang aktor yang mengenakan tutup kepala gaya orang Badwi. Wajahnya ditutup dengan topeng kertas.
Kedua-duanya membincangkan kehidupan Nabi Muhammad. Film ini memperlihatkan Nabi yang lebih moden dan berfikiran bebas.
Membuka diskusi
Ehsan Jami mengatakan, dia membuat filem tersebut untuk membuka diskusi di kalangan Islam. Menurutnya orang-orang harus menafsirkan perbuatan Nabi secara berbeza. Paling tidak itulah harapannya, usayanya. Tapi praktiknya tergantung suara hati mereka dan reformasi.
Ini sebuah seruan reformasi Islam. Tetapi Ehsan Jami bukanlah tokoh yang dipercaya untuk melakukan seruan tersebut. Namanya dikenal setahun lalu ketika dia mengumumkan untuk mendirikan Komuniti Bekas Muslim. Ketika itu dia mengkritik keras Islam, bahkan membandingkan Nabi Muhammad dengan Hitler.
Akhir-akhir ini Jami berubah arah. Filem "Wawancara dengan Muhammad" lebih moderat dibandingkan sikap Ehsan Jami tahun lalu dan sangat berbeza jika dibandingkan engan filem-filem pengritik Islam lainnya seperti Submission, Fitna ataupun filem karikatur mengenai Nabi yang dirancang Jami sebelumnya.
Jalan keluar
Ehsan jami mengatakan sekarang dia tidak ingin menimbulkan masalah, tapi menawarkan sebuah jalan keluar. Tetapi mengapa Muslimin harus mendengar cakap seorang yang mengaku murtad?
Oleh yang demikian Jami tidak ada orang lain yang melakukannya. Dialah satu di antara sedikit orang yang benar-benar melakukan sesuatu. Ehsan Jami berharap warga Muslim Belanda akan bangkit dan memperjuangkan sesuatu yang mereka percayai, demi peradaban mereka, budaya mereka dan hak asasi mereka.
Filem Jami dilancarkan sehari sebelum peringatan Pernyataan Universal Hak Asasi Manusia 60 tahun silam. Pesan Jami bagi kaum Muslimin adalah : tempatkan humanisme di atas agama.
Pertanyaan terbesar tentu saja, berapa banyak warga Muslim yang mendengar seruannya. Walaupun pemikiran Jami sekarang lebih moderat, dia tetap tokoh yang dipermasalahkan. Dan walaupun filem ini dibuat lebih serius dibandingkan Fitna, tapi tetap melukai banyak orang Muslim yang justru ingin didekatinya.
Ehsan jami, 23 tahun adalah anggota dewan kota kecil Leidschendam-Voorburg. Lahir dan dibesarkan di Iran, Jami pindah ke Belanda bersama keluarganya ketika berusia 11 tahun. Tahun 2007 lalu Jami mengumumkan berdirinya Komuniti Bekas Muslim Belanda, bekerjasama dengan komuniti yang sama di Jerman dan Britain. Jami mengundurkan diri dari komuniti tersebut beberapa bulan kemudian.
http://satuumat.blogspot.com/2008/12/filem-si-murtad-mewawancara-rasulullah.html
Pendapat blogadmin-
Ini la akibatnya apabila mengamalkan kehidupan terlalu terbuka. Semua orang tahu Belanda merupakan sebuah negara yang paling 'Freedom" di dunia! Hampir-hampir 100% terbuka! Hatta perkahwinan sejenis juga dibolehkan. Jadi tidak mustahil seorang Islam yang tiak berpegang teguh kepada ajaran Rasulullah SAW akan hanyut apabila berada di negara bekas penjajah Melaka ini. Semoga Allah memberikan hidayah kepada 'manusia' ini agar kembali ke jalan yang benar dan menjauhkan Umat Islam yang lain daripada terpedaya dengan tipu-dayanya.
Wednesday, December 10, 2008
Usrah PAS Zon Bukit Beruntung(PASZBB) 1 - 20/11/2008(Khamis)
klik kanan untuk "open with new window'
Sunday, December 7, 2008
Sejarah Parti Islam SeMalaysia
Menyusuri 57 tahun PAS di Malaysia
Oleh Roslan Shahir
Tanggal 24 November lalu genaplah 57 tahun usia Parti Islam Se Malaysia atau PAS.Ditubuhkan pada tanggal berkenaan dalam tahun 1951 di Seberang Perai, parti itu yang diluluskan pendaftarannya pada 31 Mei 1955 dengan nombor pendaftaran 733 (Penang) telah melalui transformasi yang tersendiri, dari sebuah parti kecil yang dipandang lekeh oleh penjajah British, kepada sebuah parti yang mampu menang kerusi dalam Pilihan Raya Persekutuan yang pertama dalam tahun 1955
dan kemudiannya menawan dua buah negeri dalam pilihan raya umum pertama Malaya Merdeka pada tahun 1959, dan kini sebagai sebuah parti bertaraf nasional yang diwakili di setiap pelusuk tanahair dan diiktiraf pula diperingkat antarabangsa.PAS telah melalui perubahan nama dalam tempoh lebih lima dekad usianya dari Persatuan Islam Se Malaya (awal penubuhan), ke Persatuan Islam Se Tanah Melayu (30 November 1963) dan kini Parti Islam Se Malaysia (sejak 21 Jun 1977).
Dalam meniti usia yang demikian lama, PAS kini sudah berjaya bertapak dihati rakyat, dikenali dan diakui kehadirannya oleh setiap lapisan masyarakat dalam negara, Cina, Melayu, India dan lain-lain semuanya kenal dan mengetahui darihal PAS.
Dengan 3 orang Menteri Besar dan ADUN di setiap negeri kecuali Melaka, Sabah dan Sarawak PAS kini muncul sebagai satu tenaga politik yang disegani, dan dengan kerjasama politiknya melalui Pakatan Rakyat, PAS dan rakan-rakan kini merupakan alternatif yang sangat berupaya bagi mencabar Barisan Nasional diperingkat Persekutuan.
Sejarah politik dalam negara membuktikan tidak ada parti dibarisan pembangkang yang dapat bertahan dan kekal sebagaimana PAS. Parti Negara, Front Sosialis, IMP, MDU, NCP dan lain-lain semuanya berkubur, tetapi PAS terus benafas dan bergerak selari dengan arus perkembangan dan kemajuan rakyat dan negara.
Sumber ketahanan PAS yang memungkinkan ia terus bertahan dalam menghadapi serba kekangan, tekanan dan cabaran sudah pastilah kerana berpegang teguh pada Islam yang merupakan dasarnya sejak dari 57 tahun dahulu sehingga ke hari ini.
Allahyarham Hj Mohd Amin Yaakub, bekas AJK PAS Pusat (1979-87) di dalam bukunya "Sejarah pemerintahan PAS Kelantan 1959-1990" menyebut bahawa hukum tertinggi dalam PAS adalah kitabullah dan sunnah rasul serta qiyas dan ijmak.
Ini termaktub dan terus kekal dalam perlembagaan PAS sejak tarikh tertubuhnya iaitu pada Fasal 4(1) perlembagaannya dan sejak 1993 beralih ke Fasal 7(1), Cuma beralih pada nombor fasal namun semangat dan pegangannya terus kekal tanpa berubah atau diubah.
Inilah asas yang membezakan PAS dengan parti siyasah lain dalam negara dan inilah juga kekuatan yang terus kekal membawa PAS sepanjang 57 tahun usianya sehingga ke hari ini dan insya-Allah sampai bila-bila.
Yang berubah adalah pemimpin, apabila ada pimpinan yang mahu membawa PAS lari dari arus Islam ke arus yang lain, termasuklah kebangsaan umpamanya, yang akan tergelincir keluar bukanlah parti tetapi pemimpin itu sendiri.
PAS pernah melihat Presidennya, Setiausaha Agungnya dan pimpinan lain diberbagai peringkat lari meninggalkan PAS, namun parti ini terus kekal digantikan dengan pemimpin yang baru.
Presiden atau ketika itu Yang Dipertua Agung PAS yang pertama adalah Tuan Hj Ahmad Puad Hassan (1951-54) yang kemudiannya meninggalkan PAS kerana mahu bersama Dato Onn. Kemudiannya digantikan Dr Hj Abbas Illias (1954-56).
Diikuti Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy (1956-66), Dato Asri Muda (1966-82) yang meninggalkan PAS untuk menubuhkan parti baru Hamim dan kemudiannya menyertai Umno, Tuan Hj Yusoff Rawa (1982-89), Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor (1989-2003), dan kini Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
PAS merupakan parti Islam yang meneruskan perjuangan parti Islam yang pertama di negara ini, iaitu Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh penjajah British pada tahun 1948. PAS bukan hanya membawa dasar perjuangan parti ini malah menurut John Funston, pimpinan terkanan PAS pun ketika itu terdiri dari pimpinan Hizbul Muslimin belaka.
Demikianlah PAS jatuh bangun, menang dan kalah, bertahan menghadapi cabaran dan pancaroba sehinggakan terdapat usaha menggugurkan "Islam" yang ada pada namanya, namun PAS terus kekal, berkat doa dan pengorbanan para ulamak dan mereka yang ikhlas dalam perjuangan dan hari ini ia telah mencecah usia 57 tahun.
Inilah PAS, Parti Islam, yang telah berjaya melahirkan pimpinan yang dikagumi rakyat, pentadbiran yang bersih dan bebas rasuah, segalanya lantaran berpegang teguh pada Islam yang diperjuangkannya. Darah dan airmata mereka yang terdahulu telah ditumpahkan ke bumi bagi melahirkan PAS yang ada yang kita warisi pada hari ini.
Oleh itu berpijak pada bumi yang nyata, junjuglah dasar dan prinsip perjuangan yang sama-sama kita pertahankan ini. Ada di antara kita yang bertarung awal atas gelanggang PAS ini sudah tiada bersama kita, malah ada yang ditemani oleh burung-burung hijau di syurga menunggu kita, janganlah kita persiakan apa yang telah dibina ini.
Bahawasanya dengan sesungguhnya adalah disiytiharkan demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SE MALAYSIA", demikianlah mukaddimah perlembagaan PAS, sama-samalah kita pertahan dan perjuangkannya.
Alfatihah kepada mereka yang telah mendahului kita, Alfatihah.
(Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS)_
Salam Aidil'adha daripada PAS Zon Bukit Beruntung!
Ana mewakili seluruh saf kepimpinan PAS Zon Bukit Beruntung ingin mengucapkan
'Selamat Hari Raya Aidiladha'
kepada semua pendokong-pendokong gerakan Islam khususnya dan seluruh penduduk Hulu Selangor amnya.
Semoga pengorbanan kita selama ini dan akan datang diterima oleh Rabul-Jalil.
InsyaAllah!
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Markas Baru PAS Zon Bukit Beruntung
InsyaAllah, urusan perpindahan ke markas baru akan bermula. Buat masa ini pihak Zon sedang membuat perbincangan terakhir dengan AJK bahagian Kewangan(Bangunan) dan PIhak Tuan punya Premis yang akan disewa nanti.
Mengikut keputusan terakhir mesyuarat, kita akan mengosongkan markas lama selewat-lewatnya sebelum akhir Disember iaitu bulan ini.
Buat semua jemaah, mohon doa dan Solat Hajat kalian untuk sama-sama kita berusaha memohon petunjuk daripada Allah dan keizinan-Nya agar proses ini berjalan lancar dan selamat.
Buat yang mahu membuat sumbangan, sila hubungi Ana di nombor talian biasa.
Semoga Allah menerima segala amalan kita.
Allahuakbar!
Saturday, December 6, 2008
Assalammualaikum!! Ahlan Wa Sahlan!
1. Jadual aktiviti-aktiviti Jemaah seperti Usrah mingguan, Usrah cawangan2,
2. Berita-berita terkini jemaah dan masyarakat Bukit Beruntung/Hulu Selangor/Selangor dan lain-lain.
3. Koleksi berita dan gambar aktiviti-aktiviti berkaitan PAS Zon Bukit Beruntung dan masyarakat Setempat.
4. Koleksi Usrah Mingguan Zon dan cawangan untuk rujukan.
5. Lain2 hal yang difikirkan perlu oleh jemaah.
Ana selaku pengurus untuk blog ini mengharapkan kerjasama semua ahli jemaah untuk sama-sama kita memakmurkan lagi markas kita dan menjadikan semua aktiviti jemaah yangtelah dirancang sebagai keutamaan dalam menegakkan Agama Islam di dunia ini.
Takbir!!! Allahuakbar!!