Oleh ustnik
"Agak mual dan meluat apabila membaca 'pergeseran' yang dikatakan berlaku di antara beberapa pemimpin PAS-kecil atau besar. Isu yang agak besar atau dibesarkan di internet antaranya:
-krisis PAS Selangor dan kerajaan Selangor
-kumpulan 'Erdogan' atau promuzakarah
-cadangan Tok Guru pilih Mat Sabu calon PRK Kuala Terengganu
dan beberapa isu berkaitan.
Reaksi segera Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi cukup dimengerti, dan mesti dihayati.
Ada beberapa ulasan yang saya ingin kongsikan bersama bagi memperkasa Tarbiyyah dan adab berjemaah yang mula dipinggirkan.
1. PAS bukan hanya parti politik tapi gerakan Islam
Atas sifatnya sebagai gerakan Islam, maka ia punya ciri-ciri hebat berbanding parti politik biasa. Ciri-ciri ini mesti dihayati oleh pendokong, penyokong dan pemimpin. Kegagalan menghayati ciri-ciri ini menjadikan anda sebagai 'target' untuk melemahkan gerakan.
Fiqh Harakah dari Sirah Nabawiyah tulisan TGHH wajar menjadi santapan kembali. Usrah dan penghayatan usrah mesti diperhebat terutama di kalangan pemimpin Pusat atau yang memegang tampuk jawatan di peringkat Kerajaan Negeri PR.
Apabila dikatakan gerakan Islam, maka al-Quran dan Sunnah WAJIB menjadi pedoman, bukan cara berfikir seperti muktazilah di zaman moden.
2. Perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam jemaah
'Rambut sama hitam, hati lain-lain'. Siasah syariyah mesti diperkasa. Adab berbeza pendapat mesti diperturunkan. Internet, website, blog, portal digunakan untuk menarik massa kepada Islam dan menyokong gerakan Islam, bukan untuk mengajak 'berbalah' dan berhujah sesama sendiri. Medan yang lebih spesifik telah disediakan oleh jemaah untuk mengemukakan pandangan.
Keterbukaan tidak bermakna semuanya mesti 'ditelanjangkan' sebulat-bulatnya.
3. Tindakan tatatertib kepada mereka yang menyebar rahsia parti
Ini bukan gimik. Ini bukan main-main. Dalam sejarah Islam dan Sirah Nabi, kita ditunjuk oleh Nabi yang cukup berahsia tentang hijrah walaupun kepada Sahabat paling hampir. Nabi berkelubung di tengahari datang memberitahu Abu Bakar tentang hijrah supaya tidak diketahui oleh Musyrikin.
Teguran Ustaz Idris kena pada tempat dan masanya. Saya mencadangkan supaya diambil tindakan tatatertib kepada mereka yang memecahkan apa-apa keputusan yang dianggap rahsia oleh parti kepada mereka yang tidak bertanggungjawab-khususnya media atau SB-yang mencari peluang memporak-perandakan parti.
(Malaysiakini tolong jangan jadi batu api!)
4. PAS tak perlukan pro itu pro ini!
Kita diajar supaya Islam dan jemaah didahulukan. Pandangan boleh berbeza, tapi adalah satu perkara malang apabila perbezaan pandangan akhirnya mewujudkan istilah-istilah yang tak seronok untuk didengar.
Bertahun-tahun bagi mereka yang sudah biasa dengan usrah, tarbiyah, tamrin dan aktiviti tarbiah diajar untuk beradab dalam berjemaah. Tapi dalam jemaah seperti PAS yang terbuka untuk semua ini, pastinya cabaran sentiasa ada di hadapan, menghadapi manusia yang tiada tarbiah, media yang tiada tarbiah dan mungkin juga pemimpin yang naik tanpa tarbiah!"
http://www.tranungkite.net/v8/
pendapat blogadmin
Kita di Bukit Beruntung ini juga harus berhati-hati dengan budaya kehilangan adab ini.
Budaya berpuak-puak WAJIB dijauhkan!
Jika pernah berlaku dahulu, mari kita jernihkan dan perhebatkan melalui aktiviti-aktiviti Usrah termasuk muslimat.
Wallahualam!
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment