Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Saturday, December 27, 2008

Keadaan kesihatan Mazwandi semakin baik.

Assalammualaikum,
Berita berkenaan sahabat 'orang kuat' PAS Cawangan Rasa, Hulu Selangor. Beliau adalah Setiausaha di cawangan berkenaan yang amat dikenali dengan kerajinan dan ketabahan terutama di dalam menguruskan blog PAS Cawangan dan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Saudara Mazwandi Mustaffa dimasukkan ke ICU HKL selepas pengsan dan telah disahkan menghidapi jangkitan kuman di dalam otak!
Bagaimanapun, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, berita terbaru yang ana terima daripada Isteri beliau, beliau telahpun sedar dan kini ditempatkan di Bahagian Neurologi, Tingkat 2, Wad 5B, Hospital Kuala Lumpur.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar pejuang Islam ini cepat sembuh dan meneruskan perjuangan bersama-sama dengan jemaah Islam PAS didalam menentang kemungkaran dan kemunafikan pemerintah Malaysia kini.

Kepada yang berkelapangan, silalah melawat beliau di HKL seperti yang tertulis tadi. Semoga kehadiran kita semua akan dapat meningkatkan semangat beliau untuk sembuh dan berjuang.

"Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Pemurah,Maha Mengasihani,Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Kau lapangkanlah dada-dada keluarga sahabat kami ini Ya Allah di dalam menghadapi ujian yang Kau berikan. Ya Allah, Sesungguhnya kami amat lemah dan tak terdaya di dalam kehidupan ini melainkan kekuatan yang Kau berikan kepada kami. Istiqamahkan lah hati sahabat kami ini dan keluarganya. Sembuhkanlah dia sebagaimana pernah Kau menyembuhkan Nabi-Mu Ayub Alaihissalam, Selamatkanlah dia sebagaimana pernah Kau menyelamatkan Nabi-Mu Yunus Alaihissalam kerana hanya kepada-Mu lah kami memohon dan kepada-Mu lah kami akan kembali, Amin Ya Rabbal 'alamin"

-Setiusaha PAS Zon Bukit Beruntung.

No comments:

Related Posts with Thumbnails