Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Saturday, December 13, 2008

Adun Sijangkang khatankan 39 kanak-kanak

Mohd Khalil Abdullah
Sat | Dec 13, 08 | 11:43:48 am MYT

JENJAROM, 13 Dis (Hrkh) - Wakil rakyat sunatkan kanak-kanak? Seramai 39 'anu' kanak-kanak disunat sendiri Adun?

Demikian istimewanya Ahli Dewan Undangan Negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi yang jarang ditemui di kalangan Yang Berhormat di negara ini.

Seawal jam 7.45 pagi tadi, Dr Yunus telah siap berpakaian dan turun padang ke Kampung Sungai Rambai.

Jika wakil rakyat lain, pasti program yang disertai adalah majlis gotong royong, majlis perkhawinan, perasmian perlawanan bola sepak atau merasmikan majlis berkhatan.

ImageTetapi untuk Dr Yunus, beliau mempunyai 'misi khas' yang tersendiri pada pagi ini iaitu untuk mengkhatankan seramai 39 orang kanak-kanag di Kampung Sungai Rambai.

Majlis yang dimulakan dengan perarakan peserta berkhatan di pekarangan Masjid Al-Firdaus Kampung Sungai Rambai, Jenjarom itu telah disertai oleh seramai 39 peserta dan dihadiri bersama para penduduk di taman-taman perumahan dan kampung yang berdekatan.

Dr Yunus yang berucap dalam perasmian majlis Program Berkhatan Beramai-ramai Kampung Sungai Rambai itu berkata, inisiatif yang dianjurkan bersama oleh pihak JKKK kampung berkenaan bersama Pusat Zakat Selangor wajar diteladani.

Menurutnya, program seperti itu wajar diteruskan kerana ianya amat baik dan menjadi penghubung dalam mengeratkan silaturahim di antara penduduk setempat.

"Selain itu, program ini juga diharap menjadi salah satu aktiviti yang dapat menyumbang kepada pengisian aktiviti anak-anak yang sedang bercuti sekolah.

"Kita tidak mahu anak-anak yang sedang bercuti menghabiskan masa dengan kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah,"jelasnya yang bimbang dengan keadaan generasi anak-anak di zaman ini.

Dalam pada itu, Dr Yunus juga berharap, masjid dapat dijadikan sebagai pengerak untuk mendekatkan ahli-ahli kariah di kawasan persekitaran dengan wujudnya program-program seperti itu.

Pemilihan Masjid Al-Firdaus Kampung Sungai Rambai sebagai permulaan acara sambutan dan perarakan majlis berkenaan dianggap oleh Dr Yunus sebagai pusat transformasi masyarakat yang membawa masyarakat sekitar mendekati masjid.

Tambahnya, di zaman rasullullah s.a.w. masjid dijadikan sebagai institusi yang mengerakkan pelbagai aktiviti masyarakat dan tidak tertumpu kepada soal mendirikan solat semata-mata.

"Inilah yang wajar kita ikuti dan teladani,"katanya.

ImageSementara itu, terdahulu dalam ucapan aluan, Ketua Kampung Sungai Rambai, Haji Mazlan Masri telah melahirkan rasa syukurnya kerana pihak JKKK telah berjaya menganjurkan majlis tersebut.

"Alhamdulillah, walaupun JKKK baru sahaja dilantik namun dengan usaha yang kuat, semua pihak termasuk penduduk kampung ini telah dapat mengadakan program ini,"jelasnya.

Beliau melahirkan harapan, di masa akan datang pihak JKKK akan dapat terus mengadakan program tersebut secara tahunan dan akan berusaha untuk melibatkan lebih dekat lagi kampung-kampung di sekitar kawasan tersebut.

Majlis berkhatan yang diadakan di Balai Raya Taman Rambai Indah, Kampung Sungai Rambai itu, turut meriah apabila pelbagai lapisan masyarakat turut hadir dan memberikan sokongan.

ImageSalah seorang hadirin yang merupakan datuk kepada peserta majlis tersebut, Sulaiman Hj Jaafar,67, berkata sememangnya majlis seperti itu ditunggu-tunggu oleh para penduduk.

"Walaupun zaman berubah, tetapi istiadat berkhatan tidak dilupakan.

"Kalau dulu kita guna batang pisang tetapi sekarang dengan dunia serba baru kita hanya perlu 'clamp' sahaja...jimat,"jelasnya apabila ditinjau oleh Harakahdaily selepas majlis perasmian di hadapan balai raya.

Tambahnya, tidak salah dengan kaedah moden,asalkan membawa kebaikan dan dibuat mengikut syariat tidak mengapa.

Sementara itu, Dr Yunus yang ditemui dalam bilik perawatan yang disediakan oleh urusetia majlis berkhatan berkata, kaedah berkhatan yang akan dibuatnya adalah mudah dalam dunia perubatan masakini.

"Budak-budak tak perlu jahit.Tak rasa sakit macam dulu.Pakai 'clamp' aje.Dan tiada 'bleeding' yang banyak,"jelasnya.

ImageDalam pada itu, salah seorang peserta, Radin Muhammad Hazwan Radin Hannan,9, yang ditemui memberitahu dirinya berasa gembira dengan majlis yang sedang berlangsung itu.

"Tak takut, seronok. 'Best'...adik tak takut...dapat buat ramai-ramai (berkhatan beramai-ramai).

"Tak rasa pun...rasa kebas sikit,"jelasnya tersenyum sambil melangkah keluar setelah dikhatankan oleh Dr Yunus.

Majlis yang berlangsung di Balai Raya Taman Rambai Indah itu disertai seramai 39 peserta dan dikunjungi lebih 100 ibu bapa serta para penduduk sekitar.

Suasana majlis yang meriah dengan lebih enam buah khemah itu,bagaikan suasana majlis perkhawinan apabila diadakan perarakan bunga manggar,berkompang dan ramai 'penanggah' yang bertungkus lumus menghidangkan makanan kepada hadirin.


Pendapat Blogadmin

Alhamdulillah, memang hebat-hebat pimpinan PAS kita.

Baru sahaja kita lihat bagaimana MB Perak sendiri menyembelih lembu korban, kini ADUN PR Sijangkang pula "menyembelih" khatan!

No comments:

Related Posts with Thumbnails