Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Friday, December 12, 2008

Keadaan Iskandar stabil dan perlu rehat, kata isteri

Harakahdaily
Thu | Dec 11, 08 | 7:39:45 pm MYT


KUALA LUMPUR, 11 Dis (Hrkh) - Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor yang juga ahli Exco kerajaan negeri, Iskandar Abd Samad yang dimasukkan ke hospital Selangor Medical Centre petang tadi kerana masalah jantung kini berada dalam keadaan stabil.

Perkara tersebut disahkan oleh isterinya, Salasiah Zakaria sewaktu dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Sementara itu, menurut blog Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan SMS, Adun Chempaka itu masih dalam pemerhatian pakar di wad ICU hospital berkenaan.

Jelas Roslan, menurut pegawai khas Iskandar, Rosli Abidin, Iskandar yang pagi tadi menghadiri majlis Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Selangor di istana telah pergi ke SMC apabila mendapati keadaannya lemah dan kepenatan.

Di sana pihak hospital mendapati degupan jantungnya laju dan telah mengejarkannya ke ICU untuk pemerhatian dan kini beliau masih berada di sana namun dalam keadaan selamat dan boleh bercakap. - mns_


Pendapat blogadmin

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga pimpinan kita segera sembuh dan kembali memimpin jemaah PAS dan rakyat Selangor amnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails