Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Saturday, March 7, 2009

Aktiviti Kerajaan Negeri disertai oleh Unit Amal Hulu Selangor


Sg. Tengi,Jumaat,6 Mac 2009- Unit Amal Hulu Selangor telah menghantar 10 orang ahli ke aktiviti "Program Mendekati Rakyat-Dato' Dr. Hassan Ali" disini malam tadi.

Ahli-ahli Unit Amal tiba kira-kira jam 9.15 malam dan disambut oleh 2 orang ahli yang sedia menunggu di Dewan Serbaguna Felda Sg. Tengi. Selepas diberikan sedikit taklimat, ahli-ahli telah dijemput untuk menikmati makan malam dan seterusnya menjalankan tugas yang telah diamanahkan iaitu memantau seluruh kawasan ceramah dan sekitarnya. Oleh kerana tugas-tugas kawalan keselamatan jalanraya dan trafik telah diuruskan oleh pihak RELA dan Polis, maka tugasan ahli menjadi lebih mudah.

Kehadiran orang ramai agak memberangsangkan, sesuai juga dengan status 'biru pekat' kawasan tersebut. Penceramah pertama pada malam tadi adlah Sdr. Hanipa Maidin, Ketua Lajnah Guaman & Undang-Undang PAS Pusat dan juga peguam yang terlibat secara langsung dengan isu Krisis Perlembagaan di Perak. Ceramah yang penuh semangat dan fakta-fakta berkenaan undang-undang sesuai dengan statusnya sebagai Peguam.

Selepas itu, Dato' Dr. Hassan Ali selaku Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor menyampaikan ucapan. Beliau juga adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Sebelum itu beliau terlebih dahulu meyampaikan bantuan kepada fakir-miskin melalui Pusa Zakat Selangor kepada beberapa orang asnaf. Bantuan dalam bentuk kewangan untuk membantu asnaf-asnaf terbabit memulakan kehidupan yang lebih baik.

Ceramah tamat kira-kira jam 12 malam. Semua ahli Unit Amal perlu pulang untuk persediaan ke Perhimpunan 100 rakyat di Kuala Lumpur esok!

S/U PASZBB.

Nota- Maaf, ana tidak mempunyai kamera, jadi tak dapat nak sertakan gambar-gambar disana!

No comments:

Related Posts with Thumbnails