Assalammualaikum...
Teman teringat pengalaman di Kuala Terengganu semasa membantu PAS Terengganu di dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu bulan Januari lalu. Betapa besarnya peranan Harakah didalam menyebarkan maklumat kepada rakyat khususnya pengundi-pengundi setempat.
Teringat teman sewaktu mengedar Harakah selepas Solat Jumaat di sebuah Masjid besar di Dun Ladang sehari sebelum hari keluar mengundi PRK tersebut. Ada pertanyaan daripada jemaah yang menerima edaran tersebut, "Harakah ada bang?" soalannya walaupun baru sahaja menerima sebuah akhbar PR yang lain.. bukan seorang tetapi ramai yang bertanyakan Harakah setelah kami kehabisan Harakah keluaran terbaru untuk diedar.. Yang tinggal hanyalah akhbar PR yang lain dan beberapa lagi jenis edaran seperti amanat Tn Guru Nik Aziz dan sebagainya.
Begitulah hebatnya penangan Harakah yang sebenarnya amat-amat digeruni oleh musuh-musuh PAS dan PR amnya. Dan inilah yang amat perlu ditangani oleh pemimpin-pemimpin BN yang tika ini dimana mereka telah kehilangan segala senjata yang dulunya kelihatan ampuh menembusi jiwa dan pemikiran rakyat tetapi kini seolah-olah rakyat telah 'immune' dengan itu semua.
Dan kini apabila PRK kembali dengan 3 tempat yang sebenarnya amat menggerunkan BN, mahu tidak mahu mereka terpaksa menghentikan media PR yang paling ampuh iaitu Akhbar! Memang PR mengusai internet tetapi peratusan rakyat yang mempunyai dan memahami internet ini amat sedikit! Agak mustahil pakcik dan makcik di kampung-kampung memahami apa itu Harakahdaily.net, TKO, Al-Banjari, Perisik-Rakyat, tukartiub dan sebagainya. Harakah inilah yang telah sekian lama menyusup masuk ke dalam jiwa dan pemikiran rakyat marhaen baik di bandar mahupun di desa. Bagi penulis sendiri, sudah sekian banyak rakan, jiran dan sahabat-handai yang menjadi penyokong dan pendokong PAS lantaran dihulurkan Harakah oleh penulis!
Di kotak pemikiran pemimpin BN terutamanya Najib dan gerombolan, tidak dapat dibayangkan sekiranya mimpi ngeri seperti yang berlaku di Kuala Terengganu baru-baru ini dimana Fikrah Harakah telah dicetak dan diedar malah mendapat sambutan yang hangat diseluruh pelusuk Parlimen Kuala Terengganu!! Belum lagi dikira berita-berita tajam dan jelas oleh Suara Keadilan disamping Roket yang menusuk dan menyedarkan sebilangan rakyat Cina dan India!
Cuma.. seharusnya pimpinan BN terfikir sekarang.. adakah ini sahaja kemampuan mereka?? sekadar menutup mulut media alternatif?? adakah menjamin kemenangan?? atau inilah racun yang akan mempercepatkan lagi mereka ditalqinkan???
PASZBB
No comments:
Post a Comment