
Di dalam masa yang sama, PR kini semakin mantap walaupun pada mulanya agak meragukan ketika Pilihanraya Kecil di Kuala Terengganu angkara isu hudud cuba dipermainkan. Apa yang telah terjadi di Perak baru-baru ini satu bukti nyata menunjukkan orang-orang Melayu berugama Islam khususnya teramat senang dengan kepimpinan YAB Ir Nizar. Meskipun tuduhan sebelum ini oleh Umno mengatakan YAB Ir Nizar adalah MB boneka kepada DAP atau kaum Cina ternyata meleset. Perhimpunan rakyat di merata-rata tempat di Perak semenjak YAB Ir Nizar mengambil alih kerajaan Negeri Perak sehinggalah krisis di Perak bermula sehingga kini majoriti yang hadir bersama YAB Ir Nizar adalah kaum Melayu. Ini adalah bukti jelas bahawa beliau disokong kuat oleh rakyat di Negeri Perak terutamanya oleh orang-orang Melayu dan disukai juga oleh kaum-kaum lain.
Mengapa rakyat di Perak terutamanya dari bangsa Cina seolah-olah tidak peka kepada apa yang berlaku di Perak sekarang ? Jawapannya jelas, mereka tidak mahu terlalu ke hadapan di dalam menunjukkan sokongan kepada YAB Ir Nizar kerana krisis yang berlaku di Perak sekarang telah mengheret Istana bersama. Kaum Cina faham, betapa sensitifnya orang-orang Melayu terhadap institusi beraja walaupun Raja atau Sultan itu adalah hak semua kaum. Mereka menyedari bahawa YAB Ir Nizar berada di landasan yang betul tetapi mereka terpaksa menyokong MB dari PAS ini dari belakang. Begitulah betapa kaum Cina di Perak menjaga hati dan perasaan kaum Melayu yang lain. Kita tidak boleh bayangkan jika kaum Cina juga terlibat semasa perhimpunan di hadapan Istana tempohari. Sudah tentu Umno khususnya melalui media-media mereka akan memainkan isu perkauman atau penderhakaan terhadap Sultan dengan lebih hebat lagi.
Apa pun, majoriti rakyat Perak tetap berada di belakang PR kerana lebih kurang 10 bulan YAB Ir Nizar memimpin Kerajaan Perak, ternyata Negeri Perak berada di dalam keadaan aman dan damai. Apakah setelah apa yang berlaku sekarang dalam beberapa minggu ini rakyat Perak merasa seperti 10 bulan yang lalu juga? Begitulah keadaan dan hikmah yang ditunjukkan oleh Allah kepada seluruh rakyat Perak perbandingan di antara pemimpin yang direstui dan diredhai oleh rakyat dengan pemimpin yang rakyat sendiri enggan mengiktirafnya. Moga-moga keadaan malang ini tidak berlanjutan lama kerana sudah pasti rakyat Perak akan berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan negeri mereka kepada yang hak.
Moderator
InsyaAllah, doa insan teraniaya tiada hijab dengan Allah SWT. Yang benar pasti akan menang. Islam Pasti akan menang, cuma pengisiannya adalah ujian daripada Allah SWT kepada hamba-hambanya yang terpilih!
No comments:
Post a Comment