Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Sunday, March 1, 2009

Seorang Jemaah PAS ZBB Meninggal Dunia


28 Februari 2009, Sabtu - Seorang ahli jemaah PAS Cawangan Taman Bunga Raya Teratai, Zulkifli Bin Man,32, telah meninggal dunia di Hospital Selayang petang tadi jam 5.50 petang. Allahyarham yang menghidapi komplikasi hati telah dimasukkan ke wad pada Hari Isnin dan dimasukkan pula ke wad HDW dan pada hari Khamis dimasukkan ke wad ICU hospital tersebut.

Allahyarham yang meninggalkan seorang balu dan dua orang anak adalah antara ahli yang agak aktif dalam PAS cawangan dan dijangka akan menjadi pengerusi mesyuarat Cawangan pada 1 Mac 2009. Seorang pekerja Perodua yang dikenali dengan dedikasinya terhadap tugas, pengebumiannya dihadiri oleh ramai pekerja-pekerja Perodua termasuk pihak pengurusan. Jenazah beliau tiba di Surau Ali Bashah Taman Bunga Raya Teratai kira-kira jam 9.30 malam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung kira-kira jam 1.30 pagi malam itu juga.

Turut hadir di Tanah Perkuburan adalah Setiausaha PAS Kawasan Hulu Selangor, Haji Idris dan Ketua Dewan Ulama' PAS Kawasan Hulu Selangor, Ustaz Wan Shamsuddin yang juga Pengarah PAS Zon Bukit Beruntung. Ketua PAS Cawangan Taman Bunga Raya Teratai, Wan Ismail juga turut membantu menguruskan jenazah bermula dari Hospital hingga ke pengebumian.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke tas roh Allahyarham dan memberikan kita kesedaran bahawa inilah noktah dalam usaha mencari keredhaan Allah SWT iaitu kematian. Apakah persiapan kita? Al-Fatihah buat Allahyarham Zulkili Bin Man. -SU PAS ZBB

No comments:

Related Posts with Thumbnails