Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, March 23, 2009

Lelongan plak demokrasi mencatat sejarah!

Oleh ajijoi
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3850

"

IPOH (22.3.09): Acara lelongan 5 keping serpihan plak demokrasi yang berlangsung dibawah pokok sena tersebut telah berjaya mengutip melebihi RM42,000. Bidaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk membeli dan menyimpan plak demokrasi sebagai tanda kenangan.


Lelongan yang dibuka untuk bidaan bermula daripada RM500 untuk satu serpihan plak tersebut telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Plak yang pertama telah dibida sebanyak RM6,800 manakala harga tertinggi diperolehi melalui plak yang kelima dengan nilai RM17,000.

Hampir 200 orang telah berkumpul dibawah pokok demokrasi tersebut untuk menyertai lelongan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Kehadiran Menteri Besar DS Nizar menyerikan lagi acara lelongan tersebut. DS Nizar menyatakan didalam ucapan ringkasnya bahawa demokrasi perlu sentiasa ditegakkan seluruh rakyat Perak.

Acara lelongan plak diadakan bagi mengutip sejumlah wang untuk mendirikan sebuah plak demokrasi yang lebih besar dan teguh dibawah pokok sena setelah pihak yang tidak bertanggungjawab memecahkan plak tersebut dan seterusnya diruntuhkan sepenuhnya oleh MBI.







moderator
Sokongan daripada rakyat Perak terutama dari kaum cina jelas kelihatan dengan kesanggupan mereka membeli plak-plak tersebut... Geng-geng Zambri MBH mesti menyesal tak buang terus plak-plak tu masa depa rosakkan minggu lepas!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails