Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Saturday, March 7, 2009

Sambutan 'Setahun Pakatan Rakyat Hulu Selangor-Sg.Tengi




Sungai Tengi,Sabtu,7 Mac 2009- Sambutan Setahun Pakatan Rakyat Hulu Selangor disini pagi ini disambut meriah walaupun agak sederhana. Seawal pagi petugas-petugas Pakatan Rakyat-PAS Hulu Selangor telah memulakan kerja walaupun jauh disudut hati masing-masing meronta-ronta ingin menyertai "Perhimpunan 100Ribu rakyat menentang PPSMI" di Kuala Lumpur!!!
Bagaimanapun, ini juga adalah satu aktiviti yang penting selain ianya telah dirancang lebih awal.

Tuan Hj Abdul Wahid Basri selaku Ahli Majlis dan Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Selangor telah menunjukkan komitmen beliau yang jitu apabila sudi meluangkan masa menghadiri aktiviti ini.

Bemula dengan senaman ringan dan diikuti dengan acara pertama iaitu Larian Amal-Merentas Desa. Begitu terhibur dan bangga melihat gelagat anak-anak yang berlari merentasi kampung mereka. Ada yang berkasut, ada yang berselipar alah ada yang hanya berkaki ayam!!!

Golongan veteran pun tak kurang hebat apabila turut meyertai Larian Amal ini walaupun lebih banyak berjalan daripada berlari!! ssuai dengan fitrah manusia,
Sementara itu di Gelanggang Futsal pula berlangsung liga Futsal yang disertai oleh pasukan-pasukan dari Sg. Tengi dan kawasan sekitarnya.

Antara acara yang diadakan di padang bolasepak awam adalah seperti lari dalam guni(mereka melompat ala-ala Ibrahim Ali,Osman Jailu dan Jamalludin posmen!) untuk kanak-kanak dan orang dewasa, tiub belon sampai pecah, berjalan atas bata, rebut gula-gula, basikal lambat, mewarna, mengayam ketupat untuk wanita, dan acara paling meriah adalah tarik tali veteran!

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan leh YDP dan semua peserta kelihatan amat berpuas hati kerana semua orang mendapat hadiah!!!



Suasana pagi - persediaan


Kehadiran kanak-kanak mula dirasakan


Berbaris untuk mendaftarkan diri untuk menyertai pelbagai acara


Antara hadiah yang disediakan penganjur


"errr..pakcik, nak masuk tarik tali??" mungkin itu soalan anak-anak ini..


Acara Senaman Ringan ala-ala 'TAISHO" oleh wakil Perodua!


Gaya larian Juara!..ehhhh?? berkaki ayam??? fuh!!


Diikuti oleh Naib Juara,ketiga,keempat..5..6..7..8..9



Juara muslimat!




"dulu-dulu setakat 4-5 km ni senang2 aje wak lari!" ujar Wak Selamat kepenatan...


'Ishh.. aku ni depan sekali kebelakang sekali?? senyap je nih?"



Tiga peserta terakhir.. dinanti dengan setia oleh Ketua Unit Amal Hulu Selangor

"macam mana nak joint Unit Amal nie?? 2 KM = 1 jam 1/2???" ujar Zali kekeliruan.


Suasana di Gelanggang Futsal


Mana refree nye nih? dah tak sabar nak nyepak nih!


Oi! oi!.. aku belum tiup wisel ko dah start!!! -Refree



'Orang Kuat Sukan' PR Hulu Selangor - 2 pendekar dari Bukit Beruntung



Pertandingan mewarna baru sahaja bermula...



errkkk! sempat 'posing' dulu tengah-tengah mewarna...



Muslimat sedang sibuk melayan anak-anak...



Laaa.. ada lagi yang belum sampai ke garisan penamat rupanya!

(berkaca mata)hehehehe


"arrgghh!!! dah besar ke belum belon aku tiup ni.. tak berani laaa.."


"awat tak meletup-letup nih?"



Diwaktu ini semua kanak-kanak perempuan sedang melarikan diri..

ehh?? mana KP?? laaaa.. lari jugak!!



Diwaktu gambar ini di'snap' oleh SU PASZBB, beliau sedang berlari sekuat mungkin menuju ke KP yang sedia menyorok!


Hanya Pak Syeikh ini sahaja yang berani.. 'dalam hati siapa yang tau..."hehehe



Hebat... ketika ini SU PASZBB & KP masih tidak kelihatan! takut lagi ke?

belum bunyi senapang lagi syeikhhhh!!


Bukti mereka melarikan diri!!!



Ketua Unit Amal Hulu Selangor bersama YDP PAS Kawasan


Gaya bersahaja peserta mewarna...


"siapa tak puas hati kena pakai guni plastik??""saya pakcik!"



"plastik pun plastiklah.... janji laju!"


Lari dalam guni dewasa??


Wak baju biru-

"aku plan nak 'ngeteh' kat warung..cemane leh kena masuk dalam guni pulak nih?"



Accident lak!


"errkkk..macam mana nak keluar nih??"



"anak-anak, bila besar jangan merempit pulak!"


Kata siapa last menang..apsal semua sibuk nak sampai dulu ke line penamat??



Tarik tali je.. jangan tarik seluar orang depan!



Yang pemain condong badan faham laa..

yang jurukamera pun condong badan gak apsal?? hehehe


KP sedang menjalankan tugas sebagai Pengacara merangkap Pengadil...
Sedikit rakaman peristiwa hari tersebut.. buat kenangan...










No comments:

Related Posts with Thumbnails