Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Thursday, November 5, 2009

F1 1Malaysia, Toyota & Moral Bonus!


Wah! Toyota yang diakui paling hebat di dunia dari segi penjimatan dan disiplin perkilangan pun akhirnya surrender dari menyertai F1!
Malangnya PM 1 Malaysia, disebabkan nak memenuhi impian peribadinya (1Malaysia) sanggup pulak bersedia membazirkan wang rakyat untuk joint F1 dengan enjin ntah apebendenye tah!

Kesian kakitangan kerajaan, minta bonus, Najib tuduh tak bermoral! bila time pilihanraya, tak undi BN karang kena tukar jauh dari kampung! yang dok Putrajaya kena transfer ke Ulu Yam!
Nasib korang la pekerja 'gomen' oiii!!
Kami yang keje swasta ni tak yah tanya laaa..
dah lama jadi 'tak bermoral'!!!

sunsnake 5.11.2009

Pasukan F1 1Malaysia

Pasukan 1Malaysia F1 Team, usaha sama kerajaan dan swasta negara ini, akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini. Perdana menteri berkata projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia.

Najib yang juga menteri kewangan I memberitahu pemberita ketika membuat pengumuman itu di Kementerian Kewangan berkata tokoh korporat terkemuka seperti Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun dan SM Nasarudin SM Nasimuddin turut terlibat dalam inisiatif tersebut. “Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, diuji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata pasukan 1Malaysia itu akan mengenal pasti pemandu Malaysia yang sesuai, sambil menambah, projek tersebut dapat meningkatkan imej negara di persada antarabangsa. Najib berkata Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah menerima permohononan Malaysia untuk menyertai kejohanan F1 dunia tahun depan. Ditanya berhubung jumlah bajet tersebut dan pelaburan kerajaan, Najib berkata “pelaburan kerajaan Malaysia adalah melalui Proton”.

Najib menyifatkan projek itu tidak membazir kerana ia akan memberi elemen pemasaran yang besar pada negara apabila menyertai kejohanan F1 itu. “Kalau kita nak eksport Proton, kita kena tentukan jenamanya mantap, ada elemen pemasaran yang mantap. “Ia bukan kegiatan sukan semata-mata kerana ada unsur pemasaran untuk Proton dan Malaysia serta jenama Air Asia dan Naza juga dapat dipopularkan,” katanya.

sumber - bernama


Toyota says sayonara to Formula One (Updated)

November 4, 2009 | 8:27 am

Toyota2 In the wake of one of its more competitive seasons in Formula One, Toyota announced today it would no longer compete in the globetrotting racing series.

The cost-cutting decision by the world's largest auto manufacturer comes after the company posted its largest financial loss earlier this year. Toyota failed to win a grand prix in its eight seasons in Formula One and actually apologized to its fans for its limited success.

Toyota's exit makes it the third auto manufacturer to leave the sport in less than a year. Last December, Toyota's Japanese rival, Honda, withdrew from F1. BMW competed in its final grand prix Sunday, and on Monday, Bridgestone announced it would no longer supply tires to the series after 2010.

[UPDATED 11:23 a.m.: Renault reportedly is considering to pull out of Formula One.]

Salah Di Segi Moral Untuk Meminta Bonus - Najib

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri berkata adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.

"Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu Ceupacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular di kalangan ahli anda," katanya.

sumber - budakbalun

No comments:

Related Posts with Thumbnails