Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Wednesday, November 11, 2009

Siapakah yang punya angkara? UMNO?

Selain melaga-lagakan mereka dalam media, pihak lawan juga menggunakan risalah dan sebaran lain untuk melaga-lagakan pemimpin PAS itu.

Ia dipercayai bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS di mata umum, kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali.

Menurut Lo’ Lo’, kakitangan pejabat beliau menemui banyak risalah yang disebarkan di merata-rata tempat dalam kawasan Parlimen yang diwakili beliau iaitu Titiwangsa.

Antaranya, poster dan risalah itu di gantung dan bertaburan atas jalan di Keramat dan sekitar.

Poster itu berbunyi ‘PAS pecahbelahkan Melayu’ dan ‘Anwar mainkan PAS’.

Untuk pecahbelahkan Melayu, poster haram tanpa penerbit itu memaparkan gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Risalah Anwar mainkan PAS pula memaparkan gambar Abdul Hadi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Mereka cuba pecahkan kita,” tulis Dr Lo’ Lo’ dalam pesanan ringkasnya kepada Harakahdaily.

No comments:

Related Posts with Thumbnails