Salam,
Tadi on the way membawa anak kecik teman ke Klinik Kerajaan Serendah.. ternampak pulak banner "Happy Deepavali" berhampiran kuil Hindu besar di simpang ke Sungai Buaya.
Wah! siap ada gambor YB Batang Kali(UMNO) siap berpakaian 'dhoti' lagi!
Hebat.. dan teman tak nampak pun ada banner sedemikian rupa daripada PAS dan sekutunya..
hmm.. nampaknya bersungguh benor UMNO-BN mahu kembali memenangi hati kaum India yang majoritinya beragama Hindu di Hulu Selangor ini.
Teringat teman sewaktu berkempen di Bagan Pinang awal bulan lepas. Bukan main hebat dan pelbagainya aktiviti kempen kami(PAS) di Ladang Bradwall. Apa yang tak kami buat?
hatta 'kari kambing' pun kita adakan! Siap dengan perlawanan bolasepak dengan budak-budak India estet tersebut. Siap dengan hamper-hampernya. Aiskrim percuma bukan setakat untuk budak-budak, malahan bapak budak pun turut merasa keenakan Ais krim sumbangan pemuda PAS tersebut. Alhamdulillah..
Namun PAS tetap kalah di UPU ladang tersebut! Allahuakbar! apa lagi yang perlu dibuat? Apa lagi yang perlu dilaksanakan bagi memenangi hati mereka? Apa lagi? Apa lagi?
Sudah tiba masanya PAS meleburkan segala permasalahan yang berlaku secara 'dalaman' sekarang! Ini bukan masanya untuk sibuk menjatuhkan sesama ahli tak kira ahli tersebut bergelar YDP,Pesuruhjaya mahupun Presiden!! Ini masa untuk membuat kerja!
Kita sedia maklum betapa mewah dan mudahnya UMNO-BN jika mereka mahu bergerak melakukan kerja-kerja 'kempen' mereka. Tak kira la kempen itu secara halal mahupun secara haram! Mengapa kita masih 'merasakan' bahawa kita masih lagi menjadi pilihan rakyat bukan melayu di Selangor ini? Bukankah jelas bahawa semakin kelihatan tanda-tanda PAS bakal kehilangan 'sokongan' mereka yakni bukan melayu ini? Selama mana mereka boleh menyokong kita sekiranya kita masih sibuk dengan 'aktiviti' dalaman yang bukan sahaja menyesakkan mereka malah kita yang dok di dalam ni pun 'sesak' dengan pelbagai teori dan ideologi!
Rayuan teman buat semua ahli-ahli PAS. Marilah kita kembali fokus kepada tujuan sebenar.. Teman yakin, riak-riak atau kocakan didalam parti ini akan kembali pulih cuma persoalannya berapa lama tempoh yang kita perlukan? UMNO-BN sekarang ini semakin aktif terutamanya di Dalam Parlimen Hulu Selangor ini! Melalui blog-blog mereka dapat teman melihat berapa aktifnya mereka dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seolah-olah mereka baru sahaja terjaga daripada lena yang panjang! Adakah mungkin mereka telah benar-benar menyedari akan kesilapan mereka? tidak! namun mereka sebenarnya sedang 'berlakon' seolah-olah mereka telah insaf dan mennyedarinya.
Mampukah kita melihat mereka kembali berkuasa di Selangor ini hasil daripada 'lakonan' mereke sekarang ini? Kita amat yakin dengan perjuangan PAS ini.. dan mana mampu kita melihat segala hasil usaha dan kepercayaan yang diberikan oleh majoriti rakyat Selangor ini musnah selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti?
Jika suatu ketika dahulu kita dilihat juara dalam membantu masyarakat setempat didalam keadaan kita belum berkuasa, mengapa kini didalam keadaan kita berkuasa, kita dilihat seolah-olah terikat kaki dan tangan? Mengapa sikap 'seperti masih menjadi pembangkang' terlalu menebal?
Jangan esok kita benar-benar menjadi seperti peribahasa popular "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
sunsnake 3.11.2009
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
1 comment:
Assalamualaikum
Jika Pas diberi pelbagai kemudahan dan berada digelangang samarata macam mana didapati oleh BN.Sudah pasti Bn dikuburkan diBagan Pinang tapi yang berlaku sebaliknya.Untuk pendek cerita kita tanya berapa banyakkah jumlah cawangan Pas yang wujud disana,bagi setiap kawasan,kampong,taman perumahan atau ladang.Amat malang sekali jumlahnya sedikit.Kesan daripada kekurangan inilah antara faktor membuatkan masyarakat sana kurang bermesra dan kenali akan parti Pas ini.Disinilah permulaannya untuk kita bersama dengan mereka khususnya para pengundi.Dengan adanya cawangan banyak lah program atau aktiviti boleh dijalankan mengikut keutamaan dan kesesuaian penduduk tempatan.Ana setuju dengan penulis perlu wujudnya sikap yang lebih positif.Antara lain jauhkan diri dari sikap penakut dan segan tak bertempat.
Post a Comment