Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Thursday, November 5, 2009

Melayu, judi dan .... Islam di Bukit Beruntung!

Gambor hiasan je ni tau!

Salam..

Semalam teman demam, seperti biasa teman ke klinik untuk mendapatkan pengesahan 'kedemaman' teman iaitu sekeping kertas bodoh bernama MC. Sebaik sahaja mendapat MC, teman terus bergerak menuju ke Kedai Cik Gayah Nasi Ayam di Bandar Bukit Sentosa ini. Sambil buat turn di tepi Kedai Pakaian SAKAN, teman tersentak buat kali yang ke-8 apabila melihat begitu ramai melayu yang memenuhi kedai nombor ekor Sport ToTo di sebelah SAKAN tersebut!(kedai tu takde kena mengena dengan tilam toto tau!)

Wahh!! Bukan main meriah! siap ada yang bertepuk tampar sesama sendiri kegembiraan! Mungkin membualkan bagaimana nak mengisi masa lapang di neraka besok kot?

Sebenarnya minggu lepas pun teman dah melihat senario yang sama di kedai yang sama.. malah ada satu lagi kedai judi nombor berhampiran markaz PAS baru pun lebih kurang jugak! Minggu lepas sewaktu teman dok tunggu bini dan anak teman membeli kasut sekolah anak yang sulung di Kedai SAKAN tersebut, tiba-tiba hujan turun dengan begitu lebat! teman yang dok dalam kete ni hanya memerhati titis ujan.

Tetiba muncul sorang brother melayu yang naik motor siap berpakaian suite hujan parking sebelah kete teman.. Pelan2 dia naik tangga ke kedai nombor tadi. Fuh!! siap pakai baju ujan tuh!! nak beli nombor!! betul punya 'istiqamah' brother melayu ni dengan perjuangan 'nombor'nye! mungkin pernah menang 1st prize kot?

Pernah jugak teman lihat 2-3 orang melayu yang agak segan-segan nak masuk kedai nombor tuh!. Siap buat-buat beli rokok kat kedai runcit sebelah! (ni kedai nombor dekat dengan pejabat PKR Bukit Sentosa). Kan dah rugi 2 kali tuh! abis duit beli nombor.. dan abis duit buat-buat beli rokok lak tuh!! wakakaka!

nasib korang la melayu oiiii!!!!

sunsnake 5.11.2009

sumber - budakbalun

No comments:

Related Posts with Thumbnails