Terbaru di Aku Budak Balun!
-
Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...11 years ago
Wednesday, April 29, 2009
PAS Permatang Pauh Beku Jentera Pilihanraya?
PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta.Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu malam tadi.
Ditanya sama ada keputusan itu bermakna, PAS kawasan itu tidak akan berkempen membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, beliau berkata:
"Ini bukan satu boikot (terhadap PKR) tetapi untuk membolehkan kita fokus untuk memperkasakan parti di semua peringkat di Permatang Pauh".
Malah, katanya, PAS kawasan turut membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sebelum ini.
Ditanya sama ada keputusan tersebut bermakna PAS kawasan tersebut tidak akan membantu PKR dalam pilihanraya kecil 31 Mei depan, Omar berkata:
"Kita baru lepas mesyuarat agung kawasan, dan pilihanraya (kecil Penanti) lambat lagi... ada 25 hari lagi.
'Tunggu arahan'
"Kita tunggu arahan selanjutnya daripada (kepimpinan) PAS kawasan (Permatang Pauh)'.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Penanti pada 23 Mei manakala pengundian pada 31 Mei depan.
Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman akan mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil tersebut.
Kerusi tersebut kosong selepas penyandangnya, bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai ADUN di situ pada 16 April lalu.
Penanti adalah antara tiga DUN dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dua lagi DUN di situ ialah Seberang Jaya dan Permatang Pasir.
Omar ditanya sama ada keputusan malam tadi itu ada kaitan dengan usul PAS kawasan itu yang mahu meletakkan calonnya bertanding di Penanti. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat PAS kawasan tersebut pada 19 April lalu.
Tindakan tatatertib
"Kita masih lagi berpegang dengan usul tersebut kerana ia adalah kehendak akar umbi di situ," katanya.
Sebelum ini, dilaprokan bahawa kepimpinan PAS kawasan tersebut telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur untuk memaklumkan mengenai usul tersebut.
Ditanya sama ada pihaknya telah mendapat reaksi daripada presiden PAS itu, Omar berkata: "Setahu kita, Datuk Seri Abdul Hadi akan memberi jawapan melalui PAS perhubungan negeri".
Bagaimanapun, kata beliau, sehingga ini, pihaknya belum dimaklumkan apa-apa mengenai perkara itu.
Ditanya sampai bila pembekuan jentera pilihanraya tersebut, Omar berkata: "Sehingga keputusan PAS kawasan seterusnya".
Lagi pula, kata beliau, pihak yakin dengan kemampuan jentera pilihanraya PKR untuk mengekalkan kerusi DUN Penanti.
"PKR mempunyai jentera tersendiri dan yang terkuat dalam Permatang Pauh," kata Omar.
Ditanya mengenai kemungkinan PAS kawasan itu dikenakan tindakan tatatertib oleh PAS pusat, beliau berkata: "Kita tak fikir lagi (mengenainya) kerana kita mengutamakan kehendak akar umbi".
sumber - Malaysiakini
moderator
Perselisihan pendapat adalah hikmah, sebaiknya keputusan itu diberikan sebulat suara oleh jemaah telah diperhalusi dan dipersetujui oleh pimpinan. Rujukan pastinya pada Al-Quran,Hadis,Qias & Ijma' Ulama'. InsyaAllah.. selain ketepatan keputusan yang dibuat, keberkatan adalah yang paling penting! Allahuakbar!
Kerabat DiRaja Negeri Sembilan dan lain lain Pembesar Melayu Pengarah Kilang Arak Carlsberg Brewery!
Bernasib baik tidak mendapat Yang Di Pertuan Besar Tauke Kilang Arak Carlsberg sebagai Raja mereka!
Kerabat di Raja Negeri Sembilan rupanya mempunyai seorang Tauke Kilang Arak terbesar di Malaysia sebagai salah seorang kerabat di raja yang hampir!
Hampir dipertabalkan sebagai Yang di Pertuan Besar Negri Sembilan baru baru ini dari 3 orang!
Mujurlah yang terpilih adalah Duli Tuanku Mukhriz yang memang tepat sekali pilihan baginda sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini.
Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan Negara Malaysia ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong Tauke Kilang Arak!!!!
Na'uzubillahimin zalik!
Phewwwww!!!!
Pada mulanya saya tidak perasan akan perkara ini tetapi bila Abdul Rahman Celcom hantar pesanan Yahoochat pada saya pagi tadi meminta saya mengulas artikel terbarunya menghentam UMNO, maka saya membuat kajian saya tersendiri dan memang geram melihat manusia manusia yang di raikan orang sebagai pembesar pembesar Tanah Melayu ini rupanya terdiri dari mereka yang mentekedarah hasil pembuatan dan penjualan arak terbesar di negara yang mendabik dada sebagai negara Islam di rantau ini.
Ikuti laporan http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf untuk mengenali Pengarah pengarah Syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.
Laporan Reuters :
http://www.reuters.com/finance/stocks companyOfficers?symbol=CBMS.KL&viewId=bio
Jen. (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth, P.G.A.T., P.M.N., P.S.M., S.P.M.J., S.I.M.P., D.H.M.S., P.N.B.S., J.M.N., P.P.C., jssc, psc
Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar
D.K., D.K.Y.R., S.P.N.S., S.P.M.P., P.P.T.
Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin, P.S.M., P.J.N.,
J.S.M., S.M.J., K.M.N.
Seorang Kerabat Di Raja Negri Sembilan, seorang bekas Jeneral Angkatan Tentera kita dan seorang tokoh korporat dan juga pengarah Scomi Berhad, syarikat kelolaan anak bekas Perdana Menteri Al Imamul Akbar Al Islam Hadhari Tun Abdullah Badawi al Ngantuki.
Cantik!!! Memang kelas sungguh jatidiri manusia manusia yang bergelar di Malaysia ini.
Setakat nak harap darjah dan pangkat kebesaran berjela jela dibelakang nama ini, saya tak hairan lah barang secebis sekali pun!
Bagi saya pakcik tua yang duduk berzikir dipenjuru masjid itu jauh lebih hebat dari manusia manusia bergelar ini!
Rakyat Malaysia! bukalah mata anda seluas luasnya dan sadar akan peribadi manusia manusia sebegini yang kekadang disanjung, dimuliakan dengan hamparan permaidani merah, menjunjung sembah hormat ketika mereka lalu, hanya perbuatan sia sia belaka!
Rakyat Negri Sembilan! Anda perlu mengadakan kenduri majlis kesyukuran kerana terlepas bala musibah mendaulatkan seorang tauke kilang arak!
Hish!!! Loya tekak hamba memikirkannya.....
Carlsberg ..oh Carlsberg...berpengarah Melayu rupanya kamu...
Patutlah tak boleh disentuh Al Maunah sekalipun....
Sialnya berterusan dibumi bertuah ini.....
Selagi ujudnya kilang arak haram tajaan makhluk diraja ini dan juga dua orang lagi manusia Melayu yang mengaku Muslim tetapi berkelakuan haprak seperti ini..selagi itulah negara kita ini akan terdedah kepada murka Allah Azza Wa Jalla!!
Satu persatu bencana alam sedang melanda negara kita yang sebelum ini tidak pernah berlaku?
Apa sebabnya?
Bila sesebuah negeri atau negara dimana penduduknya ramai beragama Islam tetapi mempunyai pembesar dan pemimpin yang menaungi kerja kerja maksiat dan mungkar seperti mendirikan kilang arak dan pusat judi serta makan hasil haram darinya itu, maka halal lah akan diri mereka itu ditimpa musibah Allah!
Bila manusia manusia yang diamanahkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk menjaga urusan umat Islam khianat terhadap amanat itu dan bertindak membelakangkan ajaran Islam dan perintah Allah, maka jatuh haramlah kepimpinan mereka itu!
Hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dari Kitab Ahkam, Sahih al Bukhari. Mukasurat 1024. Bab 85. Hadith # 2201 :
Di riwayatkan oleh Ma`qil bin Yasar Radhiallahu Anha :
Aku mendengar Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda : " Mana mana lelaki yang Allah kurniakan pangkat dan kedudukan berkuasa ke atas manusia dan tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara beramanah, tidak akan dapat mencium bau syurga".
Sadaqa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.
Ini khianat namanya tuan tuan dan puan puan. Bukan setakat manusia 3 orang di atas ini sahaja yang sedang melakukan pecah amanah rakyat terhadap mereka?
Ramai lagi. Satu persatu akan kita dedahkan bilamana sampai saat dan waktu serta bukti bukti yang kukuh serta sahih, Insya Allah!
Manusia manusia pembesar Melayu yang dipaparkan diatas sekian lama ini selesa menaja kilang arak terbesar di rantau Asia ini kerana sekian lama ini media perdana tidak berani mendedahkan kepada pembaca umum akan kelakuan seperti ini kerana ujudnya penapisan oleh para editor dan arahan kementerian itu dan ini.
Mintak maaf le, blogger seperti saya ini hanya akur pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala!
Dah tua dah bro...apake jadahnya nak gentar dengan manusia?
Alang kepalang hidup biar dalam keadaan mujahadah menebus dosa dan silap kita jangan mati didalam keadaan syubhat dengan makhluk perosak sekelian!
Kita dedahkan semata mata kerana Allah! Blogger seperti saya ini tidak hairan dengan pangkat dan kedudukan duniawi. Ikhlas fisabili Lillahi Ta'ala!
"HasbunAllah wa niaqmal waqil!" "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".
Wala haula wala quwwata illa billah hil aliyyil adzhim! 'Tidak ada kuasa selain Allah yang Maha Perkasa!'
Biar umat Islam sedar akan siapa dia makhluk makhluk yang mereka sanjung, hormat, puji dan puja sekian lama ini?
Hadith Sahih Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam yang menyuruh kita makan benda halal dan mencari rezeki yang halal!
Takkan pembesar Melayu bertiga di atas jahil tentang hukum hakam Islam yang dibawa Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam sampai dah tua beruban kesemua mereka ini?
Bayangkanlah dah berapa lama dok makan hasil dari kilang arak ini dan bagi makan anak bini mereka?
Kasihan sungguh anak anak bini yang membesar dari makan minum hasil haram sebegini?
Kasihan......
Beruntung lagi makcik tua dipedalaman yang makan nasi berulam pucuk paku dari manusia bergelar makan mewah tetapi berulam hasil haram seperti ini!
Agak agak tuan puan, akan sadar diri ke makhluk makhluk bergelar ini?
Entah le....
sumber -http://mahaguru58.blogspot.com/2009/04/kerabat-diraja-negeri-sembilan-dan-lain.html
moderator
Buat staf-staf Perodua, kenalkah anda dengan Tan Sri Asmat?? hehehe
Tuesday, April 28, 2009
Jom Qiamullail!!
Assalammualaikum,
Qiamullail di Markaz PASZBB
Tarikh : 30/4/2009 ~ 1/5/2009
Hari : Khamis Malam Jumaat
Aktiviti :
- Qiamullail 4.30 pagi
- Solat Subuh Berjemaah
- Bacaan Al-Mathurat Kubro berjemaah
- Tazkirah Subuh
- Sarapan
Semua muslimin dirayu hadir untuk sama-sama mencari keberkatan didalam perjuangan Islam yang benar ini! Allahuakbar!
S/U PASZBB
MPV Perodua!! Akan Datang November ini!!!
(Avanza produk Toyota, Perodua assembler sahaja..)
Tepuk poket tanya bank....
kepada yang ada plan nak sambar Exora tu.. kenang-kenangkan la balik...
bukan hasut cuma nasihat... hehehee
hmmm.. cantik bangat!
oh! ada jugak!.. takpe-takpe.. Perdana Menteriku...
moderator
isk! ikutkan nafsu memang teringin bangat! tapi mengenangkan 'kereta kebal' ada lagi bertahun nak setelkan.. tengok je laaaaa... hehehe
Monday, April 27, 2009
Bukit Beruntung/Bukit Sentosa kembali 'bercahaya"???
SHAH ALAM, 24 April - Penduduk perumahan Bandar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa hari ini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan Selangor hari ini tampil menyelesaikan sebahagian bil tertunggak pemaju kepada syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Penyerahan replika cek bernilai RM38,500 disampaikan kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali kepada wakil TNB di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini, pagi tadi.Dato’ Dr Hasan ketika ditemui pemberita berkata penyerahan cek tersebut adalah sebahagian daripada bayaran tunggakan oleh kerajaan akibat kegagalan pemaju kawasan perumahan terbabit menjelaskan bayaran bil lampu jalan di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu.
“Kira-kira 80,000 orang penduduk di kawasan itu hidup dalam kegelapan sejak Januari lalu disebabkan tunggakan bil yang bertahun-tahun tidak dibayar,” katanya memberitahu yang perkara itu juga telah menimbulkan kegusaran di kalangan penduduk terbabit.
Dalam pertemuan pagi tadi, wakil TNB berjanji akan memulakan kerja-kerja pemulihan lampu-lampu jalan kawasan terbabit malam ini secara berperingkat-peringkat.
Mengulas mengenai tindakan kerajaan negeri menyelesaikan sebahagian bil tunggakan itu, beliau berkata ianya berpandukan kepada cadangan-cadangan yang diberikan oleh Majlis Daerah dan ianya dikemukakan dalam mesyuarat Exco dua minggu lalu.
“Kertas cadangan ini telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan beberapa tindakan telah diambil iaitu mengadakan rundingan dengan pihak-pihak pemaju, TNB dan dengan agensi kerajaan seperti majlis daerah serta pejabat tanah,” katanya.
Menurut beliau selain tunggakan yang dibuat hari ini, kerajaan negeri juga akan menjadi pemantau dalam rundingan di antara pihak TNB dengan pemaju bagi menyelesaikan bil tunggakan yang lebih besar iaitu berjumlah RM400,000.00.
“Hal ini telah diputuskan dalam mesyuarat Exco dengan membuat satu rundingan yang lebih lanjut di antara pihak TNB dengan pemaju dan kerajaan negeri akan menjadi pemantau bagi rundingan ini supaya ia tidak merugikan mana-mana pihak,” katanya yang berharap satu keputusan dapat dicapai dan keputusan itu nanti akan dapat memberi kegembiraan kepada penduduk. -
sumber:- http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/
moderator
patutlah rasa macam l'lain macam' je bila lalu kat jalan besar.. rupa-rupanya lampu jalan tak bercahaya!! Alhamdulillah Syukur pada Allah SWT dan Terima Kasih kepada Kerajaan Selangor yang prihatin dan mengambil tanggungjawab iaitu "dosa-dosa' silam Kerajaan negeri yang lalu. Harap semua ambil iktibar atas kegagalan lalu..
Kanak-kanak Hilang! Mohon Bantuan Semua!
Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa
sumber-http://zul4kulim.blogspot.com/
Tiang gol dialih dan dibesarkan laaagiiii!!
PONDOK PANAS TIDAK DIBENARKAN LAGI :SPR – berita hairan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak lagi membenarkan parti politik mendirikan pondok panas bagi merayu undi saat akhir pada hari pengundian.
Pengerusinya, Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata peraturan itu akan berkuat kuasa mulai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei ini.
Beliau mengumumkan demikian pada sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini, sebentar tadi.
moderator
teringat ceramah Zulkifli Nordin di Bukit Beruntung selepas pilihanraya 2004, "SPR ni bukan setakat hadiahkan penalti untuk BN, dengan bola-bola tu dia yang sepak!"
sudahkah kita bersedia untuk BERSIH 2???
Penternak babi diarah lapor perubahan kesihatan ternakan
Malaysiakini-27/4/09
Kesemua penternak di 797 ladang babi di seluruh negara wajib melaporkan segera kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar jika ternakan mereka mengalami sebarang perubahan kesihatan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar berkata laporan juga boleh dibuat kepada Pusat Kawalan Penyakit Haiwan jika penternak mengesan babi ternakan mereka mengalami batuk, berhinggus, bersin atau tidak mahu makan.
"Laporan boleh dibuat kepada JPV terdekat atau Pusat Kawalan Penyakit Haiwan melalui nombor telefon 03-887002041 atau SMS ke nombor 32255," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini, lapor Bernama.
Moderator
Semakin jelas arahan Allah SWT supaya mengharamkan babi. Bukan semua ciptaanNya sesuai dimakan...
Beza Muktamar PAS dengan Perhimpunan Umno
Beza Muktamar PAS dengan Perhimpunan Umno
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my Mon | Apr 27, 09 | 10:19:51 am MYT | |
KETERBUKAAN Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam menghadapi Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 55 yang dijadualkan berlangsung awal Jun depan di Shah Alam, amat dialu-alukan banyak pihak. Ustaz Abdul Hadi secara terus terang membuka ruang seluas-luasnya kepada sebarang pertandingan dalam PAS. Beliau menawarkan diri untuk bertanding dan sedia dicabar. Malah dengan rasa rendah hati beliau mengatakan, jika sekalipun beliau tewas, beliau akan tetap istiqamah dalam PAS. Sebagai sebuah parti Islam yang menjunjung prinsip-prinsip Islam dalam perlembagaannya, sikap yang ditunjukkan Ustaz Abdul Hadi ini membuktikan bahawa, PAS parti yang mengamalkan sistem pemilihan secara demokratik, jauh lebih baik daripada Umno. moderator Alhamdulillah, begitu besar jiwa Presiden PAS TGHA dalam menghadapi Muktamar pemilihan kali ini. Begitulah politik Islam.. Bandingkanlah dengan UMNO.. Semoga Allah SWT memberikan ketenangan dan hikmah kepada para perwakilan di Muktamar Agung nanti.. Allahuakbar! |
Hari mengundi Penanti 31 Mei
Hari mengundi Penanti 31 Mei
Apr 27, 09 9:48am
Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian.
http://malaysiakini.com/news/103126
MAT PAS Kawasan Hulu Selangor - Sedikit pendapat...
Oleh: sembah_derhaka
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Hulu Selangor telah selesai pada Ahad 19 April 2009.
Alhamdulillah kehadiran perwakilan/pemerhati lebih meningkat daripada tahun lalu.Mungkin juga kerana tahun ini tahun pemilihan maka mood perwakilan untuk hadir lebih terserlah. Perwakilan dari cawangan saya juga meningkat dan memenuhi kuota. Secara peribadi saya memuji penganjuran MAT pada kali ini terutama dari segi tempat kerana walaupun jauh di pendalaman namun kemudahan dewan serbaguna Sg Selisik agak memuaskan dan selesa, bab makan pula paling-paling saya puji, sebabnya juadah agak pelbagai dan terhidang sepanjang masa dan boleh pula merasa tanpa had! Cuma satu jer yang kantoi,toilet! Ha apala yang teman boleh kabo, selagi mana kita ni orang
Namun begitu ada beberapa perkara yang saya rasa perlu ditegur untuk kebaikan bersama.
Seperti tahun yang sebelumnya, aluan melodi lagu PAS dan Unit Amal masih lagi dimainkan dengan perlahan walaupun sistem PA agak baik.Sepatutnya melodi itu dimainkan dengan lebih kuat supaya perwakilan/pemerhati boleh menyanyikan dengan lebih bersemangat.
Ucapan dari YDP agak kurang beranalisa. Contohnya ketika YDP merujuk kepada keputusan PRK Bkt Gantang, YDP seolah-olah mengiyakan laporan media UMNO kononnya PR tidak mendapat sokongan Melayu.Sokongan Melayu di Bkt Gantang seharusnya dibaca mulai PRU 1999 sehingga PRU 2008. Pada PRU 1999 ketika isu DSAI meletup, sokongan Melayu mencapai kepada 49%. Sokongan itu merosot kepada sekitar 16% pada PRU 2004 ketika calon PAS Dr Lolo menentang calon Cina dari Gerakan. Namun sokongan Melayu telah berubah melebihi sekali ganda pada PRU 2008 kepada 47%. Sokongan itu masih wujud pada PRK 2009 dengan kadar 43%. Sokongan kaum Cina terutamanya telah wujud semenjak PRU 2004 walaupun calon BN adalah calon Cina iaitu 48% dan melonjak kepada 75% pada PRU 2008 dan PRK 2009.
Ucapan YDP merujuk UMNO menyerah kalah di Penanti walaupun dilihat seperti bergurau namun telah dijawab oleh ketua JPN,Cikgu Radzi bahawa UMNO tidak pernah menyerah kalah. Saya turut bersetuju bahawa UMNO tidak pernah menyerah kalah.Selama ini pun POLIS,SPR digunakan secara semahunya.Isu pengundi hantu mungkin perangkap yang masih digunakan oleh UMNO tapi ruang penipuan itu acapkali dipantau. Oleh itu kaedah menggunakan seramai mungkin polis untuk tujuan menjaga keselamatan kononnya (tujuan asal menyalurkan pengundi hantu) hingga kos membiayai Polis terlalu berganda daripada belanja SPR dan parti-parti yang bertanding itu sendiri. SPR pula masih lagi jelas berfungsi sebagai pencacai UMNO. Agak pelik juga apabila merujuk sikap SPR terhadap 3 kes ADUN katak di Perak.Pelik juga terhadap sekatan yang dikenakan pada kempen PR di Bkt Gantang dan Bkt Selambau. Pelik juga dengan kajian SPR terhadap perarakan calon, barung panas dan sebagainya.Makin pelik juga SPR yang teragak-agak untuk PRK Penanti. Apa semua ini? Saya rasa sudah sampainya BERSIH pusingan kedua diadakan. Tuntutan BERSIH 1 pun belum terlaksana lagi
Calon yang dicalon.Untuk PAS Kawasan saya tak pasti adakah calon yang dicalon mendapat
Calon yang dicalonkan oleh cawangan-cawangan pula mestilah dinilai dan ditapis oleh satu panel.Saya harap bukan hanya Setiausaha yang menapisnya sendiri kerana ada juga aduan bahawa nama yang dicalonkan tiada dalam senarai calon untuk diundi.
Perwakilan masih lagi terbawa-bawa dengan ungkapan ‘kita yang memerintah,bukan diperintah’.Sedap dengar bunyinya.Tanya Hj Wahid,bukan semua yang kita boleh dapat.Elok saya sarankan juga kepada sesetengah perwakilan agar turun bekerja,bukan hanya tunggu 5 tahun sekali. Bila kita perintah lagi teruk sebenarnya.Orang kuat-kuat dan hebat dah duduk dalam pentadbiran,tinggallah jentera parti tanpa digerakkan lagi.
Akhirnya sekalung tahniah untuk penerima-penerima mandat perwakilan sekalian..Moga-moga PAS Kawasan Hulu Selangor tidak membuat pencalonan ‘gila’ seperti sesetengah PAS Kawasan di Wilayah Persekutuan. Saya masih mengharapkan Tn Guru Hj Abdul Hadi sebagai Presiden,Ust Nasarudin sebagai Timbalan Presiden atas kecemerlangan akhlak,ilmu,kewarakan,kezuhudan, kecerdikan berpolitik dan kebolehan memimpin.
Harapan besar saya agar semua orang datang kepada perjuangan ini dan berkhidmat kepada perjuangan ini.Ayuh turun bersama rakyat,pergi kempen pilihanraya, ke padang bola,ke pasar malam dan praktiklah segala ilmu yang ditimba.Anda akan merasai realiti dan menghargai agama,perhubungan antara kaum dan menyanjungi Rasulullah.
‘PAS FOR ALL, akhirnya ISLAM UNTUK SEMUA’
24 April
11.50 malam.
aa..bo chow ohh ( caya luu..! )
“Wa respek sama lu!”. Sesekali bahasa rojak dapat menggambarkan sesuatu keadaan itu lebih mencengkam berbanding dengan bahasa standard. Walaupun saya pejuang bahasa standard dan tidak suka menggunakan bahasa rojak tetapi sesekali saya berasa puas dapat ungkapkan bahasa rojak untuk saya sampaikan hasrat saya kepada orang-orang tertentu. Jangan salah faham, saya tidak maksudkan orang tertentu dengan gaya bahasa sedemikian dimaksudkan untuk geng “Mat Rempit” atau “minah-minah gedik” tapi saya tujukan ungkapan rojak ini kepada Ah Tek, Ong, Bak Chua, Ah Hin dll dari Kelab Penyokong PAS Parit Buntar.
Bukanlah saya tak pandai nak ungkapkan kata yang lebih baik, tetapi itulah bahasa yang difahami oleh “Ah Tek and the gang”, dan tulisan saya ini saya dedikasikan kepada mereka daripada aktivis Kelab Penyokong PAS Parit Buntar yang telah menunjukkan komitmen mereka memenangkan PAS di Bukit Gantang. Saya yakin ramai lagi seumpama Ah Tek dan rakan-rakannya dari merata cerok yang “pulun habih”untuk PAS antaranya Ah Beh Bagan Serai. Tidak ketinggalan Suria, Nali, Siva dll, mereka habiskan tenaga dan wang ringgit untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Kepada mereka , “wa mau kasi tau, memanglah wa respek sama lu olang”.
Pagi itu saya terima SMS daripada Abang Hamdan yang merupakan Pegawai Khas Perpaduan di Pusat Khidmat Parit Buntar. Berita pagi itu memang memeranjatkan kerana ia adalah pemberitahuan tentang pemergian sahabat baik saya Haji Roslan Shahrum, Ahli Parlimen Buki Gantang. Saya menelefon nombor YB Roslan sendiri yang hingga hari ini masih tersimpan dalam senarai nombor talipon bimbit saya, lalu dijawab oleh anak allahyarham yang dengan nada sebak mensahkan apa yang saya terima daripada SMS. Kemudian untuk maklumat selajutnya saya menghubungi Wan, Pegawai Khas YB, lalu saya diminta oleh Wan bagi memudahkan urusan post-mortem untuk membekalkan kepada pihak hospital di Batu Gajah surat pengesahan bahawa YB Bukit Gantang itu telah jatuh di Taiwan dan disahkan ada masalah jantung di hospital Taiwan. Untuk pengetahun, saya , YB Padang Terap dan YB Nibong Tebal bersama YB Roslan menghadiri Konfrensi Keamanan di Taiwan dan semasa itulah YB Roslan ketika menaiki tangga jatuh dan pengsan lalu dikejarkan ke hospital. Jadi pengesahan kami adalah penting dan alhamdilillah segala urusan post-mortem dan pengebumian berjalan dengan lancar (akan saya dedikasikan kisah YB Roslan dalam tulisan yang lain).
Berita YB Roslan disambut dengan dua perasaan, pertama sedih dengan pemergian seorang sahabat seperjuangan, kedua kagum kerana pemergiannya seolah menjadi mercu tanda keperwiraan menebus maruah negeri yang telah dirampas oleh BN secara tidak demokratik. Saya kata wira kerana keengganan SPR membubarkan tiga DUN yang belot telah digantikan dengan pembubaran wajib Bukit Gantang dengan pemergian YB Roslan yang “berkorban nyawa” demi maruah ini! Berita PRK yang akan dibuat pada 7 April dan penamaan pada 29 March sudah diketahui dan SPR mengambil had masa yang maksima iaitu 60 hari, agaknya kerana ingin memberi laluan kepada Perhimpunan Agung Umno yang berakhir pada 28 March.
Setelah “memanaskan badan” di dataran Sungai Kerian, Parit Buntar, rutin saya ialah sarapan dengan rakyat di mana-mana gerai yang saya rasa perlu. Pagi itu Abang Hamdan mengajak saya makan pagi di pekan Kuala Kurau sekaligus berjumpa dengan Ah Tek dan Ong kerana mereka ingin tahu perkembangan PRK Bukit Gantang. Selesai berjoging pagi itu saya dan Abang Hamdan bersarapan di bangunan Mara Kuala Kurau besama YB Yunus, ADUN Kuala Kurau dan pembantunya Nan. Ah Tek dan Ong turut serta,lalu sambil makan pagi, Ah Tek dengan nada semangat berkata: “Ini kali lu jangan bimbang, kita mesti menang punya, olang lamai pun cakap ini macam PAS mesti angkat punya!” Saya pun terangsang dengan kata semangat Ah Tek yang hanya beseluar pendek dan memakai T- shirt lusuh PAS yang kurang dua tiga batang gigi hadapan. Dia terus merangsang kami yang terpegun dengan kata-kata motivasinya: “Ini PAS apa jadi pun talak lari ohh, PAS punya olang banyak kuat, itu olang Cina kata aa.. bo chow ohh…. Ehh YB kita jalan-jalan nanti jumpa sama olang ahh, ini satu pekan saya kenai semua olang, dia olang banyak syiok oo kalau YB pi salam-salam sama dia olang...”
Saya dah agak dah, Ah Tek ni memanglah suka bawa saya bersalaman dengan orang ramai di kedai-kedai kopi Cina, sambil kembang hidungnya memperkenalkan YB dia kat orang ramai dan memang pun orang Cina di Kuala Kurau memberi sokongan padu kepada PAS dalam PRU baru-baru ini. Kami pun meninggalkan bangunan Mara untuk berjalan-jalan di pekan Kuala Kurau sambil salam dengan semua orang dan setiap kali bersalaman baik dengan orang Melayu ataupun Cina mereka menenangkan kami sambil berkata: “Jangan takut mesti menang punya!” Begitulah suasana sebelum PRK Bukit Gantang, belum pun loceng berbunyi sudahpun diberi sokongan moral untuk PAS. Di pintu kereta, Ah Tek ucap selamat tinggal sambil berjanji akan turun Bukit Gantang dan akan berkempen habis-habisan.
Pada hari penamaan calon ramai daripada ahli Cina Kelab Parit Buntar tidak hadir kerana ada hari keagamaan bersih kubur. Kecuali Bak Chua dari Tanjung Piandang, Ong, Ah Tek dan Ah Be Bagan Serai minta maaf kepada saya tidak dapat hadir, saya memahaminya bagi menghormati mereka. Tetapi selepas penamaan calon hampir setiap hari mereka turun untuk memastikan calon PAS menang. Mereka pusing merata ceruk yang ada pengundi-pengundi Cina untuk edar risalah dan berkempen dari rumah ke rumah. Kehadiran mereka mewarnai slogan “PAS for All”, ia bukan retorik macam “1 Malaysia” tetapi sesuatu yang real, bukan sahaja PAS menawarkan manifesto politiknya untuk semua tetapi semua kaum di negara ini bekerja untuk memenangkan PAS melalui aktiviti kempen mereka. Bagi saya inilah yang menakjubkan. Mereka juga berbangga memakai baju “PAS For All”, topi yang ada gambar Tok Guru dan badge lambang PAS. Mana-mana mereka pergi sedikitpun mereka tak berasa kekok dengan T-Shirt Kelab Penyokong PAS Perak yang tertera slogan keramat “PAS for All”. Bak Chua yang paling bersemangat, kampong Melayu pun dia mahu berkempen.
Dalam salah satu hari berkempen saya ajak mereka minum dan makan sebagai penghargaan saya kepada mereka kerana sepanjang waktu berkempen saya hanya membekalkan duit minyak sahaja kepada mereka, sudah tentulah tidak mencukupi, jadi dengan belanja mereka makan sekurang-kurangnya terubat rasa letih mereka. Sambil menikmati tom yam di bandar Taiping, Bak Chua melahirkan kebimbangannya: “Wa atak takut Cina punyi undi, dia mesti kasi sama koyok (PAS) punya, itu Melayu aa wa ada takut sikit, dia olang mau sama Umno lagi” dalam kebimbangan itu sempat dia memotivasikan saya, Abang Hamdan, Azizi, Jas, dll: “Tak pa maa... mesti mau kerja kuat sikit, mesti menang punya lu jangan takut!” Saya kagum dengan semangat ini, saya sering termenung memikirkan ungkapan-ungkapan ini dari mulut seorang Cina ahli kelab yang bahasa Melayunya tunggang terbalik dan pada waktu yang sama saya berasa terharu terhadap perjuangan Islam PAS di Malaysia yang menyerlahkan lagi kebenaran Tuhan merestui perjuangan ini. Bayangkanlah dalam kepekatan perkauman, PAS muncul memecahkan tembok ini dan dibuktikan dengan gerakkerja Kelab Penyokong yang bersama memecahkan tembok ini. Bagi saya ahli kelab yang bertebaran di seluruh negara hari ini adalah wira-wira yang memecahkan tembok perkauman ini, membelah arus dan mengambil risiko yang tinggi.
Saya insaf kerana berkat perjuangan politik Islam PAS, Allah menzahirkan hujjahnya kepada manusia bahawa jika kamu orang Islam menolak perjuangan Islam aku jadikan yang bukan Islam mendokong perjuangan Islam! Mereka hanya beberapa inci sahaja mencapai nikmat keadilan yang diperjuangkan oleh PAS, hanya hidayah Allah yang menjadi penentunya untuk beberapa inci lagi! Ah Tek menyumbangkan 200 kotak mineral walaupun dia hanya menggoreng kueh tiaw sahaja di pekan Kuala Kurau. Ong agak lanjut usianya, ada masalah jantung walaupun tak serik menghisap rokok lagi. Ong termengah-mengah berjalan dalam suaranya yang lembut sedikit menyeru kaumnya menyokong perjuangan PAS, ada seketika dia terpaksa berhenti duduk kerana letih, mukanya sedikit pun tak menunjukkan kesal kerana terpaksa begini untuk menangkan PAS. Satu sen pun dia tak mintak kepada PAS, dia hanya mahu diperhatikan dan didorong, cukuplah itu “habuannya” dalam menjadi ahli Kelab Penyokong PAS. Saya pelik sesekali bila terkenangkan orang PAS sendiri yang meminta-minta habuannya, kononnya telah bertungkus lumus untuk parti. Saya malu dalam diam kepada Ong, Ah Tek dan Bak Chua apabila mengenangkan ada orang PAS yang “demanding” dengan parti tentang kos, dll. Ingat, mereka ahli-ahli kelab adalah hujjah untuk kita dan juga keatas kita.
Saya tahu selain watak AhTek, Ong, Bak Chua, Ah Hin, Ah Beh ada lagi wira-wira yang saya tidak tahu nama mereka. Mereka mungkin ada di kawasan-kawasan lain, yang penting belailah mereka, bimbinglah mereka dan ambil berat kebajikan mereka. PAS memerlukan ramai lagi seperti “Ah Tek and the gang” kepada wakil-wakil rakyat PAS, jangan sia-siakan pengorbanan ahli kelab dan jangan mengadu hal tentang mereka tetapi cari jalan untuk menjinakkan mereka menjadi aktivis parti yang berkesan dengan hikmah. Tapi buat masa ini, kisah ringkas watak-watak dalam Parit Buntar ini yang telah membuktikan kesetiaan mereka di Bukit Gantang saya ingin rakamkan pada akhir kalam ini: “Wa respek sama lu!”By Mujahid Yusof Rawa.
Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman.
sumber : http://politikbanjar.blogspot.com/
Saturday, April 25, 2009
Final Piala FA 2009 - PAS vs PKR?
Malam ini akan berlangsung Perlawanan Akhir Piala FA 2009 di Stadium Bukit Jalil.
Perlawanan mempertemukan pasukan yang penuh dengan kontroversi - Kelantan dan pasukan gergasi lembah kelang-Selangor.
Buat pemain-pemain, tahniah kerana telah sampai ke tahap ini, perlawanan akhir yang pastinya dengan cara yang penuh ranjau dan kesusahan diperingkat awalnya.
Buat penyokong-penyokong pulak, harap jangan bakar bas pulak malam ni!!
Apa-apa pun, jangan bikin malu MB kedua-dua negeri!!
MB Selangor Tan Sri Khalid dah umum Kerajaan Selangor akan beri bonus RM15,000 seorang kepada semua pemain jika berjaya menjuarai piala tersebut malam ini!
Wah! ingatkan kerajaan BN sahaja yang mampu, kerajaan PR bun boleh!
Akhir kata, majulah Sukan untuk semua!
S/U PASZBB.
Alahai.. Mufti Perak..
Assalammualaikum,
Teman bukan nak mempertikaikan akan ilmu yang dimiliki oleh SS Mufti Perak, malahan teman antara pengkagum dengan keberanian beliau suatu ketika dahulu. Sekarang ni aje yang agak 'longgar' kekaguman teman kat Tok Mufti ini.
Bukan main hebat dia bercakap tentang isu derhaka kepada sultan!
teman tampal satu statement dia pasal tu.. petikan dari star online 9 Februari 2009
Respect the sultan: Perak Mufti
By SYLVIA LOOI
IPOH: Perak Mufti Datuk Seri Harusani Zakaria has urged the people to respect the decision made by the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah.He said as ruler of the state, the Sultan has the power to appoint or strip Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin of his mentri besar post.
Speaking to reporters here after a visit by Perak Mentri Besar Datuk Dr Zambry Abd Kadir to his home, Harusani said the people therefore had to accept the Sultan’s decision.
“The reasons given by the Sultan for stripping Nizar of the post also have to be accepted by the people,” he said on Monday.
He added that the Sultan must have come to the decision after carefully considering the law and therefore, the rakyat (people) should not question it.
“I hope Perakians will accept the situation. If the Sultan has made a decision, it is a must for us to adhere to it,” he said, adding that it would be considered treason if the people failed to follow the Sultan’s decision.
Urging Muslims in Perak to be rational, Harusani said they should be united and work together to develop the state.
“To me all problems can be solved. Why do we have to quarrel over this?” he said.
Saying that he was apolitical, Harusani added that as state mufti, he was dutybound to speak his mind.
“The Sultan appointed me as Perak Mufti and my duty and responsibility is to advice the Sultan, the state religious council, and the state on matters related to religion.
“It is my responsibility to speak the truth,” he said.
Wah! terpancar keikhlasan beliau dalam statement diatas! Atas dasar keikhlasan itu juga ingin teman dengan ikhlas bertanya kepada beliau wahai SS Mufti Perak, apake he nye dengan JomHeboh di Lumut kali ni? Dah hilang ke fatwa-fatwa dan pendapat Dato' Mufti dahulu?
ke terhilang ditiup angin 'Anugerah Tokol Maal Hijrah'???
Takpelah, mungkin JomHeboh kali ini tidak ada Konsert, cuma ada karnival sahaja.. kalau jadi macam tu oklah.. tapi kalau ada konsert bermakna kekaguman teman terhadap tok mufti ini yang longgar tadi KOMPOM! akan loose terus!
sunsnake
Thursday, April 23, 2009
Mahfuz & Azmin di Bandar Sungai Buaya, Rawang!
Berikut butiran maklumat program Bersama Pemimpin di Bandar Sungai Buaya, Rawang :
TARIKH : 25 April 2009 (Sabtu)
MASA : 9:30 malam
TEMPAT : Jalan Kiambangsari, Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor
PENCERAMAH :
1. Y.B. Dato' Haji Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena & Ketua Penerangan PAS Pusat)
2. Y.B. Mohamed Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak, ADUN Bukit Antarabangsa, & Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat)
Muslimin dan muslimat dijemput hadir.
sumber - http://mataharipetunjuk.blogspot.com/
Wednesday, April 22, 2009
PASZBB mendapat infa' Markaz!!! Allahuakbar!
Assalammualaikum,
InsyaAllah, dengan izin Allah SWT, PASZBB akan mendapat infa' yang amat besar iaitu sebuah 'Office lot" untuk dijadikan markaz. PASZBB telah dihubungi oleh seorang hamba Allah yang sudi menginfa'kan harta tersebut dengan segala urusan akan diuruskan oleh beliau.
Lokasi yang amat strategik dipusat bandar Bukit Sentosa antara kelebihan 'office lot' ini. InsyaAllah, jika berjalan lancar, segala perancangan dan tindakan akan diumumkan kepada semua ahli dan penyokong PAS disini.
Allahuakbar! Semoga Allah memurahkan rezeki dan mengurniakan rahmat kepada hamba Allah tersebut dan kita semua.
S/U PASZBB
Sahabat Jemaah PASZBB Kemalangan Jalanraya
(sekadar hiasan)
Assalammualaikum,
Rawang, Isnin 20 hb April- Seorang ahli jemaah PASZBB, saudara Muhammad Izzan telah mengalami kemalangan jalanraya di kawasan Templer Park sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja pagi ini. Mengikut informasi dari seorang sahabat, saudara Izzan yang menunggang motosikal dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri dan menjalani sedikit pembedahan kecil pada kecederaan di sekitar muka dan anggota badan.
Maklumat terbaru yang diterima pagi ini (22/4/09), beliau telah pun dibenarkan pulang dan kini berada di rumah di Bukit Beruntung. Kepada mereka yang ingin membuat ziarah keatas beliau, sila hubungi S/U PASZBB untuk mendapatkan alamat rumah saudara Izzan. Buat saudara Izzan, semoga tabah mengharungi dugaan dan InsyaAllah setiap apa yang dihadapi dapat mengkifarahkan dosa.
S/U PASZBB
Wednesday, April 15, 2009
Usrah dan Solat Hajat di Markaz PASZBB
Sesi Usrah PASZBB akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh
16 April 2009
Hari
Khamis Malam Jumaat
Masa
9.15 malam
Tempat
Markaz PASZBB (perubahan lokasi rumah Puan Rokiah ditangguhkan)
Aktiviti
1. Usrah
2. Perbincangan isu-isu semasa
3. Solat Hajat mohon urusan membida bangunan PASZBB sendiri dipermudah dan dimakbulkan Allah SWT.
Semua Ahli dan penyokong dirayu hadir!
Nota: Mulai minggu ini, sila kosongkan jadual peribadi kita untuk setiap khamis malam jumaat jam 9 malam ~ 12 malam. InsyaAllah, setiap minggu kita akan adakan aktiviti-aktiviti seperti:-
1. Usrah
2. Perbincangan tidak formal isu-isu semasa & setempat
3. Mesyuarat zon
4. Al-Mathurat dan Solat Jemaah
5. Lain-lain aktiviti yang akan dirancang...
Terima Kasih,
"Suburlah Hidupnya dan Pasti berbuah"
Setiausaha,
PASZBB
2008/2009
Wad ICU bertukar mahkamah???
Adi Anwar Mansor, 23, yang terbaring lemah memakai topeng oksigen dengan tangan kanan bergari di kepala katil mendengar dakwaan terhadapnya yang dibacakan di depan majistret Liew Horng Bin di Bilik Infeksi, Wad 8B, Hospital Tengku Ampuan Rahimah kira-kira pukul3.50 petang.
Selepas tiba, hakim duduk di sebelah katil tertuduh dan mengumumkan bilik tersebut sebagai mahkamah terbuka serta mengarahkan jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan.
Adi didakwa memiliki dua bungkusan ganja seberat kira-kira 44.55 gram di Perhentian Bas di tepi Jalan Kebun, Kelang kira-kira 11.30 malam pada 7 April lepas.
Pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.
Sejurus pertuduhan dibacakan, Adi dengan lemah mengangguk faham dan minta dibicarakan.
moderator
Ingatkan Dewan Undangan Negeri je yang boleh buat luar dewan.. Mahkamah pun boleh jugak rupanya!!! Apa-apa pun pada kita persoalan yang paling aula ialah "Macam mana cecair pelarut(dipercayai thinner) tu boleh berada di atas meja penyiasatan???" dekat dengan tertuduh pulak tu?? semakin banyak persoalan terhadap keselamatan Orang Kena Tuduh(OKT) di bawah jagaan Pihak Polis sekarang ni..
boleh rujuk disini untuk berita sebelumnya berkenaan kes ini
-Minum pelarut dalam tahanan polis
-Polis pukul anak saya, dakwa ibu Adi
Tuesday, April 14, 2009
Klip Video Klip Video Kemenangan PR di Bukit Gantang-Hebat!
moderator
tak sedor air mata mengalir tengok clip video ni..
Segala jerih-perih menahan kesabaran dan 'telinga' dengan hinaan,makian,kutukan,malah ada yang mengalami gangguan fizikal daripada penyokong-penyokong BN terbayar cash!
Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada mereka untuk kembali kepada fitrah manusia yang sentiasa mahukan yang bersih dan indah iaitu Islam.
Derhaka?-MB Perlis 'produk haram' Umno
Dato' Hashim Suboh
KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - Ketua Penerangan Umno negeri, Dato' Hashim Suboh menyatakan bahawa sepatutnya Dato' Seri Shahidan Kassim menjadi Menteri Besar kerana beliau dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis
Sambil menyifatkan Dato' Seri Dr Md Isa Sabu sebagai "produk haram" tradisi Umno, Hashim berkata, Menteri Besar itu harus melihat sejarah Umno di mana Pengerusi Perhubungan Negeri, selalunya dilantik memegang jawatan tersebut."Amalan dalam parti Umno, jawatan MB diserahkan kepada Pengerusi Perhubungan Negeri. (Md Isa dilantik) MB masuk jalan bagaimana?" kata Hashim, mengulas kenyataan Md Isa yang mahu Menteri Besar turut dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan bagi memudahkan penyelarasan.
"Beliau jadi MB bukan mengikut norma dan sistem dalam Umno. Dia adalah 'produk haram' dalam sistem parti.
"Md Isa tak ada merit untuk cakap (soal ini) kerana dia langgar sistem dan peraturan parti," kata Hashim yang dipetik daripada sebuah laman web online.
moderatorWah! nampaknya Dato' Hashim Suboh berniat mahu jadi 'penderhaka' kepada Raja Perlis? Lupakah beliau yang MB Perlis Dato' Seri Dr Md Isa Sabu dilantik oleh Raja Perlis walaupun pada awalnya Presiden UMNO ketika itu Pak Lah mahu Shahidan menyambung jawatan MB Perlis? Harap-harap akan kedengaran laungan 'DAULAT TUANKU" daripada PEKIDA dan Pemuda UMNO di Kangar!!!
Mesyuarat Khas Malam ini!!!
Kepada semua ahli PAS Zon Bukit Beruntung (PASZBB),
Didalam usaha kita untuk memiliki bangunan sendiri untuk dijadikan markaz tetap,
kita memerlukan satu perancangan rapi dan efisien.
oleh itu, semua ahli diminta hadir ke perbincangan penting malam ini seperti berikut:-
Tarikh
14 April 2009 (Selasa)
Masa
9.15 malam
Tempat
Markaz PAS Zon Bukit Beruntung
InsyaAllah, dengan kehadiran semua, perbincangan akan berjalan lancar dan mendapat keputusan yang diberkati oleh Allah SWT.
Terima Kasih,
'Suburlah hidupnya dan pasti berbuah"
Setiausaha,
PAS Zon Bukit Beruntung
Monday, April 13, 2009
Abang Mat di Hulu Bernam!!!
Ceramah Perdana "Kemenangan 2 bukit!"
Ybhg Tn Haji Mohamad Bin Sabu
Naib Presiden PAS
Tarikh
15 April 2009
Hari
Rabu malam Khamis
Tempat
Dewan Orang Ramai Hulu Bernam
Berhampiran Kompleks Penghulu Hulu Bernam
(Keluar Tol Tg Malim, terus menuju ke flyover, susur keluar ke kiri)
SEMUA DIJEMPUT HADIR!
Catatan Pengalaman.. Petugas di Trong Barat..
pegi danok,pegi danok,pegi danok buat apa???
buat apa,buat apa,buat apa,buat apa..
buat apa,buat apa,buat apa, buat itu…
buat itu,buat itu,buat itu,buat itu….
buat itu,buat itu,calon BN buat itu….’
Aku blah dari situ jam 4 ptg sbb dah janji member nak amik aku hantar balik ke markas asal,sbb moto aku ada kat sana.Dengar cerite pas tu Muhyidin turun sampai jem jalan tu. Dengar cerite jugak bila sampai jam 5 budak2 Pas,unit amal pi salam ngan polis dan geng2 ameno.
Lepas jamak,aku blah naik moto dari Trong ke Kuala Kangsar. Hujan sepanjang2 jalan,tiap2 pos jalan jem,semua kete dok usung bendera Pas.Rasanya menang kot pasal aku pun target 50-50 jer.
K,PRK Bkt Gantang jauh lebih teruja dari PRK K.Trengganu hari tu.SMS berderet2 masuk dok tanya sapa menang,aku tak larat nak pikir lg dgn baju basah,kepala berdenggung,tido tak cukupnya…cukup la selipat kenangan ketika aku mengulo bertembung ngan geng Dr Mariah. Naik segan bila Dr Mariah jerit ‘macam kenal jer’. Ayoyo hari tu jumpa tgh pekena ABC,kali ni pun sama..patut kenal sangat- bangat???
MB NIzar Idola aku,aku harap dia bakal PM lak! Istimewanya anak Perak ni setelah aku mengikuti dari dekat drama penderhakaan ini! Tiap kali aku bukak blog,aku vote dia supaya nama dia naik jd calon Bkt Gantang.
p/s ; gambo2 takleh tunjuk sbb nanti pecah perahu,ramai yg cuti guna alasan apa2,rupanya nak turun Bkt Gantang.
Catatan:
sembah_derhaka
1.45 am,10 Apr 2009