Malaysiakini,15 April 2009 - Seorang pekerja kontrak - yang terlantar di unit rawatan rapi (ICU) kerana meminum cecair pelarut semasa dalam tahanan polis - dihadapkan dengan pertuduhan memiliki dadah.
Adi Anwar Mansor, 23, yang terbaring lemah memakai topeng oksigen dengan tangan kanan bergari di kepala katil mendengar dakwaan terhadapnya yang dibacakan di depan majistret Liew Horng Bin di Bilik Infeksi, Wad 8B, Hospital Tengku Ampuan Rahimah kira-kira pukul3.50 petang.
Selepas tiba, hakim duduk di sebelah katil tertuduh dan mengumumkan bilik tersebut sebagai mahkamah terbuka serta mengarahkan jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan.
Adi didakwa memiliki dua bungkusan ganja seberat kira-kira 44.55 gram di Perhentian Bas di tepi Jalan Kebun, Kelang kira-kira 11.30 malam pada 7 April lepas.
Pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.
Sejurus pertuduhan dibacakan, Adi dengan lemah mengangguk faham dan minta dibicarakan.
moderator
Ingatkan Dewan Undangan Negeri je yang boleh buat luar dewan.. Mahkamah pun boleh jugak rupanya!!! Apa-apa pun pada kita persoalan yang paling aula ialah "Macam mana cecair pelarut(dipercayai thinner) tu boleh berada di atas meja penyiasatan???" dekat dengan tertuduh pulak tu?? semakin banyak persoalan terhadap keselamatan Orang Kena Tuduh(OKT) di bawah jagaan Pihak Polis sekarang ni..
boleh rujuk disini untuk berita sebelumnya berkenaan kes ini
-Minum pelarut dalam tahanan polis
-Polis pukul anak saya, dakwa ibu Adi
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment