Rombongan petugas-petugas PASZBB telah selamat pergi dan kembali dari ke Bukit Gantang. Syukur ke hadrat Ilahi atas kemenangan ini. Kerana Allah SWT kita berusaha dan kita kembalikan kemenangan ini kepada-Nya. Sedikit rakaman peristiwa dan kisah-kisah suka-duka kami di sana buat tatapan sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan kesana. Juga buat kenangan buat pejuang-pejuang yang menyertai misi ini.. InsyaAllah.. ada lagi medan sebegini dimasa akan datang.. pastikan kita tidak ketinggalan menyahut seruan jihad ini!!
Takbirrr!!! Allahuakbar!!
Hari - 1 (5 hb April 2009)
Oleh kerana terpaksa berjuang lebih awal di Masjid As-Salam, Bukit Sentosa,
konvoi ketiga PASZBB terpaksa bertolak lewat iaitu jam 4 petang dari Masjid As-Salam.
Alhamdulillah.. misi kita menyelamatkan Masjid telah berjalan lancar setakat ini...

Maghrib- Setibanya kami di Tol Changkat Jering, kami disambut oleh beberapa 'Kuda Putih' dan Polis Trafik.. elok gak mereka ada sebab 'jammed' teruk dari sini ke Trong!

'Kuda putih' nie dari Kontinjen Perlis sebab ada signed 'PERLIS' di belakangnya..

Konvoi kami tersesat sampai ke Kuala Trong!!! Mujur bertemu skuad keselamatan PAS (kereta V6 merah) hehehe

Pemandangan di jeti... takde suasana sebegini di Bukit beruntung nih!

Ketibaan kami di Rumah Selangor, Kampung Salak Baru, Trong disambut oleh Ketua Unit Amal Hulu Selangor.. "baru dok Trong 2 hari dah tukar loghat-serak utara pak syeikh nih!!" hehehe

(signboard yang men'sahih'kan kami tidak lagi tersesat!)

Seperti biasa.. sesi taklimat oleh Hj Idris.. Sebelum itu solat Isya' dan Maghrib (qasar) & Solat Sunat hajat berjemaah diimamkan oleh Ketua Dewan Ulama' PAS Hulu Selangor, Ust Wan Shamsuddin dan juga Tazkirah dari beliau.

"Jangan terpengaruh dengan provokasi mereka(BN)" antara peringatan daripada Tn Haji...

Sementara itu Chef kami sedang bertungkus-lumus di dapur!!

Tempat tidur kena setting dulu syeikhhh!!

Calon PAS sedang berceramah di rumah Puan Rabiah, Kampung Salak Baru,Trong..
suara beliau agak serak..mungkin keletihan...

YB dari Ipoh, berbangsa Cina dan masih bujang..
Amat fasih berbahasa melayu dan didalam ucapannya ada jugak
2-3 baris ayat Al-Quran dan beberapa potong hadis dibacanya..
Alhamdulillah.. memang la bacaannya tak betul.. lumrah la dia bukan Islam..
yang mengaku Islam pun ramai yang langsung tak reti baca Al-Quran!!!

Berehat sebelum tidur.. ada yang kena buat pemantauan keselamatan..
oleh kerana kami baru sampai.. maka kami dibenarkan berehat2.. tido la tu!



Oleh kerana semangat tengah membara! langsung tak mau tido2!
last2 terpaksa la "mai secawan!!" dengan cicah biskut kering-gula.. fuhh!!!

Suasana dari hadapan 'hotel 86.5 bintang' kami... jam 3 pagi..

Tidurlah wahai sahabat-sahabatku.. InsyaAllah.. esok kita akan ke medan juang!!!
Allahuakbar!!!
No comments:
Post a Comment