Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Tuesday, April 14, 2009

Derhaka?-MB Perlis 'produk haram' Umno


Dato' Hashim Suboh

KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - Ketua Penerangan Umno negeri, Dato' Hashim Suboh menyatakan bahawa sepatutnya Dato' Seri Shahidan Kassim menjadi Menteri Besar kerana beliau dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis

Sambil menyifatkan Dato' Seri Dr Md Isa Sabu sebagai "produk haram" tradisi Umno, Hashim berkata, Menteri Besar itu harus melihat sejarah Umno di mana Pengerusi Perhubungan Negeri, selalunya dilantik memegang jawatan tersebut.

"Amalan dalam parti Umno, jawatan MB diserahkan kepada Pengerusi Perhubungan Negeri. (Md Isa dilantik) MB masuk jalan bagaimana?" kata Hashim, mengulas kenyataan Md Isa yang mahu Menteri Besar turut dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan bagi memudahkan penyelarasan.

"Beliau jadi MB bukan mengikut norma dan sistem dalam Umno. Dia adalah 'produk haram' dalam sistem parti.

"Md Isa tak ada merit untuk cakap (soal ini) kerana dia langgar sistem dan peraturan parti," kata Hashim yang dipetik daripada sebuah laman web online.

moderator
Wah! nampaknya Dato' Hashim Suboh berniat mahu jadi 'penderhaka' kepada Raja Perlis? Lupakah beliau yang MB Perlis Dato' Seri Dr Md Isa Sabu dilantik oleh Raja Perlis walaupun pada awalnya Presiden UMNO ketika itu Pak Lah mahu Shahidan menyambung jawatan MB Perlis? Harap-harap akan kedengaran laungan 'DAULAT TUANKU" daripada PEKIDA dan Pemuda UMNO di Kangar!!!

2 comments:

Anonymous said...

Apa kene mengene Ketua Perhubungan dengan Menteri Besar? TAK ADA.. Yang satu adalah ketua dalam sebuah parti politik dan yang satu lagi adalah ketua kerajaan. Apa bodoh sangat UMNO tak tau bezakan. Itu menunjukan UMNO nak gunakan jentera kerajaan untuk kepentingan parti sebagaimana yang dorg buat selama ini.

Parti Islam SeMalaysia Zon Bukit Beruntung said...

itulah dia.. InsyaAllah kita lihat sahaja perilaku anak-anak kapal yang akan karam ini..
dalam masa yang sama mari kita perkuatkan usaha ke arah menegakkan Islam.. menghilangkan kejahilan didalam diri melayu-Islam di Malaysia ini...

Related Posts with Thumbnails